Assalamualaikum
Hi semua! Huish lama gila bersawang blog. Tiba-tiba kul 3 pagi ni terkenang nak tengok FB Malaysia Lifestyle Blogger. Ternampak posting SA buat Giveaway buat rindu berblogging datang balik.
Terus nak join. Masa menaip ni. Rasa nikmatnya.
Suriaamanda a.k.a SA antara blogger yang saya kagumi. Sharingnya santai tapi menarik hati yang membaca. Tak terfollow consistensy SA menulis. Dari membaca blog SA, shidah add friend SA di fb.
Hahaha tetiba teringat kisah Adam. Hari-hari menanti update! Rasa menunggu episod novel. Ya Allah mengekek-ngekek je. You made my day with Adam's stories. Tak kurang juga geram bila ada yang komen tah hape-hape bila SA tulis pasal adam. But who cares about the haters. Abaikan aje. Ramai lagi yang positifkan.
Shidah doakan SA sentiasa sihat dan membekalkan aura positif kepada setiap followers. Ini juga nikmatkan dengan memberi kebaikan pada orang lain.
Hah! korang bila lagi nak join. Ikut aje step-step ni.
Syarat-syarat penyertaan :
- Follow blog Suriaamanda
- Subscribe Youtube channel Suriaamanda (klik Sini)
- Follow Instagram SA ( Klik Sini)
- Follow Facebook SA ( Klik Sini)
- Copy and paste banner di atas. Buat entri "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
- Komen link penyertaan di komen di posting SA di sini
Sebagai pendatang baru dalam dunia blogging, kena la banyak menyinggah ke blog2 hebat. Malam ni saya sempat singgah ke blog yang tersenarai di blog dedauncomel.com. Posting tentang blogwalking yang padat tentang kepentingan blogwalking dan fungsinya.
Dari carta 54 blog yang tersenarai, malam ni saya singgah 3 blog termasuk dedauncomel. Dari blogwalking ni, cemburu tengok kepakaran masing-masing menulis santai. Rasa rugi satu masa dulu berblog main-main. Hehe..
Nama blognya sahaja dah comel. Tapi nama pemiliknya gagal saya kesan. Maaf. Banyak info-info tentang blogging dan tips berguna terutama yang nak kurus. Sangat bersesuaian dengan misi diri ini. Hehe! Tapi sanggup ke nak buat military diet seperti yang dicadangkan. Akhirnya nanti.. dah tahu alasan saya ibu menyusukan anak digunakan. Part2 yang saya suka dan nak follow:-
1. Suka sangat gambar cartoon2 mulut nganga berdarah la.. lukis sendiri ke? Kalau dapat jumpa personal saya tanya. Berseni sungguh
2. Point2 ada nombor besar tu. Mana saya nak cilok benda tu. Dekat saya punya tak ada pun 😣
Mommy Irra ni blognya seperti dairi harian. Saya dapat rasakan keseronokan Irra bercerita. Happy life kata orang. Apa sahaja yang Irra buat dia akan kongsikan agar bermanfaat pada orang. Tak semua orang nak kongsikan macam ni. Part saya suka:
1. Keberanian dan idea-idea penulisan. Tak teruk nak fikir macam saya fikir. Last-last tak tulis pun. Apa da!
2. Irra banyak bagi idea aktiviti dengan anak2. Saya suka sangat2. Sekurang-kurangnya boleh saya apply dengan anak-anak dihujung minggu.
Baca blog aniss ni buat saya usaha nak cari giveaway online. Nak grap semua. Udah macam cerita couponing dengan tv tu. Rupanya banyak benda boleh buat dan kongsikan. Sangat memberi manfaat. Aniss comel ni cerita apa dia buat terutama dekat sekolah, bila dia pergi jalan-jalan. Memang santai. Barang apa yang dia guna. Kat simple tu. Bila orang nak beli dan baca review dia pun tertarik.
Kesimpulannya
Berblog ni jangan stress-stress. Just kongsikan dengan santai. Bila kerja jadi buat akaun ni skema sikit. Bila fikir macam ada limit. Hari ni baru blogwalking 3 blog dah rasa berbunga-bunga uols.
Pesanan
Jangan salah anggap tau. Saya bukan tulis review blog diorang tapi apa pelajaran saya dapat dari blog mereka. Inspirasi.. mau tidur termimpi-mimpi..
Doakan saya jadi sehebat mereka.
Shidah Abdullah
Aktiviti sebelum tidur
#mylovelylist