Kolestrol Punca Perlu Buat Angiogram

Assalamualaikum

Baru-baru ini abah masuk Institut Jantung Negara untuk menjalani angiogram. Kalau ikut pemahaman sendiri, angiogram ini ialah pemeriksaan saluran arteri untuk kesan mana-mana yang tersumbat.  Alhamdulillah memang rezeki kali ini, dapat tunggu abah buat angiogram. Abah masuk wad hari Selasa dan angiogram pula dibuat hari Rabu pagi.


Saluran tiub abah dimasukkan dari celah peha. Lepas buat angiogram tu, abah tak boleh bangun dari katil selama 7 jam. Naik je wad, saya tolong suapkan abah makan. Lapar sangat katanya. Ye la sebelum buat angiogram, abah kena puasa. Lepas suap makan, kami berborak panjang juga. Sembang ngan abah dah macam sembang ngan doktor. Abah memang expert sangat pasal kesihatan. Dia tahu rasa kalau badan dia tak sihat. Buat angiogram ni pun asalnya abah bgtau Dr Azhari yang dia rasa ada tak kena dengan jantung dia. Tu yang doktor bagi date buat angiogram terus.

Macam-macam pesan abah. Siap suruh pesan kat semua anak-anak dia. hehe
+ Jangan makan malam lambat-lambat
+ Jangan minum malam-malam. Stop la lepak kedai-kedai mamak
+ Jaga kolestrol

Tapi abah kata, Alhamdulillah masa sebelum buat angiogram, kolestrol dia dah ok. selalunya tak ok. Abah kata lepas makan Omegaguard tu memang kolestrol dia terkawal. Alhamdulillah Omegaguard yang bagi kat abah bulan lepas banyak bantu abah kawal kolestrol.

Abah kata lepas ni nak kawal kencing manis pulak. Tu lagi satu penyakit bahaya untuk orang sakit jantung. Saya dah supply kat abah supplemen kawal kencing manis pula iaitu VIVIX.

Harap abah terus sihat. Alhamdulillah abah ok je macam sebelum angiogram. Hehe cuma business pau abah kat Subang Jaya tu kena la stop dulu. Kesian geng-geng meja pencen abah. Kurang satu ahli yang kena berehat kat rumah selama 3 minggu.
Yang Kena Belajar Banyak Dari Dr Abdullah
Shidah Abdullah
012-6240197


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram