Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, January 14, 2018

Kepentingan CoQ10 Untuk Kesihatan Jantung Yang Sihat

Dalam badan kita ada berjuta-sel comel. Setiap sel pula ada mitochondria (yang merah) banyak. Mitochindria berfungsi sebagai janakuasa tenaga bagi setiap sel badan kita.


Di dalam mitochondria nilah terletaknya CoQ10 yang berfungsi sebagai pencetus tenaga atau "spark plug" pada sel kita.

Bayangkan kereta kalau spark plug tak berfungsi, tentunya kereta tak boleh start enjin. Badan kita pun macam tu juga, tak dapat menghasilkan tenaga yang cukup untuk kita guna seharian.

Hensem betul sebotol CoQ Trol Plus. Produk formula baru dari shaklee. Sebotol ada 30 capsul. Ada 3 bahan utama bahan utama yang terdapat dalam CoQ ni.
1. Coenzyme 100mg
2. Resveratrol 2mg
3. Tocopherol 5mg

Apakah manfaat CoQ10?

CoQ10 paling banyak dalam jantung. Tapi jantung la organ yang paling tak dijaga. Ramai yang menghidap sakit jantung muda-muda.

Bila dah mula sakit jantung, statin adalah ubat yang biasa diberikan iaitu sejenis dadah nak turunkan kolestrol. Kesannya, 40% CoQ10 dalam jantung dan sel lain berkurangan. Bukan makin baik tapi makin teruk keadaan.

Kenapa perlu CoQ10?
Badan kita menghasilkan CoQ10 sendiri, kenapa nak ambil lagi. Tapi bila umur 20an menghasilan CoQ10 dah mula menurun.


Ada pula yang jawab, CoQ10 boleh tambah dari sumber makanan. Nak CoQ10 perlukan makan 3.3kg peanut butter untuk nak cukupkan bekalan 100mg sehari CoQ10.


Apakah manfaat CoQ Trol Plus?
Apabila kita jaga sel kita dengan baik, mitochondria kita akan bekal tenaga yang cukup

1. Pengambilan CoQ Trol Plus membantu membekalkan CoQkan yang mencukupi dan badan kita sepanjang hari.

2. Jantung akan berfungsi dengan baik dan akan mengepam darah ke seluruh badan. Oksigen cukup badan rasa fresh.

3. Ia membantu meningkatkan kesuburan pasangan suami dan isteri.

4. Badan yang sihat akan menghasilkan kulit yang sihat. Makin hari makin flawless.

5. Minda juga akan semakin cerdas. Baru idea datang dengan mudah.

Cara Makan CoQ Trol Plus
CoQ10 nutrien yang larut lemak. Sebaiknya tengahari. Sama macam omega.

Disarankan 1-2 kapsul sehari selepas makan terutama selepas makan makanan berlemak dan berminyak.

Bagaimana nak dapatkan CoQ Trol Plus?
Hubungi saya terus di talian 012-6240197

Shidah Abdullah 
Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Saturday, January 6, 2018

Cara Pengambilan Vitamin Yang Betul

Bila kita beli vitamin, kita mesti nak tahu berapa biji nak makan dan bila nak waktu. Baru la berkesan.


Tapi... betul ke cara kita makan tu cara yang betul?

Cara yang betul untuk ambil vitamin adalah dengan menjadikan SUPPLEMENT bukan menu utama. Nak tahu kenapa?

Perkataan "Supplement" kalau kita google bermaksud A thing added to something else in order to complete or enhance it.

Apakah something else tu?

Macam makanan, kena tambah perisa baru lengkap rasanya. Macam tu jugalah supplemen, kena tambah perkara lain baru bertindak lagi kebabom dan effektik.

3 "Something Else" yang wajib dilakukan

(1) Makan makanan yang sihat dan seimbang. Jaga kuantiti dan periksa kandungan. Setiap meal sebaiknya hanya 350 kcal

(2) Aktiviti fizikal yang konsisten. Sekarang lebih mudah nak sihat. Macam-macam program larian dibuat dan boleh datang bersama-sama satu keluarga walaupun bawa anak kecil dengan stroller.

(3) Pengurusan Emosi yang unggul. Emosi memang main perasan tau. Stress je makanan tak serap dengan baik. Yang lain semua terganggu.

Hah baru la betul cara makan vitamin. Tapi dah lengkap kenapa nak makan vitamin lagi. Nah ini sebabnya.

Pertama, zat makanan sekarang yang dah tak sama macam dulu. Dulu zaman atok dan nenek kita, kualiti tanah masih superb. Makanan yang di makan penuh serat. Mana taknya semua petik dari kebun. Segala ulam-ulaman ada. Kita ulam pun tak berapa kenal.

Kedua, faktor luar yang rosakkan sel badan kita. Antaranya radiasi telefon, pencemaran, asap-asap kilang dan kenderaan, barang kosmetik. Sampai tahap badan dah tak larat terima. Orang muda pun ramai dah berpenyakit kan.

Itu sebab penting makan vitamin dengan cara betul dengan 3 "Something Else" tadi.

Mulakan dengan vitamin asas ACE iaitu vitamin A, C dan E.

Nak tanya tentang vitamin dan kesihatan boleh hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197
Read More

Tuesday, January 2, 2018

Khasiat Bawang Putih dalam Garlic Complex Shaklee

Garlic atau bawang putih memang sentiasa ada di dapur kita. Ayah saya selalu cakap "kuat betul bau bawang putihnya" bila kami melalui restoren cina. Ya! Bawang putih dan masyarakat cina memang sinonim kan. Rupanya masyarakat Korea juga amalkan makan bawang putih mentah, dipotong kecil dan terus makan bersama nasi. Mesti banyak khasiat bawang putihkan. 

Tapi ramai yang tak suka rasa bawang putih. Biasanya, kalau nak memasak 3 beradik iaitu bawang putih, bawang merah dan halia mesti akan dikisar bersamakan. Bagi memastikan khasiat bawang putih ni dinikmati semua, vitamin shaklee dalam bentuk pil. Mudah sangat nak makan.

Khasiat vitamin Garlic Complex kepada kesihatan tubuh

1.  Membantu meningkatkan tahap sistem penghadaman dan fungsi jantung dengan lebih baik dengan khasiat Spearmint di dalam Garlic Complex

2. Antibiotik semulajadi dan selamat digunakan. Ia meningkan sistem imun badan supaya dapat menghalang sakit berjangkit seperti selsema, kulat dan virus.

3. Membantu mengatasi masalah alergi dengan mempertingkatkan imun badan daripada penyakit berkait sistem imun seperti hidung sensitif, sinus, alergi, asthma, selsema dan hepatitis.

4. Mempertingkatkan masalah penghadaman formulanya yang unik mampu seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman. Garlic dapat menentang bakteria H. pylori dan menghalang ulser gastrik.

5. Menstabilkan tekanan darah dengan pengambilan 3 -4 tablet Garlic.

6. Detoksifikasi dengan mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logak toksik yang menaikkan tekanan darah. Garlic melindungi sel-sel darah dari kemusnahan dari logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

7. Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan darah beku, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok. 

8. Mencegah dan membantu merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan antioksidan kerana mengandungi sebatian selanium, germanium dan asid amino yang melindungi tubuh dari radikal bebas yang menjadi punca kanser.

9. Menstabilkan glukos di dalam tubuh badan. Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin untuk mengawal gula dalam darah.


Kelebihan dan Keistimewaan Garlic Complex Shaklee

Kelebihan yang terdapat di dalam Garlic Complex Shaklee adalah ia diperbuat daripada bawang putih jenis premium yang ditanam secara organik dan bebas 100% daripada racun perosak. 

Garlic dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif. Tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran yang mengandungi Allicin aktif. Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. 

Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba iaitu Rosemary dan spearmint. Ia juga mengandungi Vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktic garlic dan keberkesanan di dalam tubuh kita. 

Siapa Perlu Amalkan Garlic Complex Shaklee?

■ Orang yang mengalami masalah alergi hidung
■ Orang yang mengalami masalah kerap selsema
■ Orang yang mengalami masalah nafas berbau
■ Orang yang mengalami masalah batuk/ tuberculosis
■ Orang yang mengalami masalah ulser mulut
■ Orang yang mengalami masalah hidung berdarah
■ Orang yang mengalami masalah tonsil atau sakit tekak
■ Orang yang mengalami masalah penyakit hepatitis
■ Orang yang mengalami masalah fatty liver
■ Orang yang mengalami masalah jantung, hypertensi atau strok
■ Orang yang mengalami masalah infeksi saluran urinari
■ Orang yang mengalami masalah vertigo
■ Orang yang mengalami masalah jerawat
■ Orang yang mengalami masalah cacar air, infeksi kulat pada kulit
■ Orang yang mengalami masalah arthritis
■ Orang yang mengalami masalah glaukoma
■ Orang yang mengalami masalah keputihan

Untuk mendapatkan Garlic Complex boleh berhubung terus dengan saya 


Shidah Abdullah

Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) 
Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Monday, January 1, 2018

Strok dan Punca Strok Terjadi

Apakah sebenarnya strok?
Strok adalah gangguan pada otak yang boleh menyebabkan kematian. Ia berlaku apabila terdapat halangan seperti darah beku yang menghalang darah sampai ke otak atau pendaran dalam otak.

Apabila strok terjadi, sel di dalam otak yang terkesan mula mati dan otak tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Ia akan mengganggu kebolehan seseorang seperti berjalan, bercakap, makan, melihat, membaca dan perkara yang boleh dilakukan sebelum terkena strok.

Ada yang terkena strok sehingga menyebabkan kematian dan ada juga yang mengalami masalah seperti mengingati sesuatu, memahami dan bercakap dengan betul

Kesan Strok
Bagi yang mengalami masalah strok, ia akan mengganggu sistem kawalan otak yang mengawal tindakan, deria rasa, perasaan dan kemahiran berfikir. Ini semua bergantung pada tahap kerosakan otak akibat strok.

Kesan ini berbeza bagi setiap orang. Ada yang pulih dengan cepat dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Ada yang mengambil masa yang lama untuk pulih.

Siapa yang boleh terkena Strok?
Kebiasaannya ia terjadi pada orang yang berumur. Namun begitu, di New Zealand 1/4 adalah orang muda yang masih bekerja. Ada juga kanak-kanak dan bayi.

2 jenis Strok yang Utama

Strok iskemia
Ia terjadi apabila terdapat gumpalan darah menghalang arteri yang pergi ke otak dan mengganggu bekalan darah. Strok iskemia terjadi akibat dari timbunan kolesterol dan sisa lain di dalam arteri (atherosclerosis) selama bertahun-tahun.

Strok iskemia mungkin disebabkan oleh:
1. Gumpalan darah tersekat di arteri dan menghalang perjalanan darah.

2. Trombosis serebrum, di mana darah beku (trombus) terbentuk di arteri utama yang menghala ke otak dan menghentikan bekalan darah.

3. Embolisme serebrum, di mana gumpalan darah terbentuk di saluran darah di bahagian tubuh yang lain, contohnya di leher ataupun jantung, dan dibawa oleh aliran darah ke otak.

4. Strok lakunar, di mana sekatan berada di saluran-saluran darah kecil jauh di dalam otak.

Strok berdarah
Ia  berlaku di mana saluran darah di dalam atau di sekeliling otak pecah dan menyebabkan pendarahan. Antara puncanya adalah penyakit darah tinggi yang lama dan tidak dirawat menyebabkan tekanan pada dinding arteri, menambahkan risiko ia pecah atau berdarah.

Strok berdarah mungkin disebabkan oleh:
1. Strok berdarah: Apabila arteri pecah, darah dipaksa masuk ke dalam tisu otak, merosakkan sel-sel sehingga bahagian otak itu tidak dapat berfungsi.

2. Pendarahan intraserebrum, apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri.

3. Pendarahan subaraknoid, iaitu apabila saluran darah di permukaan otak berdarah dan darah mengalir ke bahagian di antara otak dan tempurung kepala, yang dikenali sebagai ruang subaraknoid.

Jaga kesihatan dengan jaga pemakanan dan berbadan. Mulakan makan makanan sunnah dan bervitamin

Sumber : Stroke Foundation of New Zealand,
Read More

Sunday, December 24, 2017

Resepi Piza Mudah dan Sedap Citarasa Melayu

Assalamualaikum

Atas permintaan En bos yang nak bawa piza ke tempat training akhir #scouts10, saya kongsikan resepi piza yang saya belajar dari abah. Inilah yang kami selalu makan kecil-kecil dulu. Bila besar saya la pembuat piza tegar 😅 untuk family. Ni piza untuk tekak kita orang melayu.



Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A Untuk Doh 
1kg tepung gandum
1 paket yis
1 sudu kecil garam
2 cawan air

Doh ini boleh dapat 6 loyang 9cm. Boleh repeat makan banyak kali.

Bahan B untuk Daging
2 pek daging cincang brand Ramli
1 biji bawang (sederhana)
1 pek kecil serbuk kari
Garam
Air

Bahan C untuk Hiasan
1 tin cendawan butang
1 tin nenas
1@2 Mozzarella cheese
1 biji lada benggala
Parmesan cheese
Sos prego atau sos cili campur sos tomato

Cara membuat doh piza


1. Bancuh yis dengan air suam. Biar kembang dalam 5 minit.
2. Masukkan tepung ke dalam bekas. Tabur origano bagi bau wangi. Letakkan garam. Gaul sebati.
3. Masukkan yis tadi ke dalam tepung. Gaul lagi.
4. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh. Janji tak melekat pada tangan.
5. Biarkan doh rehat. Tutup dengan kain lembap atau plastik makanan.

Doh akan naik macam dalam gambar. Gebu gitu. Tumbuh doh keluarkan angin sebelum mencanai ke dalam loyang. 

Cara membuat daging 

Biasanya kalau di pizza hut atau domino, dagingnya jenis slice. Untuk resepi ni saya buat daging cincang masa kari. 


Cara-caranya macam ni:-
1. Bawang saya blend semua. Bawang putih dan halia saya tak letak sebab tak nak bau terlalu kuat. Boleh je kalau nak blend sekali.
2. Tumis bawang dan kari sampai naik minyak
3. Masukkan daging cincang dan biar sehingga daging masak.
4. Bila daging empuk, letak garam secukup rasa ye.

Cara persiapan bahan hiasan

Untuk hiasan di atas piza, terpulang pada masing-masing nak letak apa. Macam saya biasanya memang letak daging cincang kari atau sardin. Memang terasa homemadenye. Lagi naik selera. 

1. Potong kecil-kecil atau dadu Lada Benggala. Bagi meriah warna piza. Kalau rajin beli warna lain sekali.

2. Sos untuk sedapkan lagi rasa. Biasanya memang guna sos cili dan sos tomato. Dulu-dulu mana ada tin prego ni. Tu la yang abah ajar guna dua sos ni.


3. Topping cheese jangan dilupa. Bukan le piza tak ada cheese. Saya gunakan mozarella dan taburkan parmezan cheese sekali.


4. Hiris nipis cendawan butang dan nenas ye.


Cara menyiapkan piza

Selepas semua persediaan dibuat. Boleh la terus sediakan loyang-loyang pembakar.

1. Sapukan minyak atau butter pada loyang pembakar supaya tidak melekat. Sorry tak ada loyang piza. Guna loyang biasa aje. Saya guna loyang 9cm


2. Leperkan doh ke dalam loyang. Kali ni saya timbang doh dalam 300g untuk loyang saiz ini.  Nak mudah sapu minyak masa meleperkan. Kemudian cucuk-cucuk doh bagi pengudaraan.


3. Sapukan sos prego atau campuran sos tomato dan cili tadi. Taburkan parmesan cheese sedikit di atas sos.


4. Letakkan daging kari tadi di atas sos dan ratakan sekata.


5. Susunlah bahan hiasan piza tadi.


6. Taburkan cheese menutupi semua bahagian bulatan.

7. Bakar pada susu 160° darjah dalam masa 30 minit. Tarra... siap dan ngap.


8. Kita mungkin tak bakar semua terus. Buat je piza tu banyak-banyak. Tutup dengan plastik dan masuk ke tempat beku.

Nak makan nanti defroze dan bakar. Ni contoh yang defroze dan bakar.


Selamat mencuba!
Shidah Abdullah
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com