Throwback Kemalangan 22 Oktober 2018 sebagai ingatan.
Kami Kadang-kadang weekend akan balik kampung sebelah Encik Suami. Bila nak balik ke rumah balik macam biasa la. List je kan.
Macam biasa kami kalau balik dari kampung memang akan gerak lepas maghrib dan makan malam dengan mak abah. Ala macam menghabiskan masa-masa akhir bersama di kampung.
Yang bawa kereta dah tentulah Encik Suami. Masa ni adik alya kecil lagi baru 3 tahun. Berkepit lagi dengan ibu. Ni la peluang Cik isteri nak tidur 😄. Alasan la kononnya kan. Memang kaki tidur Semington selepas masuk kereta 🤣.
Alhamdulillah perjalanan lancar je. Bila Encik Suami ngantuk, dia akan berhenti di mana-mana R&R. Macamana tahu? Tau la sebab biasa gerak dalam kul 9 lebih. Cik isteri take over dalam kul 12 lebih juga. Masa ni kami bertukar dekat Ulu Bernam. Encik Suami dah ngantuk sangat nak rehat.
Start la Cik Isteri drive di malam yang hening. Terus zassss. Tengah drive tu perasan lori kat depan macam laloq je bawa. Dalam hati "kenapa dengan lori ni? Risau pula nak dekat. Jauh sikit la". Bila jalan nampak clear terus potong. Lega..
Sampai la ke tol Sungai Besi. Dalam hati "Dah dekat dah. Alhamdulillah". Masa ni dalam kul 1 lebih dah. Kita steady je drive lorong tengah.
Masa tu saya tengah fikir tak update daily checklist dekat group tadabbur. Masa tu nampak dah signage Bukit Mahkota. Lagi sikit je nak masuk tol rumah. Yang lain semua nyenyak tidur. Nampak jambatan baru ke South ville.
Tiba-tiba... Nampak dari cermin macam ada kereta laju sangat dari belakang.
Bang!
Kereta kami dilanggar dari sisi dan kereta kami terbalik. "Allah! Allah!. Tak pasti berapa kali kami berpusing. Memang berpaut kuat pada pemegang.
Dalam hati "Ya Allah selamatkan kami. Jangan ke gaung Ya Allah". Mengenangkan highway kiri kanannya tinggi.
Selepas berpusing-pusing berkali-kali. Kereta kami berhenti berpusing. Dengar suara Encik Suami bagi arahan "Tenang. Keluar kereta". Dalam keadaan kereta yang terbalik, saya mencari cara keluar. Otak masa tu fikir boleh ke ni. Mencabut seatbelt dan merangkak keluar dari tingkap yang dah pecah.
Bila keluar kereta. Kereta kami dah ke bahagian tepi lorong ketiga. Alhamdulillah. Tengok suami keluar. Anak yang sulung keluar. Anak kedua keluar. Adik ayah dah pegang. Tak nampak yang ketiga. "Mana kak chik?".
Jantung berdebar bila kelibat anak sorang tak kelihatan. Saya toleh ke belakang mencari kak chik. Ya Allah! Luluh hati masa tu tengok kak chik terbaring atas jalan tar dekat dengan kereta putih yang melanggar kami.
Ya! Kak chik tercampak atas jalan raya. Shidah terus berlari ke kak chik. Betapa bahayanya dia di situ di lorong ketiga dan atas jalan raya.
Muka kak chik sebelah kiri atas jalan raya. Dia seperti tidur meniarap. Senyap tak berbunyi. Berderau darah tengok anak di atas jalan. Shidah angkat dia. Tengok muka berdarah luka. Tangan terkulai dan menampakkan tulang siku.
Ramai dah berhenti kereta di tepi masa tu. Naluri ibu hanya nak selamatkan anak. Saya terus minta siapa-siapa di tepi jalan minta tolong bawa ke hospital. Mula-mula tu terus meluru masuk ke 1 kereta. Ownernya pun terkejut tapi saya faham.
Hadir hamba Allah baik "Puan mari saya hantar puan ke hospital". Ya Allah bersyukurnya dengan bantuan Allah. Discuss dengan suami, dia akan stay di tempat kejadian dan saya bawa semua anak-anak dulu ke hospital untuk rawatan.
Sebelum gerak, mencari dulu benda-benda penting seperti beg, bag susu untuk adik yang masih menyusu, dompet terutama kad pengenalan. Cuba mencari handphone tapi gagal dikesan. Mungkin dah terpelanting ke mana-mana.
Masuk kereta abang tu berdoa sangat-sangat. Abang tu pesan "Akak tenang dulu. Doa banyak-banyak kak. Insyaallah dimudahkan. Akak nak ke hospital mana?". Saya pun maklumkan la ke hospital mana nak pergi.
Dalam kereta kak chik bergerak. Syukur sangat. Dia cuba gerakkan tangan kanan dia yang luka teruk dan nak cuba memeluk ibu. Dia masih rasa dia tidur macam biasa. Dia tak menangis pun. Syukur sangat dia masih okay.
Sampai sahaja di hospital, terus pergi ke emergency dan masukkan kak chik dulu ke dalam untuk rawatan segera. Sementara anak-anak yang lain tunggu giliran juga untuk pemeriksaan. Secara kasarnya, kak long ada luka di tangan, kak ngah luka di jari, adik juga di tangan.
Sementara tu, Shidah selesaikan pendaftaran untuk rawatan. Jumpa abang tadi untuk pinjam handphone untuk call abang saya yang duduk paling dekat supaya pergi ke Encik Suami di tempat kejadian.
Selesai urusan dengan polis, ambil nombor semua yang terlibat. Encik Suami dan abang datang ke hospital.
Hospital maklumkan kak chik akan dipindahkan ke hospital besar untuk rawatan selanjutnya. Lepas subuh Encik Suami dan kak chik naik ambulan. Sedih tengok keadaan kak chik. Masih kecil tapi diuji menghadap kecederaan macam ni.
Part seterusnya Shidah akan cerita perjalanan rawatan kak chik
Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.