Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Wednesday, September 12, 2018

Lawatan Ke Kellie's Castle di Batu Gajah, Perak

Assalamualaikum.

Pernah ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak?. Saya pernah masa zaman sekolah dulu. Belum pernah bawa anak-anak ke situ. Tapi kami bawa kali ini. Biasa bila balik kampung, kami hanya lalu lalang je istana ni.. Hari ni atas permintaan anak-anak kami singgah ye.. Buat kenangan..


Bagi yang nak pergi ke Kellie's Castle ni.. Datang la pagi-pagi kalau nak posing-posing. Ia dibuka seawal 8 pagi hingga 6 petang. Kalau tak terkenyit-kenyit mata dek silau matahari.


Pemandangan memang cantik.. Macam dekat oversea. Bawak la stand hp kalau rasa tak ada siapa nak tolong tangkap gambar.. Senang.. Semua boleh masuk gambar sekali.


Kos adalah seperti berikut:-
Parking cuma RM2
Tiket Dewasa RM5
Tiket Kanak2 RM3 (3-12 tahun)


Ada juga sesi fotografi sebelum masuk ke dalam. Sebelum keluar nanti sebelum keluar boleh ke kaunternya.
Harga : Foto frame RM35 (Kalau nak)

Standby juga la duit nak beli keychain la gelang la badge la... Air bawa sendiri pun boleh.. Ada juga cafe untuk beli tapi harga boleh agak la kan.


Haha mengimbau kenangan ibu ayah posing masa kahwin dulu. 😂😂


Read More

Sunday, September 2, 2018

JIMAT! PROMOSI BULAN SEPTEMBER 2018

Assalamualaikum semua...

Bulan ni promosi special untuk anda adalah seperti berikut:
  • Ostematrix Beli 3 Dengan Diskaun 5%
  • Set Kehamilan Penuh
  • Set YOUTH

Hubungi saya terus untuk dapatkan set-set diatas:-
Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197

Lawati juga dan tinggalkan jejak tau
Like di Fb page: shidotdotcom
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Thursday, August 30, 2018

Tip menghadapi tekanan ditempat kerja

Ada kaitan tak topik ini dengan anda? Pasti adakan.. Tekanan tempat kerja ni adakalanya akan terbawa-bawa sehingga ke rumah. Mana taknya kita berfikir dan beremosi sampai marah-marah orang di rumah pula..

Ish! Ish! Tak sihat.

Apa patut kita lakukan?

Kenal pasti masalah kenapa tekanan berlaku

Berdasarkan pemerhatian saya di pejabat, semua tahu tekanan mereka hadapi sama ada:

a) tekanan melakukan kerja

Ali bertugas sebagai seorang eksekutif perlu menyiapkan rekod pelanggan yang sangat banyak sehingga perlu berkerja lewat malam. Tekanan waktu dan kerja yang banyak dan perlu mengikut dateline penghantaran memberi tekanan pada Ali.

Macamana tahu Ali tertekan? Mudah sahaja bila Ali kerap berhenti untuk lung break atau hisap rokok.

b) tekanan karenah pelanggan

Abu pula seorang staf bertugas di bahagian kaunter di bank. Pagi-pagi masuk masih ceria. No QMS makin panjang. Pelanggan dah nampaknya kurang sabar. Ada yang mula buat ayat-ayat sentap seperti:-

"Kaunter banyak tapi buka 2 je!" - customer ingat semua orang tak rehat dan cuti atau MC

"Kenapa lama sangat untuk sorang customer ek. Tak ada limit time ke?" - kalau dah datang bawa buku anak 5, suami, isteri mau tak lama. Takkan setiap transaksi ambil nombor baru. Cuba kena diri sendiri pandai suruh orang sabar

c) tekanan dengan bos atau kakitangan.

Aminah seorang staf yang rajin menyiapkn tugas mengikut 'dateline'. Hebatkan tapi bos dia asal cuti kerja sendiri tak complete dan tak maklum awal minta sambungkan kerja sampai settle.

Sekali dua ok.. Tapi bila kerap jadi perkara sama stress juga. Macamana tahu? Bila Aminah mula membawang sebab geram.

Hah! Ada tak senario lebih kurang macam ni?

Bertenang dan Fikir Kemampuan Menghadapi

Bila rasa tertekan, pastinya kita akan cari ruang untuk melegakan. Adakalanya kita membuat perkara yang negatif seperti MC, produktiviti menurun dan tentu sekali akibatnya lebih menambah stress.

  • Berehar sebentar
  • Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan
  • Istighfar banyak
  • Cuba positifkan minda untuk lihat dari sudut pembelajaran dan kesan baik pada diri. "apa sebenarnya aku belajar dalam situasi ni"

Aktiviti yang boleh dilakukan

1. Hibernating sambil bekerja

Sebaiknya, ambil masa hibernating sambil buat tugasan hakiki sendiri supaya lebih fokus. hehe ni bahasa saya. Cari tempat yang ada komputer atau bawa laptop anda ke tempat tiada gangguan seperti bilik mesyuarat kecil atau library. Ia sangat membebaskan anda menyiapkan kerja tanpa gangguan. 

Tapi ingat anda masih perlu available untuk dihubungi oleh sesiapa ye melalui hp atau whatsapp. Jika ada no pejabat, divertkan ke hp anda adalah yang terbaik.

2. Ambil cuti untuk bertenang

Jika melibatkan kerja yang banyak dan pelanggan, ambil la cuti untuk membebaskan diri seketika untuk mendapat semangat baru.

Jika ada bajet lebih, pergi la bercuti di hotel yang selesa hanya untuk suasana yang tenang gitu.

3. Berterus terang dengan mereka yang memberi tekanan

Adakalanya sesetengah orang tak perasan dia sebenarnya menindas orang lain secaea tidak sengaja atau sengaja. Tak percaya? Iye memang betul terutama yang jadi bos ye. Kononnya nak mengajar tapi sebaliknya menyuruh membuat kerjanya. Lebih ketara kalau kerja yang disuruh tidak diperiksa dan perlu dihantar direct kepada pihak atasan. Serupa macam bos tak ada kan!

Saya lebih suka bercakap terus terang dengan cara baik. Mungkin saya mulakan dengan whatsapp kalau tak mampu berdepan. Bila cara ini, dia tahu kita tak suka caranya.

Bila ada kekuatan, berdepan dan cakap apa kita harapkan situasi sihat dipejabat. Maklumkan kita boleh membantu tapi bukan menanggung kemarahan pihak atasan kerana ada yang tidak menjalankan tanggungjawab seperti memeriksa kerja kakitangan.

Jika berdepan staf bermasalah, fahami masalah dan berikan pilihan tugas mengikut kemampuan. Tingkatkan kemampuan kerjanya dari semasa ke semasa.

4. Berdoa Dimudahkan Tugas
Untuk setiap langkah kita ingat semua kehendakNYA. Kita mencari keredhaanNYA. Allah pasti akan menguji orang berimankan. Sahut la cabaran dengan sabar. Sentiasa doa dari awal sampai habis. 

Merintih padaNYA. Waktu paling best masa nak pergi kerja sebab berseorangankan. Pasang surah Al Waqiah dalam kereta atau masa naik motor pasang earphone. Isikan dengan zikir-zikir atau bacaan mathurat. Insyaallah dilorongkan cara terbaik dan menenangkan untuk menghadapi tekanan ini.

Moga dengan tekanan yang ada kita menjadi insan hebat dan cemerlang.

Pesan dari Opah Shidah
Read More

Wednesday, August 29, 2018

Pentingnya asid folik untuk perkembangan bayi dalam kandungan

Masih teringat-ingat pesan doktor masa keguguran kali kedua, pastikan sebelum nak hamil ambil asid folik 3 bulan sebelum kehamilan. Tengok penting untuk bakal ibu bersedia sebelum kehamilan.

Kenapa pentingnya asid folik ni sebelum kehamilan?

  • Sangat membantu perkembangan saraf tulang belakang kandungan
  • Dapat mengelakkan daripada mengalami masalah spina bifida
  • Baik untuk tumbesaran fetus yang sihat

Ketika kehamilan, ia akan merangsang tumbesaran otak semasa dalam kandungan. Selain itu, pemakanan sihat terutama sayuran dan kekacang juga meningkatkan tumbesaran otak yang pintar dan cerdas.

Penting kan asid folik untuk ibu dan anak. Pilihan terbaik vitamin yang membekalkan asid folik adalah vitamin B-complex dan juga vitalea yang sememangnya nutrisi harian penting untuk setiap individu.

Dapatkan sekarang!
Shidah 012-6240197


Read More

Sunday, August 26, 2018

Mulakan Dengan Asas Nutrisi Yang Sempurna

Assalamualaikum, 

Hari ni nak kongsikan tentang nutrisi asas yang diperlukan badan. Mulakan dengan nutrisi lengkap baru berfungsi cemerlang juga...

1. Vitamin C sustained release - menga kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan semua di dalam badan kita

2. Omegaguard - Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat. 

3. Vita-Lea® Iron Formula - Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.

4. B-Complex Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga

5. ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder - Makanan lazat yang kaya dengan kalsium and protein. Protein soya membantu mengurangkan kolesterol. Jumlah protein soya yang
disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.

Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 

 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com