Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, April 15, 2017

Cara Mengurus Pasukan Kerja Lebih Effektif dan Bersemangat

Assalamualaikum


Hujung minggu korang semua buat apa?

Ada yang pilih untuk rehat di rumah je.
Ada yang suka pergi shopping @ window shopping
Ada yang bercuti dengan keluarga
Ada yang rajin pergi kelas hujung minggu





Saya pilih bawa suami dan anak-anak ke Hotel Sri Petaling. Sebenarnya saya dah register kelas Leader Build Leader by Master Norita & Naquib. Biasanya anak-anak join sekali ke kelas yang maknya. Tapi kali ni bagi diorang relaks kat bilik dengan ayahnya.Boleh la anak-anak berehat dalam bilik.


Anak-anak seronok

5 Tips Pengurusan


Kelas hari ini fokusnya adalah pengurusan diri. Ini saya olah sendiri ye sebab skill yang sama boleh digunakan di pejabat sebab saya pernah gunakan untuk uruskan team di pejabat tetapi tidak teratur seperti yang dikongsikan oleh Master.

Malam di Sri Petaling


(1) Beri ruang untuk team member berkongsi kelebihan diri sendiri

Setiap orang ada kelebihan sendiri. Contohnya dia lebih pakar untuk buat pengurusan fail ("Filing"). Sebagai supervisor kita wajib kembangkan bakat dia dalam bidang kepakaran tersebut dengan cara memberi tugasan khas untuk dia uruskan dengan cara di tersendiri.


(2) Tuliskan target bulanan

Tetapkan target bulanan dan tahunan untuk dicapai. Letakkan target lebih tinggi sedikit dari kemampuan. Orang kata jangan buat kerja Business as Usual (BAU). Tak akan dapat result yang luar biasa. Memang betul pun.  


(3) Senaraikan aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan secara harian

Sebagai supervisor, kita bertanggungjawab memastikan mereka faham checklist tugasan mereka secara harian, mingguan dan bulanan. Minggu lepas, saya lakukan perkara yang sama dengan team saya dan memang nampak perubahan ketara. Pastikan aktiviti yang disenarai membantu untuk mencapai target.


(4) Kenali dan dekati team masing-masing menggunakan SWOT analysis

SWOT analysis ni kita dah belajar masa zaman sekolah dulu atau pun di tempat kerja. Tapi kita jarang guna untuk kehidupan harian. Sayang sangat. Kita boleh gunakan untuk mengenali seseorang dan meningkatkan produktivi dia jika kita kenali dia

Strength (Kekuatan) - bila kita kenal kekuatan dia dan gunakan sepenuhnya memang akan tiptop. Contoh kalau dia suka bercakap dan jumpa orang, jangan suruh dia duduk ofis. Rugi-rugi.

Weakness (Kekurangan) - kita semua ada kekurangan masing-masing. Tapi kalau dah kurang disitu contohnya ada sifat malu yang extra, tak bermakna kita tak berusaha perbaiki. Sebagai supervisor, kena bantu tingkatkan dan perbaiki.

Opportunity (Peluang) - Bila kita tahu kekurangan, kadang-kadang disitu kita Nampak peluang untuk dia perbaiki dengan cara-cara lain. Cadangankan pada mereka dan berikan kepercayaan untuk dia berkembang.

Thread (Ancaman) - Cuba tengok disekeliling atau tanya apa yang buat dia rasa susah nak bertindak. Mungkin ada sesuatu yang menghalang dia untuk berjaya. Mungkin kita ada idea-idea bernas untuk bantu selesaikan ancaman tu. 

Tulis atas kertas semua ni untuk dirujuk dan ditambah lagi.


(5) Monitor, monitor dan monitor
Tugas kita sebagai mentor tak pernah selesai. Dah guide, monitor la anak-anak buah kita. Kita sendiri kena ada specific time dan checklist nak monitor apa. Follow up selalu dan ingatkan.

Yang ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Insyaallah betulkan niat untuk membantu. Mereka akan berkembang dengan baik. Tegur dan ingatkan jika mereka tergelincir dari landasan.


Amacam ok tak tips...


Vitamin apa saya bawa kalau pergi travel kali ini?

Kali ni, Set Detox jadi pilihan kami travel. Kami baru bermula untuk detox seluruh badan. Setiap produk memberi manfaat yang berbeza. Kasi cuci dan support organ-organ dalaman.


Set Detox ini akan membantu detox toksin-toksin dan kerak-kerak dalam 5 bahagian organ badan iaitu Paru-paru,  usus, buah pinggang, hati dan kulit. Kelima-lima organ ini adalah tempat toksik masuk dan kita perlu bantu badan membuangnya.




Kenapa Berniaga?

Masyaallah, memang betul perniagaan adalah lapangan yang akan beri kita banyak sangat ilmu. Dalam membina empayar group saya sendiri bersama team dan mentor, saya sendiri perlu mencari skill kepimpinan untuk pastikan yang bersama dengan kita juga Berjaya.


Geng Tsunami Shaklee jumpa di kelas
Perniagaan Shaklee memang sangat berbeza. Saya dah join macam-macam jenis business, bermula dengan MLM lain, takaful dan menjual brownies dan puding hasil air tangan sendiri (nak order boleh ye), Shaklee memang sangat jauh bezanya. Saya sangat suka orang-orangnya tidak lokek berkongsi ilmu secara offline mahupun online. Perspektif saya tentang MLM bertukar dan saya memang banyak grab skill dengan Shaklee. 

Bersama cikgu



Jom jadi member Shaklee dengan saya, insyaallah kita belajar sama-sama untuk membina empayar perniagaan. Ambil handphone terus whatsapp saya dan isikan click borang keahlian Shaklee dan isikan detail korang terus,






TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b




FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom














Read More

Masalah Mata Punca Anak Selalu Sakit Kepala

Assalamualaikum dan hai semua,




Hari ni nak kongsikan tentang masalah rabun di kalangan kanak-kanak. Seperti kita sedia maklum, peratusan kanak-kanak rabun meningkat mendadak. Boleh rujuk artikel Dr Khoo.
Antara puca paling ketara adalah kerana terlalu banyak fokus pada jarak dekat bila lakukan aktiviti membaca, menonton tv dan bermain alatan elektronik atau gajet seperti handphone.










Bila anak tengok tv mata terkedip-kedip tu.. boleh la standby buat langkah-langkah di bawah: 






(1) Buat Pemeriksaan Mata


Bila kak long mengadu sakit kepala, mula-mula ingat sebab dia penat seharian je. Tapi bila semakin kerap, kami mula risau. Satu hari dia mula mengadu dia tak nampak dalam kelas. Kak long duduk di bahagian belakang sebab saiznya yang tinggi sikit. Bila macam tu risau ganggu dia belajar pulak.

Kak long asyik ulang "ibu, bila nak buat cermin mata". Kami tangguh buat spec bersebab. Pesanan amoi cantik kedai cermin mata di Paradigm Mall Kelana Jaya suruh kami bawah anak jumpa doktor untuk check dulu. Amoi cantik kata "anak akak kecil lagi, i advise you pergi check up dulu".

Tapi bila asyik ulang-ulang, kami bawa juga la ke kedai. Kebetulan ada satu kedai cermin mata baru di Salak Tinggi tiba-tiba viral di Sepang. Kami pun singgah ke kedai viral iaitu Annur Optometrist. 
Kedai Viral





Kak long buat pemeriksaan dan resultnya power rendah dan silaunya mak ai memang tinggi. Sebab tengah promosi baik punya dan immediate siap, kami terus buat. Memang bagus kedai ni... sambil tunggu mak ayah pun tumpang la cuci cermin mata masing-masing. Ok la kan. 

(2) Pemeriksaan Pakar


Bila amoi kedai cermin mata pesan suruh pergi buat pemeriksaan pakar mata, maknya masih blur macamana nak buat. Alhamdulillah blur tadi nampak jelas macamana nak buat bila Pejabat Kesihatan datang sekolah untuk imunisasi dan pemeriksaan mata sekali bagi murid-murid tahun 1.
Cikgu sekolah whatsapp result pemeriksaan kak ngah hanya 6/24 bagi mata sebelah kanan (right) dan 6/18 bagi mata sebelah kiri (left). Cikgu whatsapp lagi "bawa sofiyah ke pakar di HTJ". Saya jawab "Baik Cikgu". Maknya fikir "Kak ngah tak sebut bila ditunjuk ke?". Hmm tak apa lah.







(3) Sediakan Dokumen Untuk Pemeriksaan 



11 April 2017 terus ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Kenapa ke sini? Sebab sekolah anak-anak di Nilai. Risau kena reject bila pergi hospital Selangor tapi saya tak cuba la. Tak nak buang masa. Ikut pesan cikgu.


Bagi sesiapa yang hendak ke HTJ, ada kawasan parking pelawat di bahagian bawah. Dari situ, shuttle van disediakan untuk ke lobi utama hospital. Excited anak-anak dapat naik van. Hehe tapi takut-takut juga nampaknya sebab ramai orang dewasa. 

Di dalam Shuttle




Sampai sahaja ke lobi terus ke kaunter pertanyaan untuk ke bahagian pakar mata. "Puan jalan terus dan pergi sebelah kiri ada lif, puan ke tingkat satu" 



Menunggu giliran







Terus ke lif tapi penuh dan kami terus naik tangga. Exercise sikit. Nurse kata "Bagi mykid. Bagi surat pada abang sana tu" menunjuk kepada lelaki berpakaian putih.. hehe. "Yang ni puan tunggu sampai dipanggil ye. Tunggu-tunggu dan nama anak pun dipanggil. "Yang ni appointment 25/5 ye". 





Baru dapat appointment je rupanya. Apa yang penting nak buat appointment kena ada referral letter dan mykid anak untuk pemeriksaan pakar (oftamalogy) ye.

(4) Bagaimana nak dapatkan Surat Rujukan (bagi yang tak ada)



Saya konon-konon nak selit la kak long pergi buat appointment tapi tak berjaya sebab tak ada referral letter kata abang tu. Saya bawa ke Klinik Kesihatan di Nilai untuk mendapatkan surat rujukan. Baru mudah untuk ke hospital pakar.
Kak Long buat pemeriksaan mata 
Doktor tanya kenapa ye datang sini? Saya jawab sebab kedai cermin mata pesan suruh jumpa doctor check. Doktor tulis surat rujukan untuk kak long. Baru boleh bawa ke pakar untuk buat appointment. Masa ni test result kak long macam kak ngah. Baru faham mana datang result 6/24 dan 6/18. Rupanya dari "Eye Chart" ni. Anak saya berjaya baca sampai level 6 je.




Carta Pemeriksaan Mata



(5) Kurang atau kawal aktiviti yang boleh merosakkan mata




Biasanya anak-anak ni suka test power mata diorang especially boleh tak diorang baca dalam gelap. Mata stress sebab kena focus teruk-teruk. Saya dah start dah aktiviti pesan memesan a.k.a membebel.

... Baca atau menulis dekat tempat terang
... Astro kad ditarik hanya tengok dihujung minggu
... Hp boleh tengok jika saya izinkan tengok. Sebelum ni pun gitu, tapi kejap-kejap nak whatsapp kawan. Group diorang je dah 4. Hehe





(6) Vitamin Mata



Memandangkan pemeriksaan masih jauh lagi. Saya mesti usaha option lain. Saya teringat saya dulu pakai cermin mata darjah 6 dan saya menyesal tak jaga mata. Masa tu terasa susah sangat guna cermin mata dan asyik mengelat pakai. Sampai pernah tertinggal dekat RnR dan abah kena pusing sebab tu je. Masa tu abah suruh jaga mata. Abah dan mak belikan minyak ikan (fish oil). Lepas tu,  tiap-tiap pagi suruh tengok pokok hijau dekat luar ambil air embun dan selawat sapu air embun pada mata. Tapi masa tu memang tak faham dan tak buat.




Lepas sahaja turun ke kereta, saya cakap pada anak-anak kita usaha perbaiki mata. Appointment lambat lagi. Hari-hari ibu bagi makan Caratomax sebiji sorang. Walaupun jenuh untuk kali pertama sebab kapsul tapi Alhamdulillah sekarang masing-masing dah power telan. 


Caratomax dan khasiatnya

Caratomax vitamin yang memang sesuai untuk semua. Nama pun carato ada bunyi macam Carot yang memang sesuai untuk mata supaya semua mudah nak ingat vitamin ni.








Caratomax mengandungi 6 variati karotena yang diekstrak dari sayuran dan buahan seperti rumpai laut, tomato, anggur, epal, strawberry dan lain-lain. 

(1) Mempertingkatkan penglihatan dengan menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita kekalkan penglihatan dalam gelap. 

Masalah penglihatan seperti rabun, kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata. Memang lega kalau nikmat penglihatan dapat diperbaiki.

(2) Meredakan penyakit kulit dengan meningkatkan dos dapat melegakan masalah psoriasis, kulit kering, kulit gugur dan jerawat. Ia juga dapat merawatkulit luar seperto scabies, akne dan ulser kulit.

(3) Menggalakkan perkembangan normal dan sihat yang merangsang perkembangan anak-anak, menguatkan tulang, rambut.








Antara testimonial yang buat saya terkesan buat saya berikan Caratomax pada anak-anak:




Dapat mengurangkan silau mata yang selalu buat kita mudah sakit kepala


Masalah Silau Hilang
Masalah rabun berkurangan
  
Semoga sharing saya kali ini bermanfaat untuk semua. Terus berusaha untuk pastikan semua disekeliling kita sihat.

TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom






Read More

Monday, April 10, 2017

Percutian Adhoc Di Cameron Highland Cara Terbaik Kurangkan Tekanan

Assalamualaikum dan hai semua..



Sesekali update dari tanah tinggi seronok juga.. sejuk dan nyaman. Percutian " Adhoc" atau "Unplanned" macam ni biasanya lebih menarik dan memang sangat membantu mengurangkan stress. Sebab tidak ada sebarang expectation dalam minda. Apa terjadi redah je dan yang penting enjoy.






Persediaan



Rancangan balik hari (pergi pagi balik petang) ke Tapah hanya bertujuan nak menziarah dan menghadiri acara tahunan Tok Saibi dan Opah Mi yang sentiasa buat majlis sambutan Ramadan. Dapat mengimbau kenangan waktu kecil dulu ke rumah arwah tok dulu.



Ni gambar semasa kenduri. Sesi borak-borak.




Tapi.. kami tetap standby baju persalinan.. risau En bos ngantuk dan kami boleh la berehat di mana-mana hotel bajet. Sampai rumah mak abah, pun kami pesan bawa baju "spare". Di majlis tu, adik yang duduk di Taiping hadir sama. Mula la berpakat nak berjalan. Bincang-bincang dari ke Kuala Woh terus bertukar ke Cameron Highland.



Ini buaian yang kami berebut masa kecil-kecil dulu. Sekarang anak-anak pula




Persinggahan



Dalam perjalanan nak ke Cameron sempat singgah dulu ke Hutan Lipur Kuala Woh. Memang budak-budak sekarang jarang sangat ke laut atau ke air terjun. Tak nampak excited macam kita dulu-dulu. Diorang biasa ke tempat yang ada swimming pool je.



Masing-masing menikmati pemandangan cantik




Mujur hujan rintik-rintik. Kalau tak, memang "udah tenghojun" kata orang Perak. Celup-celup juga kaki dalam "ayor".  Tak apa la next time bagi rasa.



Rasa juga air yang sejuk dan dingin




Perjalanan



Naik Cameron Highland ikut laluan Tapah memang mencabar. Jalan "berlengkor" tapi seronok sebab sejuk je dikelilingi pokok-pokok. "Aircond" tak payah pasang. Memang semulajadi sejuk. Kami juga lalu di Lata Iskandar tapi tak dapat berhenti sebab hari dah petang. Kedai di tepi-tepi banyak yang dah ditutup. Kita tengok je air terjun ye. Perjalanan diteruskan dan berhenti di Bharat Tea Valley tapi tak dapat nak turun disebabkan hujan. Harap-harap "on the way" balik nanti kita dapat singgah.



Lata Iskandar




Penginapan



Dalam perjalanan, masing-masing google dekat Agoda untuk cari hotel atau apartment yang sesuai duduk ramai-ramai. Tapi masih dalam bajet sebab kongsi-kongsi bayar. Kami jumpa apartment yang sangat cantik iaitu Parkland Apartment yang terletak di Brincang. Tempat yang sangat strategik.



Kredit kepada : Agoda dan Parkland Apartment



Masuk sahaja ke dalam apartment dah buat kami semua berpuas hati dengan keadaan ruang tamu yang sangat luas dan selesa. Ada meja makan tapi tak sempat pula snap gambar. Sampai je kami terus lepak berbincang apa plan malam ni. Kebetulan ramai orang, kami dapat apartment paling atas. Abah la yang paling kesian. Mengah juga dibuatnya.






Berehat dan bersembang di ruang tamu


Budak-budak ramai yang tak ada dalam gambar dekat atas sebab diorang seronok sangat tengok tiga (3) bilik yang ada. Berlari dan melompat-lompat diorang. Memang puas hati setiap bilik tuala disediakan dan katil yang banyak dan selesa. Berbaloi la kos RM350 yang kami booking dari Agoda.





Master Bedroom



Bilik 2 & 3





Aktiviti Hari Sabtu



Niat nak pergi pasar malam setiap hari Sabtu tapi lokasi pasar malam dah ditukar berdekatan dengan Villa Dahlia. Kesesakan trafik pun boleh tahan. Terus tak jadi ke sana.



Kami hanya pergi makan malam sahaja di Food Court di Tanah Rata. Sempat la shopping-shopping t-shirt muslimah, baju sejuk anak-anak. Saja bagi seronok-seronok.



Kami pergi ke tapak lama pasar malam masih ada yang berniaga food truck. Apa lagi bungkus la ayam potong, jagung bakar, strawberry chocolate, sotong goring tepung.




Aktiviti Hari Ahad



Pagi Ahad, kami pergi Tanah rata mencari sarapan, Banyak pilihan gerai cuma parking je susah sikit. Hari ahad ada pasar tani. Kat sini kami beli nasi kerabu ayam goreng, nasi lemak ayam goreng, pulut kelapa dan sosej.



Penuh orang beratur beli nasi dan kuih



Berwefie sambil tunggu makanan



Singgah juga ke satu kedai jual roti canai sedap tapi hotel punye. Mahal la sikit roti canainya. tapi memang genius sebab roti canai tu diorang balut dengan aluminium foil.




Jom Balik


Sambil mak-mak bersiap beg nak balik, anak-anak duduk di balcony sambil posing-posing buat kenangan. Tengok la masing-masing tak lepas jaket. Kami tak singgah ke mana-mana lagi sebab jalan di Cameron jem terutama di kawasan yang ada jual sayur-sayur dan buah-buahan. Kami turun semula melalui Tapah.










Sengih je si kecik ni
Memang best cuti-cuti santai macam ni. Siap dah plan untuk family dah yang akan datang nak buat di sini. Memang seronok tengok family happy dan itulah pengubat stress.



Tapi stress juga sebab duit habis shopping. Hehe insyaallah ada rezeki lain.




Tips Pengawalan Stress Yang Baik
1. Jangan terus melenting dan marah-marah. Stress akan menjadi lebih teruk. Berikan ruang untuk bertenang.
2. Tarik nafas dalam-dalam. Fikir secara positif kenapa perkara tersebut terjadi.
3. Cari punca terjadinya stress tersebut.
4. Cuba atasi dengan baik. Atasi dengan keadaan yang bertenang
5. Cari sahabat atau ahli keluarga yang dapat berkongsi masalah stress dan dapat memberi idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah.
6. Selesaikan stress dengan teratur seperti contoh jika ia melibatkan orang lain, bersemuka dan berbincang. Mungkin orang tu akan melenting tapi sekurang-kurangnya kita dah jujur memberitahu masalah.



Apakah vitamin atau makanan yang dapat membantu mengurangkan dan mengawal stress?



Vitamin B adalah vitamin yang larut air. B complex Shaklee mengandungi 8 komponen folik yang membantu diserap oleh tubuh secara semulajadi (boavailability). B complex ini sangat berbeza dengan yang berada di pasaran disebabkan kebanyakkannya terdapat bersifat sintetik.

Vitamin B Complex


9 kebaikan utama B complex adalah ia dapat membantu

(1) Menukarkan makanan kepada tenaga  dengan membantu penghadaman dan menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Ini akan mengurangkan rasa letih dan lesu

(2) Melawan tekanan dengan memastikan saraf berfungsi dengan sihat dan meredakansakit kepala, tekanan, kemurungan dan imsonia.

(3) Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Itu sebab ibu-ibu hamil atau menyusu disarankan mengambil vitamin B.

(4) Ia juga memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan tulang belakang,

(5) Mengurangkan keletihan mata, mencegah katarak, meningkat kualiti penglihatan dan memperkasa memori dan daya perhatian (focus)

(6) Mencegah anemia dengan membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi yang meransang peredaran darah dalam badan.



Boleh hubungi saya di 012-6240197 (whatsappp/ sms) atau click DI SINI untuk ORDER.




012-6240197 norashidah83@gmail.com






Courier : Seluruh Malaysia
COD: Nilai, Sepang, Subang Jaya




Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com