Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, November 10, 2017

6 Tanda Anda Alami Masalah Sembelit

Entry hari ni, nak kongsikan tentang masalah sembelit. Mungkin anda belum pernah mengalami masalah ini tapi anda perlu tahu. Setiap orang ada tabiat membuang yang berbeza. Ada yang akan membuang air besar dua kali atau ada yang akan membuang air besar setiap 3 hari. 

Apa Simptom-Simptom sembelit?

1. Perut Berangin
Apabila kita menghadapi masalah sembelit, angin akan berkumpul. Kita akan rasa seolah-olah udara terlalu banyak dalam perut. Bila dikeluarkan bunyi dan baunya sangat tidak menyenangkan. Ini disebabkan kegagalan kita membuang air besar menyebabkan gasnya tersimpan di dalam badan.

2. Najis Keras atau berketul-ketul
Tak ada sebab spesifik mengapa ia terjadi. Kekurangan cecair dan kekurangan makanan berserat dalam badan boleh menyebabkan ia kering dan keras. Ada juga yang memang mengalami memang mengalami masalah sistem pencernaan. Jangan biarkan! Boleh sampai tahap najis kita berdarah.

3. Hilang Selera Makan
Bila perut tak selesa, kita akan mula hilang selera makan. Adakalanya berlanjutan berhari-hari kurang selera makan. Ini adalah kerengsaan kecil yang akan selalu berlaku kerana sembelit.

4. Tidak Selesa dan Rasa Sakit
Ada yang rasa sakit mencucuk-cucuk mungkin disebabkan angin di dalam perut. Dalam keadaan begini, kita akan lebih suka berehat di rumah dan tidak berjumpa orang lain. 

5. Kembung Perut
Perut akan terasa kembung. Ini berpunca dari isu gastrousus di mana enzim pencernaan terlalu sedikit dalam badan menyebabkan pengumpulan gas. Pergerakan usus kecil yang kurang dan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan perut kembung. Sapu minyak untuk mengurangkan rasa tidak selesa

6. Kurang Membuang Air Besar Dalam Seminggu dan Jumlah Membuang Terlalu Kecil
Tiada waktu atau kekerapan tertentu yang perlu untuk membuang air besar. Semua bergantung pada setiap individu. Tetapi doktor kebiasaannya menggalakkan pembuangan air besar antara 2 kali sehari dan 3 kali seminggu. Ini adalah lawatan yang normal. Jumlah yang kecil bermakna kita banyak mengambil protein dan jumlah yang besar.


Cara Mencegah Sembelit

Sembelit boleh dicegah jika kita perbaiki gaya hidup kita.

1. Pemakanan 


Kita digalakkan mengambil makanan berserat tinggi setiap hari iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika kita kurang mengambil serat, ini akan menyebabkan najis kita keras dan berketul.

2. Minuman

Minum air secukupnya sekurang-sekurangnya 8 gelas sehari akan memberi kesan najis lebih lembut dan mudah dibuang.

3. Bersenam 

Kekerapan kita bersenam akan meningkatkat aktiviti usus. Proses membuang air besar akan lebih mudah.

4. Tabiat yang tetap
Tetapkan waktu membuang air besar. Contohnya selepas sarapan biasakan ke bilik air setiap pagi untuk membuang air besar. Kebiasaan ini akan melatih sistem pencernaan untuk berfungsi lebih teratur.

5. Elakkan Menahan
Kadangkala ketika sibuk, ada yang suka menahan untuk membuang air besar. Elakkan!. Ini menyebabkan najis menjadi keras. Lama kelamaan kita akan rasa sukar merasa rengsaan untuk membuang.

6. Pengambilan Kalsium
Kalsium dapat membantu melembutkan najis. Mengambil makanan seperti susu dan keju dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. 

7. Minum air halia
Halia sangat membantu untuk mengurangkan angin dan kembung perut. Bancuh halia bersama air panas dapat membantu melegakan. Atas bawah angin akan keluar.

Cadangan Vitamin Yang Sesuai Yang Sentiasa Alami Masalah Sembelit

Ini antara produk yang saya sendiri amalkan. Saya sendiri mengalami masalah sembelit. Baca kisah saya. Memang serik kena sembelit. 

1. B-complex - 1 biji setiap pagi untuk kurangkan tekanan. Bila perut kita sakit dan sukar membuang, kita akan pressure semua organ lain terutama sistem pencernaan. Lagi susah nak membuang, otot-otot juga menjadi sangat tegang dan takut nak lepaskan najis yang semakin mengeras. Sangat penting untuk bertenang.

2. Peppermint Ginger - 3 biji sekali ambil dan 2 kali sehari. Tengahari dan malam. Memang terasa perut sangat lega. Angin banyak sangat keluar.

3. Meal Shakes - Bancuh meal shakes setiap pagi dan malam untuk bekalkan dan seimbangkan semula vitamin dan mineral dalam badan.

4. Ostematrix - 4 biji sebelum tidur untuk bekalkan kalsium. Ambil secara konsisten dapat tetapkan waktu pembuangan air besar. Setiap pagi akan membuang dulu. Dah tak perlu risau masalah sembelit.

5. Herb-lax - 4 biji sebelum tidur. Tapi tak perlu setiap hari. Seminggu 2 kali mencukupi. Ia membantu membersihkan semua kerak-kerak di dalam usus. Usus kita akan clear dari najis-najis yang tertinggal.

Produk ini bukan untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang sangat selamat ini, boleh hubungi saya segera!

Shidah Abdullah

 Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949)

Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas

 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/


Read More

Thursday, November 9, 2017

4 Makanan Yang Penting Untuk Rambut Cantik

Sembang orang perempuan kalau petang-petang macam-macam topik ada. Dari topik kerja pejabat, meleret ke kerja di rumah dan anak-anak. Lastnya, topik nak cantik tu la cantik ni la. Ok la kasi chance destress. Antara yang saya suka dalam borak-borak tu pasal nak jaga rambut. Rambut gugur ni dah macam perkara biasa dah kan.

Jom baca antara yang kami borak-borakkan.

Punca Kenapa Rambut Gugur

Rambut gugur memang merisaukan. Kadang-kadang lepas mandi mahu digenggam rambut. Mahu tak ngeri. Antara punca-punca rambut gugur seperti kat bawah ni:-
1. Baru melahirkan anak 
2. Kehamilan
3. Tekanan berlebihan memberi kesan kepada cara tidur dan selera makan. Bukan itu sahaja ia mengganggu hormon dan memberi kesan pada rambut. 
4. Diet yang tidak seimbang
5. Dandanan rambut berlebihan seperti ikatan tocang boleh menyebabkan ketegangan dan rambut semakin nipis terutama dibelakang telinga.

4 Makanan Cadangan Nak Dapatkan Rambut Cantik

1. Walnut

Jenis kekacang yang baik untuk pertumbuhan rambut. Kandungan mineralnya dapat kekalkan warna asli rambut. Walnutkan kaya dengan biotin dan vitamin E. Selain itu, ia melindungi rambut dari gugur dan kering disebabkan cuaca panas sekarang ni.

2. Telur

Vitamin yang kaya di dalam telur membantu menyuburkan akar rambut. Ia mengandungi mineral seperti zink, selenium sulfer dan besi. Kandungan zat besi dalam badan yg cukup membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

3. Bayam

Sejenis sayur yang kaya dengan folat, vitamin C dan beta karotin yang membantu sihatkan rambut. Vitamin-vitamin ini menyuburkan rambut dan menghindarkan minyak pada kulit kepala.

Dan yang terakhir sekali..

4. Ikan salmon 

Setanding harganya, ikan ini kaya dengan Omega-3, protein dan vitamin D yang membantu menyihatkan rambut.

Vitamin yang penting untuk rambut cantik

1. ESP - Rambut adalah sebahagian dari sel badan yang terbentuk dari protein. Oleh itu, kita perlu bekalkan cukup protein. ESP antara suplement berasas soya yang dapat mengelakkan rambut bercabang, retak, kering dan rapuh. Sama seperti kulit kita.



2. B-Complex membantu rambut dengan 4 cara : -
👉 terlibat dalam pembentukan rambut yang sihat.
👉 melicinkan pertumbuhan rambut pada kadar yang rata
👉 B-Copmplex yang cukup akan menguatkan rambut agar tidak mudah retak.
👉 membantu mengekalkan warna rambut, penting mencegah rambut beruban.  

3. Vitalea merupakan multivitamin penting untuk melengkapkan nutrisi dlbadan. Zat besi di dalan vitalea berperanan dalam membekarkan oksigen pada akar rambut. Kekurangan zat besi buat rambut jadi kusam, nipis dan kering.

4. Vitamin C - Diperlukan untuk membentuk kolegen iaitu protein yang membantu menyokong tendon, ligamen dan pembuluh darah. Vitamin C juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi untuk rambut.

Moga bermanfaat entri kali ni. 
Shidah Abdullah 012-6240197
Read More

Wednesday, November 8, 2017

Manfaat Minyak Ikan Omegaguard Untuk Aktiviti Harian

Omegaguard adalah minyak ikan terbaik di dunia. Kajian telah dilakukan oleh saintis Shaklee. Di Shaklee, ada lebih 50 saintis bertauliah yang meneliti setiap produk yang dihasilkan dan membuat ujian ke atas setiap bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan produknya.


Apakah Bahan Utama Penghasilan Minyak Ikan Omegaguard?

● Minyak ikan Omegaguard diekstrak dari ikan laut air laut dalam sejuk di perairan negara Jepun. Jauh tau. 
● Antara jenis-jenis ikan yang digunakan ialah ikan sardin, mackerel, herring dan anchovies. 
● Ia tidak dihasilkan dari hati minyak ikan. 
● Omegaguard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.

Apa perbezaan Omegaguard dengan minyak ikan dipasaran?

● Jauh bezanya kerana minyak ikan Omegaguard yang dihasilkan adalah yang paling tulen di dunia. 
● Ia mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 
● Kajian dijalankan atas Omegaguard menunjukkan ia membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.  

Bagaimana Minyak Ikan Omegaguard dihasilkan?

Minyak Ikan Dalam Pasaran
● Pengusaha-pengusaha kilang mengekstrak minyak ikan dengan kaedah penyulingan tekanan tinggi. 
● Kaedah ini hanya memusnahkan sesetengah nutrien.
● Tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.


Minyak Ikan Omegaguard
● Shaklee menggunakan kaedah yang berbeza iaitu kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini. 
● Ia dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari tida molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi. 
● Selain itu, ia menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorined biphenyl). ● Ingat! PCB ni bahaya sebab ia antara bahan kimia industri yang sangat bertoksin dan akan merosakkan badan.

7 Manfaat Utama Minyak Ikan Omegaguard

1. Membekalkan asid lemak Omega 3 yang tidak dihasilkan oleh badan


Omega 3 hanya boleh didapati melalui pengambilan makan seperti telur dan ikan. Ada juga omega 3 berasaskan tumbuhan tetapi ia tidak boleh ditukarkan kepada EHA dan DHA secara berkesan oleh badan.

👨Bagi lelaki, omega 3 ialah membantu rembesan prostaglandin (hormon) dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil timbul daripada punca andropos dikalangan lelaki. 

👧Bagi wanita pula, omega 3 mengimbangkan perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS (singkatan dari Premenstrual Syndrome, sebuah gejala yang timbul ketika wanita mendekati masa datang bulannya). Selain itu, ia membantu menjadikan kulit licin dan kemerah-merahan.

2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok


DHA dan EPA dalam minyak ikan Omegaguard boleh melawan thrombosis iaitu penyakit yang terjadi ketika terdapat gumpalan darah di pembuluh darah. Selain itu, omegaguard juga membantu;-
👉 Mengawal tekanan darah tinggi atau rendah dan kepekatan darah
👉 Melincirkan saluran darah dan peredaraannya
👉 Mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan di leher atau di kepala
👉 Merendahkan kolestrol
👉 Menghindarkan pembekuan darah dalam badan
👉 Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
👉 Mengawal masalah obesiti
👉 Mencegah arteriosclerosis
👉 Membantu mengurangkan risiko sakit jantung.

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan perkembangan memori

● DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina mata. 
● Sebaiknya ibu yang hamil mengambil omegaguard di awal kehamilan untuk membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan.Oleh sebab itu, omegaguard ada dalam set cadangan bagi ibu hamil.
● Susu ibu yang mengandungi kandungan DHA yang tinggi dapat meningkatkan ingatan dan mencegah penyakit alzheimer. 
● Ia juga memelihara penglihatan,  pendengaran dan dapat mencegah migrain.

4. Meningkatkan sistem imun  dan menyihatkan paru-paru


● Sistem imun badan kita sangat penting untuk kita pelihara. 
● Pengambilan minyak ikan secara konsisten dapat mengawal sistem imun.
● Ia juga dapat memperbaiki penyakit-penyakit seperli alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE (lupus erythematosus) dan buah pinggang.

5. Menentang kanser

Kajian menunjukkan Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga meningkatkan enterogastritis dan merangsang kesihatan selepas pembedahan. Ia juga membantu pesakit kanser untuk berfungsi lebih efektif.

6. Memelihara fungsi-fungsi sendi

Paras asid lemak omega 3 akan larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis dan memelihara fungsi sendi dan gout lebih efektif.

7. Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan

EPA dan DHA mempunyai keupayaan menstabilkan emosi dan membantu perkembangan mental seperti kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism, kanak-kanak yang hiperaktif dan penyakit schizophrenia.

Siapa perlu ambil Omegaguard setiap hari?

1. Orang yang mengalami masalah kolestrol, darah tinggi atau masalah jantung
2. Orang yang mengalami masalah kemurungan
3. Orang yang mengalami masalah sakit lutut dan sendi
4. Orang yang mengalami hipertension
5. Orang yang mempunyai masalah berat badan
6. Orang yang mengalami masalah tidur (insomnia)
7. Orang yang mempunyai masalah sistem imun yang rendah
8. Kanak-kanak yang hiperaktif atau autism
8. Kanak-kanak bagi membantu pertumbuhan badan dan IQ sihat
9. Ibu yang hamil (bagi perkembangan otak bayi)
10. Ibu yang menyusukan anak

Testimoni Pengguna Omegaguard





Produk ini bukanlah untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.


Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan sukan yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!

Shidah Abdullah
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949)
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seriemas
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/



Order Online : Set Kesihatan Asas
Read More

Tuesday, November 7, 2017

Set Mengandung Shaklee Lengkapkan Nutrisi Ibu Hamil

Assalamualaikum,

Kehamilan adalah waktu paling menggembirakan bagi semua pasangan. Bermula dari saat kita merancang untuk hamil dan kemudian disahkan hamil adalah satu berita yang akan dikongsikan dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Moga semua mendoa yang terbaik.

Seterusnya, anda akan menikmati perkembangan kehamilan dari satu minggu ke satu minggu dengan pengalaman yang menakjubkan. Setiap wanita akan melalui kehamilan yang mungkin tidak akan sama dengan orang lain. Namun begitu simptom-simptomnya hampir sama dan akan melalui 3 fasa kehamilan.


  • Trimester Pertama (Minggu 1 hingga 12) - Perubahan pada ibu seperti keletihan, loya sehingga muntah.
  • Trimester Kedua (Minggu 13 hingga 28) - Badan ibu mula mengembang untuk memberi ruang pada bayi. Bayi dah mula bergerak dan ibu akan bengkak di tangan, muka dan jari.
  • Trimester Ketiga (Minggu 29 hingga 40) - Organ bayi mula terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Ibu akan rasa tidak selesa seperti sakit belakang. Keadaan bayi yang semakin membesar akan memberi tekanan pada organ dan menyebabkan ibu kerap ke bilik air.
Banyakkan bertenang dan nikmati setiap fasa perbesaran bayi dengan gembira. Tulis dairi setiap pengalaman di setiap fasa buat kehamilan lebih seronok.

Masalah-masalah Dihadapi Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, perubahan badan akan menyebabkan ibu mengalami masalah kesihatan ketika hamil. Antara yang pernah dilalui oleh ibu-ibu hamil ialah;-
  • Kaki bengkak dan kekejangan (cramps)
  • Berat badan bertambah dan berkurangan
  • Tekanan darah tinggi atau rendah
  • Sering buang air
  • Keputihan 
  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi 
  • Preclampsia
  • Pendarahan ketika hamil
  • Anemia
Apa yang ibu boleh lakukan untuk mengurangkan risiko masalah-masalah di atas ialah dengan menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan yang seimbang untuk ibu dan bayi. 

Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

Dalam tempoh kehamilan, ibu akan berkongsi nutrisi dengan bayi. Khasiat akan dibekalkan pada bayi bergantung pada apa yang ibu makan. Bayi (fetus) akan menerima zat makanan melalui uri dan juga cecair amnion. Oleh itu, sangat penting untuk ibu memilih makanan seimbang dan mencukupi. 

Jika kekurangan zat, pembesaran bayi boleh terjejas. Ibu perlu pastikan mengambil pelbagai makanan berkhasiat seperti karbohidrat, kalsium, protein, lemak, mineral, vitamin dan sebagainya. 

Jom kita lihat kepentingan setiap nutrisi untuk pembesaran bayi.




1. Kalsium 
Bila hamil, ibu perlu menggandakan pengambilan kalsium dari biasa. Ini disebabkan badan akan menyerap 50% kalsium terutama pada 6 bulan pertama. Kalsium akan sangat diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang akan mula terbentuk pada minggu ke-8. Sumber kalsium seperti keju, susu, dadih dan produk tenusu sangat kaya dengan kalsium.Tapi pasti memilih produk yang rendah lemaknya. Jika ibu kurang bekalan kalsium, badan akan mula "mencuri" kalsium dari tulang ibu. Ini yang akan meningkatkan risiko osteoporosis. Ibu pula akan kerap kekejangan otot akibat kurang kalsium. Kalsium yang cukup akan membantu untuk mengatasi tekanan darah tinggi yang boleh. 

2. Protein
Sumber protein seperti ikan, daging, ayam, kerang, kekacang, telur dan makanan berasas kekacang seperti soya sangat penting dalam diet harian ibu. Protein sangat penting dalam pembentukan sel-sel yang akan membentuk keseluruhan organ bayi.

3. Vitamin C

Zat yang terdapat dalam makanan yang mengandungi vitamin C membantu membina plasenta yang kuat. Ia juga meningkatkan sistem imun dan mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana zat ini tidak disimpan dalan badan. Vitamin C juga mudah hilang ketika makanan dimasak dan disimpan terlalu lama. Oleh itu, makan makanan yang segar untuk pasti khasiat tidak hilang.

4. Serat

Ambil juga makanan berserat seperti roti, kekacang, nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran. 
Tapi hati-hati, makanan berserat selain sayur dan buah-buahan boleh menghalang penyerapan nutrien lain. Amalkan minum air yang banyak supaya dapat membantu mengatasi masalah sembelit.

5. Asid Folik

Asik folik adalah vitamin B penting untuk mengekalkan kesihatan ibu dan bayi. Ia sangat diperlukan untuk perkembangan sistem saraf utama bayi. Kekurangan asid folik akan mengganggu perkembangan otak bayi. Selain itu, ia juga penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Jika kekurangan zat ini boleh menyebabkan 

- mengganggu perkembangan otak bayi 
- ibu boleh mengalami anemia 
- bayi mengganggu perkembangan otak bayi
- bayi dilahirkan kekurangan berat
- boleh berlaku keguguran

6. Zat Besi

Badan kita memerlukan zat besi untuk membina sel darah merah. Ketika hamil, keperluan zat besi meningkan 2 kali ganda dari biasa bagi mengelakkan anemia. Ibu digalakkan makan daging merah untuk memastikan cukup bekalan zat besi. Selain itu, ibu boleh makan tempe, sayuran hijau, kekacang yang juga membekalkan zat besi. Elakkan minum teh kerana kandungan dalam teh akan menyerap semua khasiat zat besi.

7. Asid Lemak (EPA dan DHA)

Asid lemak membantu dalam perkembangan otak bayi, mata dan sel sarafnya. Minyak sayuran seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak matahari dan kekacang adalah sumber yang baik untuk ibu hamil.


Set Mengandung Lengkap Shaklee

Alhamdulillah, ada set mengandung shaklee yang lengkap untuk ibu dan bayi. Ibu tak perlu runsing tidak cukup nutrisi yang akan mengganggu perkembangan bayi. Terdapat 6 produk iaitu ESP, Omegaguard, Vitalea, B-complex, Vitamin C dan Ostematrix. 

1. Vitalea
Multivitamin yang lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral. Zat besi dalam Vitalea dapat membantu ibu menambah zat besi dan mengelakkan ibu dari mudah pitam, lesu dan kurang konsentrasi.

2. Vitamin C 
Agen antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan ibu dan bayi. Kulit juga akan lebih cantik. Istimewanya vitamin C shaklee ialah ia melepaskan vitamin C secara berperingkat bagi memastikan vitamin c cukup untuk sehari.

3. B-complex
Mengandungi vitamin B yang lengkap dan membantu badan ibu bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. Vitamin juga dikenali sebagai vitamin anti-stress. Bila kurang stress, kesihatan dan penghasilan susu juga lebih baik.

4. Energizing Soy Protein (ESP)
Protein adalah makan penting untuk sel badan. Ia mengekalkan pertumbuhan normal dan memelihara tisu. Ia juga membantu pembinaan hormin, enzim dan antibodi untuk mengangkut nutrien ke seluruh badan. ESP juga membantu memberi tenaga berkekalan untuk ibu hamil. Kulit akan lebih licin, gebu dan anjal.

5. Ostematrix (Kalsium dan Magnesium)
Kalsium penting untuk membina tulang, gigi dan saraf bayi. Kalsium yang cukup dapat mengelakkan kebas-kebas dan kekejangan ibu hamil.

6. Omegaguard (EPA dan DHA)
DHA adalah asid lemak yang penting untuk perkembangan otak ibu dan bayi. Bayi tidak dapat menghasilkan DHA sendiri dan akan memperolehi dari ibu semasa dalam kandungan dan melalui susu ibu selepas dilahirkan. Bagi ibu, omega 3 di dalam omegaguard dapat membantu membakar lemak dan membantu ibu semakin slim lebih cepat selepas bersalin. Bestkan!


Testimoni Ibu-Ibu Yang Mengambil Set Lengkap Mengandung Shaklee




Produk ini bukanlah untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit.

Jika anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan sukan yang sangat selamat ini, bolehlah menghubungi saya segera!

Shidah Abdullah
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seriemas 




Order Online : Set Kehamilan Shaklee
Read More

Friday, November 3, 2017

Set Kesuburan Suami Isteri Untuk Mudah Hamil

Bila dah berkahwin, lepas haid pertama memang berdebar nak tahu sama ada pregnant ke tak?. Korang rasa macam tu tak?. Tapi bila test guna pregnancy kit tapi tak ada 2 line. Sedih juga. Tapi jangan putus asa. Yang penting suami dan isteri kena terus kuat semangat dan sentiasa bersedia dan berusaha.

Bersedia macamana?

Tahu tak, berdasarkan kajian wanita menyumbang 30% masalah kesuburan. 30% disumbang oleh kaum lelaki dan 40% berpunca dari kedua-duanya. Masalah ini mengganggu sistem reproduksi wanita dan kurang menghasilkan sperma bagi lelaki. 

Oleh itu, kedua-dua pasangan mesti sama-sama bersedia memastikan masing-masing subur. 

Faktor-faktor yang boleh mengganggu kesuburan lelaki 

1. Masalah Ejakulasi 
2. Saluran sperma tersumbat
3. Merokok
4. Gangguan hormon
5. Pengambilan minuman beralkohol
6. Pengambilan ubat

Faktor-faktor yang boleh mengganggu kesuburan wanita

1. Tiup fallapio tersumbat
2. Bendalir dalam rahim terlalu pekat menyukarkan sperma berenang dan boleh mematikan sperma.
3. Berlebihan berat badan  atau tidak seimbang mengukarkan penghasilan hormon estrogen.
4. Faktor Usia
5. Tekanan atau stress


Amalkan Set Kesuburan Shaklee untuk tingkatkan kesuburan.

Berikut adalah senarai lengkap Set Kesuburan Shaklee;-

1. Alfalfa

Nama glamor vitamin cinta. Ia dapat membantu mengatasi rasa "sakit ketika bersama". 
Bagi wanita, ia sangat membantu mengalami masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur dan senggugut. Ia berfungsi macam kacip fatimah membantu hubungan suami isteri.

2. B Complex

Nak subur tak boleh stress. Vitamin B sangat penting untuk mengelakkan kemurungan dan tekanan berlebihan. Selain itu, ia menstabilkan hormon. B-complex ni mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah.

3. GLA

Vitamin GLA berperanan mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks lebih berkualiti untuk meningkatkan kesuburan.

4. Vitalea

Pengambilan vitalea adalah untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian yang diperlukan dapat dipenuhi. Pengambilan makanan seharian adakalanya tidak dapat memenuhi keperluan ini atas perlbagai faktor. Vitalea adalah multivitamin shaklee yang mengandungi zat besi yang sangat penting terhadapat hormon termasuk hormon seksual, hormon tiroid, kemandulan bagi lelaki dan wanita. 

5. Vitamin E

Vitamin E mambantu meningkatkan hormon seks lelaki dan wanita. Uniknya vitamin E shaklee mengandungi silenium. Ia sangat bagus untuk jantung dan dalam masa yang sama meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.


6. ESP

Sumber protein untuk membantu memperbaiki sel-sel yang tidak sihat dan rosak. Sel-sel baru akan terhasil dan memperbaiki kesihatan suami dan isteri dan tenaga dalam hubungan. 


Ini Testimoni Yang Telah Berjaya Hamil



Dapatkan Set Kesuburan sekarang!

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197. Kongsi set ini sekeluarga. Saya akan guide anda cara makan yang betul. Saya doakan anda juga menikmati rezeki mempunyai anak sendiri.


Anda juga boleh beli terus secara online dengan hanya click di bawah:




Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com