Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Wednesday, October 18, 2017

Beli Rumah Orkid Di Nilai Impian Mac 2017

Assalamualaikum semua,

Sempena sambutan perayaan Deepavali hari ini saya ambil kesempatan untuk mengucapkan "Selamat Menyambut Deepavali" kepada yang merayakannya.

Yang lain-lain cuti pergi mana? Ok hari ni nak share impian nak beli rumah baru. Tak salah kan berimpian unthk keluarga kecil kami. Kami pergi showroom Sime Darby Property. Satu masa dulu masa kami beli rumah yang kami duduk, kami hanya berimpian dan start survey macam ni juga.




Orkid Launching Mac 2018

Ini rumah yang kami nak beli di Nilai Impian.


▪ Namanya Laman Orkid
▪ Rumah corner lot dua tingkat 22 × 65
▪ Ada 4 bilik. 3 bilik di atas untuk saya dan en bos, 2 bilik untuk anak-anak. 1 bilik lagi di bawah
▪ Bilik air ada 3; 2 di atas dan 1 di bawah
▪ Yang penting ada laman luas di tepi nak bercucuk tanam.


Harga

Rumah corner lot dalam anggaran RM560 ribu dan bagi rumah tengah dalam anggaran RM480 ribu. Tu la standard harga di Nilai.

Booking

Booking belum dibuka. Tapi boleh daftar untuk salesman inform directly melalui whatsapp, sms atau emel. Isi borang (sorry ada awan-awan. No telefon tak apa senang korang nak order vitamin shaklee) macam dekat bawah ni di showroom.


Semua orang yang berjaya bermula dengan berimpian. Ini impian saya. Korang pun tulis juga.


Shidah Abdullah 012-6240197
Read More

Aktiviti Riadah Anak Di Hujung Minggu

Hi semua. Korang macam saya tak? Bila hujung minggu terfikir apa aktiviti nak buat untuk dua hari dengan anak-anak. Ye la sekarang tak sama macam kita dulu, duduk rumah ada sahaja idea nak buat. Tapi sekarang kalau tak diisikan, asyik nak tengok handphone aje. 

Baru-baru ni bawa anak-anak beraktiviti di tempat yang lain. Biasa pergi taman dekat-dekat rumah sahaja, tapi kali ni pergi tempat baru.


1. Mandi Kolam di Dataran Gemilang

Sebelum ni lalu lalang di Dataran Gemilang cuma tahu ia sekadar roundabout. Ooo rupanya lebih dari itu. Saya tahu pun bila coach buat aktiviti HIIT sebab nak kurus sikit badan.

Baca : 5 Tips Nak Kurus

Happy sangat la anak-anak dapat mandi dekat kolam tu. Diorang dapat mandi masa second time datang sebab 1st time datang kolam tak bukak. Tempat ni sangat convinient untuk parent sebab banyak tempat boleh duduk menunggu sambil-sambil minum sebab ada orang jual air dan makanan. Yang penting anak-anak happy dan tak perlu bayar.





2. Bermain Layang-Layang dan Buih Sabun

Korang pandai main layang-layang tak?. Saya kecil-kecil dulu pernah la cuba tapi tak pernah naik. Haha. Tapi korang pergi dekat Putra Height start dari pukul 5.30 petang. Masa tu angin kuat dan memang sesuai main layang-layang. Lepas je memang naik layang-layangnya. Budak-budak seronok la tengok naik tinggi. Rasa la main di luar pula.

Tu layang-layang anak-anak

Selain tu, boleh main buih sabun sebab ada akak yang sewakan alatan main buih sabun di tepi. Satu talam RM7 dapat 2 kayu tiup buih sabun. Jangan kata budak bapak budak pun main.

Anak-anak main buih sabun

Snap gambar brother yg semangat buat buih besar


3. Bermandi di Laut

Saya perasan budak-budak sekarang pergi laut macam geli-geli. Sebab asyik pergi mandi dekat swimming pool. Bukan macam dulu-dulu, laut la tempat kita nak berenang-renang. So kami bawa family ke Bagan Lalang untuk berkelah. Siap bawa bekalan. 


Pergi pagi dalam pukul 9.30 pagi. Kami pergi di sebelah kiri pusat peranginan AVANI Sepang Goldcoast. Masa tu air tengah surut. Dapat la pergi tengok ketam-ketam berjalan-jalan. Dalam takut-takut, anak-anak mengejar juga la ketam-ketam tu.



Anak-anak boleh la explore sikit. Rasa macamana pasir di tengah pantai. Bila air start pasang, kami bawa anak-anak berendam ke tengah sikit. Lepas dah penat main, kami makan-makan dan tukar baju.

Sambung lagi dekat taman permainan tepi pantai. Memang selesa sangat dekat sini. Toilet dan surau semua bersih. Nak tukar baju dan mandi selesa sangat. Korang pergi tau!


Ini antara aktiviti yang boleh dibuat bersama keluarga dihujung minggu. Tak la terperap di rumah sahaja. Kos pun tak terlalu mahal dan yang penting semua happy.

Shidah Abdullah

Read More

Tuesday, October 17, 2017

Iron Philip Rosak Hantar Ke Pusat Servis Philip

Siapa yang guna iron philip ini di rumah? Rasa ramai yang pakai iron ni dah sekarang. Memang senang sangat. Masa nak beli dulu jenuh la saya main kutu Amway RM160 sebulan nak dapatkan iron ni. 10 bulan menunggu. Eh rasanya lebih sebab stok selalu tak ada. Jenuh mak kutu carikan dan queue.



Akhirnya bulan Feb 2017 saya dapar iron ni. Tapi minggu lepas hari jumaat 13 Oktober 2017, wap dibawah tapaknya keluar banyak. Dah buat decalc pun tak berjaya. Tu la heavy user sangat. Hari-hari gosok baju 30 pasang sehari. Mujur waktu cuti sekolah Deepavali dia sakit.


Hantar Ke Pusat Servis

Sebab umur iron yang baru tak sampai setahun jagung, kami bawa jumpa doktor di Pusat Servis Philip. Specialkan. Ada centre sendiri.

Ini alamatnya :
R-Logic Sdn Bhd
6, Jalan Kilang 51/206,
Seksyen 51, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Hotline : 1800 880 180

Rupanya baru tahu rupanya ada beza iron yang kami beli dengan yang diluar. Iron yang dibeli melalui Amway kapasiti airnya 2.5 liter berbanding di luar 1.8 liter sahaja. Harga mungkin berbeza sedikit. Rupanya pun beza macam dalam gambar ni. Dua-dua kawan jumpa doktor.


Artikel Baru Di blog : 

Tempoh Waranti

Bila kita beli barang kena tahu tempoh waranti berapa lama. Iron kami beli ni 2 tahun warantinya. Lega masih dalam tempoh waranti. Tengok ada brother tu datang boleh tahan juga kalau bayar sendiri.

Penjagaan Iron Wap

Cerita la apa masalah iron kita tu. Ooo rupanya decalc tak payah tunggu lampu merah keluar. Buat je tiap-tiap minggu. Haha. Sebab air dalam tu bila lama buat berlumut dan berkeladak. Kena la tinggalkan dekat sini. Tengok semangat abang kita bercerita. Hehe. Jaga iron ni sama macam kita jaga kesihatan kita juga tau. Bukan hantam saje 😂.


PENTING! Panjangkan tempoh waranti iron anda!

Disebabkan harga spare part yang mahal, ada plan pemanjangan tempoh waranti dari 2 tahun ke 3, 4 dan 5 tahun. 

Tapi offer ni sekali je boleh buat. Kalau dah pilih 3 tahun hari ni dah tak boleh extend lagi akan datang. So better ambil ke 5 tahun. Ini under coverage insuran ye. So rasa lega sikit. Isi je borang. Tak susah. Saya punya dah extend tau. Customer service officer kata datang je ke centre untuk extendkan ye. 



Beli barang mahal sikit tak apa la.. janji ada after sales service. Anggaran masa siap lebih kurang seminggu. Harap dapat la sebelum start sekolah balik.

Sama macam beli vitamin juga. Jangan main beli je. Kena tanya yang pakar Shaklee sirap merah macam saya. 

Semoga bermanfaat ye. Jemput komen dan share.

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang -Nilai
COD di mana-mana sahaja
012-6240197
Read More

Monday, October 16, 2017

Cara Merawat Ulser Mulut

Kurus selalu jadi idaman semua orang terutama perempuan. Tapi tak semua yang kurus tu mengembirakan. Tahu tak kurus sangat boleh buat kerap kena ulser. Tak percaya?



Ni cerita Cik Laa yang kurus sampai bawah BMI juga bawa masalah pada Cik Laa. Dengan ketinggian 154 cm dan berat cuma 41kg, Cik Laa kerap hidapi masalah ulser Mulut. Adoi sakitnya. Siapa pernah kena tahu la rasanya.


Ulser Mulut

Ulser mulut atau nama lainnya mata ikan. Cik Laa alami sakit ulser ni bertahun-tahun dari sekolah rendah lagi. Setiap bulan mesti kena. Sampai ngeri nak makan. Ulser tumbuh di bibir, di gusi dan yang paling sakit kalau kena di anak tekak atau lelangit. 

Sampai kadang-kadang nak makan pun tak boleh. Ada masa tak boleh nak bercakap sebab sakit sangat. Lagi teruk sampai sakit gigi dengan kepala. Mana taknya sekali tumbuh bercantum dua tiga biji sekali dan luka jadi besar. Huhuhu


Faktor-faktor terjadinya Ulser Mulut

Antara faktor-faktor boleh terjadi ulser mulut:
▪ sistem imunisasi yang abnormal ataupun rendah
▪ kekurangan zat besi
▪ mewarisi dari ibubapa kita
▪ stress
▪ kurang nutrisi seperti asid folik, vitamin B6 dan B12
▪ mempunyai masalah haid tidak teratur
▪ perubahan hormon yang mendadak
▪ masalah resdung
▪ masalah eczema
▪ kurang air

Petua yang boleh diamalkan

1. Minum air secukupnya sebab ulser mudah menyerang kalau badan kita kurang air. Oleh itu, minum air secukupnya 5 - 6 grlas sehari. 
2. Guna garam ditempat ulser. Ini boleh membunuh bakteria. Kena tahan sikit sebab pedih tapi memang cepat baik. 
3. Gunakan ketul ais redakan bengkak dan denyut-denyut di tempat ulser tu. Ini boleh kurangkan keradangan.
4. Sapukan bonjela atau sapu oral aid lotion. Boleh beli dari farmasi je. 
5. Letak asam keping atau asam gelugur di tempat ulser. Ulang la 2-3 kali.
6. Kerap kumur dengan listerin yang membantu mencegah bakteria dari menjangkiti luka ulser. 

Vitamin Cadangan bagi Masalah Ulser

Set rendung adalah set cadangan yang dapat mengurangkan masalah ulser. 4 vitamin yang dicadangkan iaitu ESP, Vitamin C, B-complex dan Vitalea yang menggantikan Zinc. 

1) ESP ini protein daripada soya non GMO dapat membantu pembentukan sel baru. Ia akan mempercepatkan penyembuhan luka ulser pada bibir 

2) Vitalea pula mengandungi zinc yang sangat membantu dalam menyembuhkan luka. 

3) Vitamin C pula dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Bila sistem imunisasi badan dah kuat, akan dapat halang daripada ulser mulut terjadi.

4) B-Complex pula membantu mencukupkan nutrisi di dalam badan. B-Complex mengandungi 8 jenis vitamin B dan asid folik. Bila badan kita cukup nutrisi, masalah ulser mulut dapat diatasi. Selain itu, B-Complex juga bagus dalam membantu menstabilkan hormon dan mengatasi masalah stress.


Kesannya

Ambil vitamin ni kena konsisten. Tu la yang Cik Laa buat tau. Ini dah membantu faktor-faktor yang sebabkan ulser tu dapat dielakkan. 

Sekarang Cik Laa happy sangat sebab dia dah jarang terkena ulser mulut. Mak dia pun tegur sebab dah tak dengar Cik Laa ngadu sakit-sakit lagi. Hahaha terbahak-bahak Cik Laa gelak. Memang syukur sangat.


Kalau ada ulser jadi lagi, dia dah tak risau sangat sebab 3 ke 5 hari je dah siap. Kalau tak berminggu tak baik. Dah tak ada lagi ulser yang akan ganggu emosi dan aktiviti kita seharian.


Ingat tau!

▪ Ambil vitamin-vitamin Shaklee sebagai makanan tambahan pelengkap nutrisi tubuh badan kita. 
▪ Vitamin shaklee memang selamat, semulajadi dan sangat berkesan. 
▪ Rasa sendiri Shaklee Effect anda sendiri.


Nak order sekarang!

Senang sahaja. Hubungi saya terus:

Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
012-6240197
Fb : shidah abdullah
Insta/Fb page : shidotdotcom
Read More

Sunday, October 15, 2017

Cara Membantu Selamatkan Mangsa Virus Kencing Tikus

Ini En Amirul Badri yang terkena virus kencing tikus pada Oktober 2016. Beliau sendiri tak sangka akan alami sendiri. Biasa dengar-dengar cerita orang je. Bila sendiri kena baru tahu bagaimana rasanya.


Apa sebenarnya virus kencing?

Virus kencing tikus ni membunuh secara senyap. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Masih ingat pada Izwan Pilus dan Din Beramboi. Mereka antara celebriti yang meninggal dunia akibat jangkitan virus ini. Bahayakan tikus kecil ni!

Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteri Leptospira. Bakteria ini dikenalpasti datang dari tikus. Tapi sekrang banyak haiwan lain yang boleh menjadi perumah bakteria ni. Tak kiralah haiwan peliharaan ataupun liar. Kadang-kadang haiwan-haiwan ini tidak menunjukkan sebarang tanda dijangkiti pun, hanya sekadar pembawa dan tidak memindahkan jangkitan. Penyakit ini disebarkan melalui haiwan dan jika tidak dirawat boleh membawa kematian.


Kenali Tanda atau gejala yang dialami

Semua penyakit ada tanda-tanda sendiri. Sebelum mengetahui penyakit sebenar, ini yang beliau alami.
1. Berak berdarah (hampir seminggu)
2. Gatal-gatal badan
3. Badan mulai rasa lemah
4. Sakit yang sangat kuat dibahagian belakang
5. Rasa bisa-bisa di badan
6. Demam menggigil, sakit keoala dan badan

Mengikut kata beliau hari ketiga deman, beliau sudah tak mampu bertahan dan terus meminta isterinya membawa ke hospital pukul 4 pagi.

Kebiasaanya masa pengeraman adalah di antara 2 hingga 26 hari dan akan mula demam dan melarat. Antara tanda-tanda lain:
1. Batuk tidak berkahak dan sakit tekak
2. Loya, muntah dan cirit-birit
3. Sakit sendi, tulang dan perut
4. Radang selaput mata
5. Mengalami pembesaran limpa atau hati, bengkak kelenjar, perubahan bunyi pada paru-paru.

Rawatan Di Hospital

Sampai sahaja di hospital bahagian kecemasan (sebab pagi-pagi) dan 5 jam di bahagian tersebut.
1. Terus dikategorikan KRITIKAL. Duduk atas katil kritikal. Betapa bahayanya kencing tikus ni.
2. Dimasukkan 8 botol air
3. Sentiasa diperiksa tekanan darah. Makin lama makin rendah.

Akhirnya selepas 5 jam terus dihantar ke ICU. Masa tu semua baru dia tahu dia kena virus kencing tikus.

Dalam tempoh rawatan

Di ICU, beliau mula rasa sakit dada. Muka dah start membengkak. Semua tak kena. Tidur dah rasa tak selesa dan rasa dah berdaya. Biasa sakit makan pun tak lalu. Ramai family, kawan-kawan dan jiran-jiran datang melawat bergilir-gilir.

Usaha keluarga

2 hari di ICU, kakaknya datang bawa Vivix dan Nutriferon. "Kakak saya bancuhkan Vivix ke dalan air botol jadi macam air sirap. Vivix ni memang pati anggur. Tu dia merah pekat dan jadi macam sirap. Saya minum je. Lepas tu dia pesan nutriferon tu tuang je 1 sachet dalam mulut".

Selepas agak stabil, beliau dipindahkan ke wad biasa. Dalam 6 hari di wad biasa, hari-hari isteri beliau berikan vitamin. "Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu"



Bagaimana Vivix dan Nutriferon berfungsi?

Vivix

▪ Vivix adalah supplemen yang telah diuji di makmal di mana bahan-bahannya telah memberi kesan dan membantu badan pesakit melawan virus.

▪ Ia juga melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak disebabkan serangan virus. Selain itu, vivix menggalakkan penghasilan pembentukan sel baru.

▪ Virus juga akan menyerang organ-oramgan diseluruh badan. Dengan pengambilan vivix, ia membantu melindungi organ dalaman dan meningkatkan sistem imun pesakit.

▪ Sebotol berharga RM504 dan boleh tahan 1 bulan

Nutriferon

▪ Nutriferon dihasilkan dari ekstrak 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga safflower, honeysuckle jepun dan biji plantago.

▪ Bahan-bahan ini membantu badan En Amirul mengeluarkan Interferon yang meningkatkan sistem imun badan dan mengerahkan pertahanan badan kita membunuh virus dan bakteria tidak berfaedah.

▪ Interferon ini banyak digunakan dalam rawatan penyakit hepatitis, kanser, anjing gila dan HIV. Ia mengurangkan infeksi dan meminimumkan rasa tak selesa pesakit seperti mual, muntah dan kembung perut.

▪ Sekotak nutriferon mempunyai 30 sachet. Sekotak berharga RM93.

Dapatkan penjimatan dengan mendaftar keahlian Shaklee

▪ Dengan keahlian shaklee yang berharga RM80 (termasuk pos), dapat jimat 5% - 15% harga vitamin shaklee.

▪ Selain itu, dapat menyertai group bisnes yang hebat dan mendapat ilmu yang bernilai ribuan ringgit dengan percuma

▪ Support team yang hebat untuk menjawab kemusykilan tentang vitamin dan bisnes

Jom sertai dan dapatkan vitamin untuk seluruh ahli keluarga anda. Hubungi saya;
Shidah Abdullah (SID : 922949)
Perunding Shaklee Nilai - Sepang
012-6240197




Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com