Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, May 24, 2014

Alfalfa

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala zat. Akarnya yang mengunjur ke bawah sedalam 6 meter menyerap pelbagai zat dan mineral dalam tanah manakala daunnya pula mengumpul klorofil yang banyak. Alfalfa juga dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan kerana khasiatnya yang banyak untuk kesihatan manusia. Antaranya ialah vitamin A,C,E dan K serta mineral seperti kalium, kalsium, magnesium, klorofil, fosforus dan zat besi.

Alfalfa Complex merupakan suatu Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950-an. Alfalfa Complex Shaklee hanya menggunakan alfalfa terbaik yang tumbuh di California.

Alfalfa Complex mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya dapat merawat pelbagai masalah kesihatan antaranya seperti:

1.       Kencing manis (menurunkan paras gula dalam darah)
2.       Darah tinggi (menurunkan paras kolestrol)
3.       Jantung (menghalang penyerapan kolestrol)
4.       Sembelit / Gastrik (membantu proses penghadaman)
5.       Arthritis (membersih dan mengeluarkan asid dari darah)
6.       Sinus (antihistamin)
7.       Asthma (mencegah saluran pernafasan daripada menjadi radang)
8.       Alergi / Eczema ( meredakan kulit gatal)
9.       Gout (meneutralkan asid dalam badan)
10.     Batu karang (mengurangkan infeksi dan inflamasi)

Bagi WANITA khasnya, Alfalfa berfungsi untuk memberi kelegaan semasa haid, merawat masalah keputihan, bertindak seperti kacip fatimah, membesar dan menegangkan payudara, memulihkan urat selepas bersalin, membantu dalam penghasilan susu ibu dan bertindak sebagai detoks.

Kelebihan Alfalfa Shaklee berbanding produk lain ialah kerana ianya:
-       Sumber terbaik dari daun (tanpa akar dan batang)
-       Ditanam tanpa semburan bahan kimia
-       Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air.
-       Tidak memudaratkan bayi yang menyusu seperti cirit-birit.
-       Membantu melengkapkan zat nutrient dalam pemakan seseorang.
-       Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (SLE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Cara pengambilan:
-       After Lunch  -> Alfalfa (5 tablets)
-       After Dinner -> Alfalfa (5 tablets)

Peraturan Penting:
Alfalfa TIDAK BOLEH diambil bersama dengan Vit. E dan GLA Complex kerana Vitamin K yang terkandung dalam alfalfa akan menghalang penyerapan 2 vitamin tadi.
Read More

Friday, May 23, 2014

5 Punca Lewat Dapat Anak?

Perkahwinan adalah antara satu nikmat kebahagian di dunia. Setiap pasangan suami isteri pastinya menginginkan anak secepat mungkin. Namun begitu, tidak semua pasangan dikurniakan zuriat di tahun pertama perkahwinan. Ada yang sehingga umur telah lanjut masih belum mempunyai cahaya mata untuk menceriakan lagi mahligai perkahwinan. Ini semua ketentuan tuhan.

Rozita Che Wan mengandung di umur 41

Setiap pasangan yang mengalami masalah ini tidak perlu menunding jari sesama sendiri. Unikan pula fikir siapa antara kita yang bermasalah? Isteri Mandul atau Suami Mandul?. Dari awal perkahwinan, kita telah berjanji bersama-sama menghadapi susah senang bersama. Lebih baik mencari ikhtiar dan terus berdoa moga dikurniakan anak secepat mungkin.

Suami dan isteri perlu kekal positif dan tabah dalam menghadapi ujian ini. Ditambah pula dengan persoalan-persoalan seperti "Bila nak ada anak?" yang mungkin akan menguris hati.  Saya sendiri pernah tengok rakan-rakan saya yang memang tabah kerana lewat mendapat anak. Pelbagai cara mereka usahakan untuk mendapatkan anak. Antaranya buat pemeriksaan doktor, persenyawaan buatan, berurut dan pemakanan suplement. Alhamdulillah, ada yang selepas 5 ke 7 tahun baru berjaya mendapatkan anak pertama. Tetapi selepas itu, Allah kurniakan anak berderet-deret berkat kesabaran mereka.

Antara 5 Punca Lewat Mendapat Anak

Apa yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan dari perkongsian yang pernah saya dengar dari ahli keluarga dan rakan-rakan. Tak lupa juga sedikit pembacaan yang saya buat bila ada yang meluahkan perasaan agar dapat memberi komen yang lebih positif.


#1 Adakah suami atau isteri yang merokok?

Merokok ni satu tabiat yang dasyat dan memang susah nak sangat nak berhenti. Kalaulah kita boleh nampak setiap kesan tabiat ini pada badan kita, pastinya kita tak akan amalkan perkara yang tidak sentuh dan beli rokok ni.


Hakikat sukar dapat anak perlu diterima bagi orang yang merokok. Ia memberi kesan kepada kualiti benih (sperma bagi lelaki atau ovum bagi wanita) yang dihasilkan oleh badan. Mana taknya, ada yang merokok sehingga waktu makan pun terabai. Macamana nak kekal sihat dengan zat-zat makanan lain? Fikir-fikirkan.


Berusahalah untuk mengurangkan merokok atau kalau boleh berhentikan serta merta agar usaha lain (ubat-ubatan) tidak terbantut hanya sebab tabiat merokok. Pasangan jangan lupa ingatkan yea!

#2 Bagaimana pula keadaan berat badan masing-masing?

Berat badan juga memainkan peranan penting memastikan kita kekal sihat. Kalaulah badan terlalu berat, kita semakin kurang bertenaga. Kita akan jadi kurang aktif. Begitulah juga dengan organ dalaman kita. Lemah seperti tuannya. 


Lemak yang mengelilingi organ dan juga lemak yang berada di dalam salur darah sangat tidak membantu penghasilan benih yang kualiti. Pernah sebelum mengandungkan nak dapatkan anak ketiga, badan memang naik masa tu. Makcik urut tu kata  "darah jalan tak lancar, banyak lemak ni". Apa lagi berusahalah saya untuk kurus.  Selepas susut sikit, memang mudah mengandung. 


Mulakan makan makanan seimbang dan exercise. Kita fokus buang lemak tidak bermanfaat yea!

#3 Adakah di antara suami atau isteri yang stress? Atau kedua-duanya sekali?


Zaman sekarang ini kalau tidak sibuk memang tak sah. Yang jadi suri rumah pun sibuk tau. sibuk tu dah macam perkara biasa. Balik rumah lambat dan selalu makan di luar. Kerja pulak sentiasa banyak. Pastinya hari-hari stress. Di pejabat stress dan bawa pulak balik rumah. Bertambah-tambah la stressnya. Macamana nak dapat anak. Mental kita tak stable untuk memberi isyarat pada badan yang kita dah bersedia untuk dapat anak. 


Selalu tarik nafas panjang untuk melepaskan stress. Cari teman atau pasangan masing-masing untuk membebel sepuas-puasnya. Yang dengar tu hah kan saje. Jangan komen kondem-kondem  Masa ni tak sesuai untuk bagi pendapat. Kemudian baru komen ye.

#4 Bagaimana pula aturan haid isteri?

Bagai wanita kitaran haid memang penting untuk diperhatikan. Dulu masa mula, saya tak ambil kisah pasal kitaran haid tidak teratur ni. Tapi bila dengar cerita kawan-kawan yang haid tak teratur dan betapa payahnya mereka nak dapat anak, baru saya faham kesannya.


Mula hari tu memang saya rekod semua aturan haid. Tapi memang selalunya lupa. Lepas tu jenuh ingatkan balik. Bila rasa ada kelewatan cepat-cepat la jumpa doktor.

#5 Berapa kerap suami dan isteri bersama?


Kalau part ni, tak payahlah saya cerita panjang. Jalankan tanggungjawab bersama. Tak ada masa bukan alasan. Apply la cuti jika perlu untuk berdating berdua walaupun di rumah. Dapat pergi honeymoon tah kali ke berapa? Bukan mula-mula je boleh honeymoon. Ini adalah masa untuk menghabiskan masa bersama. Luahkan perasaan dan doa bersama-sama agar Allah kurniakan anak yang comel untuk kita.

Usaha lain yang boleh dilakukan

Pengambilan suplemen adalah alternatif dan penggalak kepada kehamilan. Berikut saya kongsikan set yang boleh dikongsi suami dan isteri untuk memastikan kesuburan bersama. Bukan apa, bila ambil bersama masing-masing akan pastikan pengambilan yang konsisten.


A. Set Kesuburan Lelaki Untuk Suami 




B. Set Kesuburan Wanita Untuk Isteri




Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Sunday, May 18, 2014

Manfaat Menjadi Member Shaklee?


Berbaloikah harga RM68.90 untuk satu keahlian Shaklee?. Sesetengah orang rasa membayar sejumlah wang untuk satu-satu keahlian tidak bernilai. Lebih baik mendapatkan vitamin yang sama di farmasi. Tetapi saya rasakan perbezaan untuk keahlian saya ini.





Bagaimana mula-mula terjebak dengan Shaklee ni?

Saya mula join Shaklee ni sebab menyusukan anak yang kecil. Umairah namanya. Kali ni saya target nak menyusukan sampai umur 2 tahun. Menyusukan Umairah ni mencabar sikit pada peringkat permulaan. Teringat masa mula-mula nak menyusukan Umairah. Masa di hospital lagi, dia memang tak pandai menyusu. Macam-macam gaya dah saya buat. Dia tetap susah nak menyusu. Dia macam tak puas dan rimas. Seminggu lebih juga saya usaha untuk dia menyusu direct dengan saya. Menangis-nangis dia tak nak direct menyusu. Jangan kata dia, dengan saya sekali menangis sebab stress dan ditambah pulak bengkak susu.

Tapi semangat saya kental nak menyusukan Umairah sampai 2 tahun. Hari-hari saya pujuk Umairah. Saya cakap pada dia "Umairah pandai menyusu kan!. Alhamdulillah, hampir 1 minggu lebih, kami berjaya melaksanakan sesi Breastfeeding bersama. Saya tak nak pisang berbuah dua kali macam menyusukan Kak Long. Saya hanya berjaya menyusukan kak long untuk tempoh 6 bulan sahaja dengan cara mengepam dan Kak Long akan minum menggunakan botol. Masa tu saya sendiri memang tak pandai menyusu baby. Bila Kak Long menangis nak susu, terus bagi susu perah yang di dalam botol.


Terpengaruh juga Iklan di Facebook


Dalam tempoh berpantang, macam biasa la asyik berfacebook selain melayan cerita-cerita sinetron. 

Shaklee! Shaklee! Shaklee! Penuh facebook dengan iklan-iklan Shaklee. Pening pun ada. Sampai ada status member tu 80% statuskan FB promote Shaklee. Maknanya memang efektif la apa yang diiklankan sebab saya baca juga.


Ternampak pula member satu batch Sekolah Taayah jual Shaklee. Dalam rimas-rimas tu saya mula juga bertanya pasal produk untuk tambahkan susu. Bukannya ada baget pun dan terfikir sure semuanya mahal. 

Tanya punya tanya! Terjebak juga membeli dari member yang cadangkan 4 vitamin untuk penyusuan. Memang pesan ngan dia sekadar nak cuba sahaja. Yang paling jenuhnya ialah semua pil. Saya memang masalah sikit makan ubat biji ni. Tapi gagahkan juga sebab nak pastikan susu banyak.


So FOKUS utama jadi member Shaklee ni hanya nak cari produk yang boleh kekalkan momentum saya menyimpan Stok Susu Umairah dengan harga murah selepas menjadi member. 


Istimewanya Shaklee

#1 Faedah Setiap Keahlian. Apa yang kita dapat?

Bagi mana-mana keahlian pun kebiasaannya kita akan dibekalkan informasi-informasi asas syarikat termasuk pelan perniagaan. Sama jugalah dengan Shaklee, RM75 adalah untuk membership dan Shaklee Kit (termasuk kos penghantaran) ke alamat yang telah diberikan. 

Di dalam kit ada barang-barang seperti Kod Etika Jualan, Buku produk, Flyer, Resit dan borang-borang. Memang tak berminat untuk tengok pada permulaannya. Hanya letak dibilik dan memang rasa tidak akan guna pun semuanya. Kalau nak info, baik tanya saja pada yang introducer mula-mula.


Tetapi akhir-akhir ini,  buku-buku ni kerap saya keluar sebagai rujukan sebab kawan-kawan dan family dah start beli dari saya sebab tengok hasilnya. Banyak rupanya info-info menarik, sama macam info-info dari mentor-mentor Shaklee. Hah memang dah tau macamana diorang jadi begitu pakar vitamin semulajadi ni.


#2 Group Rahsia




Bila sahaja dah jadi ahli, saya telah dimasukkan ke dalam Group Rahsia. Walaupun asalnya saya hanya ahli yang menggunakan produk. Dalam group ini, banyak informasi produk-produk dikongsikan. 


Seronok tengok fail-fail yang disertakan dalam group. Bukan sahaja produk, motivasi dan juga marketing strategi yang dilakukan dari kalangan Suri Rumah yang hebat-hebat. Memang tak percaya sebab kebanyakan mereka yang jutawan adalah Suri Rumah. Lebih hebat dari gaji-gaji orang berkerja. Memang menjadi sumber inspirasi nak berhenti kerja.



#3 Ukhuwah dari Leader yang Superb


Sesuatu kejayaan ada pendorongnya. Tak kira dari segi apa pun, sama ada kerjaya, keluarga dan business. Dengan dorongan mentor dan leader-leader yang hebat, bershaklee lebih semangat. 




Di dalam Shaklee ni dah macam keluarga. Kita tak bahasakan diri upline atau downline. Untuk lebih mesra, hubungan kekeluargaan ditekankan. Panggilan mesra diperkenalkan. Yang jauh didekatkan. Panggilan Mommy, Nanny, Aunty buat lebih menyeronokkan.


Ini adalah salasilah keluarga Shaklee saya;-


Grand Nanny - Lyna Noh ⇒ Nanny - Ainul Malik ⇒ Mommy - Wahidah Azizan ⇒ Daughter - Shidah Abdullah


Walaupun kami semua berjauhan tetapi semuanya berhubung melalui group-group yang diwujudkan. Memang seronok dan sangat berbeza dengan membership-membership yang saya pernah join sebelum ni.

#4 Ilmu-ilmu yang hebat

Selama hampir 1 tahun lebih saya join Shaklee, banyak ilmu-ilmu baru saya pelajari dari segi mengurus kesihatan diri sendiri dan keluarga. Kemudian ditambah pula dengan pemasaran online. 

Banyak rupanya teknik-teknik hebat orang jadi kaya secara online. Mentor-mentor yang ada sentiasa berkongsi ilmu melalui pelbagai cara seperti Online Meeting dan Whasapp.

#5 Tiada Masa Ngan Keluarga?

Oh tidak di Shaklee, semuanya bawa anak-anak ke perjumpaan. Tak payah nak hantar rumah orang kalau ada meeting. Punya hebatnya geng-geng Shaklee, bukan sahaja isteri-isteri sibuk bershaklee. Suami-suami siap menubuhkan siap menubuhkan kelab Aku Sayang Bini (ASB) bagi memberi sokongan kepada para isteri. 

ASB telah banyak menganjurkan kelas blogging bagi mengajar downline-downline yang ada celik blogging. Yang penting murah gila! Kebetulan saya ni sememang minat sangat IT. 

Teknik yang diajar oleh ASB memang mudah difahami. Tidak seperti kelas website saya dah pernah sertai sebelum ini. Jangan kata website, blog biasa pun tidak pernah yang ada isinya. Ini disebabkan sesi sebelum yang agak sukar difahami dan tidak sepadan dengan kos yang dibayar.


Akhir Kata, Jom berShaklee!!!



Kita ditemukan dengan sesuatu perkara tentu ada faedahnya. Saya bertemu Shaklee di bawah naungan Mommy Wahidah saya juga mungkin ada hikmahnya. Saya ambil peluang untuk mengenali dan mendalami setiap ilmu dan pengalaman di sini untuk saya bergelar Master Coordinator 2018.



 TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom



Read More

Tuesday, May 13, 2014

GLA

Gamma-Linolenic Acid atau panggilan manjanya GLA diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO (evening primrose oil). Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengestrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard,anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan. Biovailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA
  1. Borage seed => 17% - 25%
  2. Blackcurrant => 15% -20%
  3. EPO => 7% - 10%
MANFAAT UTAMA :
  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser,mengeluarkan virus,melegakan kelesuan,membersihkan kahak,meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron -GLA membentuk prostagladin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita,memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan,mood swing,retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes,insomnia,ketidakhadaman,depresi.
  • Memperbaiki prostatomegaly -GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kanser - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh,menbghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Mengurangkan inflamasi kulit,eczema,alergi,ketagalan,kulit kering,perbaiki bintik penuaan,tinea,kurap.
  • Menghalang komplikasi diabetes -Merendahkan gula darah,berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
  • Pelangsinagn dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolestrol LDL,menghalang penambahan berat badan dengan berkesan,memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik,menghalang penambahan berat badan.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah,merangsang peredarand darah,penngembangan salur darah,memperbaiki tekanan darah tinggi,mengelak maslah jantung.
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan gugur
  • Hiperaktif dan Autisme (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak2 baerautisma,sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.
CADANGAN PENGAMBILAN:
  • 2 biji sebelum tidur
  1. untuk kesuburan (mahu hamil) - Ambil dari hari pertama period hingga hari ovulasi kemudian stop.waktu subur berusaha untuk dapatkan anak.Next jika period consume semula GLA mengikut step seperti tadi.
  2. Jika kitaran tidak teratur ambil GLA untuk betulkan kitaran haid 2 biji sebelum tidur.
3.Jika kitaran haid dah cantik dan kita ambil GLA untuk kesuburan ambil 1 biji GLA setiap malam dari hari 1 hingga sehari sebelum ovulasi.

Harga (GLA - 60biji)
RP : RM91.25 WM / RM95 EM

Read More

Lecithin

APA ITU LECITHIN?
Mengikut takrif Wikipedia, lecithin adalah istilah generic untuk mengkelaskan sekumpulan asid lemak berwarna kuning keperangan yang wujud di dalam manusia, haiwan dan tisu tumbuhan. Ia adalah kumpulan asid phosphoric, kolin, asid lemak, gliserol, glikolipid, trigliserida dan phospholipid.

Lecithin pertama kali diasingkan pada 1846 oleh ahli kimIa dan ahli farmasi Perancis. Beberapa tahun kemudian, saintis akhirnya menjumpai lecithin wujud di dalam pelbagai komponen biologi seperti vena darah,  tisu otak manusia, hempedu, telur ikan, otak kambing dan ayam.

Selain itu, ia juga ditemui pada kacang soya, telur, susu, sumber marin, biji kapas dan bunga matahari.

Fungsi sebenar lecithin
Lecithin berfungsi sebagai pengemulsi lemak iaitu pemecah lemak yang baik. Sebab itu lecithin sangat terkenal dalam program penurunan berat badan terutamanya untuk memecahkan lemak. 

Lecithin dijual sebagai suplemen dan digunakan dalam bidang perubatan. Selain itu, ia membantu kerja-kerja mencuci seperti untuk mencegah perlekatan (sticking) contohnya dalam penyembur tidak melekat (nonstick cooking spray).

Lecithin telah dibuktikan dapat menurunkan kolesterol jahat (LDL), trigleserida dan boleh meningkatkan paras kolesterol baik (HDL) oleh USFDA.

Otak manusia apabila dikeringkan, ia mengandungi lebih kurang 30% kandungan lecithin. Ini juga menunjukkan manusia juga memerlukan lecithin untuk meningkatkan fungsi ingatan.

Lecithin Shaklee
Diekstrak daripada kacang soya organik bukan GMO, dan setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Manfaat utama Lecithin Shaklee:
1. Membantu penyerapan vitamin larut lemak seperti A,D,E dan K.

2. Melindungi hati- menghalang endapan lemak di hati, sirosis hati, dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

3. Pemecahan lemak dan kolesterol
Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, mengemulsi dan metabolisme lemak, kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.

4. Pelangsingan
Pengambilan dalam kuantiti banyak (max 6 biji sehari) mempercepatkan pembakaran lemak dan kesan pelangsingan seimbang.

5. Mencantikkan otot dan kulit
Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit, untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan.

6. Memperbaiki alergi
 Menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit- dermatitis dan demam alergi.

7. Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress
 Mengandungi kolin yang membentuk penghantar saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer, dan meringankan stress.

Sains Akademi Nasional telah menetapkan yang kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan. Wah!

Kolina adalah satu komponen neuro-penghantar asetilkolin yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan saraf.

8. Mencegah tekanan darah tinggi
 Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

9. Memperbaiki prostat lelaki

10. Meringankan sembelit
 Bertindak sebagai pelembut najis yang berkesan, melembapkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.

Tahu tak yg lecithin boleh diambil oleh anak-anak juga sebaik dia pandai menelan? (kunyah pun boleh).. Lecithin menajamkan minda juga seperti Omega ;)

Lecithin juga membantu ibu2 menyusu mengurangkan bengkak susu!

Cara Pengambilan:
Maksimum 6 biji sehari.
Untuk pelangsingan: 2-6 biji selepas makan (sekali atau 2 kali sehari)

Harga:
Runcit: RM52.50 (SM)/ RM55 (SS)
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com