Rasa sebu perut. Bila last korang membuang?. Huish kalau ada masalah ni memang terganggu segala urusan. Tambah pula angin naik ke kepala.
Macam-macam dah cuba tapi tak jalan. Apa kata korang try Herblax.
Wa cakap sama lu! Memang jalan laju.
Masa mula-mula try dulu terkejut sangat weih. Dia punya mencuci dasyat.
Tapi korang jangan la risau sangat. Tak la sampai mengganggu sangat.
Rasa macam nak membuang biasa je tapi dia cuci betul-betul clear.
Memang payah nak explain tau! Korang ke rasa sendiri. Telan 4 biji sebelum tidur. Esok dia jalan baik punya.
Botol dia kecil je. Sebotol ada 120 biji. Tak perlu makan hari-hari pun.
Siap korang boleh ajak kawan-kawan cuci usus sama-sama.
Ambil dalam seminggu untuk bersihkan semua.
Lepas tu korang ambil seminggu Herb-lax sambung terus ambil kalsium Ostematrix untuk bantu perjalanan pembuangan seperti biasa. Herblax tak boleh ambil selalu nanti usus kita malas sebab ada yang buat kerja untuk dia. Kita tak mahu macam tu. Kita nak bersihkan usus supaya kerja usus berjalan lancar baru la penyerapan zat-zat tip top.
Bawah ni Shidah detailkan pasal Herblax
Fungsi Herb-lax
1. Menyokong sistem penghadaman yang sihat
2. Membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semulajadi
3. Melindungi daripada masalah sembelit)
Antara bahan yang terdapat dalam herb-lax ialah:
1. Daun senna
2. Kulit pokok buckthorn
3. Likuoris
4. Daun alfalfa
5. Akar culver
6. Jintan hitam
7. Jintan manis
8. Akar rhubarb
9. Bunga mallow biru
Apa yang istimewanya ♥
Campuran daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh korang
Raya dah dekat tapi Shidah masih belum habis mengemas. PKP 1.0 dulu duduk rumah mak. Lepas balik dari balik PKP 1.0 sampai nak masuk PKP 3.0 dah tak habis kemasnya.
Ye la, Dah 10 tahun duduk rumah sekarang. Banyak gila barang dan tak pernah dibuang. Memang jenuh nak kena buat 5S. Memang kena "sorting" dan asingkan betul-betul yang kita pakai dengan yang tak pakai. Dah kenapa la simpan kan.
Kadang-kadang tu rasa sayang. Dulu nak beli susah. Bila nak buang tu berfikir-fikir. Simpan la. Tu la dulu suka sangat cakap 'opah suka simpan barang' 😅.
Bukan tu je la kan. Antara cabaran mengemas, bila kita kemas anak kita pun tolong mengemas. Dah disusun-susun, tengok diusiknya dan dimain anak-anak.
Tarik nafas panjang je la wahai mak-mak.
Eh! panjang pula melalut. Nak cerita Shidah beli almari make up. Tujuannya sebenarnya nak cari almari letak tudung. So rugi la beli untuk 1 tujuan je. Kali ni Shidah pilh mengikut keperluan dan penggunaan 2 in 1.
Beli bila betul-betul ada keperluan
Cabaran orang perempuan ni, tudung dia banyak sangat-sangat. Walaupun kadang-kadang dia jawab tak ada tudung 😂. Lagi Shidah anak dara ramai. Boleh bayangkan tak tudungnya. Untuk level kongsi-kongsi tu.
Kali ni tujuan utama beli almari, nak susun tudung yang berselerak. Best almari "make up" ni sebab ada laci ("drawer"). Tak nak yang beli besar sangat. Nanti almari tu makan space dalam bilik shidah. Bilik tak la besar sangat. So beli la almari ni.
2 in 1
Bila tujuan nak simpan tudung tercapai happy dah. Sambil tu ada cermin dan tempat simpan barang-barang macam bedak, sikat, getah rambut, minyak wangi. Mudah la anak-anak dara bersolek nak ke sekolah.
Pilihan Warna
Sebab bila beri asing dengan almari lain, kena la pilih yang matching dengan almari sedia ada. Soft brown. Matching gitu.
😄Beli almari pun nak cite kan. Enjoy aje la korang!
Shidah Abdullah
Assalamualaikum
Hi semua! Huish lama gila bersawang blog. Tiba-tiba kul 3 pagi ni terkenang nak tengok FB Malaysia Lifestyle Blogger. Ternampak posting SA buat Giveaway buat rindu berblogging datang balik.
Terus nak join. Masa menaip ni. Rasa nikmatnya.
Suriaamanda a.k.a SA antara blogger yang saya kagumi. Sharingnya santai tapi menarik hati yang membaca. Tak terfollow consistensy SA menulis. Dari membaca blog SA, shidah add friend SA di fb.
Hahaha tetiba teringat kisah Adam. Hari-hari menanti update! Rasa menunggu episod novel. Ya Allah mengekek-ngekek je. You made my day with Adam's stories. Tak kurang juga geram bila ada yang komen tah hape-hape bila SA tulis pasal adam. But who cares about the haters. Abaikan aje. Ramai lagi yang positifkan.
Shidah doakan SA sentiasa sihat dan membekalkan aura positif kepada setiap followers. Ini juga nikmatkan dengan memberi kebaikan pada orang lain.
Hah! korang bila lagi nak join. Ikut aje step-step ni.
Copy and paste banner di atas. Buat entri "1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021"
Komen link penyertaan di komen di posting SA di sini
Assalamualaikum
Raya zaman PKPP memang berbeza kan. Tapi alhamdulillah kita masih boleh menyambut raya mengikut SOP. Kami datang masa awal cuti sekolah bermula dan terus tak boleh balik. Sepanjang PKP ni saya duduk di rumah mak abah bersama anak-anak. Memang seronok sangat la budak-budak. Saya pun lega juga bekerja dari rumah.
Sepanjang cuti panjang ni, macam-macam aktiviti anak-anak saya buat sambil. Kelas-kelas online yang cikgu-cikgu dan ustaz ustazah buat tetap mereka join juga. Hehe yang saya paling suka tengok bakat diorang berlakon dan join beberapa pertandingan video. Yang diorang join tu ada yang diorang menang dan dapat la duit cash buat duit raya.
Ok ni video terbaru diorang. Pantang suruh buat video laju je. 😁 Semangatnya menerima tawaran untuk tunjuk cara-cara buat Milo Meal Shakes. Diorang baru tahu penangan sedapnya bila buat milo letak Meal Shakes. Rasa macam milo dari lori yang datang kat sekolah tu tau. Letak ais sejuk-sejuk lagi sedap.
Bahan-bahan yang digunakan
Milo
Meal Shakes
Cawan
Air
Ais kalau nak sejuk
Sebab dah pandai bancuh air sedap, orang datang diorang la tukang bancuh Milo Meal Shakes untuk budak-budak datang. Senang kan kerja ibu. Datang la makcik saya, sepupu dan anak-anak datang beraya. Kami pun siapkan juga makanan nak dijamu.
Saya observe je. Punya la susah sepupu saya nak suruh anak-anak makan. Malu agaknya ye. Kata maknya "Deme ni memang susah nak makan. memilih". Alahai patut la. memang sesuai la kami bancuhkan milo meal shakes tu Jamu juga la la air milo diorang ni bersama ais.
Habis hati budak-budak tu minum Milo meal shakes. Sedap katanya. Memang sesuai sangat. Minum segelas sehari dapat tambahkan kekurangan zat sebab memilih makan.
Info tentang Meal Shakes
Perisa vanila
Boleh dibancuh begitu sahaja atau dicampurkan dengan buah-buahan atau pun susu.
Kaya dengan kalsium, serat, protein dan zink
Dapat membekalkan nutrisi dan mineral
Minuman sihat yang dapat menyokong tumbesan anak-anak
Perut anak pun kenyang
Satu canister meal shakes berat 544g
Harga RM130 termasuk postage
Jom bagi anak-anak tambah flavor dalam minuman kegemaran diorang dan tambah sekali khasiat minuman. Ok jumpa lagi ye.
Nak dapatkan Meal Shakes atau Set-set vitamin shaklee boleh hubungi Shidah Abdullah melalui Whatsapp/sms : 012-6240197
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: Rak Vitamin Sihat
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : Rak Vitamin Sihat
Kolagen memang terkenal dengan manfaat positifnya pada kesihatan badan. Teringat suatu masa heboh nak dapatkan kolagen dari rumpai laut. Saya juga antara yang terpengaruh juga. Apa yang lebih penting kita kena tahu apa kenapa kita perlukan Kolagen hari ini!
1. Bahan Utama Untuk Kulit Yang Kukuh
30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Tugas kolagen ini adalah memegang semua sel kulit bersama untuk mengekalkan keanjalan kulit serta memastikan bahagian dalaman dan luaran kulit tetap kuat. Apabila kita terdedah dengan pelbagai faktor terutamanya umur yang akan menyebabkan kulit akan beransur-ansur hilang keanjalan dan kekukuhan. Antara cara yang menarik minat saya untuk menguji keanjalan kulit adalah menggunakan teknik "Snap Pinch Pout" yang ditunjukkan oleh Dr Terry seperti di dalam video.
Dengan menambahkan suplemen kolagen ke dalam regim suplemen harian anda, anda boleh rasa bebas dari kulit melendut dan berkedut.
2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi
Ramai orang yang meningkat umur mengalami masalah sendi dan akan lebih ketara apabila perlu melakukan aktiviti seperti menaiki dan menuruni tangga. Ini disebabkan kolagen yang berkurangan.
Kolagen membentuk blok bangunan asas pada sendi. Peranannya sangat penting untuk menyokong sendi yang kukuh dan lebih fleksibel. Ia kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawa, tulang, tendon dan ligamen untuk menyokong dan meneruskan aktiviti aktif seharian termasuklah bersenam dan bersukan.
3. Katakan Ya Kepada Rambut dan Kuku Sihat
Rambut rosak dan kuku mudah patah atau rapuh adalah gejala kurang kolagen. Kedua-duanya memerlukan kolagen untuk mendapatkan kekuatan dan keanjalan. Ciri-ciri antioksida dalam kolagen membantu melawan radikal bebas yang membuatkan rambut beruban dan menipis serta kukuh yang rapuh.
Dengan pengambilan kolagen hari ini, anda akan membina gudang penyimpanan kolagen yang mencukup dalam badan dan menyebarkan nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku yang sihat. Barulah rambut berkilat dan kuku sihat.
4. Oh Tidak! Pengeluaran Kolagen Berkurangan Setiap Tahun
Selepas umur 20 tahun, badan kita akan menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Ini yang menyebabkan terhasilnya garis-garis halus, kedutan dan kulit yang kering dan juga kusam. Ini akan menghalang terus menjadikan anda tua sebelum waktunya. Lebih menyedihkan lagi bila ada yang memanggil anda "Makcik" sedangkan umur masih lagi muda.
Mulakan ambil kolagen sekarang!
Yang terakhir sekali, tahu kan!!
5. Kolagen Rosak Setiap Hari
Pencemaran alam sekitar semakin terus. Masih ingat lagi kes pencemaran Sungai Kim Kim di Johor. Bukan itu sahaja penggunaan bahan kimia merbahaya dalam kosmetik, sinaran UV dan pengambilan makanan harian semuanya mencetuskan radikal bebas yang akan menyerang kulit anda dan merosakkan kolagen.
Jika pendedahan ini berterusan, dalam jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan kolagen menjadi semakin rendah dan menghasilkan penuaan yang pramatang. Agak sukar untuk kita elak dari semua ini kan!
Lebih baik anda kekalkan tahap optimum kolagen dengan pengambilan harian untuk kulit sihat dan muda.
Tips Pemilihan Kolagen Di Pasaran
Disebabkan lambakan produk di pasaran, kita lebih terpengaruh dengan iklan berbanding kualiti produk. Bahaya sangat untuk kesihatan. Ini tips untuk anda memilik kolagen:-
Diekstrak dari ikan air dalam seperti ikan merah kerana keupayaannya untuk menarahan tekanan bawah air yang melampau. Ia menjadikan sumber kolagen yang tahan lama dan berkualiti tinggi
Lihat dilabel, kolagen mesti diperkaya dengan vitamin C dan vitamin B untuk menggalakkan kolagen
Kolagen Marine adalah pilihan lebih baik kerana
mempunyai kadar penyerapan yang sangat baik kerana ia mempunyai zarah yang lebih kecil.
meningkatkan sintesi kolagen pada lapisan dermis dengan cekap yang dapat membantu menggalakkan kesihatan kulit, tulang dan sendi
Cadangan Produk Terbaik Collagen Plus Powder
Dapatkan sekarang!!
Hubungi Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197