Berbaloikah harga RM68.90 untuk satu keahlian Shaklee?. Sesetengah orang rasa membayar sejumlah wang untuk satu-satu keahlian tidak bernilai. Lebih baik mendapatkan vitamin yang sama di farmasi. Tetapi saya rasakan perbezaan untuk keahlian saya ini.
Bagaimana mula-mula terjebak dengan Shaklee ni?
Saya mula join Shaklee ni sebab menyusukan anak yang kecil. Umairah namanya. Kali ni saya target nak menyusukan sampai umur 2 tahun. Menyusukan Umairah ni mencabar sikit pada peringkat permulaan. Teringat masa mula-mula nak menyusukan Umairah. Masa di hospital lagi, dia memang tak pandai menyusu. Macam-macam gaya dah saya buat. Dia tetap susah nak menyusu. Dia macam tak puas dan rimas. Seminggu lebih juga saya usaha untuk dia menyusu direct dengan saya. Menangis-nangis dia tak nak direct menyusu. Jangan kata dia, dengan saya sekali menangis sebab stress dan ditambah pulak bengkak susu.
Tapi semangat saya kental nak menyusukan Umairah sampai 2 tahun. Hari-hari saya pujuk Umairah. Saya cakap pada dia "Umairah pandai menyusu kan!. Alhamdulillah, hampir 1 minggu lebih, kami berjaya melaksanakan sesi Breastfeeding bersama. Saya tak nak pisang berbuah dua kali macam menyusukan Kak Long. Saya hanya berjaya menyusukan kak long untuk tempoh 6 bulan sahaja dengan cara mengepam dan Kak Long akan minum menggunakan botol. Masa tu saya sendiri memang tak pandai menyusu baby. Bila Kak Long menangis nak susu, terus bagi susu perah yang di dalam botol.
Terpengaruh juga Iklan di Facebook
Dalam tempoh berpantang, macam biasa la asyik berfacebook selain melayan cerita-cerita sinetron.
Shaklee! Shaklee! Shaklee! Penuh facebook dengan iklan-iklan Shaklee. Pening pun ada. Sampai ada status member tu 80% statuskan FB promote Shaklee. Maknanya memang efektif la apa yang diiklankan sebab saya baca juga.
Ternampak pula member satu batch Sekolah Taayah jual Shaklee. Dalam rimas-rimas tu saya mula juga bertanya pasal produk untuk tambahkan susu. Bukannya ada baget pun dan terfikir sure semuanya mahal.
Tanya punya tanya! Terjebak juga membeli dari member yang cadangkan 4 vitamin untuk penyusuan. Memang pesan ngan dia sekadar nak cuba sahaja. Yang paling jenuhnya ialah semua pil. Saya memang masalah sikit makan ubat biji ni. Tapi gagahkan juga sebab nak pastikan susu banyak.
So FOKUS utama jadi member Shaklee ni hanya nak cari produk yang boleh kekalkan momentum saya menyimpan Stok Susu Umairah dengan harga murah selepas menjadi member.
Istimewanya Shaklee
#1 Faedah Setiap Keahlian. Apa yang kita dapat?
Bagi mana-mana keahlian pun kebiasaannya kita akan dibekalkan informasi-informasi asas syarikat termasuk pelan perniagaan. Sama jugalah dengan Shaklee, RM75 adalah untuk membership dan Shaklee Kit (termasuk kos penghantaran) ke alamat yang telah diberikan.
Di dalam kit ada barang-barang seperti Kod Etika Jualan, Buku produk, Flyer, Resit dan borang-borang. Memang tak berminat untuk tengok pada permulaannya. Hanya letak dibilik dan memang rasa tidak akan guna pun semuanya. Kalau nak info, baik tanya saja pada yang introducer mula-mula.
Tetapi akhir-akhir ini, buku-buku ni kerap saya keluar sebagai rujukan sebab kawan-kawan dan family dah start beli dari saya sebab tengok hasilnya. Banyak rupanya info-info menarik, sama macam info-info dari mentor-mentor Shaklee. Hah memang dah tau macamana diorang jadi begitu pakar vitamin semulajadi ni.
#2 Group Rahsia
Bila sahaja dah jadi ahli, saya telah dimasukkan ke dalam Group Rahsia. Walaupun asalnya saya hanya ahli yang menggunakan produk. Dalam group ini, banyak informasi produk-produk dikongsikan.
Seronok tengok fail-fail yang disertakan dalam group. Bukan sahaja produk, motivasi dan juga marketing strategi yang dilakukan dari kalangan Suri Rumah yang hebat-hebat. Memang tak percaya sebab kebanyakan mereka yang jutawan adalah Suri Rumah. Lebih hebat dari gaji-gaji orang berkerja. Memang menjadi sumber inspirasi nak berhenti kerja.
#3 Ukhuwah dari Leader yang Superb
Sesuatu kejayaan ada pendorongnya. Tak kira dari segi apa pun, sama ada kerjaya, keluarga dan business. Dengan dorongan mentor dan leader-leader yang hebat, bershaklee lebih semangat.
Di dalam Shaklee ni dah macam keluarga. Kita tak bahasakan diri upline atau downline. Untuk lebih mesra, hubungan kekeluargaan ditekankan. Panggilan mesra diperkenalkan. Yang jauh didekatkan. Panggilan Mommy, Nanny, Aunty buat lebih menyeronokkan.
Ini adalah salasilah keluarga Shaklee saya;-
Grand Nanny - Lyna Noh ⇒ Nanny - Ainul Malik ⇒ Mommy - Wahidah Azizan ⇒ Daughter - Shidah Abdullah
Walaupun kami semua berjauhan tetapi semuanya berhubung melalui group-group yang diwujudkan. Memang seronok dan sangat berbeza dengan membership-membership yang saya pernah join sebelum ni.
#4 Ilmu-ilmu yang hebat
Selama hampir 1 tahun lebih saya join Shaklee, banyak ilmu-ilmu baru saya pelajari dari segi mengurus kesihatan diri sendiri dan keluarga. Kemudian ditambah pula dengan pemasaran online.
Banyak rupanya teknik-teknik hebat orang jadi kaya secara online. Mentor-mentor yang ada sentiasa berkongsi ilmu melalui pelbagai cara seperti Online Meeting dan Whasapp.
#5 Tiada Masa Ngan Keluarga?
Oh tidak di Shaklee, semuanya bawa anak-anak ke perjumpaan. Tak payah nak hantar rumah orang kalau ada meeting. Punya hebatnya geng-geng Shaklee, bukan sahaja isteri-isteri sibuk bershaklee. Suami-suami siap menubuhkan siap menubuhkan kelab Aku Sayang Bini (ASB) bagi memberi sokongan kepada para isteri.
ASB telah banyak menganjurkan kelas blogging bagi mengajar downline-downline yang ada celik blogging. Yang penting murah gila! Kebetulan saya ni sememang minat sangat IT.
Teknik yang diajar oleh ASB memang mudah difahami. Tidak seperti kelas website saya dah pernah sertai sebelum ini. Jangan kata website, blog biasa pun tidak pernah yang ada isinya. Ini disebabkan sesi sebelum yang agak sukar difahami dan tidak sepadan dengan kos yang dibayar.
Akhir Kata, Jom berShaklee!!!
Kita ditemukan dengan sesuatu perkara tentu ada faedahnya. Saya bertemu Shaklee di bawah naungan Mommy Wahidah saya juga mungkin ada hikmahnya. Saya ambil peluang untuk mengenali dan mendalami setiap ilmu dan pengalaman di sini untuk saya bergelar Master Coordinator 2018.
TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.
FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom