Topik hari ni tentang bagaimana nak kurangkan risiko terkena kanser. Saya baru balik duduk dari Hospital Kuala Lumpur ("HKL") selepas hampir 2 minggu menunggu anak mendapatkan rawatan akibat kemalangan Oktober 2018.
Anak saya mendapatkan rawatan kulit di wad Pakar Kulit HKL. Dekat wad ni, ada beberapa jenis seperti pesakit-pesakit kanser dan kanak-kanak sumbing. Satu pengalaman baru dan sangatlah memberi pelajaran untuk kita yang masih sihat untuk terus menjaga kesihatan.
Tak ada siapa pun minta diuji sakit. Setiap pagi bermula 5 pagi nurse-nurse mencuci luka setiap pesakit. Dekat sini saya belajar sabar dengan melihat kesabaran orang lain yang sakit dan juga yang keluarga yang menjaga mereka yang sakit.
Jadi, mulalah lakukan aktiviti-aktiviti dibawah agar kita dapat elak dan menjauhi risiko sakit kanser.
1. Bersenam agar kalori dibakar dan badan kekal sihat dan fit.
Kekalkan la 'fitness' badan kita. Bila badan kita bersenam, satu benda yang saya perasan kurang mengantuk dan badan lebih segar. Maksudnya oksigen yang kita terima lebih lancar.
Bila badan segal, sel badan kita juga sihat. Elakkan pergi ke tempat-tempat yang banyak toksik terutama dekat dengan orang merokok. Bukan apa, ia menyebabkan kita menghirup udara tidak sihat dan memberi kesan pada badan yang menjadi tak sihat dan sel badan rosak.
2. Minum air yang cukup terutama air kosong.
Kita semua tau minum air kosong adalah yang terbaik berbanding minuman yang manis. Kita perlu tingkatkan oksigen dalam badan yang membantu menghasilkan tenaga yang cukup dan metabolisma badan.
Bila kita minum air kosong, rasa leganya dan kurang dahaga. Berbanding kita minum manis, selepas tu lebih dahaga dan kita akan mencari lagi air. Dia macam nak lagi. lagi dan lagi.
Minum air kosong juga dapat bantu badan kita mengawal suhu badan, nutrien dan oksigen.
3. Jaga usus dengan baik.
Penting sangat usus dan penghadaman yang baik. Itulah cara toksik dari badan dibuang. Pengambilan serat dari buah dan sayuran memang melancarkan pembuangan.
Bagi yang pernah merasa susahnya masalah sembelit, perut akan rasa berangin dan rasa kembung ("bloated"). Masa ni rasa mual pun ada dan nak muntah. Dari benda yang simple menyebabkan lebih banyak rasa tidak selesa.
Ini dapat lancarkan masalah sembelit. Bila usus berkerak semua akan terganggu.
Bagi yang memang masih sukar, memang Shidah suggest sangat ambil herblax. Shidah pun ada masanya dia meragam. Herblax ni dari daun senna je. Bila makan memang rasa clear membuang. Bila nak membuang tak la rasa macam makan julap. Rasa macam biasa je. Memang clear usus. Rasa kempis sikit 😍. Yang rasa aje tau hokey.
4. Jaga kestabilan hormon
Hormon ni kalau berubah, ada je la fungsi lain tak function betul-betul. Kenali la perubahan diri korang terutama yang wanita. Dari segi emosi la dan juga dari segi perubahan fizikal.
Hormon kita nikan menghasilkan bahan kimia yang akan dihasilkan oleh kelenjar endokrin yang memberi kesan pada organ lain. Kalau hormon terganggu akan mengaktifkan sel kanser tau.
Hormon ni lagi cun kalau pemakanan kita pun tip-top. Ambil makanan seimbang seperti protein, karbohidrad dan lemak. Up lagi amalkan suplemen tambahan macam ESP protein sebagai minuman pagi dan petang. Ambil juga minyak ikan Omegaguard.
Kesimpulannya
Sentiasa la jaga diri kita. Ini usaha kita dan teruslah berdoa diberi kesihatan yang baik. Jika diuji, sabar dan solat. Moga diberi kemudahan untuk kanser pulih dan sembuh sepenuhnya.
Ikhlas dari penulis comel,
Shidah Abdullah