Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, September 16, 2017

Cabutan Lucky Draw 16 September Hari 1Malaysia

BELI DAN CABUT LUCKY DRAW 


Promo Hari 1Malaysia yang best.. beli minimum 200UV dapat lucky draw

Goncang kotak lucky draw tu. Pilih la hadiah sendiri.  Memang terbaik. 
.

Macamana nak join event? 

.

Pergi ke semua branch shaklee di seluruh negara hari ini. Kalau yang berada di KL dan wilayah boleh ke branch di Sunway Geo atau di Taman Sri Rampai.

Apa lagi yang best?

Beli Vivix 2 botol dapat diskaun  5%

Siapa akan happy sangat sesuai enjoy promo ni?

👉Golongan yang menghidap kanser atau berisiko mengidap kanser akibat keturunan atau kegagalan fungsi mana-mana organ
👉Pesakit SLE
👉Pesakit jantung
👉Pesakit kencing manis
👉Pesakit darah tinggi
👉Pesakit gout
👉Pesakit strok
👉Wanita yang mempunyai cyst
👉Golongan yang mempunyai ketahanan badan yang rendah
👉Golongan yang mempunyai masalah selaput mata/ penglihatan
👉Mereka yang mencari produk anti-penuaan
👉Perokok tegar
👉Ketagihan dadah

.

Ni mereka yang dah pergi? Anda bila lagi?




Nak tahu lagi tentang VIVIX?


Jangan lupa tinggalkan jejak tau.
Shidah Abdullah
012-6240197
Read More

Wednesday, September 13, 2017

4 Tips Mudah Kulit Halus, Cantik dan Anjal

  
Pernah terfikir tak macamana sesetengah orang tu kulit dia cantik sangat? Sampai tengok berkali-kali. Cuba kita teliti betul-betul apa yang mereka lakukan. Mereka bukan tutup dengan alat solek je tau. Alat solek akan buat mereka bertambah cun lagi. Ada sesetengah menggunakan yang alat solek untuk cantik tapi tetap nampak masalah di kulit. 

Google semua tips arti-artis menjaga kesihatan dan pemakanan. Kan ramai suka artis-artis kan! Jom tengok apa 3 artis pilihan saya buat untuk kulit cantik. 

1. Erra Fazira
"Ibunya juga pernah berpesan supaya meminum air secukupnya, mendapatkan waktu tidur yang betul dan sentiasa gunakan produk yang sesuai untuk kulit muka" (Kredit: arowanateacher.wordpress.com)

2. Rozita Che Wan
"Kalau boleh, lepas makan jangan terus minhm air. Berjalanlah 20 tapak agar makanan mudah hadam. Apabila berpantang selepas melahirkan, jangan sesekali berkipas jauh sekali berhawa dingin. (Kredit : intrend.com.my)

3. Ziana Zain
"Kak Ziana amalkan minum jus hijau setiap pagi seperti timun atau epal untuk kekal bertenaga. Sarapan pagi Kak Ziana biasa ambil sarapan ringkas seperti 2 keping roti. Tengahari dan malam, biasanya jarang ambil nasi. Cukuplah sayur-sayuran atau lauk"

Kan! Akak-akak artis kita pun memajng mulakan dengan makanan yang baik. Antara perkara yang perlu kita pastikan dalam pengambilan makanan adalah :

Pengambilan protein secukupnya (Build)

Makanan untuk kulit kita adalah protein. Kulit kita perlukan protein yang cukup untuk penghasilan sel-sel baru. Antara makanan yang dapat menambah protein ialah ikan, telur, kekacang seperti almond, oat, ayam dan keju. Semua yang sedap-sedap semuanya.


Jaga keanjalan Kulit (Firm)


Kulit kita anjal disebabkan adanya kolegen pada struktur kulit. Bila usia kita semakin meningkat, kolegen yang terhasil semakin berkurangan. Kita akan mula rasa kulit kita keras dan keluar kedutan. Perubahan fizikal kulit akan semakin ketara bila kita masuk lingkaran 40-an. Kulit paling penting untuk kita jaga sebab ia adalah lapisan pertama yang mengekal dan mekanisma kawal atur persekitaran dinamik dalaman (organ homeostasis).


Apa kata kita buat eksperimen? Cubit di bawah lengan, tahan selama 5 minit dan lepaskan. Kira berapa lama masa di ambil untuk kulit kembali rata seperti sebelum. Jika cepat, makna usia kulit semakin muda kerana masih anjal.

Waktu (masa)
Usia Fungsional (tahun)
1-2
20-30
3-4
30-44
5-9
45-50
10-15
60
35-55
70
56 atau lebih
70 ke atas


Elakkan radikal bebas dengan bahan antioksidan (Protect)

Pengambilan Vitamin C yang bertindak sebagai antioksidan menjagakan kulit lebih sihat dan bebas dari radikan bebas. Badan kita tidak dapat menghasilkan vitamin C sendiri. Disebabkan itu, kita perlu pastikan pemakanan hari kita lengkap dengan pelbagai nutrient.

Pengambilan vitamin C yang kerap dapat mengurangkan kedutan, mengelakkan kulit dari menjadi kasar dan kering. Selain tu, ia menggalakkan pembentukan kolegan dan pembentukan kulit baru.

Selain itu, perbanyakkan juga makan buah-buahan di dalam diet harian.

Sentiasa Jaga Kelembapan Kulit (Moisture)

Pengambilan air secukupnya amat penting bagi memastikan badan kekal bertenaga dan mengekalkan kelembapan badan dan kulit kita. Selain itu, perkara lain yang boleh dilakukan adalah seperti;-
1. Memakai topeng wajah atau mask
2. Rajin membersihkan kulit
3. Tidur secukupnya
4. Bersolek biar sederhana
5. Memakai krim UV
6. Pengambilan

Lakukan sahaja yang atas, insyallah kulit pasti terpelihara.

The Radiant 4 Shaklee dan bagaimana ia berfungsi?

The Radiant 4 mengandungi 4 produk yang sangat sesuai untuk mengembalikan kecantikan kulit iaitu ESP, Collagen, Sustain Release Vitamin C dan GLA.


1. Energizing Soy Protein (ESP)

  • Membekalkan asid amino yang penting di mana  ia tidak dihasilkan oleh badan kita yang dapat meningkatkan fungsi kulit
  • Protein yang dibekalkan dapat menggalakkan penghasilan sel-sel kulit baru yang sihat
  • Memperbaiki sel-sel yang rosak dan menduplikasi sel-sel yang baik
  • Membantu menghasilkan hormone dan enzim-enzim sihat untuk kulit
  • Membantu menghalang kerosakan kulit akibat sinaran matahari (UV)

2. Collagen

  • Mengekalkan elastisi pada kulit
  • Menjadikan kulit lebih lembut
  • Mengurangkan kedutan
  • Mengurangkan parut-parut di muka

3. Sustain Release Vitamin C

  • Mengurangkan kehadiran kedutan di muka
  • Mengurangkan masalah kulit kering dan kasar
  • Menggalakkan penghasilan kolegan dan kulit baru
  • Membantu menyembuhkan luka
  • Agen antioksidan yang menjaga dari radikal bebas

4. GLA

  • Mengurangkan kegatalan pada kulit
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Melawan keradangan pada kulit dan badan


Akhir sekali, teruskan bersenam, pilih makanan untuk kulit kekal cantik dan sihat, ambil supplemen yang dapat membantu memulihkan kesihatan secara menyeluruh. Melabur untuk kesihatan kita sendiri adalah yang terbaik.

Macamana nak dapatkan The Radiant 4?



Hubungi saya Shidah 012-6240197. Khidmat nasihat akan diberikan PERCUMA. Moga jadi bekalan di sana.


Kalau ada yang pening fikir nak bagi hadiah pada mak dan ayah. Vivix adalah hadiah terbaik. 


Salam saya
Shidah Abdullah
Fb : shidah abdullah
Fb page : shidotdotcom
Instagram : shidotdotcom



Read More

Saturday, September 9, 2017

Vivix Sirap Merah Luar Biasa Manfaatnya

Biasanya kalau ke pasar raya, buah apa yang kita akan beli?. Antaranya yang akan saya pilih masuk dalam trolley; buah oren, buah apple, buah lai, pisang, anggur.

Kalau nak pilih buah mesti yang cantik, tak ada lebam-lebam.. kalau pilih anggur pulak, seboleh-boleh cari yang tak ada biji. Apa bezanya? Tentulah harganya sebab lebih mudah dan biasanya lagi sedap.


Korang tahu tak? Dalam dunia ada sebiji anggur harga dia RM100. Percaya tak?


Percayalah.. anggur ni dikenali sebagai anggur Muscadine. Saiznya yang seperti sebiji bola golf memang sangat luar biasa. Anggur ini digunakan sebagai bahan utama Vivix.





Vivix tu apa?

Vivix adalah supplemen shaklee iaitu produk revolusi anti-penuaan terbaik. Penyelidikan dibuat bertahun-tahun untuk menghasilkannya. Vivix tidaklah dihasilkan semata-mata daripada anggur muscadine. Terdapat 3 lagi ramuan semulajadi yang utama untuk menghasilkan sebotol sirap merah Vivix.


Apakah kandungan hebat yang terdapat dalam Vivix?



Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Jom kenali setiap satu bahan.

Anggur muscadine merupakan satu-satu anggur yang mempunyai lebih satu kromosom. Ia mempunyai kandungan polyphenol yang memberi kebaikan untuk kesihatan. Polifenol ni kumpulan fitokimia yang terdiri dari sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel annti-penuaan semulajadi yang tidak ada pada suplemen lain. Kandungan asid ellagik dalam kepekatannya yang tinggi dan mempunyai phyto-nutrient yang tidak ada dalam anggur lain. Hebatkan!. Ia telah menunjukkan ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, bersifat anti-virus dan anti-bakteria. 


Ahlis sains dari Universiti Georgia telah menggabungkan resveratrol dari Elderberry Eropah dan Lobak Ungu ke dalam extrak anggur ini bagi menghasilkan profil polyphenol yang tinggi dalam Vivix. Elderberry mengandungi flavonoid yang mempunyai ciri antioksidan yang dapat meningkatkan sistem imun. Ia mampu memberi perlindungan terhadap penyakit kardivaskular dan jantung. Lobak ungu apa pula fungsinya?


Lobak Ungu mempunyai anthocyanins iaitu bahan antioksida yang tinggi. Asid klorogenik juga terdapat dalam lobak ini yang sangat membantu mengurangkan masalah diabetes. Kedua-dua kandungan ini telah menunjukkan kesan di dalam kajian termasuk anti-keradangan, anti-mirobial, antioksidan dan anti-carcinogen. Ia memberi kesan pada salur darah yang dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.


Dan yang terakhir..


Polygonum Cuspodatum yang juga dikenali sebagai Knotweed Jepun merupakan tumbuhan yang berasal dari Asia yang digunakan sebagai sumber resveratrol komersil. Ia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional cina. Ujian makmal menunjukkan resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlit dan mengurangkan berat badan. 


Sekarang macamana? Jelas tak bagaimana Vivix terhasil dan ujian dibuat. 



Apa hebatnya Vivix daripada yang lain?

Vivix bertindak dalam 4 cara utam

Pertama, melindungi dan memperbaiki sel DNA. Setiap hari berjuta serangan berlaku ke atas sel tubuh kita. Ini akhirnya akan merosakkan DNA kita contohnya kulit. Kulit yang asalnya sihat akan semakin rosak dan kering. Serangan ini merosakkan pengkalan data genetik kita dan menghasilkan "typo" atau kesilapan pada DNA. ia mengganggu fungsi sel dan bayangkan DNA yang rosak ini setiap hari diduplikasi. Sel-sel yang baru semua mempunyi DNA yang rosak. Ujian menunjukkan Vivix dapat mrngawal kerosakan bagi mengelakkan sel baru terhasil sel-sel yang baik.


Kedua, apabila sel-sel DNA rosak terkawal, ia turut pengawalan genetik juga menyumbang kepada kemerosotan umur sel. Ramuan Vivix Shaklee membantu mengaktifkan pengawalan genetik utama dan hasilnya menolong melambatkan penuaan di tahap sel. Satu penyelidikan ke atas penduduk Canada yang mempunyai tabiat makan "fast food" dan pemakanan tidak seimbang menunjukkan kesihatan mereka semakin merosot. Kemudian Vivix diberikan dan pemeriksaan selepas 3 - 4 jam menunjukkan sel-sel badan menunjukkan tanda-tanda pemulihan dari tekanan.


Ketiga, dalam badan kita terdapat Mitochondria iaitu penjana tenaga di dalam sel yang membantu menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Jika kecekapan mitochondria ini menurun, fungsi sel-sel badan juga akan menurun. Badan kita tidak bertenaga untuk melawan penyakit. Vivix datang membantu dengan menggalakkan biogenesis iaitu pembentukan baru mitochondria supaya dapat meningkatkan tahap tenaga yang terhasil di dalam sel dan fungsi otak, sistem kardiovaskular, imun dan sendi akan lebih efisyen.

Akhir sekali, penimbunan proteign AGE iaitu advance glycation end products adalah bendasing yang terhaskl disebabkan lebihan gula dan protein. Ia akan menyebabkan kerosakkan tahap sellular dan mengganggu sel-sel. Ramuan vivix 10 kali ganda kuat dari resveratrol biasa dalam produk lain yang membantu melambatkan pembentukkan protein AGE. 

Siapa yang perlukan Vivix?

1. Golongan yang menghidap kanser atau berisiko mengidap kanser akibat keturunan atau kegagalan fungsi mana-mana organ
2. Pesakit SLE
3. Pesakit jantung
4. Pesakit kencing manis
5. Pesakit darah tinggi
6. Pesakit gout
7. Pesakit strok
8. Wanita yang mempunyai cyst
9. Golongan yang mempunyai ketahanan badan yang rendah
10. Golongan yang mempunyai masalah selaput mata/ penglihatan
11. Mereka yang mencari produk anti-penuaan
12. Perokok tegar
13. Ketagihan dadah

Apa kata mereka yang telah mengamalkanVivix?

Ini antara testimoni Vivix dari mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan telah mendapat kesan positif pengambilan vivix.








Jangan tunggu-tunggu lagi jika anda sudah ada simptom-simptom menunjukkan penyakit kronik. Mencegahkan lebih baik dari mengubati. Lagipun kos rawatan di hospital lebih berganda-gandi berbanding dengan sebotol Vivix. 


Macamana nak dapatkan Vivix?

Hubungi saya Shidah 012-6240197. Khidmat nasihat akan diberikan PERCUMA. Moga jadi bekalan di sana.

Kalau ada yang pening fikir nak bagi hadiah pada mak dan ayah. Vivix adalah hadiah terbaik. 


Salam saya
Shidah Abdullah
Fb : shidah abdullah
Fb page : shidotdotcom
Insta : shidotdotcom
Read More

Thursday, September 7, 2017

Cara Berkesan Kurangkan Migrain

Semalam ada rezeki bersembang dengan seorang kawan. Dia mengadu ada masalah migrain

"Sakitnya kalau kena migrain. Rasa macam nak hentuk sahaja kepala. Urat mata pula rasa ditarik-tarik."

"Ko ada masalah mata ke?. Tapi aku tengok ko tak pakai spec pun. Ko stress ek?"

Tu la soalan bertalu-talu saya dia. Ye la risau la. Jangan main-main kalau kena memang sakit.

"Entah aku tak pernah pulak check mata. Kat mana nak check ek. Klinik ke kedai spec?"

"Biasa kalau sakit-sakit kepala ni antaranya sebab silau cahaya. Better ko pergi kedai spec sebab boleh check silau ko berapa"

Tu la perbualan saya semalam dengan dia. Dia kata dia nak pergi check sebab nak tahu juga puncanya.

Apa punca migrain?

Migrain boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tapi punca sebenarnya tidak diketahui punca sebenarnya. Namun begitu senarai di bawah antaranya yang biasa menyebabkan migrain.

1. Perubahan hormon yang biasanya terjadi dikalangan wanita bila datangnya "bendera jepun" atau haid.

2. Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan serangan migrain.

3. Genetik keluarga yang dibawa mungkin juga mendedahkan kita kepada migrain. Cuba lihat sejarah kesihatan keluarga terdekat. Ada tak yang pernah kena migrain?

4. Perubahan kimia terutama pada tisu saraf, otak dan saluran

5. Pencetus penyakit. Bukan pencetus ummah ye.. iaitu tekanan dan keletihan juga mencetuskan rasa migrain

6. Lebihan cahaya atau haba 

7. Pengambilan makanan dan minuman yang tidak sesuai dengan badan. 

Tahu tak ada makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh pesakit migrain?

1. Kafein. Hah pagi-pagi minum apa tadi?
2. Coklat. Nyum-nyum sedapnya
3. Keju
4. Perasa makanan seperti MSG
5. Alkohol
6. Telur
7. Kekacang
8. Makanan yang masam-masam

Ha! Dah banyak ni. Nak lagi ke? Yang mana boleh berhenti, hentikan terus pengambilan. Jika tak, mulakan dengan mengurangkan kuantiti.

Apa perbezaan migrain dan sakit kepala?


Migrain dan sakit kepala sangat berbeza rasanya. 
Pertama sekali, migrain kita hanya sakit sebelah kepala sahaja. Berbanding sakit kepala, rasa sakitnya dikeseluruhan kepala.

Kedua, migrain akan buat kita rasa berdenyut-denyut sehingga tak mampu nak buat aktiviti apa-apa. Sakit kepala pula hanya rasa tertekan di kepala.

Ketiga, migrain yang teruk akan menyebabkan seseorang rasa mual dan lebih teruk lagi sehingga termuntah.

Jelaskan perbezaannya! Lebih baik kita buat sesuatu untuk elakkan atau kurangkan rasanya. Macamana?

Cara mengurangkan rasa sakit migrain

Kebiasaannya jika berjumpa doktor antara ubat yang disarankan paracetamol atau painkiller. Kadang-kadang tak kurang pun. 

Cuba tips dibawah dengan mulakan bertenang ye dan relaks. 

1. Ciub ais. Ambil ais dan bunjutkan di dalam kain. Ala macam kalau lebam kita guna untuk tuam. Tuamkan di kepala bagi mengurangkan tegangan. Letak di kepala dalam 15 minit. Pasti lega.

2. Penutup mata. Bagi mengelakkan cahaya yang terlalu terang, gunakan penutup mata dan teruskan baring dan rehat. Ini dapat merehatkan minda kita dan juga mata.

3. Ambil makanan bervitamin B yang dapat memberi ketenangan 

4. Minum susu bagi mendapat kalsium yang dapat meredakan ketegangan pada urat-urat.

Ada suplemen semulajadi yang sesuai tak?

Pengambilan supplemen semulajadi shaklee dapat membantu menghilangkan masalah migrain. Baca kata mereka yang dah rasa lega selepas dah tak kena migrain lagi.





Bagaimana nak dapatkan vitamin B complex dan Ostematrix ni?

Saya kan ada nak bantu anda. Jangan risau ye. Boleh hubungi saya terus:

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Nilai
012-6240197

Ok selamat mencuba. Sayang uols!



Read More

Monday, September 4, 2017

Tumor dan Kesannya

Cuti Hari Wesak lepas, saya berkesempatan menziarahi sahabat yang diduga dengan sakit tumor. Selalunya hanya mendengar cerita rakan-rakan sepejabat.  Hanya kerana menghantar Air Zam Zam yang dipesan telah membawa kami sekeluarga melawat beliau. 


Perkenalan


Beliau saya kenali semasa mula bekerja di pejabat yang sama. Kebetulan kami menjalani latihan induksi bersama pada tahun 2007. Beliau seorang yang sangat peramah, cergas dan yang selalu mengajar kami aerobik di pejabat. Walaupun kami bekerja di bahagian yang berbeza, banyak aktiviti di pejabat seperti riadah dilakukan bersama.


Dugaan Bermula


Namun segalanya berubah Allah menduga wanita hebat ini yang juga ibu kepada 3 orang anak ini, apabila disahkan terdapat ketumbuhan di otak. Pada mulanya, rambutnya yang gugur hanya dianggap gugur kerana baru melahir dan menyusukan anak. Tapi kerana keguguran luar biasa, pemeriksaan lanjut dilakukan dan doktor mengesahkan ketumbuhan tersebut.

Apa itu Tumor?


Apakah Kesan Tumor?


Mengikut cerita beliau, selepas pembedahan membuang tumor beliau masih boleh berjalan seperti biasa. Tak lama selepas itu, beliau diduga sekali lagi apabila beliau mengalami strok yang menyebabkan beliau lumpuh.
Itulah bahayanya tumor kerana ketumbuhan tersebut berlaku di otak yang mempunyai berbilion saraf. Kita tidak akan tahu di mana ia akan menyerang seperti sahabat saya ini.
Saya membawa ibu saya untuk melawat beliau disebabkan ibu saya juga rakan sekerja beliau. Saya tidak bercakap banyak kerana risau tersilap tanya. Kalau ikutkan hati macam-macam ingin saya tanyakan. Terutama keadaan anak-anaknya.
Sayu hati melihat keadaan dan perubahan secara total dari segi fizikal beliau. Kini, beliau sentiasa perlu berulang alik untuk fisio dan pemeriksaan lanjutan. Segala aktiviti harian dibantu oleh ibu dan ayah.
Walaupun kesan akibat strok membuatkan tangan kirinya tidak mampu bergerak, namun doktor memaklumkan bahawa organ dalaman disahkan sihat. Dimatanya nampak ada manik-manik jernih.
Sebelum pulang, saya serahkan air zam zam dan memelukkan sambil berdoa agar dikurniakan kekuatan buat wanita tabah ini. Sama-sama kita doakan beliau sihat dan dapat berjalan seperti biasa. Dapat menjaga ketiga-tiga anaknya yang kini dijaga oleh mertua.

Sihat Sebelum Sakit


Buat kita yang masih dikurniakan sihat, gunakan nikmat sebaiknya. Berusahalah mengekalkan kesihatan dengan memastikan pemakanan sihat dan juga pengambilan suplimen.
Usaha Selagi Masih Ada Daya. Urus Sebaiknya
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com