Awal tahun ni biasanya orang akan buat Vision Board (VB) yang tunjuk setiap impian dan apa yang dia nak capai. Tapi tahu tak, 90% dari orang yang buat VB ini GAGAL😭.
Kenapa 90% VB gagal?
1. Ilusi manifestasi murah-murah
Ramai orang ingat kalau dengan hanya tampal gambar kereta, kereta tu akan jatuh dari langit. Itu bukan Vision Board ye kawan-kawan. Itu namanya angan-angan Board.
2. Neurological Blindness
Kalau kita tak melatih reticular activating system otak kita (RAS), kita akan jadi blindness atau buta pada peluang-peluang yang ada di depan mata.
Contohnya, nak naik rank, tapi otak tidak diprogram untuk nampak kualiti leader yang kita perlukan dalam team pada prospek-prospek yang kita tarik. Hari-hari buat kerja dalam gelap. Jadi kita terlepas peluang setiap hari kerana otak dah buta.
3. The Vibration Gap
Sekarang orang panggil Law of Attraction. Kita panggil bersangka baik atau husnuzon. Husnuzon ni bukan pasal orang je, tapi pada impian kita.
Masalahnya, ramai orang tepek gambar bonus RM10,000, tapi emosi 'takut miskin'. Frekuensi tu bercanggah. Automatik membatalkan visi asal nak RM10,000 tu. Seolah-olah macam nak minta tolong orang tapi dok mengata kat orang tu. Jadi macam tak match.
Okay.. Jom kita go deep lagi pasal RAS
RAS ni teori barat. Kerja dia macam penapis apa yang masuk dalam minda kita. Kerja dia macam ni..
Kita plan nak beli kereta baru. Proton X50. Cantik kereta tu kan. Tiba-tiba je kerap pula nampak kereta tu lalu dekat mana-mana. Sebelum ni tak ada pulak kan. Adakah ramai dah membeli kereta tu sampai banyak kita nampak atas jalan? Oh tidak ye. Memang ramai je yang pakai kereta tu. Cuma sekarang RAS dah diprogram untuk X50, so asyik la X50.
Kenapa kena ada VB? Islam ajar ke?
Ada ke yang rasa macam ni? Tau tak, pembangunan kat barat tu asalnya dari dunia Islam.
Korang kenal pencipta kereta contoh macam Henry Ford, Karl Benz sebagai pencipta kereta kan. Tau tak sebenarnya yang mula-mula cipta kereta ni adalah seorang muslim iaitu Ismail Al Jazari.
Dalam Islam, VB adalah ibadah dan tadbir. Ada konsep Himmah iaitu Cita-cita Tinggi. Berimpian besar itu adalah Sunnah. Kata ulamak "Cita-cita yang tinggi adalah termasuk dalam bahagian iman".
Ramai pulak confius Angan-Angan versus Cita-Cita Tinggi
Angan-angan berbeza sangat dengan cita-cita tinggi. Angan-angan ni kita duduk tak buat apa-apa sambil menangguh-nangguh. Berharap impian terjadi dengan sendiri. Effortlessly. Tu sebab angan-angan Nabi larang.
Kenal tak Muhammad Al-Fateh?
Muhammad Al-Fateh adalah contoh terbaik pasal VB ni. Sejak baby ayah dia buat VB untuk dia. So sejak kecil lagi dia dah ada visi dan misi tentang penaklukan konstantinopel berdasarkan hadir Nabi. Bukan tiba-tiba terjadi ye.
Beliau tidak hanya berdoa sahaja. Beliau bina meriam terbesar (teknologi) dan latih tentera (action). Ini contoh teladan VB yang patut kita ikut.
Kenapa kena ada VB yang jelas?
- Supaya kita tahu harta yang kita kejar tu bukan untuk duniawi tapi untuk Ubudiyyah (pengabdian).
- Kalau nak bonus Shaklee Rm30K tapi tak ada perancangan zakat/ Wakaf/ Haji/ Umrah/ sedekah dalam visi tersebut, itu adalah visi yang mati.
- Dan yang paling sadis sekali, orang mengata je kita give up. sebab kita pun tak tau nak buat apa dengan duit banyak-banyak.
- Adakah visi kita hanya untuk memuaskan nafsu contoh beli handbag/ kereta/ benda-benda fancy?. Atau kita guna untuk memperkasakan diri, keluarga dan agama?
- Kalau Visi tak jelas, maybe sebab itu Allah tak beri lagi 😭. sebab tak memberi manfaat.
Semoga sharing ni buat kita semangat buat Vision Board masing-masing. Macamana nak buat sambung next post Step By Step buat Vision Board
Credit to Master Lyna; 2026 Vision Board Workshop
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197




