Disahkan mengandung oleh doktor pastinya melahirkan rasa gembira luar biasa. Maklumlah bakal menjadi ibu. Tidak kiralah anak pertama, kedua atau seterusnya. Pastinya semua ibu nak yang terbaik untuk baby dalam kandungan. Melalui Trimester Pertama pastinya yang paling mencabar. Oleh itu, mental dan fizikal ibu perlu bersedia. Apa nak buat?
Berikut adalah 10 Tip Amalan Mengandung di Trimester Pertama
1. Cari Maklumat
Mengandung membuatkan keadaan jauh berbeza. Sebab itu ibu-ibu perlu mencari sebanyak yang boleh informasi tentang apa yang perlu dilakukan dan diketahui dalam tempoh dari trimester pertama hingga terakhir. Informasi boleh didapati dari bahan-bahan bacaan seperti PA&MA, ilmu dari ibu dan mertua dan juga pengalaman rakan-rakan.
2. Jaga Dehidrasi
Di trimester pertama, alahan seperti mual dan muntah boleh menyebabkan ibu mengandung mengalami dehidrasi. Oleh itu, ibu-ibu kena banyak minum air, jus buah-buahan dan juga susu. Ia juga sangat membantu penghadaman dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
3. Makan Secara Sihat
Selalunya bila mengandung ada ibu-ibu mengambil peluang untuk makan lebih. Jangan begitu. Makan mengikut diet yang berpatutan. Pastikan di dalam diet ada
- banyak buah-buahan dan sayur-sayuran
- Bersarapan dengan karbohidrat seperti pasta dan nasi
- Tambahkan dengan bijirin yang berasaskan serat
- Tak lupa protein seperti ikan, daging, telur dan susu
4. Elakkan Penyebab Muntah
Antara penyebab muntah adalah bau-bauan yang kurang menyenangkan. Ada juga tidak tahan dengan bau masakan. Ibu-ibu boleh memilih untuk membiasakan atau mengelak terus dalam keadaan demikian. Elak mengambil asam untuk menghilangkan rasa mual kerana kesannya tidak baik untuk badan. Biasakan memberus gigi selepas makan untuk kurangkan penyebab mual.
5. Pemeriksaan Antenatal
Ibu-ibu perlu mengikuti rutin pemeriksaan antenatal sebelum minggu ke-12. Ia membantu doktor memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi.
6. Makan ikan
Beberapa kajian menunjukan minyak ukan yang mengandungi asid lemak omega-3 mempunyai kesan baik terhadap berat kelahiran bayi dan perkembangan otak bayi diperingkat akhir kehamilan. Minyak ikan seperti Omegaguard menganduingi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3. Selain itu ibu-ibu digalakkan makan ikan tenggiri, salmon atau sardin 2x seminggu.
7. Bersenam Selalu
Bersenam buat ibu-ibu lebih ceria dan membantu menangkis kemurungan semsa hamil. Senaman seperti berjalan, berenang adalah senaman yang sesuai untuk ibu-ibu hamil. Selain itu, senaman lantai pelvis juga dapat membantu proses kelahiran.
8. Kurangkan Kafein
Kafein yang diambil oleh ibu-ibu ketika hamil dapat memberi risiko bayi mempunyai berat badan lahir rendah atau boleh menyebabkan keguguran. Kurangkan pengambilan teh atau kopi kepada 2 cawan sahaja sehari. Tukarkan kafein kepada ju buah-buahan
9. Pengambilan Suplemen
Pengambilan supplement sangat membantu kesihatan ibu dan perkembangan bayi. Beberapa supplement yang sesuai untuk ibu mengandung.
- Vitamic C
- Ostematrix
Click Di Sini!
Semoga semua ibu-ibu mengandung dengan cergas dan ceria. Bukan itu sahaja, bayi yang dikandungkan sihat dan cerdas seperti ibunya.
Salam Ceria Sentiasa
Shidah Abdullah
012-6240197
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.