Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, May 10, 2016

Cara Menghalau Tikus Yang Bermaharaja Lela

Tengah malam macam ni selalunya tengah buat thesis. "The best time" untuk settle kerja-kerja yang pending sama ada kerja rumah atau pun office.

Tengah duduk lepak dekat bilik belakang a.k.a bilik study. Dengar bunyi benda berlari-lari laju ke sana ke mari..

Oh! ini dah melampau.. dah la ko duduk bilik depan buat aku tak selera nak masuk.. sekarang dah berani berlari-lari ke belakang.


INI TIDAK ADIL... BERANI KO DATANG BERMAHARAJALELA...

Geram betul dengan tikus seekor yang datang masuk rumah ikut saluran dalam bilik air. Ingat lagi pagi tu tengah nak siap-siapkan kak long nak mandi. Tiba-tiba ada benda laju berlari lalu atas kaki dan melompat menjerit-jerit saya sebab geli geleman.

TIKUS! Eeeeee Geli!

Husband dah letak perangkap dengan ikan.. Ikan di makan perangkap tak jatuh.. Bijak betul.. Letak gam tikus.. Langsung dia buat x nampak je..

Geram-geram.. ape lagi google search cari cara terbaik nak halau tikus.. dalam 16 cara yang disebutkan dalam blog siraplimau saya pilih cara no. 6 dulu.



Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

Siap la ko cik tikus..
Read More

Tempahan Brownies untuk Majlis Perkahwinan, Khatam dan Jamuan

Alhamdulillah. Tempahan brownies kedut semakin menjadi-jadi. Tu la namanya rezeki. Datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Niat hanya nak makan tapi rezeki sampai dapat mengikut sunnah nabi iaitu berniaga.




Ni la antara gambar yang buat orang terliur. Hehe


Kami menerima tempahan untuk;
  • Majlis Khatam Al-Quran (1 pek = 6 pieces)
RM5/pek

Gambar brownies siap untuk delivery Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Perkahwinan untuk goodies (1 pek = 3 pieces)
RM3.00/Pek siap reben

Brownies sebagai goodies untuk tetamu

  • Jamuan Makan (1 kotak = 60 pieces )
RM50/sekotak

Brownies untuk jamuan makan


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

Yang paling happy sekali bila dapat komen-komen "WIN" dari semua yang order. Maknanya semua happy makan. So kami pun happy sangat.


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

The making.......
Semoga kami memberi kepuasan dalam setiap order korang ye. Insyaallah.
Read More

Sunday, May 8, 2016

Blogspot vs Wordpress, Yang Mana Nak Pilih

Assalamualaikum

Lama tak visit dan menulis di blogspot. Sebab dok ding ding nak guna apa. Kalau orang tanya saya paling. Hmm setelah menggodek-godek kedua-duanya ada "Best Part" masing-masing. Meh nak share guna konsep SWOT analysis. Haha poyo sangatkan.

Blogspot - Strengh - Kekuatan
  1. Nama url tu boleh tukar. Yang ni memang saya suka.. hehe sebab tah kenapa.. tapi at least kalau nak tukar masih ada ruang.
  2. Kalau siapa pandai coding, boleh edit rupa paras blog tu sendiri
  3. Boleh download mana-mana blogspot
  4. Banyak widget free
  5. Boleh upload/ paste widget luar
  6. Boleh tukar colour tulisan
  7. Design widget-widget nak letak mana boleh susun sendiri
  8. Link dengan google search dan google++
Sesuai untuk orang yang suka tukar-tukar sebab lebih flexible.


Wordpress - Strengh - Kekuatan

  1. Free template wordpress banyak cantik-cantik dan kemas
  2. Kalau guna hp update blog dia lebih mudah dan sama mcm yang kita buat dalam hp

Sesuai untuk yang tak suka nak godek-godek sebab dia fixed.

Haha tu je yang sempat test. So korang add on komen kalau nak tambah features yang korang nak share ye.

So untuk owner both blog platform mungkin boleh add extra features lagi.. haha malas nak komen negatif tak baik wo.. diorang dah bagi option pilih sendiri ma..



Lawati FB page Rak Vitamin Sihat ♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡
Read More

Saturday, March 5, 2016

DIY Masker Muka Sendiri Di Rumah

http://sentiasapanas.com/
Kredit to : sentiasapanas.com

Sejak anak dah 4 ni, hari-hari saya plan bangun awal. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Target 2016 nak masak hari. Anak kapal dah ramai, masak sendiri lagi jimat.
Pagi tadi.. dah pilih menu yang budak-budak suka sangat.. CEKODOK PISANG.. Ummmh memang sedap..


Sebelum nak buat tu.. saya isi perut kejap sebab rasa lapar sikit.. bancuh sesudu ESP dengan 1/2 biji oren.. bancuh sikit je.. dah selesai minum.. Saya start buat cekodok pisang.. bukan susah sangat...
 
Bahan-bahan:
1 ikat pisang
2-3 sudu gula
Tepung gandum

 
Langkah #1
 
Mula-mula lenyekkan pisang..
 
Eh macam best pulak pisang ni.. nak ambik sikit la dalam 2 sudu dan letak dalam bekas lain.. dapat satu IDEA.. ting!
 
Sambung bancuh lagi..
 
Langkah #2
 
Tambah gula 2-3 sudu bagi manis sikit je.. pisangkan dah manis..
 
Langkah #3
 
Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Agak-agak je supaya tak lembik sangat supaya tak serap minyak. Kacau semua sebati
 
Langkah #4
 
Goreng bulat-bulat. Nak masukkan guna tangan boleh atau nak guna sudu pun boleh.
Siap! Senangkan.. 3 bahan je dah dapat hasilkan kuih cekodok pisang yang sangat sedap. Anak-anak saya memang berebut nak bawa bekal..
 

Apa nak buat dengan lagi pada 2 sudu pisang lenyek yang saya asing tadi?
 
Sebenarnya teringat satu poster pasal masker geng-geng shaklee share.. Cara-cara buat Masker Muka dengan ESP menggunakan pisang. Resepi sama macam buat cekodok pisang ni.. cuma tukar bahan sikit je.. 

Apa lg saya terus buat sementara anak-anak tengah syok tidur.. masanya untuk ibu nak buat rasa gebus-gebus sikit dekat pipi..

Bahan-bahan:
2 sudu pisang lenyek
1 sudu kecil madu
1 sudu ESP





Gaulkan semua dan terus sapu pada muka. Biar kering dalam 10 - 15 minit. terus basuh muka. Insyaallah kalau diamalkan selalu kulit akan gebu sangat-sangat. Tambah pula dengan minum ESP untuk beri tenaga. membantu juga hilangkan gastrik.

 
NAK DAPATKAN ESP, KLIK JE KAT BAWAH GAMBAR
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=759cf6a07a81645b6b5dd37a90db63a5
 
 
Ni la hasil cekodok pisang saya tadi.. kalau yang macam ni kesan kurang tepung ye..
Love,
Shidah Abdullah
012-6240197

TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom




 
 

Read More

Friday, March 4, 2016

7 Kebaikan Protein Untuk Badan

Assalamualaikum
soya
Khasiat Soya memang tak boleh nak dinafikan. Dari kecil lagi mak saya selalu pesan "minum soya tu.. baru kulit tu cantik". Oh tapi saya ni memang jenis tak suka soya sebab saya tak biasa dengan rasa soya. Bila dah besar ni baru faham sebab tengok ramai orang cantik-cantik sebab kebaikan soya. So hari ni saya nak kongsi pasal Energy Soy Protein atau singkatannya ESP.
"Makan Tau Fu Fah.. Soya kan elok.. baru kulit tu cantik"
Apa itu ESP?
ESP-PIC
ESP adalah minuman soya yang membekalkan protien. Protien adalah makanan yang penting untuk tubuh kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protien seperti tulang, kulit, rambut, otot, plasma, organ, antibodi, enzim, hormon, hemoglobin dan sel-sel. Manakala sel-sel dalam tubuh badan kita bergantung kepada protien untuk menjalankan fungsinya seperti membina sel-sel baru dan menggantikan tisu-tisu badan yang lama dan tua atau yang telah rosak.


Badan kita perlukan protein sebagai makanan utama bagi sel-sel badan kita untuk kekal aktif.


Apa yang menarik tentang ESP?
  • ESP sumber protien lengkap yang ada 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar untuk kita dapatkan daripada diet harian kita.
  • ESP mengandungi kacang soya non-GMO yang semulajadi, bebas dari kolestrol dan rendah lemak.
  • ESP terbukti mampu membekalkan tenaga yang boleh bertahan berjam-jam lamanya.
  • ESP membantu untuk kekalkan paras gula dalam darah terutama untuk pesakit Diabetes (Rujuk : Tanda-tanda anda pesakit kencing manis) atau kencing manis
  • ESP membantu untuk kekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dna pembentukan otot baru
  • ESP tiada perasa tiruan, pengawet dan pewarna.
  • ESP mengandungi lemak yang sangat sedikit iaitu 1gm dan tiada laktosa dimana kadar untuk hadam adalah sangat tinggi.
Khasiat ESP adalah :
  1. Kekal Muda
Asid Amino yang ada di dalam ESP membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  1. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi
Kacang soya memang kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Fungsi Isoflavon adalah
  • membantu dalam mengurangkan paras kolesterol LDL (Kolestrol Jahat)
  • membantu mencegah penyakit jantung dan penyakit tulang seperti osteoporosis
  • mengubat gejala Menopause seperti kekeringan vagina dan hot flashes
  • mencegah kanser
  1. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
Genistein dalam kacang soya telah membuktikan mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  1. Kulit berseri dan anjal
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan parut.
Testimoni Kulit Cantik Dengan ESP
KULIT CANTIK
CEMBURU TENGOK KULIT DIORANG CANTIK..
CEPAT2 KLIK KAT BAWAH NI
Yes Pack VIVIX
  1. Pemberi tenaga segera
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan.
  1. Memulihkan Pigmentasi
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  1. Memperbaiki Memori
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Berminat nak dapatkan Produk Shaklee? Call/SMS/Whatsapp je saya
Shidah Abdullah 012-6240197
  • Jika anda nak beli produk SHAKLEE ataupun nak COD area PUCHONG, SERI KEMBANGAN, SHAH ALAM, SUBANG JAYA, PUTRAJAYA, PETALING JAYA, NILAI, SEPANG, KLIA boleh hubungi Shidah 012-6240197 untuk temujanji.
  • Jika anda berada di luar kawasan ini, jangan risau saya boleh uruskan untuk pos ke alamat korang ke seluruh Malaysia.
  • Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda.
* Segala testimoni/penulisan mengenai produk di laman ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah atau menyembuhkan apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan diminta rujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu.

Lawati FB page Rak Vitamin Sihat
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com