Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Monday, June 23, 2014

Hari Ini Hari Jadi Angah. Ibu Tetap Lewat

Seperti biasa hari-hari lewat. Tapi hari ini niat nak balik awal sikit. Dah semangat turun pukul 6.30 dengan niat nak pergi beli kek kak ngah. Kereta pulak tak boleh start. Tah kenapa pagi tadi pergi kerja bukak lampu.. memang tak perasan..

Tetiba teringat ada orang kongsi di whatsapp.. betapa ketenangan itu penting

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapakan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..
Tenung mata & baca "ayat ayat pengasih"..
Hehehe...

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

* Catatan ini tulisan
Dato' Roslan Ab Hamid...
Read More

Wednesday, June 18, 2014

Formasi Hebat Memberi Kesan Luar Biasa Pada Kulit

Hari ni ada pelajari ilmu baru tentang Formasi. Selalu bila cakap berkaitan Formasi ni, sure ingat pasal bola sepak. Lagi-lagi sekarang sedang hangat perlawanan FIFA World Cup 2014. Rupanya formasi sangat penting dalam banyak perkara dalam hidup kita. Betapa formasi hebat memberi kesan luar biasa dalam kehidupan.


Dalam kursus di sini, teknik mengajar dan menilai sesuatu juga terdapat formasi yang bersesuaian. Ada formasi 5-3-2, 3-4-3 dan 4-4-2 di mana setiap perantis dinilai mengikut tahap kesukaran yang berbeza.


Contohnya seperti formasi 3-4-3 di mana terdiri daripada :-
  • 30% Aras Rendah
  • 40% Aras Sederhana
  • 30% Aras Tinggi

Ini bermakna jika formasi yang bersesuaian dengan keadaan, kesannya lebih baik dan optimum. Namun nak mencari formasi yang sempurna perlukan banyak penelitian dan pemahaman situasi.


Jom Cari Formasi Yang Bersesuaian Dengan Kita?

Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia. Produk-produk yang "sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. Ia telah terbukti lebih daripada 50 tahun.

Oleh itu, jom kita kenali formasi produk shaklee untuk 

1. Set Adik Manis (Kecantikan dan Kesuburan)



Shidah Abdullah
012-6240197


Read More

Tuesday, June 17, 2014

Kemudahan di Mahkota Hotel, Melaka

#Assalamualaikum

Hari agak mendung hari ni. Bangun awal seperti biasa. Pagi-pagi bos call ajak pergi Sauna di Mahkota Hotel ni. Memang superb facilities yang disediakan. Walaupun hotel ni dah lama tapi facilities masih superb. Meh teman share satu-satu facilities kat Mahkota Hotel Melaka

1. Pool yang besar

2. Playground



3. Gym

4. Training Room



5. Kidzone




6. Sauna

7. Spa



8. Indoor Sport


9. Mini Mart


10.Mini Food Zone


Bayangkan bila makanan semua disediakan. Dari makan pagi, tea break pagi, tengahari, tea break petang dan malam. Bayangkan perut jadi apa sebab makanan free. Habis semua dicubanya. 

Dah lepas penat kursus sampai 10.30 malam, nikmatnya bila sampai bilik yang best untuk rehat. Memang nikmat dan rezeki Allah bagi. Tapi perut masih tidak selesa. Adoi tu yang tak lalu tu. Sebelum tidur semalam makan 2 biji OSTEMATRIX. Memang pagi ni leganya teramat-amat.

SHIDAH ABDULLAH
012-6240197



Read More

Monday, June 16, 2014

Kursus di Mahkota Hotel, Melaka

Alhamdulillah dalam sibuk ber"business", kerja hakiki perlu dijalankan seperti biasa. Hari ni berkursus di Mahkota Hotel, Melaka. Rezeki dapat join Bengkel Penyertaraan NOSS dan Pemantapan Bahan Pembelajaran SLDN. Terima kasih kepada Jabatan Sumber Manusia menaja penginapan dan makanan selama 3 hari di sini. Bilik sorang satu lagi.Perjalanan 2 jam dari KLIA naik bas yang beralun-alun sampai juga di sini.




Anak-anak terpaksa tinggal dengan ayah, atuk dan opah di rumah atuk dan opah. Harap-harap semua ok. Sian juga kak long sebab esok dia exam. Ibu doakan kak long boleh jawab.

Macam biasa bila ibu pergi berkursus, beg pam a.k.a  beg camera untuk adik kecik. Penuh juga la vitamin-vitamin menyusu dan vitamin tenaga bagi segar bugar duduk dalam dewan Jasmine 1 ni.


Read More

Saturday, June 14, 2014

Bangi Gateway Kami Nak Datang Lagi

Assalamualaikum semua yang singgah ke Sihat Sihat Aje.. Kome sihat ke? :)

Ape aktiviti hari ni? Ini hari-hari terakhir cuti sekolah. Hari ini kami buat aktiviti melenguhkan kaki. Mula-mula pergi servis kereta di Toyota Bangi. Kena servis sebab rancangnya minggu depan nak balik kampung pulak. Memang tak duduk rumah kami ni.

Lepas settle servis, sempat bawa anak-anak ronda port shopping baru. BANGI GATEWAY. Niat nak survey-survey baju raya. 




Bila masuk Parking bawah dah rasa macam masuk Empire Subang Jaya pun ada. Bila naik ke atas, memang seronok tengok kedai banyak walaupun banyak belum dibuka. Ada dua bahagian di mana satu kawasan lapang di bahagian ground floor dan satu bahagian lagi tempat beraircond.

Sempat la pusing kedai-kedai. Antara yang ada disinggah ;P
1. MPH - Kedai Buku
2. Mamayayazone - Kedai Baby dan kanak-kanak
3. Syazzmin - Kedai Tudung
4. Toy To Gift - Kedai Mainan. Sempat la anak-anak request beli karakter-karakter FROZEN "Let It Go". Mujur tak mahal sangat. Memang cantik sangat.
5. Kids Amusement Park - Siap guna Piccabooth tangkap gambar satu family. Tapi sekali bahasa Jepun da, memang kantoi masa nak edit-edit gambar.

Selepas dah penat-penat, kami singgah minum di Bangi Gateway Food Court. Tempat makan yang sememang sangat selesa. Meja yang disediakan banyak. Banyak pilihan makanan yang best-best. Tapi disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak makan sebab nak meneruskan program ke rumah adik di Sg Tengi.

En. hubby dah kata kena datang lagi untuk try yang lain. Seronok le kita bila ada orang offer nak datang lagi. Banyak tempat yang belum sempat kami singggah dan membuatkan kami nak datang lagi ke Bangi Gateway. 

Antara kedai-kedai yang ada untuk cuci mata dan makan-makan macam kat bawah ni :)
1.  Bangi Street
2.  Tulip
3.  Cool Blog
4.  Homst Recipe
5.  Junita Collection
6.  Rona Rona
7.  The Body Shop
8.  Burger King
9.  Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

10. King's Confectionery
11. Jaya Grocer
12. Secret Recipe Malaysia

13. Kebab Turki
14. Booth Fashionista
15. Dakwah Corner
16. Watson
17. Gooptic







Jangan lupa pergi Bangi Gateway ye.. Memang Superb

Credit to : FB Bangi Gateway. Share pictures dari fb diorg. Yang gambar tak clear dari handphone saya sendiri ye
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com