Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Thursday, August 10, 2017

Serik Sembelit Ketika Berpantang Buat Wanita Ini Berubah

Tempoh berpantang adalah masa yang sesuai untuk berehat bagi ibu-ibu. Jaga diri dan perbaiki kesihatan sebaiknya. Bukan itu sahaja, perlu lebih banyak fokus pada anak yang baru dilahirkan. 


Bagi saya, tempoh berpantang saya yang pertama agak mencabar kerana mak hanya boleh bercuti dan tunggu dalam tempoh seminggu. Saya tetap teruskan berpantang di rumah mak tapi hanya berdua dengan anak. Kebiasaannya, mak akan siapkan makanan dan pelbagai pesan terutama bertungku dan berstokin. Yang mahalnya dan tak boleh lupa "kalau tak nak sakit akan datang, pantang elok-elok".

Masalah sembelit ketika berpantang

Dari hari pertama saya bersalin, saya perasan saya tak rasa nak membuang. Bila rasa tu sampai pulak, isi perutnya susah sangat nak keluar. Sejam duduk dalam bilik air pun kadang-kadang susah nak keluar. Perut dah mula sakit. 


Inilah masalah saya paling kritikal setiap kali berpantang. Mungkin sebab dah terkumpul dan isinya sudah masuk angin dan keras. Bila saya cuba meneran mengakibatkan saya rasa sakit yang teramat sangat. Bayangkan kita baru selepas bersalin dan sembelit pula. Adoi sakitnya tak boleh nak cerita. Macam jarum mencucuk-cucuk kulit.

Usaha rawatan yang dilakukan 

Saya terpaksa guna perangsang laksatif yang beli dari farmasi tapi masih tidak membantu. Bagi mengelakkan lebih teruk atau terkena buasir pula, saya terpaksa korek secara manual. Jangan la korang bayangkan ye. Jangan tanya pula macamana. Itulah yang saya lalui 3 kali berpantang. 




Itulah yang menghantui saya tiap kali nak bersalin. Bukan setakat risau nak bersalin tapi risau juga masalah nak membuang air besar.

Cara terbaik untuk mengelakkan sembelit

Sembelit sebenarnya kesukaran membuang air besar yang melinatkan pembuangan najis yang keras dan tidak kerap. Bagi yang menghadapi masalah ini biasanya terpaksa meneran dan tidak puas membuang air besar.

Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah sembelit

1. Makan pelbagai jenis makanan terutama yang berserat tinggi. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran
2. Minum banyak air 6-8 gelas sehari
3. Lakukan senaman secara berkala. Jangan la kejap-kejap.
4. Jangan menahan untuk membuang air besar
5. Kurangkan pengambilan produk tenusu seperti coklat
6. Kurangkan pengambilan kafein seperti teh dan kopi
7. Kurangkan pengambilan ubat jenis opioid seperti morfin

Sebenarnya kita kena tahu tabiat kita membuang. Sekiranya tabiat membuang air besar berubah, mesti terus jumpa doktor untuk pemeriksaan. Jika kita jaga dengan baik, usus kita akan gembira.

Apa saya lakukan masa berpantang anak ke-4

Orang kata kalau tak kena batang hidung sendiri, kita mungkin tak sedar. Atas kesedaran dan pengalaman yang sendiri lalui, saya tak mahu ulang apa yang terjadi semasa berpantang anak pertama hingga ke 3.

Pengambilan Minyak Ikan Terbaik


Mengandung dan bersalin anak ke 4 saya lebih bersedia. Dalam tempoh mengandung, saya ambil minyak ikan omegaguard. Saya rasa mungkin berpantang anak pertama tidak sempurna, saya mengalami masalah ngilu di kaki. Omegaguard memang sangat membantu hilangkan sakit terutama ditumit.

Saya juga nak perkembangan dan pertumbuhan anak dalam perut terutama otak semasa dalam kandungan. Tambahan lagi, ia dapat mengelakkan kelahiran pra-matang. Anak ke 4, memang betul-betul ikut tarikh due, tak seperti masa berpantang kakak-kakak dulu.

Selain itu, omegaguard juga membantu
1. DHA dan EPA dapat membantu mengawal tekanan darah dan melincirkan saluran dan perdaran darah
2. Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, athma, psoriasis, SLE dan buah pinggang
3. Omega 3 dapat mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon
4. DHA dan EPA membantu menstabilkan emosi dan dapat mencegah imsonia dan mengurangkan tekanan.


Memastikan kalsium diambil secukupnya

Selain minum susu setiap hari, saya ambil supplement ostematrix setiap malam sebelum tidur. Masyaallah memang berbeza sangat. Kali ini mengandung, saya cuma mengalami kekejangan kaki hanya sekali. Sekali tau. Kebiasaannya, setiap malam kejang dan terpaksa menanggung kesakitan.

Tambahan lagi, perut lebih tenang sebab setiap pagi membuang dengan gembira. Memang lawas setiap pagi. Posting Dr Zubaidi berkaitan kalsium lagi menambahkan semangat dan sayang betul saya pada Ostematrix ni.

Ostematrix ni lengkap dengan kalsium, magnesium, fosforus dan Vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang bagiyang telah berumur secara berkesan.


Penjagaan Usus Terbaik


Selepas bersalin kali ke-4, ada juga masalah lain. Mungkin umur dah meningkat, doctor kata Rahim saya malas sehingga perlu ambil drip. Redha sahajalah. Tapi yang saya suka, saya dah boleh membuang dengan baik bermula dari hospital lagi. 

Berpantang biasanya pengambilan air perlu dikawal untuk elakkan kita kerap ke tandas dan luka lambat kering. Saya ambil pula herblax. Sangat membantu. Saya dah tak duduk dalam bilik air berjam-jam lagi. Dah tak risau dah. Herblax memang membantu "clear"kan najis yang tersekat dan merangsang usus mempercepatkan pembersihan dengan lembut. Kempis perut lepas tu.





Bakar Lemak Terbaik


Bila anak dah ramai, lemak-lemak juga dah berkumpul banyak. Saya memang kawal makanan bersungguh-sungguh. Saya ambil lecithin udan alfalfa ntuk membantu lemak-lemak terurai dengan lebih baik.

Bukan itu sahaja, bila saya mengalami bengkak susu, lecithin sangat melegakan dengan baik. Alfalfa pula membantu luka baik dengan cepat.







Saya berpantang lebih tenang TANPA SEMBELIT. Itulah pilihan saya untuk jaga kesihatan saya lebih baik. Mencari cara terbaik untuk selesaikan masalah sembelit saya sangat menggembirakan. Dah tak ada lagi duduk berjam-jam membuang air besar

Produk ini bukan untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin untuk usus yang lebih gembira yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!


Shidah Abdullah
Whatsapp : 012-6240197 @ www.wasap.my/60126240197
Pengedar Shaklee Sah
Nilai, Sepang, Pajam, KLIA, klia2
Daftar keahlian bersama saya dan nikmati diskaun sehingga 15%



Read More

Monday, June 5, 2017

Cara Atasi Masalah Tekanan Darah Rendah

"Akhir-akhir ni bila nak bangun dari tempat duduk kat ofis tu asyik rasa nak pitam je". Ni keluhan sahabat saya. Kalau dah kerap terjadi, maknanya bukan ia perkara biasa. Ini antara tanda seseorang mengalami tekanan darah rendah dan perlu segera membuat pemeriksaan doctor



Pemeriksaan Tekanan Darah



Pemeriksaan tekanan darah biasanya akan mengambil dua ukuran dengan bacaan.  Bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
- Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung mengecut.
- Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung sedang berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Ketika ini jantung mengembang





Apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah kita rendah. Ini bermakna seseorang mengalami tekanan darah rendah sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.


Punca Tekanan Darah Rendah



Masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan
- Penyakit berkaitan dengan pendarahan akut,
- kurang darah (anemia)
- kandungan gula yang rendah
- jangkitan kuman.
- penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung
- penyakit buah pinggang
- kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah
- penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid
- kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.
- mereka yang mengalami alahan yang teruk seperti ibu hamil


Kenapa begitu?

Darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural. Seseorang akan terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.

Mengikut kata Dr. Ismail dalam artikel di Utusan Malaysia, bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.

Tekanan darah juga dipengaruhi oleh beberapa factor lain seperti
- emosi
- tahap tekanan
- aktiviti fizikal
- keadaan semasa (demam atau tidak)
- saiz tubuh badan
- posisi badan
- makanan yang diambil
- suhu persekitaran.


Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.

Bagi wanita-wanita hamil pula hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.


Simptom Tekanan Darah Rendah

Simptom tekanan darah rendah antaranya rasa pening atau loya. Bila seseorang mempunyai simptom begini, segera berjumpa doktor untuk tahu kenapa tekanan darah rendah terjadi dan berapa cepat tekanan darah menurun dalam satu-satu masa. Ini bagi mengelakan perkara yang lebih serius terjadi.


Gejala atau tanda-tanda awal tekanan darah rendah;-
- cepat lelah
- pening kepala ketika posisi badan berubah
- sukar untuk berkonsentrasi
- mata berkunang-kunang
- mual
- kulit berasa dingin
- pucat dan lembap
- pernafasan cepat dan pendek
- berpeluh sejuk, dan cepat haus,



Kesan Tekanan Rendah

Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal. Ini sangat berbahaya kerana ia akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak. Seseorang akan pitam atau lebih teruk, pengsan.

Berjaga-jagalah! Tekanan darah rendah boleh menyebabkan kematian dalam sesetengah keadaan. Ia juga memberi tanda bahawa seseorang mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.

Tekanan darah rendah juga mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.

Sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.

Perkara Perlu Dilakukan

Tekanan darah rendah boleh dirawat. Namunbegitu, kita perlu mengetahui punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.

Antara ujian yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).



Selain itu jaga pemakanan dengan mengambil makanan yang dapat mengatasi darah rendah
- Kekacang seperti kacang merah, kacang hijau yang mudah membuat tekanan darah naik
- minum air putih yang dapat mengurangkan dehidrasi.
- Daging dan hati ayam mempunyai zat yang membantu meningkatkan tekanan darah
- Roti dan sereal

Vitamin Sesuai bagi yang mengalami masalah tekanan rendah

1. Vitalea

Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap dari ektrak buah-buahan dan sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral penting.

Bagi yang mempunyai tekanan darah rendah, sangat memerlukan vitalea untuk meningkatkan metabolism badan dan melengkapkan nutrisi harian. Ia membantu menambahkan tenaga dengan segera dan memberi kecergasan pada tubuh badan kita.
DAPATKAN SET DENGAN KLIK GAMBAR DI BAWAH

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=3e4a3f9ecab2d513b6782748c9e0a884



2. B-complex

B complex pula berfungsi untuk melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf dan meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.


Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga bagi membantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.

Dengan itu, seseorang yang mengalami tekanan darah rendah akan lebih bertenaga dan kurang merasakan keletihan dan kelesuan


3. Ostematrix

Kalsium sangat penting untuk mengawalselia tekanan darah. Pengambilan kalsium secukupnya membantu mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf. Kita akan tidur dengan lebih selesa dan memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Oleh itu, kita perlu peka dan mempunyai kesedaran mengenai tekanan darah rendah kerana risiko yang bakal dihadapi pada masa akan dating.


Dapatkan Nasihat Penuh Dari Saya :
Shidah Abdullah (SID No. 922949)
No Tel : 012-6240197
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
Fb : Shidah Abdullah
Fb Page : shidotdotcom
Instagram : shidotdotcom

Read More

Sunday, June 4, 2017

Khasiat dan Manfaat Ostematrix

Kalsium sinonim dengan susu. Susu pulak sinonim dengan tulang dan gigi. Penyakit seperti osteoporosis sentiasa dikaitkan dengan kalsium. Hakikatnya kalsium memberi lebih manfaat Pada badan kita.

Kenapa Kalsium Penting Pada Badan Kita?




Meringankan Tekanan atau Stress

Kalsium sangat membantu mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf. Selain itu, ia juga memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Kalsium juga menggalakkan kita tidur lebih selesa. Apabila badan kita rasa tenang baru tidur malam kita lebih nyenyak. Kalsium juga membantu memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

Memperbaiki Kekejangan dan Kebas-kebas

Adoi kalau kaki kejang jangan cerita la sakitnya. Biasanya ibu-ibu yang mengandung akan kerap mengalami kekejangan kaki pada trimester kedua dan ketiga.
Pengalaman Kak Idah makan Ostematrix untuk kandungan ke 4, alhamdulillah cuma sekali kejang berbanding yang sebelum-sebelumnya. Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur aka  memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.

Pengalkalian Tubuh

Kalsium sangat berkesan memastikan keseimbangan PH badan kita. Ia bertindak dengan membantu sel menyerap nutrien lebih baik dan meransang detoksifikasi.
Biasanya dengan kalsium yang cukup, badan mendetok dengan cara melancarkan pembuangan najis lebih MANTOP. Dengan cara ini juga, ia menghalang obesiti atau kegemukan. Bahan-bahan yang tidak diperlukan akan dikeluarkan (detoks).

Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi dan sistem saraf.
Kalsium juga membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, gusi berdarah, kekejangan dan merangsang darah untuk memekat.


Memperbaiki Masalah Haid

Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium Ostematrix dan magnesium meringankan rasa sakit semasa haid. Juga membantu membuang air kecil dan besar dengan mudah.


Bagaimana Ostematrix Shaklee Berfungsi?


Ostematrik mengandungi beberapa komponen utama iaitu Vitamin D, Magnesium, Zink, Boron, Manganes dan Kuprum. Setiap satu mempunyai fungsi tersendiri bagi menguatkan tulang dan fungsi tubuh badan. Setiap biji Ostematrix bersamaan dengan segelas susu yang kita minum.

kalsium shaklee 

kalsium shaklee

Vitamin D

  • Dinamakan Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets.
  • Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
  • Vitamin D bagus untuk mereka yang vegetarian, yang kurang terdedah kepada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D.

Magnesium

  • Magnesium merupakan antara ion positif yang penting didalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan.
  • Membantu sistem saraf
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung
  • Memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus
  • Menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.

Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum

  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot,
  • Menyusun enzim yang diperlukan un tuk membaiki tulang rawan dan menghalang arthritis.

Hubungi Kak Idah untuk mendapatkan nasihat supplemen

Read More

Saturday, June 3, 2017

Menarik Travel Ke Bandaraya Kuching di Sarawak

Alhamdulillah bekerja sambil pergi bercuti sangat menarik buat saya. Bukan mudah untuk saya mempunyai kesempatan untuk travel. Untung ada adik-adik ofis nak bawa saya berjalan-jalan selepas selesai kerja setiap hari. Ini saya kongsikan perjalanan travel saya ke Kuching, Sabah.

Hari Pertama

Check In Hotel Grand Margherita


Hari pertama, sampai terus check ke Hotel Grand Margherita, Kuching. Hotelnya sangat selesa. Harganya amat berpatutan dan kalau kita check di booking.com boleh dapat harga RM165 satu malam. Tapi hari biasa la bukan hujung minggu. Makanan breakfast yang disediakan pun sedap dan yang penting ada Mee Kolok. Rezeki saya dapat bilik yang mengarah ke Sungai Sarawak.




Pemandangan dari Hotel Grand Magherita



Membeli Kek Lapis

Tidak sah kalau datang ke sini kalau tidak membeli kek lapis Sarawak. Orang kata kalau nak beli Kek Lapis kena naik sampan seberang Waterfront. Merasa la saya naik sampan dengan harga RM1 seorang ke Barok yang terletak di seberang sungai. Tapi harga sampan di sebelam malam ada beza sikit iaitu RM1.50 ye. Ada 2 kedai yang kami singgah iaitu Mira Cake House dan Dayang Salhah. Kedai yang membuat industri kek lapis.


Nama kedai Mira Cake House di sampan


Gambar di Kedai Dayang Salhah

Makan Malam Hari Pertama

Alang-alang kami dah menyeberang, kami singgah makan di My Village Barok yang terletak di belakang foodcourt. Masing-masing memilih food yang ada title "Barok". Alhamdulillah memang sesedap rasa terutama Nasi Goreng Enjin yang Zul order. Rasa macam nasi goreng dekat rumah.


Nasi Ayam Penyet Barok

Nasi Goreng Enjin


Mee Kolok Special Barok


Malam tu kami balik awal disebabkan perlu bersedia untuk training esok di airport. Zzzzzz..

Hari Kedua

Makan Malam Hari Kedua

Selesai training di airport lebih kurang pukul 5 petang. Kami travel semua naik grabcar dalam kos RM18 dari airport ke Bandar Kuching. Kami terus cari kedai makan yang agak popular di Kuching iaitu RJ ayam bakar. Perg makanannya sedap dan sambalnya tiptop. Tapi sebab lapar sangat gambar makanannya tak pula ditangkap. Maaf ye.



Berjalan di Water Front




Di sepanjang waterfront, ada banyak kedai makan yang korang boleh kunjungi. Ada juga yang menjual cenderamata, gambir Sarawak dan t-shirt. Disebabkan saya tak berapa nak sihat. Memang kurang bergambar. Namun begitu, shopping masih berterusan. Antara yang saya sempat beli malam tu ialah keychain dan fridge magnet RM10 dapat 6 pcs gambar karton berpakaian etnik Sarawak, senduk kayu RM2.50 sebatang "Beli 5 RM10" dan kaftan bercorak batik Sarawak RM20. Ok la kan.



Pencarian Kek Lapis Belum Berakhir

Sepanjang perjalanan di Waterfront, banyak kedai menjual kek lapis tapi kami tertarik dengan satu kedai kek lapis iaitu Mama Su Kek Lapis sebab keknya Nampak fresh. Masa kami sampai, kedai tu kosong dan tidak ada siapa singgah. Apa lagi memang kami rasa semua tester yang ada berulang-ulang kali. Memang homemade dan sangat berbeza dengan yang dibuat secara industri.  


Mama Su Kek Lapis




Disebabkan ada yang masih tak jumpa Kek Lapis Blueberry, kami ke seberang sungai sekali lagi. Merasa la naik bot kali terakhir sebab esok pagi dah kena checkout untuk pulang ke semenanjung.
 
Naik Bot

  Beli Ikan Terubok


Bila pergi waktu siang, kedai-kedai ikan terubuk ni tak pulak kami singgah. Malam ni kami singgah kedai brother Man ni. Sempat sembang-sembang dan tanya kedai Laksa Sarawak yang sedap. Abang Man ni rupanya tour guide dan memang cekap la. Dia suggest pada kami ke Mom's Laksa sebab tak jauh dari hotel kami. Siap lukis peta lagi. Yang syok tengok abang ni buat ialah skil membungkus terubuk dari kotak recycle sampai siap jadi handbag. hahaha.

 

Hari Ketiga 

Mom's Laksa


Hari terakhir kami di Kuching, nak la merasa Laksa Sarawak. Berbekalkan peta Abang Man malam tadi, kami berjalan kaki pagi seawal pukul 6 pagi. Dekat sini pukul 6 pagi dah cerah. Sambil-sambil exercise kaki ye.


Alhamdulillah sampai ke Mom's Laksa. Semangat nak order. Akak tu kata kena tunggu jap 15 minit. Sanggup kami tunggu semata-mata semangkuk laksa. Kami order yang special punya. Nak order Mee Kolok tapi akak tu kata yang tu memang tak dapat siap cepat. Mujur dah rasa hari pertama. Sambil menunggu kami makan rojak dulu.







Yang ditunggu tiba. Tengok meriah tak Laksa Sarawak ni. Rasa dia memang power. Kalau Tanya rasa apa, boleh kata hampir sama macam Laksa Johor. Tapi memang sedap sangat. Berbaloi jalan 15 minit nak sampai kedai
 

  

Set Travel Apa Yang Saya Bawa?


Sepanjang di Kuching, 2 set ini saya bawa untuk teman saya di Kuching. Dua-dua yang basic. Beg teman dah berat kome oi sebab bawak network port dan kena ada space nak bawa harta shopping balik.

Tingkatkan Sistem Imun


Travel kali ini saya bawa Vitamin C, Alfalfa dan Nutriferon bersama-sama. Disebabkan travel straight dari Kuala Lumpur Ke Kota Kinabalu dan terus ke Kuching, saya agak risau akan flat dan tak sihat. Salah satu sebab cuaca berbeza dan asyik keluar tempat sejuk (hotel dan pejabat) dan tempat panas (masa berjalan-jalan). Masa tiba di Kuching, suara dah hampir hilang. Memang saya ambil vitamin C dan nuriferon waktu pagi. Alhamdulillah masih maintain lagi nak mengajar orang-orang airport. Sebelah malam pulak. Detox dengan Alfalfa supaya yang tak patut tak duduk dalam badan.


Penjagaan Kulit

Untuk penjagaan kulit muka, saya bawa set asas Nutriwhite. Saya bawa Make Up Remover supaya daki-daki tak melekat dekat muka dan untuk buang sel-sel kulit mati dan make up. Lepas tu mesti cuci muka dengan Gentle Deep Foaming Cleanser. Saya suka sebab lepas cuci muka shining-shining. Sebelah malam saya make sure pakai Night Cream Nutriwhite. Tak risau la kulit tak terjaga.

Herbal blend saya sapu setiap pagi pada kulit tangan bagi lembap. Saya ada masalah kulit kering so memang kena jaga.


Berminat nak cuba Set Sistem Imun dan Set Penjagaan Kulit boleh hubungi Shidah terus di 012-6240197. Insyaallah Shidah guide sepenuhnya supaya kita sama-sama sihat selalu.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Page : shidotdotcom
intagram : shidotdotcom


Read More

Friday, June 2, 2017

Healing Crisis Produk Shaklee? Bahaya ke?

Tertarik dengan perbincangan status seorang pengguna shaklee difb hari ini. Katanya sejak makan produk Shaklee banyak jerawat naik. Betul ke produk shaklee puncanya?

Ada benarnya dan ada tidaknya.. Jom kita fahami betul-betul tentang apa yang kita ambil sebelum komen apa-apa.

Teringat 2013 mula consume shaklee pertama iaitu Alfalfa untuk upkan production susu untuk Kak Ngah. Tiba-tiba badan gatal-gatal dan naik bintik-bintik hitam. Macam-macam klinik pergi sebab risau. Tiba-tiba mak cakap, kamu ada makan jamu ke apa tah.. terus teringat alfalfa.

Apa yang saya bila Healing Crisis berlaku

  • Kenalpasti punca gatal-gatal atau jerawat atau masalah yang tiba-tiba timbul.
  • Semak semula punca masalah seperti penggunaan krim atau make up.
  • Jumpa doktor untuk nasihat lebih lanjut
  • Consult semula dengan penjual. Saya terus tanya upline saya Wahidah Azizan, pemilik blog ipohtaiping.blogspot.com
  • Dia cakap ini Healing Crisis yang biasa. Healing crisis setiap orang tak sama. Bergantung pada badan masing-masing

Apa sebenarnya Healing Crisis

Healing Crisis di mana produk sedang bertindak balas dalam badan untuk membuang toksik-toksik yang tak berfaedah dalam badan.
  • Wahidah juga bertanya tentang sebarang produk lain yang mungkin saya ambil selain shaklee seperti krim kulit yang mungkin penyebab juga. So far tidak ada.
  • Saya start search blog pasal healing crisis supaya lebih faham.
  • Bukan tu je, saya baca buku nutrisi Shaklee dan buku produk dalam business kit.
  • Lepas baca dan faham, peranan penjual lebih spesifik SID Shaklee sangat penting dalam menasihati. Wahidah pesan suruh kurangkan dos. Alhamdulillah, memang susut dan pulih seperti biasa.
  • Saya teruskan pengambilan seperti biasa.
  • Lagi best bila saya tahu health and wellness talk free sahaja untuk saya datang bertanya

Tanda-tanda Healing Crisis

  • Gatal-gatal dan jerawat – pembuangan toksik melalui kulit
  • Pusing-pusing dan sakit kepala – Penyembuhan dan gangguan melalui kepala
  • Demam – pengikatan virus dan bakteria
  • Batuk dan bersin – pembuangan melalui kahak
  • Jerawat
  • kerap membuang air kecil atau besar
  • Kejang-kejang 


    Cara terbaik menghadapi Healing Crisis

    • Banyakkan minum air
    • Kurangkan dos pengambilan
    • Elakkan pengambilan ubatan lain semasa healing crisis berlaku
    • Bersabar dan positif
    • Teruskan pengambilan vitamin

    Apa yang penting kita sebagai pengguna…

    • Tanya secara detail tentang produk seperti kesan sampingan dan sebagainya
    • Jika ada kesan, bertanya dengan orang yang sepatutnya dan berjumpa doktor jika lebih teruk
    • Elakkan percaya iklan bulat-bulat
    • Gunakan hak sebagai pembeli untuk memahami permasalah kita

      Dapatkan konsultansi percuma untuk vitamin yang sesuai dan terbaik untuk anda.
    Shidah Abdullah | 012-6240197
    Pengedar Shaklee Sepang - Nilai

    Fb : Shidah Abdullah
    Page : shidotdotcom
    intagram : shidotdotcom













    Read More

    Social Profiles

    Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

    About Me

    About Me
    Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

    Enjoy My Tiktok

    Search This Blog

    Followers

    Rak Vitamin Sihat By Shidah

    Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
    Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com