Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, August 14, 2018

Cara Mengecilkan Pori Di Wajah Dengan YOUTH

Pori di wajah yang besar selalu menyebabkan muka terdedah kepada kulit bermasalah. Biasanya ia datang dengan pakej kulit berminyak. Ia menyebabkan sebum berminyak menyumbatkan pori-pori dan berlakulah keradangan kulit seperti jerawat.

Bagaimana nak kecilkan pori-pori ni?

1. Cucikan wajah dengan bersih


Bagi yang mempunyai pori besar, pemilihan pencuci muka memang kritikal. Sebaiknya pilih yang tidak bersabun dan PH seimbang.

Pencuci muka Luminous Gel Oil Cleanser memang sangat sesuai bagi yang mengalami masalah ini. Jika dilihat bahan-bahan digunakan seperti polifenol dan alga menghaluskan kulit. Ia juga digabungkan dengan vitamin yang dipaten menjadikan kulit lembut. Barulah langkah penjagaan lain lebih efektif.


2. Segarkan muka dengan toner


Lepas muka dibersihkan, ambil kapas dan letakkan Perfecting Skin Toner. Ia membantu membuang sel-sel mati yang tertinggal dikulit. Jika dibiarkan kulit akan menjadi kusam.

Terasa kulit segar. Bahan-bahan sweetie polifenol, campuran vitamin dan bahan botanikal di dalam toner ni buat kulit lebih berseri-seri.


3. Tegangkan kulit dengan kolagen dan serum

Amalkan kolagen terutama bila umur melebihi 25 tahun kerana penghasilan kolagen badan dah menyusut. Ia sangat membantu kulit lebih sihat dan membina benteng pertahanan dengan menegangkan kulit dan memelihara pori.

Sapukan serum ke kulit anda agar dapat memulihkan masalah kulit


4. Lindungi kulit dari cahaya matahari

Semasa menghadiri kelas YOUTH, pakar kulit menyatakan di Malaysia kita terdedah lebih banyak kepada cahaya matahari berbanding tempat lain. Disebabkan itu, sapukan pelembap atau moisturiser YOUTH berspf 50. Kenapa? Sinaran UV merosakkan kolagen kulit kita. Dengan sapuan harian dapat mengurangkan kerosakan kulit




Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom


Read More

Monday, August 13, 2018

Cara Mengatasi Kulit Berlupang Bekas Jerawat Dengan YOUTH

Semalam membelek gambar di google. Ada yang auto backup. Mula-mula keluar gambar anak-anak masa kecil. Tetiba lalu gambar muka sendiri. Baru tahu teruknya muka saya dulu.

Pores besar dengan parut-parut. Masa tu tak kisah sangat nak jaga. Bila anak-anak dah start membesar ni tengok diorang pun dah kena mula perlu menjaga kulit.

Mula menggunakan Youth memang ketara perbezaannya, lubang makin mengecil sampai terlupa yang pernah seteruk tu dulu.

Mulakan langkah
1. Pencuci muka
2. Toner
3. Serum
4. Day cream

Disebelah malam menggunakan
5. Night cream dan
6. Vitamin C + E cream.

Hubungi saya yeah untuk sama-sama Menjaga kulit

Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Sunday, August 12, 2018

Pengalaman Menginap Di The Zenith Hotel Kuantan

Minggu ni kami ke Kuantan menziarahi pakcik saudara di sini. Sambil tu sempat la kami shortvacay dengan anak-anak, mak dan adik.

Permulaannya kami booking Shahzan Inn  melalui agoda. Tapi bukan rezeki kami untuk menginap di situ selepas complain bilik kami di tingkat 13 aircondnya tidak sejuk walaupun maintenance datang repair. Kebetulan bilik lain penuh untuk digantikan.

Kami decide pindah ke hotel yang lain ditempat pakcik-pakcik yang lain menginap iaitu The Zenith Hotel. Hotelnya memang kerlas ko 😂.


Kami tumpang kad kerajaan pakcik saya dan dapat diskaun 30%. Baru tau special siapa kerja kerajaan dapat jimat banyak.

Ruang Bilik

Ye la dah last minit tukar. Pilihan bilik pun tak ada. Dapat bilik 2 single bed pun dah selesa sangat. Janji aircond fungsi kan! Memang berbaloi dengan harganya untuk kami keluarga yang ramai. 


Disediakan juga kerusi sofa yang boleh juga dibuat tempat melelapkan mata. Kerusi empuk ditambah bilik sejuk seminit pun dah terlena.


Tengok anak dara sorang ni bukan main happy lagi melompat-lompat dan terbaring-baring atas katilnya. 



Bilik Air 

Paling penting bilik airnya. Mudah la sikit mak-mak anak ramai nak berperang menyiapkan seorang demi seorang. 


Ada juga bathtab untuk berendam air. Tuangkan air suam dan berendam... Pergh! Maunya sampai tertidur dekat situ disebabkan keletihan. 


Pakej dengan 2 Sarapan Percuma

Macam biasa akan ada sarapan percuma untuk 2 orang. So 2 orang je la turun makan. Yang lain kami dah siap pergi beli di pasar tani hari ahad depan UTC Kuantan. Ada laksam, nasi lemak dan macam-macam lagi pilihan lain. 

Untuk breakfast, memang banyak pilihan makanan dari makanan utama orang kuantan iaitu nasi minyak dengan ayam sambal sehingga la yang western seperti pasta. Pilih sahaja di tempat buffet ni. Memang puas hati. Berbaloi la menginap di sini.



Kolam Renang

Pastinya untuk anak-anak tak sah kalau tak mencari kolam renang yang berada di tingkat 4. Di tingkat yang sama ada juga fasiliti yang lain seperti gym, spa, zumba dan taman permainan kanak-kanak.


Untuk mandi kolam ni kena pakai swimming suit ye. tak boleh pakai baju biasa. Kalau tak bawa, di ground floor hotel ni terdapat kedai yang menjual swimming suit ni dalam range harga RM50 (bawah 3 tahun), RM109 (bawah 12 tahun) dan dewasa RM160. Huhuhu memang la tahu sebab kena belikan untuk anak-anak dara ni. Tak beli kesian pulak. Beli bersyarat tu... Guna duit raya diorg.. Biar diorang tahu bukan senang nak dapat kan... hehe


Bagi yang mencari hotel di Kuantan kami memang suggest sangat anda ke sini ye.

Jalan Putra Square 6
Putra Square
25200 Kuantan, Pahang
Klik sini Google Map

Tel : +609-565 9595
E-mail: enquiries@thezenithhotel.com



Read More

Saturday, August 11, 2018

Testimoni Masalah Kanser Serviks Pulih

Hari ni gembira saya nak kongsikan pengalaman suami dan isteri ni bila doktor maklumkan "no more cancer". Bukan mudah untuk menghadapi masalah kanser serviks atau Kanser Pangkal Servik. Terfikir tak kita bagaimana la perasaan apabila doktor maklumkan sedemikian. 

Baca perkongsian suaminya di bawah;-


Alhamdulillah, wife saya disahkan kanser serviks pada Disember 2017. Allah je tahu macam mana rasa hati bila dapat berita ni. Walaupun muka rileks tapi hati kita suami ni, Allah & kita je tahu.

Alhamdulillah syukur rahmatNya, pada hari selasa lepas, isteri saya buat check up semula di Hospital Shah Alam, 3 doktor sahkan rahim isteri saya bersih, perfect - no infection, no cancer anymore.

Rasa nak nangis je dengar berita tu. Tapi well you all know, tahan je air mata ego ni. Buat rileks je sambil sebut, "Alhamdulillah, tahniah. Allah beri hasil positif Sayang guna Vivix, Vita C Plus & Alfalfa Shaklee". Untuk isteri saya, hanya amalkan 2 bulan saja secara serius.


Bagaimana Vivix, Vitamin C dan Alfalfa membantu Masalah Kanser Serviks

Kanser terjadi disebabkan oleh sel badan kita yang sepatutnya menghasilkan sel baru yang sihat tapi menghasilkan sel baru yang rosak akibat kerosakan DNA yang menghantar maklumat yang salah. Banyak faktor mendorong perkara ini berlaku antaranya faktor pemakanan, kehidupan seharian, persekitaran yang tidak sihat dan ubat-ubatan. 

Oleh itu, keadaan kerosakan dan signal yang salah ini mesti dibendung. Pengambilan vitamin sangat membantu mengawal dan dengan izinNya ia akan sembuh.



Pertama....

ALFALFA sejenis vitamin yang membantu detoks toksin dari badan. Perkara ini penting sangat dilakukan supaya badan kita lebih bersih. Ia akan mengeluarkan kotoran ini dari badan dan biasanya dibuang semasa kita membuang air besar dan kecil. Apabila badan kita kurang toksik, makanan dan vitamin yang kita ambil akan memberikan khasiat yang optimum ke seluruh badan. 

Kedua....

VITAMIN C PLUS sangat membantu untuk menguatkan sistem imun. Berbeza dengan vitamin C lain, ia akan melepaskan vitamin C ini secara berperingkat dan memastikan badan lebih kuat dan sihat. Ia juga membantu luka dalaman dan luaran pulih dengan cepat. 

Akhir sekali,,,

VIVIX dimana berfungsi untuk memulihkan DNA badan yang rosak. Bila DNA ini dipulihkan ia akan memberi signal pada badan kita dengan memberitahu untuk menghapuskan sel yang rosak tadi. Sel-sel yang baru pula dipelihara dan memastikan ia menghasilkan sel yang sihat. Ia juga membantu setiap sel untuk menjanakuasa lebih baik bagi menghasilkan tenaga. 


Apa yang saya pelajari dari Puan Siti dan En Firdaus dalam menghadapi ujian ini

Sokongan keluarga. 
Memang sedih tapi ketenangan memang diperlukan terutama dari pasangan. Jangan cuba simpan dan sorok perkara penting seperti ni. Bila ramai tahu, usaha dan doa keluarga dan sahabat sangat diperlukan. Memang ada yang kata tak nak orang jumpa kita dan asyik simpati. Apabila ramai yang tahu, mereka lebih memahami dan mungkin akan cuba membantu sedaya upaya dari segi ilmu, doa, tenaga, penjagaan kesihatan dan pengalaman rakan sekeliling.

Sentiasa Rujuk Pada Pakar
Sentiasa membuat pemeriksaan susulan dan mengikuti nasihat dari doktor. Mereka lebih arif. Kawalan awal sangat membantu untuk tidak membiarkan kanser ini terus merebak. 

Usaha yang konsisten. 
Mereka memilih untuk Puan Siti mengambil Vivix, Alfalfa dan Vitamin C untuk membantu pemulihan. Dengan izin Allah, berkat usaha dengan konsisten Allah sembuhkan kanser serviks Puan Siti




Jika anda juga mengalami masalah yang sama, boleh terus hubungi saya,

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 


Read More

Saturday, August 4, 2018

8 Permainan Sukaneka Yang Boleh Dilakukan Semasa Family Day

Alhamdulillah hari direzekikan kami geng ofis yang terpisah disebabkan perubahan struktur syarikat. Namun masih berhubung dan berkumpul setiap tahun untuk bercuti bersama-sama. Hampir 8 kali dah kami buat family day ni.

Berbeza kali ni, setiap keluarga diberi tugasan menganjurkan program sukaneka. Mungkin ia membantu anda mencari idea untuk family day di pejabat atau keluarga masing-masing.

Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang kami lakukan:-

1.  Masuk Bola Ping Pong Ke Dalam Lubang Kotak Telur Berwarna (Acara Keluarga)

Bahan- bahan diperlukan ;-
3 kotak telur yang diwarnakan beberapa tempat. Setiap warna memberi markah berbeza. Ada juga bahagian tidak berwarna (tak ada markah)
12 biji bola ping pong

Cara main:
Setiap keluarga hendaklah membaling bola ping pong tersebut  


2. Rebut Gula-Gula (Acara Kanak-Kanak 6 tahun ke bawah)



3. Isi Air Dalam Botol (Acara kanak-kanak)



4. Kepit belon di dada

5. Masukkan biskut dari kepala ke mulut

6. Lambungan Kasih Sayang (Acara Suami Isteri)

7. Buat kapal terbang kertas dan baling siapa paling jauh (Acara individu)


8. Susun cawan laju (berkumpulan dewaaa)


9. Pas belon Air (Acara Kanak-Kanak 7 - 12 tahun)


10. Masukkan Benang Dalam Jarum (Berpasangan)


Saya kongsikan gambarnya nanti. Kera

Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com