Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, November 7, 2017

Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil

Assalamualaikum,

Kehamilan adalah waktu paling menggembirakan bagi semua pasangan. Bermula dari saat kita merancang untuk hamil dan kemudian disahkan hamil adalah satu berita yang akan dikongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Moga semua mendoa yang terbaik.

Seterusnya, anda akan menikmati perkembangan kehamilan dari satu minggu ke satu minggu dengan pengalaman yang menakjubkan. Setiap wanita akan melalui kehamilan yang mungkin tidak akan sama dengan orang lain. Namun begitu simptom-simptomnya hampir sama dan akan melalui 3 fasa kehamilan.


  • Trimester Pertama (Minggu 1 hingga 12) - Perubahan pada ibu seperti keletihan, loya sehingga muntah.
  • Trimester Kedua (Minggu 13 hingga 28) - Badan ibu mula mengembang untuk memberi ruang pada bayi. Bayi dah mula bergerak dan ibu akan bengkak di tangan, muka dan jari.
  • Trimester Ketiga (Minggu 29 hingga 40) - Organ bayi mula terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Ibu akan rasa tidak selesa seperti sakit belakang. Keadaan bayi yang semakin membesar akan memberi tekanan pada organ dan menyebabkan ibu kerap ke bilik air.
Banyakkan bertenang dan nikmati setiap fasa perbesaran bayi dengan gembira. Tulis dairi setiap pengalaman di setiap fasa buat kehamilan lebih seronok.

Masalah-masalah Dihadapi Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, perubahan badan akan menyebabkan ibu mengalami masalah kesihatan ketika hamil. Antara yang pernah dilalui oleh ibu-ibu hamil ialah;-
  • Kaki bengkak dan kekejangan (cramps)
  • Berat badan bertambah dan berkurangan
  • Tekanan darah tinggi atau rendah
  • Sering buang air
  • Keputihan 
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi 
  • Preclampsia
  • Pendarahan ketika hamil
  • Anemia
Apa yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan risiko masalah-masalah di atas ialah dengan menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan yang seimbang untuk ibu dan bayi. 

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, ibu akan berkongsi nutrisi dengan bayi. Khasiat akan dibekalkan pada bayi bergantung pada apa yang ibu makan. Bayi (fetus) akan menerima zat makanan melalui uri dan juga cecair amnion. Oleh itu, sangat penting untuk ibu memilih makanan seimbang dan mencukupi. 

Jika kekurangan zat, pembesaran bayi boleh terjejas. Ibu perlu pastikan mengambil pelbagai makanan berkhasiat seperti karbohidrat, kalsium, protein, lemak, mineral, vitamin dan sebagainya. 

Jom kita lihat kepentingan setiap nutrisi untuk pembesaran bayi.




1. Kalsium 
Bila hamil, ibu perlu menggandakan pengambilan kalsium dari biasa. Ini disebabkan badan akan menyerap 50% kalsium terutama pada 6 bulan pertama. Kalsium akan sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang akan mula terbentuk pada minggu ke-8. Sumber kalsium seperti keju, susu, dadih dan produk tenusu sangat kaya dengan kalsium.Tapi pasti memilih produk yang rendah lemaknya. Jika ibu kurang bekalan kalsium, badan akan mula "mencuri" kalsium dari tulang ibu. Ini yang akan meningkatkan risiko osteoporosis. Ibu pula akan kerap kekejangan otot akibat kurang kalsium. Kalsium yang cukup akan membantu untuk mengatasi tekanan darah tinggi yang boleh. 

2. Protein
Sumber protein seperti ikan, daging, ayam, kerang, kekacang, telur dan makanan berasas kekacang seperti soya sangat penting dalam diet harian ibu. Protein sangat penting dalam pembentukan sel-sel yang akan membentuk keseluruhan organ bayi.

3. Vitamin C

Zat yang terdapat dalam makanan yang mengandungi vitamin C membantu membina plasenta yang kuat. Ia juga meningkatkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana zat ini tidak disimpan dalan badan. Vitamin C juga mudah hilang ketika makanan dimasak dan disimpan terlalu lama. Oleh itu, makan makanan yang segar untuk pasti khasiat tidak hilang.

4. Serat

Ambil juga makanan berserat seperti roti, kekacang, nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Tapi hati-hati, makanan berserat selain sayur dan buah-buahan boleh menghalang penyerapan nutrien lain. Amalkan minum air yang banyak supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. Asid Folik

Asik folik adalah vitamin B penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf utama bayi. Kekurangan asid folik akan mengganggu perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Jika kekurangan zat ini boleh menyebabkan 

- mengganggu perkembangan otak bayi 
- ibu boleh mengalami anemia 
- bayi mengganggu perkembangan otak bayi
- bayi dilahirkan kekurangan berat
- boleh berlaku keguguran

6. Zat Besi

Badan kita memerlukan zat besi untuk membina sel darah merah. Ketika hamil, keperluan zat besi meningkan 2 kali ganda dari biasa bagi mengelakkan anemia. Ibu digalakkan makan daging merah untuk memastikan cukup bekalan zat besi. Selain itu, ibu boleh makan tempe, sayuran hijau, kekacang yang juga membekalkan zat besi. Elakkan minum teh kerana kandungan dalam teh akan menyerap semua khasiat zat besi.

7. Asid Lemak (EPA dan DHA)

Asid lemak membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak matahari dan kekacang adalah sumber yang baik untuk ibu hamil.


Set Mengandung Lengkap Shaklee

Alhamdulillah, ada set mengandung shaklee yang lengkap untuk ibu dan bayi. Ibu tak perlu runsing tidak cukup nutrisi yang akan mengganggu perkembangan bayi. Terdapat 6 produk iaitu ESP, Omegaguard, Vitalea, B-complex, Vitamin C dan Ostematrix. 

1. Vitalea
Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi dan mengelakkan ibu dari mudah pitam, lesu dan kurang konsentrasi.

2. Vitamin C 
Agen antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Kulit juga akan lebih cantik. Istimewanya vitamin C shaklee ialah ia melepaskan vitamin C secara berperingkat bagi memastikan vitamin c cukup untuk sehari.

3. B-complex
Mengandungi vitamin B yang lengkap dan membantu badan ibu bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Vitamin juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bila kurang stress, kesihatan dan penghasilan susu juga lebih baik.

4. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein adalah makan penting untuk sel badan. Ia mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu. Ia juga membantu pembinaan hormin, enzim dan antibodi untuk mengangkut nutrien ke seluruh badan. ESP juga membantu memberi tenaga berkekalan untuk ibu hamil. Kulit akan lebih licin, gebu dan anjal.

5. Ostematrix (Kalsium dan Magnesium)
Kalsium penting untuk membina tulang, gigi dan saraf bayi. Kalsium yang cukup dapat mengelakkan kebas-kebas dan kekejangan ibu hamil.

6. Omegaguard (EPA dan DHA)
DHA adalah asid lemak yang penting untuk perkembangan otak ibu dan bayi. Bayi tidak dapat menghasilkan DHA sendiri dan akan memperolehi dari ibu semasa dalam kandungan dan melalui susu ibu selepas dilahirkan. Bagi ibu, omega 3 di dalam omegaguard dapat membantu membakar lemak dan membantu ibu semakin slim lebih cepat selepas bersalin. Bestkan!


Testimoni Ibu-Ibu Yang Mengambil Set Lengkap Mengandung Shaklee




Produk ini bukanlah untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan sukan yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!

Shidah Abdullah
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seriemas 




Order Online : Set Kehamilan Shaklee
Read More

Friday, November 3, 2017

Set Kesuburan Suami Isteri Untuk Mudah Hamil

Bila dah berkahwin, lepas haid pertama memang berdebar nak tahu sama ada pregnant ke tak?. Korang rasa macam tu tak?. Tapi bila test guna pregnancy kit tapi tak ada 2 line. Sedih juga. Tapi jangan putus asa. Yang penting suami dan isteri kena terus kuat semangat dan sentiasa bersedia dan berusaha.

Bersedia macamana?

Tahu tak, berdasarkan kajian wanita menyumbang 30% masalah kesuburan. 30% disumbang oleh kaum lelaki dan 40% berpunca dari kedua-duanya. Masalah ini mengganggu sistem reproduksi wanita dan kurang menghasilkan sperma bagi lelaki. 

Oleh itu, kedua-dua pasangan mesti sama-sama bersedia memastikan masing-masing subur. 

Faktor-faktor yang boleh mengganggu kesuburan lelaki 

1. Masalah Ejakulasi 
2. Saluran sperma tersumbat
3. Merokok
4. Gangguan hormon
5. Pengambilan minuman beralkohol
6. Pengambilan ubat

Faktor-faktor yang boleh mengganggu kesuburan wanita

1. Tiup fallapio tersumbat
2. Bendalir dalam rahim terlalu pekat menyukarkan sperma berenang dan boleh mematikan sperma.
3. Berlebihan berat badan  atau tidak seimbang mengukarkan penghasilan hormon estrogen.
4. Faktor Usia
5. Tekanan atau stress


Amalkan Set Kesuburan Shaklee untuk tingkatkan kesuburan.

Berikut adalah senarai lengkap Set Kesuburan Shaklee;-

1. Alfalfa

Nama glamor vitamin cinta. Ia dapat membantu mengatasi rasa "sakit ketika bersama". 
Bagi wanita, ia sangat membantu mengalami masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan senggugut. Ia berfungsi macam kacip fatimah membantu hubungan suami isteri.

2. B Complex

Nak subur tak boleh stress. Vitamin B sangat penting untuk mengelakkan kemurungan dan tekanan berlebihan. Selain itu, ia menstabilkan hormon. B-complex ni mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah.

3. GLA

Vitamin GLA berperanan mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks lebih berkualiti untuk meningkatkan kesuburan.

4. Vitalea

Pengambilan vitalea adalah untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Pengambilan makanan seharian adakalanya tidak dapat memenuhi keperluan ini atas perlbagai faktor. Vitalea adalah multivitamin shaklee yang mengandungi zat besi yang sangat penting terhadapat hormon termasuk hormon seksual, hormon tiroid, kemandulan bagi lelaki dan wanita. 

5. Vitamin E

Vitamin E mambantu meningkatkan hormon seks lelaki dan wanita. Uniknya vitamin E shaklee mengandungi silenium. Ia sangat bagus untuk jantung dan dalam masa yang sama meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


6. ESP

Sumber protein untuk membantu memperbaiki sel-sel yang tidak sihat dan rosak. Sel-sel baru akan terhasil dan memperbaiki kesihatan suami dan isteri dan tenaga dalam hubungan. 


Ini Testimoni Yang Telah Berjaya Hamil



Dapatkan Set Kesuburan sekarang!

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197. Kongsi set ini sekeluarga. Saya akan guide anda cara makan yang betul. Saya doakan anda juga menikmati rezeki mempunyai anak sendiri.


Anda juga boleh beli terus secara online dengan hanya click di bawah:




Read More

Wednesday, November 1, 2017

Cara Daftar Shaklee Percuma

Assalamualaikum dan hi semua,


Entri kali ini, nak kongsikan cara mudah nak daftar keahlian Shaklee PERCUMA. Memang bestkan dapat benda percuma ni. Rupa-rupanya masih ramai yang belum tahu dan faham  yang boleh mereka boleh JIMAT MELETOP KEBABOM dengan hanya mendaftar menjadi keahlian. Meh sini nak cerita sekarang. 



Untuk anda yang nak cepat, anda boleh klik je link Borang Daftar Ahli Shaklee atau SMS “DAFTAR AHLI” ke 012-624 0197 untuk akak uruskan Daftar Ahli Shaklee korang hari ini juga.

Bagaimana Cara Daftar Ahli Shaklee?

Perkara penting wajib anda tahu hak anda sebagai seorang customer sebelum Daftar Sebagai Ahli Shaklee. Mesti tahu Keistimewaan dan Kelebihan Daftar Ahli Shaklee dengan group kami (Group Shaklee Terbaik di Malaysia).

Selalunya bila customer order mana-mana set seperti set kehamilan, mereka sendiri akan request untuk jadi ahli. Pertamanya sebab mereka dapat berjimat dari segi harga pembelian sehingga 15-30%. Lagi kalau setiap bulan ada promo yang hebat-hebat. 

Ada 3 pilihan nak jadi menjadi ahli Shaklee;-

1) Daftar Ahli dengan Yuran Keahlian RM80 
Kos ini adalah kos keahlian sebanyak RM68.90 dan selebihnya kos penghantaran Kit Bisnes dan barang yang anda order. Hah! combine dua-dua sekali dalam satu delivery. 

Perlu renew keahlian ke?. Dulu-dulu, keahlian ni seumur hidup tapi sebab nak menjaga tahap eksklusif ahli Shaklee, pembaharuan setiap tahun dengan pemberian voucher Percuma RM30. Bukan apa, hanya untuk kos pentadbiran sebagai ahli yang sangat ekslusif terutama yang nak membina empayar perniagaan sendiri. 

Saya dan suami sendiri dah Jadi Ahli Shaklee sejak 2013 hanya dengan makan sendiri dan sekarang menjadi FOUNDER DHUHA FIGHTER dan guide anak-anak shaklee berbisnes dan pemakanan vitamin yang betul. Anda pun boleh bina empayar sendiri.

2) Jadi Ahli Shaklee Percuma( Free Membership Shaklee) 
Kebanyakan customer yang beli Set Bersalin Premium, Set Mengandung Premium atau set Shaklee yang berharga RM800 akan dapat free Keahlian Shaklee.

dan yang terakhir.. 

3) Beli Vivix Shaklee 2 Botol dan dapat Daftar Ahli Shaklee Secara Percuma!
Tapi yang paling ramai orang suka ialah Beli Vivix Shaklee 2 botol dan terus dapat jadi ahli shaklee secara percuma. So, mereka akan dapat jimat RM69 kan?. 


Sebenarnya, setiap pembelian produk Shaklee bernilai RM800 (mengikut harga ahli) atau RM900 (harga customer) secara automatik layak jadi ahli shaklee secara percuma. 


Lagi best ialah selain dapat Keahlian Shaklee Percuma, anda juga akan dapat Cash Bonus RM35. 

Hah! Nak lagi... Kos penghantaran pun Shaklee tanggung tau. Special sangat-sangat.



Best kan? dah la dapat beli harga murah, dapat Cash Bonus lagi. So, memang jimat dan berbaloi-baloi.:). Cuba kira jumlah keseluruhan penjimatan dan bonus? Dah lebih daripada RM100 dah. Untung-untung!  

Peringatan Penting Ni!

Bila nak memilih Agen Shaklee pastikan pilih betul-betul. Bukan apa, ada ramai juga yang beli dengan harga RM800 tapi tak dapat jadi Ahli Percuma. Bila anda dah tahu ni, anda mesti jadi pengguna yang bijak tau!. Agen tak cerita habis. Kesian!

Ala Malaslah Nak Join, Nanti Suruh Buat Bisnes..

Ops! Berhenti dekat situ. Ramai yang kata, kalau Jadi Ahli Shaklee wajib buat bisnes. Buat bisnes atau tidak adalah pilihan masing-masing. Tiada paksaan sebab ramai saja yang mendaftar hanya untuk makan sendiri je. Ramai yang terlebih happy dari asal niatnya lain, jadi terlebih excited nak buat bisnes sendiri tanpa paksaan (haha saya la tu). Mana tak excited, siap boleh join kelas-kelas anjuran Shaklee secara Percuma lagi tau. Macam-macam kelas ada tau!

Ala nanti suruh maintain UV...

Tak perlu. Beli bila-bila sahaja yang anda nak sebab semuanya online di www.shaklee2u.com.my. Bukan tu sahaja, tiada pembelian minima wajib setiap bulan. Cuma kalau nak merasa bonus setiap bulan (Cash), rancang pembelian untuk sekeluarga dan cukupkan 150UV. Tu sahaja.


Untungnya, Daftar Ahli Shaklee dengan Group kami ialah kami akan guide anda secara Percuma sampai anda mahir. Anda tinggal pilih je, nak bisnes Shaklee secara Online atau offline mengikut keselesaan anda. Anda contact je hotline kami 012-6240197.


Salam Ceria, Semangat dan Positif,
Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang Nilai
012-6240197
Read More

Thursday, October 26, 2017

Cara Hilangkan Contengan Anak Dengan Selamat

Awal tahun hari tu beli meja tv warna putih. Berbunga-bunga hati. Beli pulak brand ikea. Untuk menjaga keselamatan meja tv, semua alat tulis yang bersepah saya dah kutip siap-siap baru tenang hati. Bukan apa, kalau boleh nak elak la anak-anak menconteng.




Ooooh rupanya langit tak selalu cerah. Kalau dah anak-anak, kreatif tu dah tentu la kan.. memang selamat. Dah ada contengan guna Magic Color 😭 di meja putih..

Dah conteng lap sendiri 26/10/2017 dengan Basic H

Tu belum kat dinding, penuh dengan nama masing-masing "NUR AIN.. ". Ni masa mula-mula masing-masing pandai mengeja. Kali ni guna permanent marker.

Mula-mula biar.. tapi sakit mata tengok.

Testimoni Kak Sharifah 

Sharing kak pah tentang contengan glamour "ALEESHA" memang membantu sangat-sangat. Senang sangat nak buat.. apa kak pah buah
1. Bancuh Basic H. Letak beberapa titik je. Bau semulajadi je.
2. Kemudian masukkan dalam botol spray
3. Ambil spray dan kain untuk mengelap

Bila jadi macam ni, lebih baik kita didik anak-anak bertanggungjawab atas kesilapan yang dibuat. Kita suruh anak-anak sendiri lap. Baru diorang belajar jaga rumah. Tak sampai 30 minit contengan hilang. Tak payah nak cari thinner nak lap. Cat pun tak tertanggal.

Tu baru satu kegunaan basic H. Basic H memang selamat digunakan. Sangat lembut di tangan. Dihasilkan dari bahan-bahan organik dan tidak bertoksik tapi masih power dan pelbagai guna.



Kegunaan Basic H

1. Mencuci dan membersihkan sayur-sayuran dan buah-buahan daripada racun dan bahan kimia.


2. Mencuci dan membersihkan ikan, ayam, daging dan makanan laut daripada bahan awet.

3. Mencuci dan membersihkan makanan basah seperti Mee Kuning, kuetiow dan sebagainya daripada bahan awet.

4. Mencuci dan membersihkan tempat dan peralatan memasak terutamanya yang berminyak.

5. Mencuci dan membersih bilik air, tandas, tangki, sinki,cermin tingkap, rak buku, almari dan sebagainya.

6. Mencuci badan,tangan dan kaki daripada kotoran, pijar lada, dakwat marker pen , minyak dan sebagainya.

7. Mencuci dan membersihkan lantai dan alatan permainan.

8. Menanggalkan gula-gula getah pada baju dan sebagainya.

9. Mengasah Pisau (titiskan ketika mengasah)

10. Membersih dakwat pen pada tangan, baju dan sebagainya

11. Menghapuskan kutu di atas kepala.

12. Terkena minyak, air panas atau melecur terkena benda panas

13. Menghindarkan dan membunuh serangga seperti lipas,nyamuk, semut,lalat dan sebagainya.

14. Demam Panas ( Sebelum berjumpa doktor)

15. Sakit Gigi

16. Gatal-gatal pada badan atau miang ( masalah kulit)

17. Ulser dan mulut berbau

18. Penyubur tanaman dan pengembur tanah

19. Menghilangkan karat dan daki pada barang kemas, jam tangan dan sebagainya.

20. Cuci puting dan botol susu anak



Alhamdulillah, kerja-kerja yang susah lebih mudahkan sekarang. Hanya rendam dengan air yang dititiskan Basic H membantu gembirakan hati ibu-ibu. kini. Saya dah cuba, anda bila lagi?

Bagaimana nak dapatkan Basic H?

Cara Pertama : Anda boleh hubungi saya Shidah Abdullah, SID anda di no telefon 012-6240197. Saya akan membantu menguruskan pembelian dan berkongsi tips dan pengalaman saya.

Cara Kedua : Klik terus gambar BUY NOW dibawah untuk pembelian terus dari portal Shaklee. Selepas selesai membeli, anda hubungi saya terus untuk konsultansi penuh ye.
Salam sayang dari saya
Shidah Abdullah
012-6240197

Read More

Wednesday, October 25, 2017

Anak Puas Menyusu Selepas Amalkan Set Penyusuan Shaklee

Ibu berpantang biasanya akan makan jamu seperti saranan mak bidan. Tapi tak semua jamu sesuai dengan badan. Bila tak sesuai ada yang alami sembelit dan susu badan menjadi kering.


"Niat asalnya untuk pulihkan peranakan dan kembalikan tenaga tapi sebaliknya berlaku. Badan saya jadi makin letih dan mula rasa tertekan."  Pn Sakinah

Lebih menyedihkan anak meragam tidak puas menyusu dan meragam. Disebabkan nak merasai pengalaman penyusuan anak yang dikenang, Pn Sakinah google dan tertarik dengan set penyusuan shaklee. Masa tu hanya ada bajet untuk ESP, Alfalfa dan Ostemarix sahaja.

Selepas 1 Minggu



Pengambilan seminggu Set Menyusu Shaklee, anak lebih kenyang selepas menyusu. Itu pun dah cukup lega. Janji niat bantu proses penyusuan tercapai.


Selepas 1 bulan

Selepas sebulan, suami tegur perubahan pada diri saya. "Eh kedut-kedut streachmark kat perut saya dah nak hilang. Muka ayang pun nampak fresh." Memang pun waktu mengandung kulit sangat kusam.


Bagaimana Set Penyusuan Berfungsi

1. Alfalfa - Membantu tubuh untuk menyahtoksin (detox) dari dalam badan. Badan rasa lebih ringan dan bertenaga. Jerawat juga segan nak tidak tumbuh lagi.

2. ESP - Merupakan sumber protein terbaik, ianya menggalakkan pertumbuhan sel-sel dan tisu badan yang lebih sihat. Oleh sebab itu kulit jadi semakin sihat, tidak lagi kusam dan streachmark semakin pudar.

3. Ostematrix - sumber kalsium yang bantu hilangkan lenguh-lenguh badan, kaki dan tangan. Kurang rasa kebas-kebas.

Bukan sahaja penyusuan lebih seronok, dapat result berganda-ganda. Memang berbaloi. Memang sangat disyorkan pada semua ibu menyusukan anak. Kulit jadi cantik, badan sentiasa bertenaga, streachmark hilang, tidak ada lagi masalah sebelit dan anak puas menyusu.

Ini pengalaman dan testimoni yang dah mencuba sendiri Set Penyusuan Shaklee. Pilih ikut kemampuan. Yang penting produk shaklee selamat dan semulajadi.


Bagaimana nak dapatkan Set Penyusuan Shaklee?

Cara Pertama : Anda boleh berhubung terus dengan saya Shidah Abdullah, SID Shaklee anda di talian 012-6240197. Saya akan bantu berkongsikan tips dan pengalaman saya sendiri. 

Cara Kedua : Klik terus gambar dibawah untuk pembelian terus dari online portal shaklee. Selepas selesai pembelian, anda boleh terus berhubung dengan saya untuk konsultasi penuh ye.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=66d8acbdb9f1cd14f322c69f9fb9a896

Moga bermanfaat ye!
Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Sepang Nilai
012-6240197

Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com