Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, May 15, 2016

Cukupkah Air Yang Kita Minum? "Water Challenge" Solusinya



Sekarang hari memang betul-betul panas. Sampaikan aircond dah macam keperluan. Bil elektrik jangan cerita la kan. Kak Idah memang respect siapa yang mantain menggunakan kipas. Uols memang hebat.



Apa yang Kak Idah nak share hari ini adalah tentang keperluan air dalam badan kita. Cuba tengok pokok-pokok kat luar rumah atau tepi-tepi jalan. Warna kehijauan ke atau dah tukar warna coklat sebab kering? Macam tu la perumpamaan badan kita. Kalau kurang air, bahagian dalaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya sebab keletihan dan kekeringan.

Apa sebenarnya fungsi air dalam badan kita?

Membantu pencernaan dan metabolisme berfungsi dengan lebih baik

Minum air secukupnya memang membantu sistem pencernaan kita. Bukan tu sahaja, metabolisme badan dapat bekerja kapasiti yang maksima. Faktanya, penelitian terbaru dari University of Utah menyatakan bahwa kekurangan air dapat menyebabkan menurunnya metabolisme.



Berapa jumlah air sepatutnya kita minum? Yang ni Kak Idah belajar masa join "Water Challenge", setiap 25 kilogram berat badan, kita perlu minum sebanyak 1 liter air. Berat kak idah 65 kg/ 25kg = 2.6 liter air sehari. Hah macam tu la nak kira.


Memperbaiki kemampuan dan daya tahan tubuh

Kebiasaannya bila kita minum air dengan secukupnya, kita mampu membuat kerja lebih lama. Salah satu sebabnya adalah bekalan oksigen dari air itu sendiri membekalkan oksigen ke seluruh sistem badan yang membuatkan ia mampu bekerja lebih keras/berat. Air dapat menaikkan simpanan glycogen iaitu suatu bentuk dari karbohidrat yang tersimpan dalam otot dan digunakan sebagai tenaga semasa kita bekerja.

Tahan lapar

Rasa lapar kadang merupakan penyamaran dari rasa haus. Waktu kita mengalami dehidrasi (kekurangan air), kita mungkin rasa hendak makan akan meningkat sedangkan sebenarnya kita memerlukan air. Tu yang buat berat badan naik. Pengambilan air yang cukup dapat mencegah kita dari makan berlebihan.


Mengurangi risiko terhadap beberapa macam penyakit



Cuba tengok carta di atas di mana ia menunjukkan peratusan kandungan air dalam organ-organ badan. Ini bermakna semua bahagian memerlukan air untuk berfungsi dengan maksima. Cairan atau tepatnya air dapat berperanan aktif dalam mengurangi resiko terhadap beberapa penyakit seperti batu ginjal, kanser saluran kencing, kanser usus besar (colon).

Minum cukup air juga dapat menghindari sembelit. Kalau sembelit ni jangan ceritalah sakitnya nak membuang. Kak Idah sendiri menghadapinya. Dalam tempoh "Water Challenge" memang mudah sangat membuang. Selain tu, Kak Idah juga ambil Ostematrix dan Herblax untuk lebih lawas. 

Senjata melawan masuk angin atau virus

Antibodi dalam lendir yang melapisi kerongkong berfungsi untuk menjerat virus.  Apabila kita kurang lendir atau mengering disebahkan dehidrasi, tekak akan mudah terkena virus yang menyebabkan batuk. Itu sebab kebanyakkan doktor akan memeriksa kerongkong dan nasihatkan kita untuk minum lebih air sebagai cara paling efektif untuk mengurangi batuk.

Pelembab wajah

Dengan minum banyak air membantu kulit kita tetap kenyal dan tegang serta mengurangi garis-garis dan kerut pada wajah. Bagaimana ia boleh berlaku? Air adalah egen penyerapan vitamin dan mineral dari makanan.
Itu sebab jika kita mengambil vitamin C ia selalu dicadangkan diambil diwaktu pagi dan tengahari kerana kekerapan pengambilan air selalunya lebih tinggi.
KLIK GAMBAR UNTUK MEMILIKI VITAMIN C
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=42c6101a56e15d7ec3c8bd3695bea65d

Mengatasi migrain/sakit kepala

Dehidrasi dapat mengakibatkan migrain/sakit kepala. Jadi bila kita sering mengalami migrain adalah sangat penting untuk kita minum air dalam jumlah yang cukup. Air membantu mengurangkan ketegangan di minda.

Selain itu air juga berfungsi sebagai;

  • Membentuk sel-sel baru, memelihara dan mengganti sel-sel yang rusa
  • Melarutkan dan membawa nutrisi-nutrisi, oksigen dan hormon ke seluruh sel tubuh yang membutuhkan
  • Melarutkan dan mengeluarkan sampah-sampah dan racun dari dalam tubuh kita
  • Katalisator dalam metabolisme tubuh
  • Menstabilkan suhu tubuh
  • Meredam benturan bagi organ vital

Jom Cabar Diri Buat Water Challenge!

Kalau korang perhatikan rakan-rakan kita yang berbangsa cina, sentiasa bawa botol air ke mana-mana. Mereka telah dilatih di sekolah untuk minum air yang banyakSo, kita kena sahut cabaran water challenge adalah;
  • Untuk melatih diri untuk minum secukupnya
  • Persediaan harian untuk pastikan kita minum air
  • Set minda untuk konsisten dalam minum air dan botol air tidak ditinggalkan










Lepas dah selesai tempoh "Water Challenge" cuba evaluate sendiri warna urin kita ada tak perubahan. Selamat mencuba uols

#liveamazing

Lawati FB page Rak Vitamin Sihat

♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡

Read More

Tuesday, May 10, 2016

Cara Menghalau Tikus Yang Bermaharaja Lela

Tengah malam macam ni selalunya tengah buat thesis. "The best time" untuk settle kerja-kerja yang pending sama ada kerja rumah atau pun office.

Tengah duduk lepak dekat bilik belakang a.k.a bilik study. Dengar bunyi benda berlari-lari laju ke sana ke mari..

Oh! ini dah melampau.. dah la ko duduk bilik depan buat aku tak selera nak masuk.. sekarang dah berani berlari-lari ke belakang.


INI TIDAK ADIL... BERANI KO DATANG BERMAHARAJALELA...

Geram betul dengan tikus seekor yang datang masuk rumah ikut saluran dalam bilik air. Ingat lagi pagi tu tengah nak siap-siapkan kak long nak mandi. Tiba-tiba ada benda laju berlari lalu atas kaki dan melompat menjerit-jerit saya sebab geli geleman.

TIKUS! Eeeeee Geli!

Husband dah letak perangkap dengan ikan.. Ikan di makan perangkap tak jatuh.. Bijak betul.. Letak gam tikus.. Langsung dia buat x nampak je..

Geram-geram.. ape lagi google search cari cara terbaik nak halau tikus.. dalam 16 cara yang disebutkan dalam blog siraplimau saya pilih cara no. 6 dulu.



Serbuk Lada Hitam
Taburkan serbuk lada hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus itu.

Siap la ko cik tikus..
Read More

Tempahan Brownies untuk Majlis Perkahwinan, Khatam dan Jamuan

Alhamdulillah. Tempahan brownies kedut semakin menjadi-jadi. Tu la namanya rezeki. Datang dari sumber yang tidak disangka-sangka. Niat hanya nak makan tapi rezeki sampai dapat mengikut sunnah nabi iaitu berniaga.




Ni la antara gambar yang buat orang terliur. Hehe


Kami menerima tempahan untuk;
  • Majlis Khatam Al-Quran (1 pek = 6 pieces)
RM5/pek

Gambar brownies siap untuk delivery Majlis Khatam Al-Quran
  • Majlis Perkahwinan untuk goodies (1 pek = 3 pieces)
RM3.00/Pek siap reben

Brownies sebagai goodies untuk tetamu

  • Jamuan Makan (1 kotak = 60 pieces )
RM50/sekotak

Brownies untuk jamuan makan


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

Yang paling happy sekali bila dapat komen-komen "WIN" dari semua yang order. Maknanya semua happy makan. So kami pun happy sangat.


NAK TEMPAH BROWNIES BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN KAMI
SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
HELMY IRWAN 019-3939895

The making.......
Semoga kami memberi kepuasan dalam setiap order korang ye. Insyaallah.
Read More

Sunday, May 8, 2016

Blogspot vs Wordpress, Yang Mana Nak Pilih

Assalamualaikum

Lama tak visit dan menulis di blogspot. Sebab dok ding ding nak guna apa. Kalau orang tanya saya paling. Hmm setelah menggodek-godek kedua-duanya ada "Best Part" masing-masing. Meh nak share guna konsep SWOT analysis. Haha poyo sangatkan.

Blogspot - Strengh - Kekuatan
  1. Nama url tu boleh tukar. Yang ni memang saya suka.. hehe sebab tah kenapa.. tapi at least kalau nak tukar masih ada ruang.
  2. Kalau siapa pandai coding, boleh edit rupa paras blog tu sendiri
  3. Boleh download mana-mana blogspot
  4. Banyak widget free
  5. Boleh upload/ paste widget luar
  6. Boleh tukar colour tulisan
  7. Design widget-widget nak letak mana boleh susun sendiri
  8. Link dengan google search dan google++
Sesuai untuk orang yang suka tukar-tukar sebab lebih flexible.


Wordpress - Strengh - Kekuatan

  1. Free template wordpress banyak cantik-cantik dan kemas
  2. Kalau guna hp update blog dia lebih mudah dan sama mcm yang kita buat dalam hp

Sesuai untuk yang tak suka nak godek-godek sebab dia fixed.

Haha tu je yang sempat test. So korang add on komen kalau nak tambah features yang korang nak share ye.

So untuk owner both blog platform mungkin boleh add extra features lagi.. haha malas nak komen negatif tak baik wo.. diorang dah bagi option pilih sendiri ma..



Lawati FB page Rak Vitamin Sihat ♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡
Read More

Saturday, March 5, 2016

DIY Masker Muka Sendiri Di Rumah

http://sentiasapanas.com/
Kredit to : sentiasapanas.com

Sejak anak dah 4 ni, hari-hari saya plan bangun awal. Alhamdulillah setakat ni berjaya. Target 2016 nak masak hari. Anak kapal dah ramai, masak sendiri lagi jimat.
Pagi tadi.. dah pilih menu yang budak-budak suka sangat.. CEKODOK PISANG.. Ummmh memang sedap..


Sebelum nak buat tu.. saya isi perut kejap sebab rasa lapar sikit.. bancuh sesudu ESP dengan 1/2 biji oren.. bancuh sikit je.. dah selesai minum.. Saya start buat cekodok pisang.. bukan susah sangat...
 
Bahan-bahan:
1 ikat pisang
2-3 sudu gula
Tepung gandum

 
Langkah #1
 
Mula-mula lenyekkan pisang..
 
Eh macam best pulak pisang ni.. nak ambik sikit la dalam 2 sudu dan letak dalam bekas lain.. dapat satu IDEA.. ting!
 
Sambung bancuh lagi..
 
Langkah #2
 
Tambah gula 2-3 sudu bagi manis sikit je.. pisangkan dah manis..
 
Langkah #3
 
Akhir sekali, masukkan tepung gandum. Agak-agak je supaya tak lembik sangat supaya tak serap minyak. Kacau semua sebati
 
Langkah #4
 
Goreng bulat-bulat. Nak masukkan guna tangan boleh atau nak guna sudu pun boleh.
Siap! Senangkan.. 3 bahan je dah dapat hasilkan kuih cekodok pisang yang sangat sedap. Anak-anak saya memang berebut nak bawa bekal..
 

Apa nak buat dengan lagi pada 2 sudu pisang lenyek yang saya asing tadi?
 
Sebenarnya teringat satu poster pasal masker geng-geng shaklee share.. Cara-cara buat Masker Muka dengan ESP menggunakan pisang. Resepi sama macam buat cekodok pisang ni.. cuma tukar bahan sikit je.. 

Apa lg saya terus buat sementara anak-anak tengah syok tidur.. masanya untuk ibu nak buat rasa gebus-gebus sikit dekat pipi..

Bahan-bahan:
2 sudu pisang lenyek
1 sudu kecil madu
1 sudu ESP





Gaulkan semua dan terus sapu pada muka. Biar kering dalam 10 - 15 minit. terus basuh muka. Insyaallah kalau diamalkan selalu kulit akan gebu sangat-sangat. Tambah pula dengan minum ESP untuk beri tenaga. membantu juga hilangkan gastrik.

 
NAK DAPATKAN ESP, KLIK JE KAT BAWAH GAMBAR
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=759cf6a07a81645b6b5dd37a90db63a5
 
 
Ni la hasil cekodok pisang saya tadi.. kalau yang macam ni kesan kurang tepung ye..
Love,
Shidah Abdullah
012-6240197

TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom




 
 

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com