Terbaca topik gusi berdarah dari website berita harian. Menarik juga topik ni untuk kita tahu. Kebiasaannya yang saya perasaan bila menggosok gigi adakalanya berdarah. Kenapa ye?
Penyakit gusi ni dialami hampir 80% penduduk dunia. Ia dipanggjl penyakit Periodontium. Canggih sangat namanya. Dia adalah tisu-tisu yang memberi sokongan pada gigi kita. Ada 4 bahagian semuanya.
- Simentum: Satu lapisan tisu yang keras dan nipis yang menutup akar gigi
- Ligamen periodontal (PDL): Menghubungkan simentum gigi ke tulang alveolar
- Tulang alveolar: Tulang tempat PDL menambat gigi (tulang penyokong gigi)
- Gingiva: Gusi, yang melindungi tisu di bawahnya dan melekatkan gigi pada tulang
Gusi berdarah mula berlaku disebabkan keradangan pada gusi yang dipanggil gingivitis. Biasanya tak ada tanda-tanda sampai kita sendiri pun tak perasan yang kita ada masalah ini.
Ingat! Ia mesti dirawat.
Jangan dibiar sebab ia boleh merebak lebih teruk dan menjadi-jadi. Pesakit perlu beri perhatian serius kerana tulang penyokong gigi juga musnah. Rawatan akan menjadi lebih rumit dan kemungkinan besar gigi terpaksa dicabut.
Ada masanya, gigi boleh tertanggal sendiri walaupun gigi tersebut tidak berlubang.
Bukan semua radang gusi akan merebak menjadi periodontitis. Ini disebabkan oleh sistem pertahanan kuat. Periodontitis bukan sejenis penyakit serius, ia hanya menyebabkan gigi goyang sehingga kena dicabut dan diganti dengan gigi palsu.
Siapa yang biasa hadapi masalah ni?
Kebiasaannya ia berlaku pada individu yang mencecah usia 40 hingga 50 tahun menghidap penyakit radang gusi
Apakah puncanya dan tanda-tanda Radang Gusi?
Bakteria yang melekat di bahagian gigi berhampiran gusi adalah punca masalah radang gusi. Kalau kita biar je, plak akan berubah warna menjadi kuning dan kelabu ini menjadi lebih tebal.
Lama-lama, plak yang tidak dibuang ini akan berubah warnanya menjadi kuning atau hitam dan akan mengeras seperti batu dan membentuk karang gigi (kalkulus).
Lepas tu, plak bakteria ini akan mengeluarkan bahan-bahan asid toksin yang boleh menyebabkan gusi menjadi merah serta membengkak. Kalau yang kronik boleh pembengkakan dan bernanah. Adoi! ni yang sakit tu.
Bila membengkak ni la dipanggil radang gusi dan jika tidak dikawal ia akan menjadi periodontitis.
Plak bakteria serta kalkulus akan terus membentuk sehingga ke dalam gusi dan memusnahkan fiber periodontium serta tulang alveolus yang menyokong gigi.
Akhirnya, gusi mula menjadi renggang dari gigi lalu meninggalkan satu ruang dipanggil pokok periodontium.
Cadangan rawatan yang sesuai untuk Radang Gusi
- Jaga kebersihan mulut dan buat rawatan mengikis plak dan karang gigi.
- Jika berlaku radang gusi, terus berjumpa doktor untuk rawatan dan prosidur.
- Tingkatkan pengambilan vitamin C dan kalsium bagi memberi nutrisi yang baik untuk gigi lebih sihat
Moga bermanfaat. Nak dapatkan vitamin Shaklee dan ada sebarang persoalan. Boleh hubungi Shidah terus ye
Ikhlas dari,
Shidah Abdullah
Whatsapp/sms : 012-6240197