Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here
Showing posts with label Kelas Online. Show all posts
Showing posts with label Kelas Online. Show all posts

Monday, September 20, 2021

6 Tips Pengurusan Masa Berbisnes

Alhamdulillah hari ni sesi inspirasi bakal master kita Kak Jiha atau Dr Najihah. Kak jiha seorang penyarah. Seorang anak didik Master Mai dari OMS Group. Bermula dari pengguna menjadi bisnes leader. Tak ada niat nak berbisnes dengan kerjaya dan sedang menyambung phd. Anak pun 5 masa tu. 

Bagaimana bermula?  
Kak jiha bermula dengan join group bisnes. Mula dengan tengok-tengok yang share-share tu dan sharing di facebook. dapat feedback yang baik.




Best point kak jiha. 

1. Ikut keutamaan @ priority
Tanggungjawab kita semua memang banyak. Kalau ikut semua tak sempat nak buat. So kena prioritykan. Contohnya post di media sosial di waktu bekerja memang dielakkan.Buat diluar waktu bekerja. Tapi masih buat share pada group team contohnya ayat motivasi. 

2. Tak perlu malu berbisnes. 
Tak malu untuk menjual walau kak jiha seorang pensyarah. Kak jiha memang suka berniaga. Kak jiha pesan kita bukan buat perkara yang tak elok, teruskan share dengan orang lain.

3. Kena Multitasking 
Alasan tak dapat bagi tumpuan dengan macam-macam sebab kena stop. Jangan jadikan anak sebagai alasan. Sambil-sambil buat juga approach customer. Ramai bagi alasan anak dan tak ada masa. Alasan macam "Tunggu la masa yang sesuai" menunjukkan kita belum ada BIG WHY untuk kita betul-betul kuat untuk buat sesuatu perkara.

4. Tanggungjawab 
Tanggungjawab kita semua memang banyak. Tanggungjawab pada pencipta, agama, kerjaya, rumahtangga, bisnes kita. Kena jaga keberkatan masa sama macam dalam Surah Al-Asr 😥. Kita sendiri tak menjaga masa waktu solat.Settlekan kerja kita sambil-sambil tu pos atau jawab juga ke group whatsapp kita. 

5. Push factor
Kadang-kadang kita tahu kita ada kenaikan gaji tapi cukup untuk harian sahaja. Bukan tak bersyukur tapi nak lebih untuk diri dan impian memang tak cukup. Bila anak ramai ni memang, mak ayah cakap tak payah la bagi, korang anak ramai. Tapi bila berbisnes Shaklee, kak jiha dapat bagi 4 angka pada mak ayah. Ini pilihan kita.

6. Kena bertindak. Kalau macam-macam kelas pergi tapi tak bertindak. Impian semua tak akan tercapai.





Masyaallah best sangat bisnes Shaklee ni. Inspriring sangat. Sentiasa ada sharing inspirasi.

Jom berjuang dengan berbisnes!
Jom buat sampai jadi!

Contact Shidah Abdullah terus ye 
Read More

Monday, October 9, 2017

6 Adab Menuntut Ilmu Bagi Berbisnes Online.

Assalamualaikum. 

Hari ni nak berkongsi berkaitan adab menuntut ilmu. Penting untuk kita sentiasa ingat sebab setiap hari kita menuntut ilmu. Belajar secara formal di kelas-kelas atau pun tidak formal di pejabat. Sekarang lebih canggih, ada banyak kelas-kelas online seperti di facebook, telegram, whatsapp dan penggunaan go-to-meeting apps. Semua dihujung jari.


Jom kita mulakan...  

1. Niat Yang Baik

Bila kita nak menuntut ilmu kena mulakan dengan niat yang baik. Sejajar dengan hadith Rasullullah. Baginda bersabda:

Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niatnya..

Penting sangat niat nak mulakan sesuatu. Dalam zaman online ni semua nak bersaing untuk dapat income lebih. Dalam kejar-kejar nak jadi kaya boleh terlupa tau niat sebenar kita belajar.

Duduk diam-diam. Angkat tangan dan doa "Ya Allah permudahkan aku menuntut ilmu, jaga la hatiku, lapangkan hati untuk memahami setiap ilmu dan ikhlaskan hati"

Jaga hati jangan sampai hati kita terdetik :
▪ "Eh! Aku copy saje la posting orang ni. Bukan dia tahu"
▪ "Ala dia ni bukan terror sangat pun. Cakap je pandai"

Jaga hak cipta orang lain terutama posting di fb atau di blog. Jangan sesekali copy paste. Belajarlah dengan sabar dan elakkan tindakan kita melukakan hati sesiapa. Moga jauhkan kita dari segala yang mazmumah.

2. Berbelanja

Tak ada benda dalam dunia free sekarang. Inikan pula ilmu. Pergilah cari guru untuk menuntut ilmu. Jangan biar guru cari kita. Kalau kena bayar yuran, bayarlah. Nak buat sales ribu-ribu bayar.

Bukan tu sahaja, nak jumpa cikgu tu kita akan belanja duit minyak, duit nak makan dan duit tol nak ke lokasi yang aBerbelanjalah juga untuk membeli bahan-bahan rujukan. Setiap yang kita belanja Allah hitung ganjarannya.

3.Berkorban

Lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat terkesan.
Berkorban apa sahaja. Harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra. Sehati dan sejiwa.

Berkorban apa sahaja untuk ilmu. Kalau tengok orang-orang kaya dan berjaya, mereka banyak berkorban.
▪ Korban masa terutama masa tidur. Jangan sesekali korbankan masa untuk keluarga.
▪ Korban wang ringgit. Kebiasaannya mereka yang berjaya mememang berbelanja untuk membeli buku. Akan ada masa spesifik untuk membaca.
▪ Korban tenaga. Menuntut ilmu dengan guru kena berkorban tenaga. Ini juga dipanggil berkhidmat; khidmat pada guru. Teringat satu majlis ilmu dan masa tu bekas penyanyi dangdut Iwan ada menjadi jemputan. Dia berkhidmat pada guru dan kami yang tetamu dengan cara tuang nasi makan tengahari.


4. Istiqomah

Istiqomah adalah bahasa arabnya yang bermaksud tetap teguh mengikut satu jalan atau bahasa senangnya konsisten dalam tindakan. 

Bermula dengan konsisten hadir ke kelas online untuk belajar. Yang free ada berbayar ada. Kemudian konsisten dalam mengaplikasi ilmu tersebut. Kalau belajar, kena belajar dengan konsisten untuk dapat result cemerlang. Bila berbisnes seperti mesti konsisten sharing info berkaitan produk atau perkhidmatan. Baru seronok tengok hasilnya nanti.

5. Terus sepanjang zaman

Bila ada ilmu, teruskan sepanjang zaman. Ilmu yang luas ni mesti dikongsikan dan disampaikan. Contohnya macamana nak schedule post fb. 

Kadang-kadang perkara simple-simple ilmu seperti ilmu jaga kesihatan dari segi penjagaan makanan, tips nak kurus, cara bersenam, cara timbang berat

Blogging adalah cara terbaik untuk berkongsi ilmu supaya ia berterusan. Bayangkan ilmu yang dikongsi jadi bekalan kita di alam sana. Amin

Yang terakhir sekali..

6. Berkawan dengan guru

Orang kata nak pandai kawan rapat-rapat dengan guru. Sayang guru sepenuh hati. Hormat guru setinggi-tingginya. Tapi pilih la guru yang sentiasa ingatkan kita tentang Allah. Insyaallah segala urusan kita juga tau.

Semoga bermanfaat ye.

Terima kasih pada group Smarties Shaklee yang memberi peluang untuk saya berkongsi dan memberanikan diri berkongsi. Saya kongsikan juga video yang saya rekodkan untuk kawan-kawan...

Nak belajar berbisnes tapi tak tahu macamana?
Jom join saya Shidah Abdullah (SID 922949) No tel : 012-6240197
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com