Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Thursday, February 9, 2017

Turunkan Berat Badan dengan Set Kurus Pilihan Suami Isteri


Gemuk ke kurus sebenarnya semua persepsi diri sendiri dan biasanya berpunca dari komen-komen macam ni "Eh! Ko nampak dah naik badan ni" atau "bukan baru naik pantang ke?. Stress betul dengar komen-komen macam ni.

Bukan menambahkan semangat untuk kurus tapi menambahkan stress kita dan menyebabkan kita makan tak kenyang..  mandi tak basah.. tidur tak lena... nak tahu kenapa? Sebab bila kita stress, yang kita makan banyak-banyak tu tak diserap dengan baik.. macamana nak tidur lena kalau asyik rasa lapar.. macamana mandi nak basah kalau asyik tengok badan kat cermin dalam bilik air...


Haru.. haru...

Apa kata kita posi
tifkan diri.. bersyukur dulu dengan badan kita yang comel.. bila kita dah happy baru kita fikir macamana yang comel ni nak jadi cun pulak.. hah sure idea bertalu2.. sat nak pegi gim la.. nak pegi joging la..

Ops!Ops! Susun idea-idea tadi mengikut kemampuan terutama masa.. pilih la yang sesuai.. kalau mak-mak pilih la nak berpeluh dengan membuang sawang.. membasuh kain.. menyapu tanpa memasang kipas.. lebih bermanfaat..

Selain tu, kena check sama ada badan kita berfungsi sepenuhnya atau tak terutama usus. Di sini saya kongsikan produk shaklee yang kami suami isteri pilih untuk kekal sihat dan membantu kami menurunkan berat badan.


(1) Lecithin

Lecithin ni berasaskan kacang soya organik yang bukan GMO (tidak diubahsuai genetik). Setiap kapsul mengandungo 520mg lecithin soya, 80mg kolin dan 48mg inositol.
Lecithin ini memang penting sangat dalam membantu menyerap vitamin yang larut lemak terutamak vitamin A.D.E.K.

Bukan tu sahaja, ia dapat menghalang enapan lemak dihati yang boleh menyebabkan sirosis hati dan hati berlemak.

Lecithin bertindak juga sebagai "pembersih" saluran darah dan membantu memecahkankan lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh badan kita.

Bagi ibu yang menyusukan bagi atau yang mengalami bengkak susu, Lecithin amat membantu melancarkan aliran susu. Memang kena cuba!


(2) Alfalfa

Alfalfa pula berasal dari tanaman Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago Sativa. Ia ditanam secara organik di California yang bebas pestisid, herbasid dan hanya menggunakan baja kompos. Alfalfa mengambil masa 2 tahun untuk membesar dan hanya dituai bila matang. Kemudian, ia dikeringkan dan dijadikan serbuk sebelum dikompres menjadi tablet.
Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim dan fitokimia.

Semua nutrien2 ni membantu mengembalikan dan menormalkan badan yang berasid. Ia juga agen detox dengan menghilangkan toksid dari badan, membersihkan hati, kolon dan darah.

Selain itu, alfalfa membantu melegakan keletihan dan mencantikkan kulit dan otot badan kita.

Bagi isteri-isteri, ia bertindak merapatkan kembali bahagian intim. Suami pasti suka. Hebatkan!

(3) Herblax


Diperbuat dari 9 herba semulajadi. Herblax menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut dan sangat sesuai untuk tubuh badan kita.

Manfaat utamanya adalah membersihkan najis yang tersekat. Ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, herblax sangat membantu mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan menyelesailan masalah sembelit.

Ia juga membantu mengempiskan perut dan membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.


Ketiga-tiga supplement ini sangat membantu kami suami isteri untuk sama-sama sihat dan memperbaiki sistem penghadaman masing-masing. Berat badan dah mula turun. Kan seronok usaha kurus bersama-sama.


Pesanan akhir dari saya...

  • Jom kita perbaiki diri untuk pastikan diri kita happy
  • Do justice to yourself.. jangan buat sebab orang lain.
  • Doa selalu agar sentiasa positif dan bersyukur. ALLAH kan ada

Nak buat pesanan KLIK TERUS pada gambar dibawah

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=db15b038c3c1d8960907e8ac5691498f


Atau hubungi saya terus ditalian 012-6240197 dan dapatkan konsultansi penuh dari saya tentang cara pengambilan terbaik untuk lebih efektif.


Salam sayang
Shidah Abdullah
shidotdotcom.blogspot.com
Read More

Wednesday, August 31, 2016

16 Tanda Anda Mengalami Masalah Kemurungan dan Perlu Dirawat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semalam berbincang dengan kawan-kawan tentang kemurungan. Kesiankan pada yang alami masalah macam ni. Kadang-kadang diorang sendiri tak sedar diorang menghadapi masalah kemurungan. Jangan dibiarkan. Satu kesilapan bila kita kata kemurungan tidak boleh dirawat.
Jom kita fahamkan apa sebenarnya masalah kemurungan ni dan bantu sama-sama ye.
Apa itu kemurungan ?


Kemurungan jadi bila berlaku gangguan perasaan pada seseorang yang buat dia rasa sedih yang berpanjangan. Orang yang murung akan rasa keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah dan  hilang minat nak buat aktiviti harian. Kelakuan mereka boleh berlarutan

sehingga 2 minggu. Ada yang berlarutan bertahun-tahun.
Apa Tanda-tanda seseorang mengalami kemurungan?
Read More

Thursday, August 4, 2016

Kalsium Buat Selesa Tidur Malam




Bila sebut sahaja pasal kalsium, mesti teringat susu. Minum susu pula nak jaga tulang. dan terus ingat sakit osteoporosis yang berpunca dari kurang kalsium.  Kalau korang search dekat google type osteoporosis pula. Sebenarnya fungsi kalsium lagi banyak dari tu. 
Ada pelbagai manfaat yang kita tak nampak, juga kita tak sedar sebenarnya. Jom tengok apa lagi manfaat kalsium
Manfaat Utama Ostematrix Shaklee
1. Meringankan Stress
Kalsium sangat membantu mengimbang tekanan darah, memeliharan denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress.
Kalsium juga menggalakkan tidur selesa. Bayangkan bila badan berasa tenang, kita lebih selesa tidur malam.
Bukan itu sahaja, kalsium membantu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
2. Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas

Ada sesetengah orang akan mengalami kekejangan terutama ibu yang mengandung.
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

3. Pengalkalian Tubuh

Kalsium adalah mineral alkalin. Sangat berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti atau kegemukan di waktu umur tua nanti.

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi. Hah detox penting tau korang. Hari-hari kita sedut bahan-bahan tak berfaedah dari luar macam segala jenis asap tu.

4. Menguatkan Tulang         
Yang ni semua tahu, kalsium membantu menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf.
Kalsium juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

Maknanya segala yang berkaitan dengan tulang la.


5. Memperbaiki Masalah Haid
Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium meringankan sakit semasa haid dan membantu membuang air kecil dan besar.

Cuba tengok kandungan Ostematrix Shaklee ni..

kalsium shaklee
Vitamin D
  • Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.
  • Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
  • Vitamin D bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.


Magnesium
  • Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
  • Membantu sistem saraf
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
  • Menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.


Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,
  • Menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.


kalsium shaklee

Bagaimana Memilih Kalsium Yang Bagus? 

✔ Pilih kalsium yang turut mengandungi Vitamin D dan Magnesium
✔ Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
✔ Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral. 

Perbezaan Ostematrix Shaklee

  • Kalsium yang paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.
  • Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
  • Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.
  • Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.



Testimoni Ostematrix Shaklee 

Saksikan sendiri bagaimana Ostematrix sangat-sangat membantu Puan Khadeeja Hasmad untuk TIDAK SEMBELIT selepas bersalin...  
 



CIPTA TESTIMONI ANDA SENDIRI
Untuk order... Boleh klik button kat bawah..


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=940fc9d61a6bff3bf77cd4ae012f40b8





Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi
Read More

Monday, July 25, 2016

JAGA-JAGA Difteria Penyakit Membawa Maut

Info perubatan dari KKM.Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan.

Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.

Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.

Jangkitan difteria mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50 peratus.

Pembawa kuman ini adalah manusia sendiri dan berjangkit serta disebarkan melalui kulit, saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria.

Difteria amat sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan sinaran matahari.

Kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi serta orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.

Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun dan orang tua usia diatas 60 tahun sangat berisiko mendapat penyakit difteria.

Begitu juga mereka yang tinggal di lingkungan padat penduduk atau kawasan persekitaran yang kurang bersih dan mereka yang kekurangan gizi dan tidak diimunisasi vaksin lima serangkai DTaP-IPV//Hib bagi menghindari Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae Type B.

Rawatan bagi penyakit ini termasuk anti-toksin difteria yang melemahkan toksik dan antibiotik Erythromycin dan penisilin membantu menghapuskan bakteria dan menghentikan pengeluaran toksin.

Umumnya Difteria boleh dicegah melalui vaksinasi. Bayi, kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang tidak mempunyai cukup pelalian memerlukan suntikan booster setiap 10 tahun.

Radang tekak atau pharyngitis, adalah suatu penyakit radang yang menyerang batang tekak.

Penyakit yang kerap disebut radang tenggorok itu ditandai dengan adanya penebalan/pembengkakan dinding tekak, berwarna kemerahan, ada bintik-bintik putih, disertai rasa sakit menelan.

Tanda-tanda dan Gejala Penyakit Difteri
*Ada membran tebal warna abu yang melapisi tekak dan tonsil (ciri khas)
*Sakit tekak dan suara serak
*Sakit ketika menelan
*Kelenjar di leher membengkak
*Kesukaran bernafas dan nafas cepat
*Keluar cairan dari hidung
*Demam dan menggigil
*Malaise
*Kanak-kanak tidak mahu bercakap
Batuk-batuk
*Sakit kepala serta keluar air mata

Awas Jika Anda Lambat Bertindak
*Pernafasan terhenti
*Radang pada otot jantung
*Kegagalan jantung
*Lumpuh saraf

Langkah-langkah Pencegahan Difteria
*Ambil segera antibiotik/paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
*Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
*Banyakkan minum air, jangan minum produk tenusu
*Elakkan makanan yang masam, keras, rangup, berempah, pedas dan panas
*Rehat secukupnya
*Elak dari menghirup udara yang kotor
*Elak dari bakteria
*Amalkan minum madu/air asam jawa
*Jangan minum minuman berkafien
*Jauhi minuman yang beralkohol

Jika Defteria Berlanjutan
Jumpa doktor pakar untuk membuat pemeriksaan lanjut kerana doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang akan di ambil.
Buang segera kelenjar tonsil supaya tidak merebak kerana kalenjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda.

Read More

Sunday, July 24, 2016

10 Perkara Buat Kedai Dobi Lagi Maju

Virl betul isu mesin basuh Suhaimi Saad dan isterinya Ina Naim. Hehe macam-macamkan. Saya pun sekarang pengunjung kedai dobi sebab mesin basuh rosak. Nak tukar baru sayang sebab tahu masih boleh dibaiki. Tapi panggil orang datang repair tak datang. So kami pun pilih ke dobi.

Mudah sangat sekarang. Sambil tu support perniagaan orang lain. Tapi hari ni nak share. Dalam banyak-banyak kedai dobi di sekitar, kami memang selalu berkunjung ke satu tempat je SEBABNYA

1. Kebersihan
Kedai Dobi Bubblelab di Taman Cempaka ni kami suka sebab kebersihan memang tiptop. Kalau ramai orang pun, boleh la yang menunggu duduk bersila sebab bersih sangat2. Kasut semua letak di luar. Lantai dibersihkan setiap pagi sebab pernah terserempak.

2. Tempat Melipat Baju
Meja dan kerusi panjang disediakan untuk yang nak terus lipat baju. Bila basuh dan keringkan di dobi baju tak berkedut. Kalau dilipat terus memang akan kemas

3. Bakul Emergency
Kedai dobi ni memang selalunya ramai. Bagus bila owner sediakan bakul emergency supaya next user boleh letak baju orang sebelumnya dalam bakul tu. Ye la kadang-kadang orang pergi makan dulu. Lambat sikit. Bila balik tengok baju tak ada akan tahu baju kita dalan bakul emergency sebab orang lain bantu keluarkan.

4. Environment selesa dan cantik
Kat sini macam laut-laut gitu. Ada ikan nemo lagi.. tenang je rasanya

5. Taman permainan 
Kalau bawak anak-anak ke sini memang syok la. Memang sakan la budak-budak main dekat situ. Kalau ada geng lagi la sampai tak nak balik.

6. Sabun percuma
Bagi yang terlupa sabun pun jangan risau. Guna je yang owner sediakan. Tak yah pening-pening. Kami selalunya bawa sabun Get Clean kami sendiri.



7. Mesin mudah digunakan
Kami pernah ada pengalaman guna mesin di kedai dobi lain. 2 kali pusing sabun tak keluar-keluar. Last-last cari kedai dobi lain. Dah rugi duit kami.


8. Kerusi Urut
Ni lagi tip top. Kerusi urut pun ada. Lenguh-lenguh tunggu, masuk je duit RM1 dalam mesin. Silap-silap boleh terlelap tau.

9. TV
Bukan la nak tengok sangat. Dah boring juga asyik godek hp. Ada tv bagus juga. Tapi yang saya perasan cerita kartun je. Harap owner consider bagi tengok channel movie. Alamat ada pulak yang tak balik. 

10. Mesin duit syiling
Mesin duit syiling paling penting. Kena make sure sentiasa ada tukarannya especially time peak macam weekend. Penah juga kehabisan dan kami call ownernya atau yang jaga. 

Komen tentang isu Suhaimi Saad tidak ada mesin basuh?
Untuk isu viral Suhaimi Saad, kami rasa ramai yang macam tu. Apa pun kisahnya tentu ada sebabnya. Selama mana keluarga dia bahagia dan tak mengganggu orang lain ok je.

Dah tengok ramai je family yang kaya kami tengok tak ada semua benda yang disebutkan macam sofa, mesin basuh, astro. Alhamdulillah seronok je life diorang. Anak-anak cemerlang je sebab semua berdikari. Yang penting betulkan niat dan berbaik sangka. Bila berniaga hati pelanggan kena suka.

Nak Get Clean?




TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN
BARANGAN RUMAH SHAKLEE

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=22d473c1ca36ddbf09e1dfaa2ed8552a




FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com