Di pagi hari ni tiba-tiba terasa sangat sayu. Kenapa? Ini sebabnya..
Adik Demam
Adik demam tu biasa sahaja. Tapi bila adik demam, ibu kena bagi attention lebih sikit. Memang tak boleh tinggal pada babysitter. Babysitter terima je kalau adik demam..
Tapi sebab adik special. 37°C je adik dah boleh kena sawan. Dari ibu risau tak tentu arah. Baik ibu emergency leave.
Indahnya jika ibu sentiasa di rumah
Tu la yang buat ibu sayu. Bila ada anak-anak yang demam, rasa nak berhenti kerja. Tu la antara dalam wishlist ibu adik.
Sentiasa menjalankan tugas di rumah. Fokus pada ayah, kak long, kak ngah, kak chik dan adik. Nak juga jadi supermom macam kawan-kawan yang lain. Happy update menu harian memasak di rumah. Ibu? Balik pun lambat.
Kenapa adik asyik demam?
Ibu tak boleh jawab bila ada orang tanya ibu soalan ni adik. Bukan ibu mintak adik demam selalu. Pada ibu, Allah mungkin nak ibu lebih beri perhatian pada keluarga dalam kesibukan kerjaya. Ibu kena bersyukur untuk itu adik.
Bagi makan apa asyik demam je?
Soalan ni lagi menguji minda ibu adik. Mungkin juga salah ibu. Tapi tak ada beza apa adik makan dan kakak-kakak makan. Sama sahaja. Cuma Allah jadikan adik berbeza. Memerap sentiasa dengan ibu. Tak ada yang lain selain ibu. Adik special hampir 2 tahun masih belum cakap. Tapi bila nangis masih terdengar panggilan untuk ibu.
Adik special sebab suka sangat makan vitamin. Adik suka vitamin sampai botol ibu adik punya juga. Adik paling suka vitalea for children.
Ibu masih bersyukur sebab adik tak la teruk mana. Ramai lagi yang Allah duga lagi hebat. Kita sama-sama kental ye.
La Tahzan Jangan Bersedih
Betul la kata-kata Allah dalam Quran; Surah At-Taubah ayat 40 yang bermaksud "Jangan bersedih sesungguhnya Allah bersama kita"
Allah lapangkan hati ibu dengan dapat melihat kak chik buat haji dalam program Celik Haji Aulad 2017. Allah bagi lagi masa dengan adik jalan-jalan. Allah bagi lagi ibu daftar haji untuk ibu dengan ayah. Tak payah ada IC pun boleh. Banyaknya Allah legakan..
Moga hari ini lebih baik. Teruskan menyokong saya. Nak vitamin dan konsultansi percuma hubungi saya terus. Moga ini la amalan saya ke sana dengan membantu orang lain sihat beribadah.
Shidah Abdullah Pengedar Shaklee Sepang - Nilai. COD everywhere ok 012-6240197
Hari ni nak berkongsi berkaitan adab menuntut ilmu. Penting untuk kita sentiasa ingat sebab setiap hari kita menuntut ilmu. Belajar secara formal di kelas-kelas atau pun tidak formal di pejabat. Sekarang lebih canggih, ada banyak kelas-kelas online seperti di facebook, telegram, whatsapp dan penggunaan go-to-meeting apps. Semua dihujung jari.
Jom kita mulakan...
1. Niat Yang Baik
Bila kita nak menuntut ilmu kena mulakan dengan niat yang baik. Sejajar dengan hadith Rasullullah. Baginda bersabda:
Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya..
Penting sangat niat nak mulakan sesuatu. Dalam zaman online ni semua nak bersaing untuk dapat income lebih. Dalam kejar-kejar nak jadi kaya boleh terlupa tau niat sebenar kita belajar.
Duduk diam-diam. Angkat tangan dan doa "Ya Allah permudahkan aku menuntut ilmu, jaga la hatiku, lapangkan hati untuk memahami setiap ilmu dan ikhlaskan hati"
Jaga hati jangan sampai hati kita terdetik :
▪ "Eh! Aku copy saje la posting orang ni. Bukan dia tahu"
▪ "Ala dia ni bukan terror sangat pun. Cakap je pandai"
Jaga hak cipta orang lain terutama posting di fb atau di blog. Jangan sesekali copy paste. Belajarlah dengan sabar dan elakkan tindakan kita melukakan hati sesiapa. Moga jauhkan kita dari segala yang mazmumah.
2. Berbelanja
Tak ada benda dalam dunia free sekarang. Inikan pula ilmu. Pergilah cari guru untuk menuntut ilmu. Jangan biar guru cari kita. Kalau kena bayar yuran, bayarlah. Nak buat sales ribu-ribu bayar.
Bukan tu sahaja, nak jumpa cikgu tu kita akan belanja duit minyak, duit nak makan dan duit tol nak ke lokasi yang aBerbelanjalah juga untuk membeli bahan-bahan rujukan. Setiap yang kita belanja Allah hitung ganjarannya.
3.Berkorban
Lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat terkesan.
Berkorban apa sahaja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sehati dan sejiwa.
Berkorban apa sahaja untuk ilmu. Kalau tengok orang-orang kaya dan berjaya, mereka banyak berkorban. ▪ Korban masa terutama masa tidur. Jangan sesekali korbankan masa untuk keluarga. ▪ Korban wang ringgit. Kebiasaannya mereka yang berjaya mememang berbelanja untuk membeli buku. Akan ada masa spesifik untuk membaca. ▪ Korban tenaga. Menuntut ilmu dengan guru kena berkorban tenaga. Ini juga dipanggil berkhidmat; khidmat pada guru. Teringat satu majlis ilmu dan masa tu bekas penyanyi dangdut Iwan ada menjadi jemputan. Dia berkhidmat pada guru dan kami yang tetamu dengan cara tuang nasi makan tengahari.
4. Istiqomah
Istiqomah adalah bahasa arabnya yang bermaksud tetap teguh mengikut satu jalan atau bahasa senangnya konsisten dalam tindakan.
Bermula dengan konsisten hadir ke kelas online untuk belajar. Yang free ada berbayar ada. Kemudian konsisten dalam mengaplikasi ilmu tersebut. Kalau belajar, kena belajar dengan konsisten untuk dapat result cemerlang. Bila berbisnes seperti mesti konsisten sharing info berkaitan produk atau perkhidmatan. Baru seronok tengok hasilnya nanti.
5. Terus sepanjang zaman
Bila ada ilmu, teruskan sepanjang zaman. Ilmu yang luas ni mesti dikongsikan dan disampaikan. Contohnya macamana nak schedule post fb.
Kadang-kadang perkara simple-simple ilmu seperti ilmu jaga kesihatan dari segi penjagaan makanan, tips nak kurus, cara bersenam, cara timbang berat
Blogging adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu supaya ia berterusan. Bayangkan ilmu yang dikongsi jadi bekalan kita di alam sana. Amin
Yang terakhir sekali..
6. Berkawan dengan guru
Orang kata nak pandai kawan rapat-rapat dengan guru. Sayang guru sepenuh hati. Hormat guru setinggi-tingginya. Tapi pilih la guru yang sentiasa ingatkan kita tentang Allah. Insyaallah segala urusan kita juga tau.
Semoga bermanfaat ye.
Terima kasih pada group Smarties Shaklee yang memberi peluang untuk saya berkongsi dan memberanikan diri berkongsi. Saya kongsikan juga video yang saya rekodkan untuk kawan-kawan...
Nak belajar berbisnes tapi tak tahu macamana?
Jom join saya Shidah Abdullah (SID 922949) No tel : 012-6240197
Kebanyakkan semua pesangan pengantin memang excited nak dapat anak pertama. Anak pertama la yang ditunggu-tunggu. Bukan la nak tunjuk power tapi cuma nak ada zuriat sendiri. Saya dulu sendiri macam tu. Bila tak period excited beli test kit 3 - 4 kali. Test pun senyap-senyap. Bila dah ada baru bagitau. Baru surprise. Tapi akhir-akhir ni ada beberapa cerita kawan-kawan di pejabat cerita tentang keguguran di awal kehamilan. Ada yang alami keguguran berkali-kali dan masih belum ada zuriat. Terfikir apa berbezaan saya dengan mereka. Bagaimana kita sebagai kawan atau saudara mara boleh membantu mereka yang alami masalah keguguran.
Macamana sebenarnya keguguran boleh berlaku?
Menujuk BabyCenter.com, bayi yang normal mempunyai jumlah kromosom yang tepat untuk bayi berkembang mengikut masanya. Bayi perlukan 23 kromosom ibu dan 23 kromosom ayahnya. Kalau terjadi sesuatu yang tidak normal pada kromosom yang menyebabkan jumlahnya tidak tepat atau mungkin perubahan pada struktur kromosom tersebut, Bila terjadi macam ni, kehamilan akan terhenti di fasa embrio. Dan inilah antara punca yang biasanya menyebabkan sesorang wanita itu keguguran awal kehamilan. Tapi ada juga keguguran boleh berlaku selepas 2 minggu dan mempunyai faktor-faktor yang berbeza berdasarkan kesihatan ibu dan bayi tadi.
Tanda-Tanda Anda Mengalami Keguguran?
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar darah yang banyak dari faraj. Setiap orang berbeza, antara tanda-tanda lain ialah:- ▪Ada yang nampak seperti ketulan-ketulan kecil seperti hati ayam di dalam darah tadi. ▪Rasa senggugut yang sangat teruk. ▪Mengalami masalah hendak tidur sebelum keguguran. ▪Terasa perut pedih mencucuk seperti perut disentap pinggang ▪Rasa seperti tidak mengandung sebab tidak penat, (bagi ibu yang pernah mengandung)
Testimoni hamil selepas berkali-kali keguguran.
Pada 2013, saya mengalami keguguran berulang. Jadi my BFF pun suggest untuk try ESP untuk kembalikan kesihatan badan & rahim.
Mula-mula tu teragak2 juga nak cuba. Tapi bila dengar banyak testimoni best so saya pun beli lah setong ESP. Bermula dari itu sehingga kini berpuluh-puluh tong ESP dah saya beli. Puas hati sangat dengan ESP. Dahlah besar tong dia tau! Boleh guna lama. 😘
Bagi masalah saya, minuman protein ESP ini telah membantu cepatkan penyembuhan luka dalam rahim saya yang baru lepas mengalami keguguran. Ia juga bantu untuk kuatkan kembali otot rahim.
Badan pun rasa lebih bertenaga lepas minum ESP. Sebagai bonus, kulit pun menjadi semakin sihat. Gebu tau! 😉
Syukur atas kurniaNya, saya juga dapat hamil kembali selepas amalkan vitamin shaklee & kandungan pun sihat. Kini saya adalah ibu kepada 3 cahaya mata.
Ada sesetengah wanita selepas keguguran sangat susah nak hamil semula. Pengambilan ESP yang konsisten bantu memperbaiki luka dalan dengan cepat.
Order ESP sekarang dan anda akan lihat hasilnya. Shidah Abdullah 012-6240197
Teringat satu sesi Dr Fadhilah Kamsah bulan Julai 2017 di pejabat. Kata beliau "Siapa yang mukanya sama macam ayah atau ibunya, 90% masalah kesihatan ayah atau ibu akan diwarisi, ini bukan saya kata tapi berdasarkan kajian". Terus teringat health history keluarga. Masalah jantung adalah yang utama. Turning point untuk berubah. Tu yang berusaha turunkan berat badan tu.
Apa yang saya nak kongsikan hari ni adalah berkaitan Preeklampsia (Preeclampsia). First time sebenarnya saya dengar dari seorang sahabat namanya Ira yang bercerita masalah hypertensi ketika kehamilan dan doctor kata dia mengalami preeklamspia. Biasa ramai yang hamil hanya cerita ada darah tinggi sahaja tapi sebenarnya kena berhati-hati. Penting untuk semua wanita tahu kerana preeklampsia boleh membawa MAUT. Kita cuba elakkan dari menjadi sebahagian statistik 76,000 kematian ibu dan 500,000 bayi setiap tahun dengan cara memantau dan menjaga dari awal.
Siapa yang mukanya sama macam ayah atau ibunya, 90% masalah kesihatan ayah atau ibu akan diwarisi
Apa sebenarnya Pre-eklamsia (Pre-eclamsia)?
Pre-eklampsia adalah gangguan atau keadaan yang berlaku hanya sema mengandung dan selepas bersalin. Kebiasaanya gangguan ini berlaku ketika usia kandungan 20 minggu ke atas (trimester kedua atau ketiga). Ia boleh berlanjutan sehingga minggu ke 6 selepas melahirkan bayi (tempoh berpantang) Kata Ira dia mengalami preeklamsia semasa kehamilan kedua. Semasa kehamilan pertama dia tidak mengalami sebarang masalah. Apa sebenarnya simpton gangguan ini?
Simptom Gangguan Preeklamsia Semasa Kehamilan
Kadang-kadang bila kita terlalu excited dengan kehamilan, kadang-kadang kita tak dengar dengan teliti apa yang dijelaskan oleh doktor. Dengar baik-baik keputusan kesihatan kita sebab 2 simptom utama preeklamsia dari pemeriksaan utama kehamilan iaitu;-
1. Tekanan darah yang tinggi.Ia boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu
▪ Pre-eklamsia Ringan - Tekanan Darah 140/90 mmhg
▪ Pre-eklamsia Berat - Tekanan Darah 160/110 mmhg 2. Jumlah protein yang tinggi pada air kencing Selain daripada itu, ada simptom-simptom lain yang perlu kita perhatikan iaitu:- ▪ Pembengkakan yang tidak cepat sembuh dan berlebihan pada muka, tangan atau kaki ▪ Kenaikan berat badan secara tiba-tiba lebih 5kg dalam seminggu ▪ Sakit kepala yang teruk ▪ Perubahan pada penglihatan seperti kabur atau melihat bintik-bintik. ▪ Sukar bernafas. Tapi tidak semua yang mempunyai tanda-tanda di atas mengalami preeklamsia. Ada juga yang tidak mempunyai sebarang tanda.
Apa Punca Sebenar Preeklampsia?
Menurut Preeclampsia.com, belum diketahui atau dapat dipastikan punca sebenar preeklampsia berlaku. Namun begitu, ia mungkin terjadi akibat dari perkembangan placenta yang tidak betul atau tidak seperti biasa.
Siapa yang berpotensi mengalamai masalah Preeklampsia?
▪Wanita yang hamil anak pertama
▪Wanita yang mempunyai sejarah preeklampsia dalam keluarga
▪Wanita yang mempunyai ramai anak juga berisiko
▪Wanita yang hamil pada usia remaja
▪Wanita yang hamil pada usia 40 tahun ke atas.
▪Wanita yang mempunyai tekanan darah tinggi
▪Wanita yang mempunyai masalah ginjal sebelum hamil juga berisiko tinggi
Apakah ujian atau pemeriksaan yang akan dilakukan?
Selalunya semasa appointment dengan doktor atau bidan, beberapa pemeriksaan akan dibuat pada ibu hamil
▪ Tekanan darah
▪ Ujian darah untuk menguji ginjal dan hati
▪ Ujian air kencing untuk pemeriksaan kuantiti protein
▪ Pemeriksaan segala bengkakan terutamanya pada tangan dan kaki
▪ Ultrasound bagi memeriksa pertumbuhan bayi
▪ CTG atau kardio-tokograf untuk memeriksa denyutan jantung bayi.
Apakah risiko preeklampsia pada ibu dan bayi?
Saya tanya pada Ira "Apa yang Ira rasa berbeza mengandung kali pertama dengan kedua?". Ira jawab "2nd preggy ni lain sikitla. Doc suspect air ketuban sikit masa kandungan 4 bulan. Sy stress agaknya, terus kena darah tinggi masa kandungan ke 5. Doc kata preeklampsia ni macam time bomb. Tu yg ada ibu hamil kena sawan masa mengandung pasal tak tahu ada preeclampsia tu di saat bersalin. Doc decide masuk OT untuk keluarkan baby. Ingat lagi doc kata, bila placenta keluar je semua akan kembali normal."
Ira mempunyai 2 anak iaitu anak yang sulung 7 tahun perempuan dan yang kedua 2 tahun lelaki. Dia sangat fobia untuk preggy kali ketiga.
Risiko Ibu
Ibu hamil akan mengalami serangan toxemia yang boleh mengancam nyawa ibu disebabkan tekanan darahnya yang meningkat melebihi 180/110 mm Hg.
Ibu akan rasa sakit di bahagian uku hati dan merasa pening sehingga gelap mata.
Adakalanya ibu boleh terkena sawan. Sawan sangat merbahaya kerana menandakan pendarahan kepada otak ibu (cerebral haemorrhage) dan kebiasaannya bekalan darah ke otak berkurangan akibat gangguan dari kuncupan saluran darah. Ketika ini otak dipenuhi dengan cecair (cerebral adema). Risiko kematian ibu sangat tinggi dalam keadaan ini.
Risiko pada bayi
Preeklampsia boleh menghalang penyaluran darah ke plasenta yang membekalkan udara dan makanan pada bayi. Ini menyebabkan bayi kekurangan oksigen (hypoxia) dan makanan. Ini boleh menyebabkan pembesaran bayi terganggu dan menyebabkan berat badan bayi berkurangan ketika lahir. Kebiasaannya ia menimbulkan masalah kelahiran pra-matang.
Sama macam Ira, kelahiran anak kedua Ira pramatang bagi menyelamatkan ibu dan bayi. Genap usia bayi 7 bulan, Ira terus decide untuk terus operate sebab nak elak tekanan darah lebih tinggi. Masa tu tekanan darah ira dah 180/100. Berat bayi yang dilahirkan hanya 1.18kg. Selama 2 bulan anaknya ditahan di NICU. Bila berat anaknya 1.8kg baru dibenarkan dibawa pulang ke rumah. Bagi keadaan ini, di mana ibu menghadapi masalah preeklampsia dan bersalin secara seizure ia dipanggil eklampsia.
Berlapang dada ye ibu-ibu. Wanita yang mempunyai preeklampsia tetap melahirkan bayi yang sihat. Bila dikesan lebih awal, ia dapat dikawal dengan baik.
Rawatan bagi masalah Preeklampsia
Bagi ibu hamil yang mengalami preeklampsia yang tidak serius, ibu hamil akan diberikan ubat untuk mengurangkan tekanan darah. Banyakkan berehat dan kerja berat.
Tetapi bagi yang mengalami preeklampsia yang serius, akan ditahan di hospital untuk berehat terus sehingga bersalin. Ini bagi mengawal tekanan dan pemantauan.
Jika tekanan darah ibu stabil, kebiasaannya doktor akan membenarkan ibu bersalin secara normal. Jika tidak, mungkin terpaksa bersalin secara induce atau pembedahan (seizure).
Video menarik bagi lebih memahami preeklampsia
Video Pengalaman Mereka Yang Pernah Menghadapi Preeklampsia
Vitamin Yang Diperlukan Ibu Hamil
Dalam situasi begini, ibu dan bayi sangat memerlukan makanan berkhasiat. Supplemen atau vitamin dapat memberi nutrisi tambahan untuk ibu kekal cergas dan sihat. Manakala, ia menyokong pertumbuhan bayi dengan bayi. Berikut adalah panduan pengambilan vitamin untuk ibu hamil terutama bagi yang mengalami preeklampsia kerana ia dapat membantu mengawal tekanan darah. (1) Vitamin C - 1 biji setiap pagi untuk meningkatkan antibodi dan kolagen di dalam tubuh badan ibu. Pengambilan secara konsisten akan mengurangkan kesan-kesan strechmark terutama di bahagian perut, peha dan tangan yang meregang ketika hamil. (2) Vite-Lea dengan zat besi - 1 biji setiap pagi membekalkan multi-vitamin dan mineral. Ada yang tanya kalau dah ambil vita-lea, Obimin pink (yang biasa saya dapat) yang dapat diklinik boleh tak makan tak? Jawapannya boleh. (3) Omegaguard - 1 biji sehari selepas makan tengahari membekalkan DHA yang membantu tumbesaran dan perkembangan otak, sistem saraf dan retina bayi dalam kandungan. DHA dan EPA dalam minyak ikan ni juga mencegah penyakit berkaitan saluran darah dan strok bagi ibu. Ia dapat mengawal tekanan darah ibu. (4) Protein ESP - Bancuh 1 sudu ESP dalam secawan air dan minum. Boleh juga dicampur dalam minuman jus atau milo. Maximum 3 sudu sehari. Protein yang cukup dapat memberi tenaga berterusan. Ibu hamil tak akan cepat letih dan akan kekal berseri-sei kulit.
(5) B-complex - 1 biji setiap pagi lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik. Tak perlu lagi ambil asid folik yang lain. (6) Ostematrix - 4 biji setiap hari sebelum tidur dapat menghilangkan lenguh-lenguh ibu. Setiap 1 biji bersamaan 250mg kalsium. Bagi seorang ibu hamil memerlukan 1000mg - 1300mg kalsium sehari untuk pembentukan tulang yang kuat dan gigi untuk bayi.
Dapatkan Set Kehamilan
Mudah sangat nak beli ESP ni. Saya beri anda beberapa pilihan cara ikut kesukaan masing-masing.
a) Beli secara online sendiri dengan hanya click esell dibawah. Ikut sahaja langkah-langkah di dalam esell.
b) Nak lebih mudah, biar saya uruskan pembelian anda dan poskan terus kepada anda. Hubungi saya
Sebagai pendatang baru dalam dunia blogging, kena la banyak menyinggah ke blog2 hebat. Malam ni saya sempat singgah ke blog yang tersenarai di blog dedauncomel.com. Posting tentang blogwalking yang padat tentang kepentingan blogwalking dan fungsinya.
Dari carta 54 blog yang tersenarai, malam ni saya singgah 3 blog termasuk dedauncomel. Dari blogwalking ni, cemburu tengok kepakaran masing-masing menulis santai. Rasa rugi satu masa dulu berblog main-main. Hehe..
Nama blognya sahaja dah comel. Tapi nama pemiliknya gagal saya kesan. Maaf. Banyak info-info tentang blogging dan tips berguna terutama yang nak kurus. Sangat bersesuaian dengan misi diri ini. Hehe! Tapi sanggup ke nak buat military diet seperti yang dicadangkan. Akhirnya nanti.. dah tahu alasan saya ibu menyusukan anak digunakan. Part2 yang saya suka dan nak follow:-
1. Suka sangat gambar cartoon2 mulut nganga berdarah la.. lukis sendiri ke? Kalau dapat jumpa personal saya tanya. Berseni sungguh
2. Point2 ada nombor besar tu. Mana saya nak cilok benda tu. Dekat saya punya tak ada pun 😣
Mommy Irra ni blognya seperti dairi harian. Saya dapat rasakan keseronokan Irra bercerita. Happy life kata orang. Apa sahaja yang Irra buat dia akan kongsikan agar bermanfaat pada orang. Tak semua orang nak kongsikan macam ni. Part saya suka:
1. Keberanian dan idea-idea penulisan. Tak teruk nak fikir macam saya fikir. Last-last tak tulis pun. Apa da!
2. Irra banyak bagi idea aktiviti dengan anak2. Saya suka sangat2. Sekurang-kurangnya boleh saya apply dengan anak-anak dihujung minggu.
Baca blog aniss ni buat saya usaha nak cari giveaway online. Nak grap semua. Udah macam cerita couponing dengan tv tu. Rupanya banyak benda boleh buat dan kongsikan. Sangat memberi manfaat. Aniss comel ni cerita apa dia buat terutama dekat sekolah, bila dia pergi jalan-jalan. Memang santai. Barang apa yang dia guna. Kat simple tu. Bila orang nak beli dan baca review dia pun tertarik.
Kesimpulannya
Berblog ni jangan stress-stress. Just kongsikan dengan santai. Bila kerja jadi buat akaun ni skema sikit. Bila fikir macam ada limit. Hari ni baru blogwalking 3 blog dah rasa berbunga-bunga uols.
Pesanan
Jangan salah anggap tau. Saya bukan tulis review blog diorang tapi apa pelajaran saya dapat dari blog mereka. Inspirasi.. mau tidur termimpi-mimpi..