Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, May 7, 2017

Manfaat dan Kebaikan Minyak Ikan Omegaguard

Hari ni di Shaklee HQ di Sunway Geo Tower diadakan Shaklee Health Carnival di mana pemeriksaan Body Mass Index (BMI), tekanan darah, kandungan gula, ketumpatan tulang semuanya diperiksa secara percuma. Alhamdulillah, semuanya ok kecuali kandungan lemak dan juga saya mempunyai kulit yang kering. Nutritionist nasihatkan saya ambil Omegaguard Shaklee.

Korang tahu tak minyak ikan Omegaguard Shaklee yang terbaik di dunia.

Dari manakah sumbernya?


Omegaguard dihasilkan dari ekstrak ikan laut air sejuk di perairan Negara Jepun. Antara ikan yang dipilih adalah sardine, mackerel, herring dan anchovies. Ia tidak diambil dari hati minyak ikan ye. Omegaguard adalah 3 kali tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Itu yang membuatkan ia minyak ikan yang berbeza dari yang lain.

Omegaguard juga merupakan minyak ikan paling tulen di dunia. Kenapa? Ini adalah kerana ia mengandungi spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA. Satu sajian omegaguard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan DHA.

Cara pemprosesan


Kebiasaannya pengilang-pengilang menggunakan kaedah penyulingan yang bertekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan. Akan tetapi, kaedah ini memusnahkan sesetengah nutrient dan tidak boleh menapis kandungan logam.

Berbeza di Shaklee...

Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi. Proses penyulingan proprietary tiga molekul digunakan untuk mengekstrak asid lemak omega-3. Yang penting terjamin ketulenannya dan semulajadi. Proses ini juga menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) yang menrupakan bahan kimia yang biasa digunakan dalam pelbagai industry.

Asid Lemak Omega-3

Omega-3 adalah asid lemak yang penting tetapi ia tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 bolrh juga didapati dari tumbuhan tetapi ia tidak boleh ditukar kepad EPA dan DHA secara berkesan oleh badan.

Manfaat Omega 3 adalah;
  • Ia membantu perkembangan membrane sel pada sistem neurologi dari otak dan jalur sinyal. Ia terbukti dengan kajian-kajian pakar di mana ia membantu meningkatkan memori kanak-kanak dan dewasa.

  • Penelitian menunjukkan Omega-3 dapat mencegah penyakit jantung dan mencegah penyakit saluran darah dan strok. Ini kerana ia meningkatkan elastisiti arteri dan menurunkan risiko ritma jantung yang tidak normal dan tekanan darah tinggi. Selain itu, omega-3 membantu mengekalkan tekanan darah dan melegakan ketegangan leher atau sakit kepala.


  • Omega-3 dapat menurunkan kadar kolestrol yang tinggi dan menghindarkan pembekuan darah dalam badan. Ia mengekalkan kolestrol LDL dan secara tidak langsung mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko sakit jantung. Secara tidak langsung, berat badan dapat dikawal. Omegaguard sangat sesuai bagi yang hendak kurus.


  • Manfaat minyak ikan untuk ibu yang hamil sangat penting. Pengambilan Omega 3 terbukti sangat penting dalam perkembangan kesihatan bayi dan perkembangan otak dan memorinya. DHA didalam omegaguard adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia sangat penting pada 3 bulan terakhir perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan. 
  • Orang yang menderita alahan kulit, psoriasis, demam hay, lelah atau asma, SLE dan penyakit kanser sangat memerlukan omega-3 untuk meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Manfaat minyak ikan bagi kulit sangat membantu memberi kelembapan dari kulit kering yang boleh menyebabkan luka.

  • Omega-3 juga meningkatkan penyerapan vitamin yang larut dalam lemak seperti Vitamin A, D, E dan vitamin K. Omega-3 dan vitamin A.D.E.K sangat diperlukan oleh badan untuk melawan infeksi, menjaga kesihatan mata dan kulit.
  • Omegaguard juga memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan mencegah penyakit seperti arthritis. Ia juga boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.
  • Omegaguard juga mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu perkembangan mental termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, hiperaktif dan schizophrenia

Harga minyak ikan Omegaguard sangat berpatutan dan ia perlu dimakan mengikut aturan supaya lebih efektif.


TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN


















https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



Bagi panduan lengkap cara makan omegaguard, hubungi saya





FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA:

Shidah Abdullah

SID No : 922949
Pengedar Shaklee Sepang, Nilai, Kota Warisan, KLIA

Sms/ Whatsapp/ Call : www.wasap.my/6012-6240197

Fb : Shidah Abdullah

Blog : shidotdotcom.blogspot.com

fb page/ig : shidotdotcom




















Read More

Cara Mendidik Anak Berpuasa Dari Umur 7 Tahun

Kita akan  menyambut kedatangan Ramadan lebih kurang dua minggu lagi. Semua perlu buat persediaan mental dan fizikal terutama ibu yang menyusukan anak dan yang menghidapi penyakit terutama pesakit diabetis

Bagaimana pula persediaan untuk anak kita?

Sebagai ibu bapa, kita sendiri teruja dan bersemangat nak mendidik anak-anak berpuasa termasuk saya sendiri. Anak-anak yang sedang membesar ni akan mula bertanya macam-macam soalan berkaitan puasa.

Saya mempunyai anak-anak kecil; Kak Long berumur 9 tahun dan Kak Ngah berumur 7 tahun. Berdasarkan pengalaman Kak Long yang lepas, dia sendiri mempraktikkan apa yang dipelajari di sekolah tentang ibadah puasa.


Perlukah anak-anak berpuasa?

Puasa hanya diwajibkan ke atas kanak-kanak yang sudah baligh iaitu 13 tahun ke atas bagi lelaki dan perempuan seawall lapan atau sembilan tahun. Tetapi tak salah untuk kita mendidik anak-anak berpuasa seawal usia 7 tahun dan itu yang terbaik.

Mendidik ye jangan sesekali paksa. Teringat kes ada kanak-kanak meninggal berpuasa kerana akibat heat stroke tahun lepas. Bila anak dah tak mampu berpuasa, izinkan dia untuk berbuka. Lebih baik kita didik mereka berpuasa secara berperingkat bermula dengan separuh hari. Kemudian bagi sedikit motivasi supaya anak dapat meneruskan berpuasa sehari sehingga cukup sebulan.

Kan lebih baik begitu.



Tekankan tanggungjawab mereka dalam menunaikan solat adalah yang paling utama di peringkat umur begini. 



Aktiviti Bulan Ramadan

Kongsikan dengan anak-anak aktiviti-aktiviti menarik sepanjang Ramadan dan lakukan bersama mereka. Antaranya menikmati pelbagai juadah semasa berbuka. Sesekali bawa mereka ke bazar Ramadan untuk memilih juadah mereka untuk berbuka nanti. Biasanya saya memang bagi limit untuk elakkan pembaziran.


Selain itu, bawa anak-anak merasai keindahan Ramadan bersolat tarawih di masjid ataupun surau. Biasalah, kalau trend anak saya, tarawihnya dua rakaat je dah tanya "Boleh tak saya nak main dekat belakang dengan kawan?". Sebagai ibu, saya izinkan kerana lumrah anak-anak kecilkan. Tapi kena pantau dan jangan dibiarkan mereka berlari-lari dan berbuat bising sehingga mengganggu Jemaah lain.


Ajak anak-anak bertadarus bersama. Dapat mereka membaca ayat-ayat lazim pun syukur alhamdulillah.  

Bersahur bersama anak-anak

Cabaran besar mendidik anak berpuasa adalah menggerakkan sahur. Pesan sebelum tidur yang kita akan bersahur supaya minda mereka bersedia untuk bangun di waktu sahur nanti. Insyaallah, ia lebih mudah.

(1) Pastikan anak-anak makan kurma ketika bersahur. Memang bagus sangat mulakan dengan buah kurma.


(2) Pastikan anak-anak mengambil makanan yang berat supaya dapat memberi tenaga sepanjang hari berpuasa. Kebiasaannya, saya menyediakan nasi dan satu jenis lauk. Tanya pada anak sahur nanti nak makan apa supaya mudah nak buat persediaan.


(3) Kalau lauk berbuka ada lagi, pastikan makanan dipanaskan supaya menaikkan selera bersahur.

(4) Ada masanya anak-anak bangun sahur tapi tak nak makan nasi. Saya akan sediakan air milo dicampur mealshake supaya perut mereka tahan sepanjang berpuasa.


(5) Pastikan sebelum habis waktu sahur, anak-anak minum air kosong secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi terutama dengan cuaca sekarang ni.



Apakah Khasiat Meal Shakes?



  • Membekalkan nutrisi lengkap dengan menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.  
  • Membekalkan nutrisi kepada Sel Tubuh kerana ia kaya denan protin yang membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran.
  • Anti-Oksida - Ia mengandungi Vitamin A,C,E, zink, selenium yan merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • Mengembalikan seri wajah - Lengkap dengan Vitamin B, Zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah
  • Detoksifikasi - Kaya denan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus






    TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN


















    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b






    FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA:

    Shidah Abdullah

    SID No : 922949

    Sms/ Whatsapp/ Call : www.wasap.my/6012-6240197

    Fb : Shidah Abdullah

    Blog : shidotdotcom.blogspot.com

    fb page/ig : shidotdotcom




















    Read More

    Friday, May 5, 2017

    Cara Terbaik Berpuasa Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak


    Penyusuan adalah moment yang paling best bagi seorang ibu. Satu kepuasan tau bila dapat menyusukan anak sepenuhnya (full breastfeeding). Tapi tu semua rezeki Allah. Kita sebagai ibu kena usaha sungguh-sungguh bermula dari teknik penyusuan, pemilihan pam, penyimpanan stok ebm dan pemakanan sesuai.

    Bila nak masuk bulan puasa, mami-mami yang menyusukan anak sure nervous.. ye la menyusukan anak buat mami cepat lapar.. Nanti tahan ke puasa? Ramadhan kali ini saya menyusukan anak yang ke 4.
    Ini antara persediaan yang saya buat :
    Pertama, pastikan bersahur mulakan dengan makan buah kurma kerana buah kurma memberikan tenaga. Barulah makan lauk sahur yang lain.

    Kedua, minum air secukupnya. Supaya perut lebih tahan, saya goncang air isotonik Performance Drink.


    Selain tu, saya masih meneruskan vitamin untuk menyusu yang memang favourite. Yang penting set menyusu + performance drink + mealshake memang cool dan sangat membantu memberi tenaga dan kurang rasa lapar.


    Lepas tu... ramadhan saya kurangkan buat kerja berat masa waktu siang. Kalau kemas-kemas sikit-sikit sudah la atau buat di waktu malam. Boleh la kita bangun bertahajjud sekali.



    Stok susu ebm kena sentiasa ada. Betulkan?. Mengepam juga kena teruskan untuk stok yang mencukupi semasa ramadhan. Ikut kebiasaan badan saya hasil ebm biasanya kurang sikit di waktu siang.  Saya tukar timing pumping selepas bersahur. Harap masa tu anak tidur. Masih juga mengepam di pejabat seperti biasa.

    Tingkatkan juga amalan zikir dan baca quran. Join tadarus supaya masa kita terisi dengan ibadah di bulan baik ini. Lebih baik kita isikan kekosongan dengan zikir.



    TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN













    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b




    FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA:
    Shidah Abdullah
    SID No : 922949
    Sms/ Whatsapp/ Call : www.wasap.my/6012-6240197
    Fb : Shidah Abdullah
    Blog : shidotdotcom.blogspot.com
    fb page/ig : shidotdotcom





























     




    Read More

    Thursday, May 4, 2017

    Cara Merawat Rendung Kronik Sebelum Rosak Teruk


    Hidung berair dan tersumbat, kerap batuk dan bersin bangun pagi?. Badan pula rasa tidak lemah, tak sedap badan dan rasa nak demam. Mula kita cari ubat supaya reda sikit. Tapi kadang-kadang dah makan ubat masih tak reda, sambung pula dengan  rasa sakit kepala dan berat dibahagian muka.

    Itu tanda-tanda kita mempunyai masalah resdung.

    Resdung akan menghasilkan pelbagai gejalan hidung dan memberi kesan pada tekak, peti suara dan telinga tengah.

    Doktor akan periksa bahagian muka, dahi dan jika perlu x-ray pada bahagian sinus baru boleh mengesahkan sama ada kita menghidap pengakit sinusitis atau lebih popular dengan resdung. Jika perlu, skop hidung akan dilakukan untuk melihat punca resdung.






    Apa itu sinus?



    Sinus sebenarnya rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Kalau kita rujuk pada gambar dibawah sinus terletak pada bahagian pipi di bawah mata, di antara dua mata, sedikit di belakang hidung dan juga dibahagian dahi.



    Sinus terbahagi kepada 4 bahagian; Sinus Frontal, Sinus Maksila, Sinus Etmoid dan Sinus Sfenoid.












    Bagaimana Resdung terjadi?

    Resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekeliling sinus.

    Biasanya lendir yang dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan melalui hidung.Tetapi apabila saluran dari sinus tersumbat, lender-lender terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang disukai oleh kuman bakteria.


    Bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan sinus tersumbat.Salah satu punca bengkakan dalam hidung boleh berlaku disebabkan radang hidung oleh alahan (rhinitis).

    Resdung boleh juga terjadi apabila rerambut halus silia dalam sinus yang membantu pengaliran mucus gagal berfungsi sepenuhnya.




    Boleh jadi teruk ke?


    Gejala resung boleh berlaku dalam tempoh berhari-hari. Boleh sampai seminggu. Kalau jadi keadaan ini, ia dinamakan Resdung AKUT. Ia boleh menyebabkan demam dan boleh berlanjutan daripada 7 ke 10 hari.



    Asalnya virus menyebabkan selsema dan menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan sempit.Badan bertindak balas dan menghasilkan mucus lebih banyak. Hidung akan tersumat dan nanah terkumpul dalam sinus yang bengkak.

    Jika gejalanya berpanjangan, resdung akut boleh menjadi lebih kronik. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kerosakan sinus dan tulang pipi dan perlu dibedah. Jika dibiarkan, resdyng boleh membawa maut disebabkan komplikasi pada otak pesakit.



    Cara terbaik merawat

    Cara terbaik untuk mencegah resdung ialah merawat gejala-gejala resdung berikut;-
    • Hidung tersumbat
    • Lendir daripada hidung dan tekak (kahak)
    • Muka berasa sakit dan berat terutama bahagian antara mata
    • Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
    • Demam atau rasa tidak sedap badan berpanjangan

    Kebiasaanya pengambilan antibiotil dan ubat selsema sangat diperlukan. Jika perlu, doctor akan bekalkan ubat titis atau semburan hidung.


    Apakah vitamin yang sesuai diambil untuk Resdung?

    Puan Hani Nadhirah (Testimoni Pertama) salah seorang yang menghidapi masalah resdung. Sukar bernafas buat beliau mencuba Set Resdung Shaklee yang mengandungi 3 jenis vitamin iaitu Alfalfa, B-complex dan Vitamin C.


    Alfalfa yang kaya dengan klorofil mengurangkan keradangan akibat resdung (sinus), alergik, gejala dan eczema.

    B-complex memulihara selaput lender dalam rongga hidung dan membantu mengeluarkan antibodi tubuh

    Vitamin C pula menguatkan system imun dan system pertahanan badan. Ia juga mencegah penyempitan tiub bronkiol (sukar bernafas) dan meningkatkan penyembuhan tisu.

    Vivix pula amat disarankan bagi yang menghidap Resdung Akut amat kerana ia dapat membantu memperbaiki sel-sel yang rosak dan membantu mempertingkatkan sel baru.


    Insyaallah usaha ini berbaloi.


    Testimoni Set Resdung






    Testimoni Set Vivix Untuk Resdung




     TERUS CLICK "ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN SET RESDUNG














    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9d4614272961eadb8e650a04429aa880



    Call / Whatsupp: www.wasap.my/60126240197 











    FULL CONSULTATION BOLEH HUBUNGI SAYA:

    Shidah Abdullah

    SID No : 922949

    Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197

    Fb : Shidah Abdullah
    Blog : shidotdotcom.blogspot.com
    fb page/ig : shidotdotcom
    Read More

    Wednesday, May 3, 2017

    Kenapa Perempuan Perlu Perasan Cantik?

    Assalamualaikum dan salam sejahtera

    Hari ni nak share kenapa perlu sentiasa rasa diri cantik. Hehe bukan apa mengimbau zaman-zaman rasa rendah diri dulu-dulu sebab rasa diri tak cantik. Banyak kesan dia dalam hidup. So sharing kali ini nak bagi yang membaca bangun dan sedar betapa cantiknya kita.

    Sedikit background story...

    Argh! Muka berjerawat!!


    Saya mula ada jerawat start form 1. Masa tu kecik je rasa sebab dah mula tak cantik. Kawan-kawan muka suci kita dah start menggeru. Getting worse bila tangan asyik usik dan kutil cerawat. Stress woo...


    Korang sedar tak sebenarnya Allah didik kita syukur sangat-sangat dengan kejadian. Dari rasa rendah diri tu sebenarnya kita sentiasa syukur dan redha. Kan bagus tu. Masa tu mula merasionalkan diri. "Aku berjerawat ni dah memang DNA kulit bermasalah.. terima je.. baik usaha".

    Masa tu guna je apa yang mak bagi untuk cuci muka. Kalau habis, tak mintak pun kadang-kadang. Sental je dengan sabun mandi.

    Bila kita tak cantik, orang memang tak nampak ko la.. cikgu tak nampak.. sedara mara tak nampak.. macam tengok tak ada mata.. betul tak?


    Tak Usaha Ke?

    Memang tak pernah berhenti usahalah bagi cantik. Senaraikan apa sahaja yang tak buat..
    • Potong lidah buaya sapu dekat muka... dah
    • Tepek bedak sejuk malam-malam... dah
    • Wap muka dengan serbuk teh.. dah
    • Pencuci muka jenuh tukar.. tak jumpa yang sesuai... sesuai dengan baget..

    Tapi memang tak pernah berhenti usaha la.. pemutih jangan cerita la.. lama-lama fedup.. memang biar je..

    Dah la memang pemalu.. Jadi lagi pemalu

    Bila kita rasa tak cantik, kita rasa rendah diri. Nak cakap kat depan pun malu.. ayat penuh dekat kepala ni.. yang keluar ummmmp je. Choi!. Tapi korang tahu tak bagus perasaan ni. Kita akan rasa geram tengok orang lain cakap berabuk. Kita akan rasa tercabar dan praktis.. praktis.. sampai malu tu hilang la..

    Rupanya Kena Sabar Nak Cantik


    Sebab jadi intan terpilih. Memang kena banyak sabar. Sabar kita tahap dewa tau sebab masalah ni tak boleh hilang sekelip mata. Orang kata "suka makan berminyak ek". Adoi! Yang berminyak tu yang sedap, mana boleh elak.. hahaha.. Kalau saya lagi siap alergik seafood lagi. Tapi hantam juga.. gatal garu.

    Tukar! Saya memang sentiasa cantik

    Biar la apa orang nak kata saya memang cantik. Itu mindset yang saya tukar. Saya belajar bersungguh-sungguh buktikan orang tengok saya jerawat penuh tapi saya pandai. Dah jadi pandai boeh la pegi cuci muka selalu. Alhamdulillah, Allah lorong jalan yang baik dalam kerja. Mungkin asbab sabar tadi kot. Allah juga kirimkan orang yang baik-baik untuk guide dalam semua perkara.

    Cuci dalaman baru bersinar kat luar

    Bila dah kerja, sampai masa nak upgrade. Upgrade pelan-pelan. Tahun 2013 beli vitamin paling murah dan banyak bijinye 330 biji sebotol Alfalfa. Ye la dah bersuami dan ada anak, nak upgrade la sikit. Nak juga la merasa melawa.  Kebetulan anak menyusu. Alhamdulillah menyusu sangat bagus. Umairah full breastfeeding.

    Perbezaan memang banyak tau. Keputihan semakin kurang. Kulit tak la terus tiptop bersih.. Tapi banyak sangat beza dari zaman comot dulu. Parut dah kurang.


    Tukar Lagi


    Bila dah dapat bonus shaklee sebab introduce kawan-kawan. Merasa la beli Nutriwhite pulak.. seronoknya tengok lepas cuci. Shining-shining muka. Memang rasa cantik. 



    Kita memang kena sentiasa perasan kita cantik. Sebab memang kita cantik pun. Yang penting cantikkan dalaman kita dengan makan vitamin dan bersihkan hati, insyaallah luaran pun akan cantik. Baru kita boleh upgrade semua benda dalam hidup kita. Buang yang negatif-negatif tu.. baru best hidup!

    Memang tak rugi ambil vitamin. Berbaloi




    TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN






    https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b


    Untuk mencuba produk ini,sila hubungi saya di:

    Call / Whatsupp: 012-6240197 




    Bagaimana untuk mendapatkan harga ahli yang lebih menjimatkan?

    1. Mendaftar sebagai ahli.

    Hanya dengan RM78.90 anda akan dapat diskaun penjimatan untuk setiap produk. Boleh menjana pendapatan sendiri. Macamana nak jadi Ahli Shaklee? KLIK SINI atau hubungi saya 012-6240197


    2. PM Shidah sekarang. Insyaallah kita bongkar bersama kelebihan mendaftar sebagai ahli Shaklee.






    FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA:
    Shidah Abdullah
    SID No : 922949
    Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
    Fb : Shidah Abdullah
    Blog : shidotdotcom.blogspot.com
    fb page/ig : shidotdotcom










    Read More

    Social Profiles

    Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

    About Me

    About Me
    Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

    Enjoy My Tiktok

    Search This Blog

    Followers

    Rak Vitamin Sihat By Shidah

    Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
    Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com