TADABUR TAZZAKUR : SURAH AL-FATIHAH AYAT 1 HINGGA 7





Assalamualaikum. Hari ni nak tadabbur Surah Al Fatihah. Surah pertama dalam Al Quran. Apa pesanan Allah pada aku dalam surah ini. Rindu kelas Tuan Fazrul pada tahun 2018. Belajar tentang 
  • Tadabbur (IQ) bijak intellek dan 
  • Tazakkur (EQ) bijak emosi


Quran itu untuk dibaca untuk mencapai 4 perkara iaitu
  • peringatan untuk memperbaiki kehidupan
  • penawar kalau hati gundah gelana
  • petunjuk dalam membuat keputusan dan 
  • rahmat ketika kita rasa dalam keadaan kritikal dan memerlukan kekayaan spiritual

Ayat 1 (Basmallah) 


Tadabburku : 
Dengan nama Allah yang Maha Penyasih Maha Penyayang


Tazakkurku : 
Ya Allah baiknya Engkau Allah. menceritakan pada aku bahawa kau sentiasa menyasihi aku tidak kira siapa aku. betapa kurangnya aku. Kau sayang aku tidak ada belah-bahagi Ya Allah. Terima kasih Allah atas setiap rahmatmu Allah


Ayat 2 

Tadabburku :  

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

Tazakkurku : 
  • Aku wajib mengingatimu dan memuji kehebatanmu Allah. Tiada yang lain. Engkau yang memiliki segalanya di alam ini. 
  • Aku hanya meminjam segalanya kepadamu. Aku meminjam nyawa, harta, anak-anak, ibubapa, suami, adik-beradik dan segala-gala yang aku ada Ya Allah
  • Semua Bila aku rasa ada manusia hebat, aku perlu ingat Engkau lebih hebat. Allahuakbar


Ayat 3 

Tadabburku : 
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Tazakkurku :
  • Aku masih tertanya-tanya ketika Allah mengulangi perkataan yang sama dari ayat pertama. kini diulang ke ayat ketiga
  • Ya Allah sesungguhnya kau bagitau aku lagi untuk mencarimu yang sentiasa mengasih aku dan sentiasa menyayangi aku tanpa alasan tanpa melihat apa kurangnya aku sebagai hambamu Allah.

Ayat 4 

Tadabburku : 

Pemilik hari pembalasan

Tazakkurku :
  • Kalau di dunia, nak dapat kenaikan pangkat tentunya ada evaluation sessionkan
  • Ya Allah kau cerita pada aku betapa aku akan bertemu denganmu untuk melihat setiap amalanku sama ada baik atau buruk
  • Ya Allah ini matlamat hidupku, pulang kepadamu Husnul Khotimah. 
  • Untuk aku mencapai matlamat ni, pasti aku perlu mencapai segala KPI-KPI menuju akhirat. Aku terfikir aku dah meet expectation ke? Ke masih below expectation. Kalau ikut evaluation dunia. Aku masih belum layak
  • Tapi aku yakin Ya Allah kau Maha Penyasih dan Penyayang. tugasku sebagai hambamu berusaha dan bersusah payah untuk mendapat kemudahan di hari pembalasan dan memilih pintu Syurgaku. Membawa seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku bersenang-senang di sana. 

Ayat 5 

Tadabburku : 
  • Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
  • hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tazakkurku :
  • Ya Allah, awal-awal lagi dalam Al Quran kau menegaskan untuk hanya menyembahmu. Membuat segala suruhanmu.
  • Kalau aku rasa susah, aku perlu memohon pertolongan padamu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. 


Ayat 6 

Tadabburku : 
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Tazakkurku :
  • Kami wajib memohon pertolonganmu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi kami
  • Aku pasti yang memberi setiap kemudahan di setiap kepayahan
  • Jika kau beri ujian, pastinya Ya Allah tujuannya untuk mendidik aku menjadi lebih baik
  • Sesungguhnya telah banyak kau membantu aku dalam kehidupankan Ya Allah


Ayat 7 

Tadabburku : 
  • Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya
  • bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan
  • bukan pula jalan orang-orang yang sesat

Tazakkurku :
  • Ya Allah kau dah berikan aku 3 pilihan jalan mana perlu aku ikut.
  • Ya Allah aku nak pilih jalan orang-orang yang kau berikan nikmat; nikmat hidup, nikmat iman, nikmat islam, nikmat berkeluarga dan bermasyarakat, nikmat keamanan dan pelbagai lagi nikmat yang tak terhitung banyaknya dari aku kecil lagi
  • Ya Allah aku tidak mahu jadi orang yang kau murkai iaitu tidak mengingatimu selepas Engkau berikan nikmat-nikmat kepadaku
  • Ya Allah aku juga tidak mahu menjadi termasuk orang-orang yang sesat. Lindungi aku terutamanya dari fitnah Dajjal Ya Allah

Terima kasih Allah sebab ingatkan aku semula untuk bertadabbur
Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: Rak Vitamin Sihat 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom & Rak Vitamin Sihat

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram