Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, February 3, 2018

Lewat 2 bulan Haid Tanda Menopause? 10 Tanda Menopause Perlu Diketahui

"Doktor umur saya 46 tahun tapi haid saya lewat 2 bulan tapi saya tak hamil sebab saya dah buat ujian UPT"

Ini adalah fasa Perimenopause dulu. Fasa peralihan di mana terdapat simptom disebabkan perubahan kadar hormon estrogen dan progesteron. Apakah sebenarnya yang berlaku?. Umur meningkat, kelenjar ovari mula kurang berfungsi dengan tidak mengeluarkan hormon estrogen yang secukupnya walaupun benih wanita (ovum) masih dikeluarkan. Tapi tak seperti semasa kita 20an. Fasa ini berlangsung dalam anggaran 4 tahun hingga 10 tahun bergantung pada keadaan masing-masing. 

Menopause

Apabila sampai masanya, wanita akan mengalami Menopause. Menopause adalah tempoh perubahan di mana wanita tidak lagi datang bulan melebihi 12 bulan. In bermaksud kitaran haid sudah berakhir seiring dengan bertambahnya umur kita. 

Bila menopause akan berlaku ye? Tak ada masa yang tepat. Namun secara umumnya ia akan berlaku dalam anggaran umur di antara 45 hingga 55. Ada juga yang berlaku lebih awal dan ada juga yang terlewat. Namun, apa yang kita perlu tahu adalah tanda-tanda sebelum seseorang wanita mengalami menopause sebenar.

Tanda-tanda atau Simptom Menopause

1. Sakit pada payudara 
Rasa sakit atau tidak selesa pada payudara disebabkan perubahan turun naik hormon. Payudara akan rasa lebih sensitif dan tegang. Apabila hampir-hampir menopause, kitaran haid akan tidak tetap dan rasa tidak selesa ini akan lebih lama

2. Badan terasa panas dan berpeluh-peluh (Hot Flashes)
Apabila tahap estrogen kita menurun, kelenjar yang mengawal suhu badan akan terganggu. Badan akan berasa panas tidak tentu masa. Ia boleh berlaku beberapa saat, setengah jam mahupun lebih lama daripada itu. Jika berlaku keadaan ini, pilihlah pakaian yang sesuai, selesa tapi masih menutup aurat. Banyakkan juga minum air dan jika perlu gunakan pek ais.

3. Bau Badan Yang Lebih Ketara
Apabila badan panas, peluh dikeluarkan juga berlebihan. Ini menyebabkan bau badan. Penurunan kadar estrogen memberi signal atau isyarat pada kelenjar hypothalamus. Ia adalah kelenjar di bahagian otak yang mengendali fungsi badan termasuk pelepasan hormon dari kelenjar pituitari. Lebih banyak pelu terhasil sehingga sukar dikawal, makanya bau badan pun terjadi. Kerapkan mandi bagi menjaga bau badan.

Kredit : hisyam.id

4. Tumbuh "Misai" dan "Janggut"
Hah! Jangan terkejut kalau tiba-tiba tumbuh misai atau janggut di muka. Tidaklah ia tumbuh seperti lelaki. Ini merupakan simpton yang biasa berlaku betul-betul dipenghujung haid wanita sebelum menopause. Akan ada juga pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru. Bukan itu sahaja, rambut akan semakin kering, rapuh, menipis dan gugur.

5. Rasa berdebar
Satu kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine atau lebih dikenali sebagai adrenalin berfungsi meregulasikan kadar degupan dan tekanan darah. Ia akan berubah dari masa ke semasa. Kita akan rasa berdebar dan risau tanpa sebab. Kadang-kadang perkara sebegii terjadi pada ibu kita sendiri apabila dia melalui fasa ini. Kita patut memberi sokongan moral dan menjadi pendengar setia mereka.


6. Sukar Mengawal Kencing
Terkencing kita melakukan aktiviti seperti melompat, terbatuk atau bersin adalah keadaan yang melucukan. Tapi hakikatnya itu tanda menjelangnya tempoh menopause. Kadang-kadang dah bersiap pakai baju dan nak keluar rumah, tiba-tiba rasa nak buang air. Wanita akan rasa sukar mengawal pundi kencing dan kerap ke tandas. Ini berlaku disebabkan dinding uretra dalam sistem urinari dan otot pelvik semakin lemah.

7. Kulit Kering
Fasa menopause seperti "reverse puberty" kata Dr Pinkerton di mana wanita akan melalui masalah yang pernah dialami ketika di zaman remaja. Antarnya termasuklah masalah jerawat, eczema dan alergi. Bahagian seperti mata, vagina juga akan terkesan seperti penurunan nafsu seksual.

8. Migrain
Kita mungkin tidak pernah mengalami migrain tetapi hati-hati ia mungkin berlaku pertama kali apabila berlaku perubahan turun naik hormon. Jika kita memang pernah mengalaminya pula, ia boleh menjadi lebih teruk. Apabila ketiadaan haid konsisten, masalah ini akan berkurangan dan hilang serta-merta. Munurut Migrain Research Foundation, 5% wanita menghadapi migrain selepas usia 60 tahun. Harap-harap bukan kita.

9. Mood Swing
Perubahan hormon memang akan diiringi mood swing. Ini juga disebabkan wanita mengalami masalah sukar nak tidur, lebih pelupa dan kurang fokus. Lebih baik kita bersedia supaya kita lebih matang untuk menghadapi dan mengendali perubahan dan mengelakkan mood swing.

10. Tulang Rapuh



Wanita akan hilang 20% daripada tulangnya dalam tempoh 5 tahun pertama menopause. Ini bermakna tulang kita akan merapuh semakin cepat disebabkan ovari tidak lagi menghasilkan estrogen. Ini juga penyebab penyakit osteoperosis.

Hah! Macamana berapa tanda-tanda di atas dah ada. Kurangkan risau dan perbaiki keadaan.

Tindakan Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengatasi Simptom Ini

1. Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat
Secara umumnya, setiap wanita mesti memastikan makanan seharian dapat membekalkan kalsium dan vitamin D. Boleh juga ambil supplemen seperti Ostematrix yang dapat membekalkan kalsium, vitamin D dan magnesium. 

2. Dapatkan sokongan keluarga
Jika menopaus berlaku dikalangan keluarga terdekat atau pada diri sendiri, dapatkan sokongan moral keluarga. Berteman apabila ada temujanji dengan doktor.

3. Lakukan Senaman Ringan
Dengan melakukan senaman, badan akan lebih berasa segar dan tidak hanya duduk di rumah melayani rasa tidak selesa. Dengan bersenam, jantung berfungsi lebih baik dalam mengawal adrenalin yang membuat kita rasa resah. Ini juga dapat membantu mengawal berat badan.

4. Minum air secukupnya


Vitamin Cadangan Bagi Mengurangkan Simpton

1. GLA Complex

GLA biasanya dicadangkan pada wanita mengalami simptom. Ia membantu mengawal selia hormon estrogen dan progesteron. Ia juga membantu melambatkan menopause dengan cara memperbaiki keadaan simptom. Ia adalah gabungkan khasiat bahan-bahan berikut;- 
~ Minyak borage mengandungi kepekatan semulajadi GLA dalam bentuk mudah diserap

~ GLA (Asid linolenik gama) membantu mengekalkan kesejahteraan sepanjang kitaran bulanan atau sepanjang mengalami menopause.

~ Minyak bunga matahari adalah sumber Omega-6 asid lemak membantu membentu bahan prostaglandins yamg membantu tubuh badan kita mengawal banyak proses badan dengan normal.

~ Vitamin E pula membantu dan menyokong sistem imun dan mengekalkan integriti sel wanita menopause.

2. B-complex

Wanita yang menopause atau sedang menopause rasa amat tertekan tanpa sebarang alasan. Cepat rasa nak marah, risau dan panik. Ia mengandungi thiamine, niacin, vitamin B dan asid folik. 

~ B3 dan asid folik diperlukan untuk menghasilkan estrogen dan menyokong keupayaan menggunakan hormon seks. Ia juga melindungi kesihatan tulang wanita putus haid.

~ B6 dan B12 membantu penghasilan serotonin iaitu "transmitter" yang bertugas sebagai utusan kimia dalam otak untuk menstabilkan mood wanita menopause.

~B12, B1 (thiamine) dan B3 pula penting untuk sistem saraf berfungsi dengan baik agar wanita menopause bertindak balas terhadap tekanan.

B-complex Shaklee mempunyai sistem penghantaran nutrien berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting.

3. Omegaguard
Ciri-ciri anti-radang yang ada pada Omega 3 asid lemak sangat diperlukan oleh wanita yang mengalami menopause. Kesannya sangat positif dan sangat membantu mengurangkan gejala-gejala menopause seperti penyakit jantung, kekeringan faraj, kulit dan ramput kering dan nipis dan mata kering. Ia juga mengimbangi mood wanita putus haid.

4. Ostematrix 



Wanita memerlukan lebih kurang 1000mg hingga 1200mg kalsium sehari. Lengkap dengan 400IU vitamin D untung merangsang penyerapan kalsium. Bagi wanita menopause, ia dapat membantu mengurangkan kesan tulang rapuh akibat pengurangan estrogen. Magnesium di dalam Ostematrix membantu menggabungkan kalsium dan tulang serta menguatkannya.


Testimoni Pengguna Vitamin Ini





Dapatkan SET MENOPAUSE sekarang

Hubungi saya Shidah Abdullah 012-6240197 untuk mendapatkan produk di atas atau maklumat lanjut

Jika anda tinggal di sekitar Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas, perkhidmatan COD disediakan.

Perkhidmatan POSLAJU disediakan bagi penghantaran ke seluruh negara.

Moga bermanfaat!

Salam Dari Akak Bisik-Bisik,
Shidah Abdullah


Read More

Friday, February 2, 2018

Cara Atasi Keputihan Punca Faraj Berbau

Keputihan boleh dikatakan masalah klasik bagi semua wanita; tidak kira peringkat umur sama ada anak dara mahupun dewasa. Gejala atau tanda-tanda dan tahap komplikasi adalah berbeza untuk setiap individu disebabkan aktiviti dan tahap kesihatan masing-masing.




Apa sebenarnya keputihan?


Suka saya baca tulisan Dr Zubaidi berkaitan keputihan. Sangat jelas tujuan sebenar lendiran ini berada di faraj wanita. 

Keputihan adalah masalah dimana cairan keputihan keluar dari faraj. Tapi ia bukanlah tanda sesuatu penyakit. Ia adalah perkara biasa atau fisiologi badan menghasilkan lendir ini untuk tujuan tertentu.

Antara tugasan lendir ini adalah;-



Keputihan
1. Ia bertindak sebagai pelindung sel-sel dan dinding faraj dari kering dan rosak. Jika faraj kering, ia akan menimbulkan kesakitan terutama sewaktu bersetubuh dan boleh menyebabkan dinding faraj berdarah. Biasanya kekeringan dialami oleh wanita yang putus haid (menopause)

2. Ia sangat penting dalam peranan persetubuhan. Lendiran ini akan bertambah ketika naik syahwat dan ketika bersetubuh.

3. Ia Membekalkan makanan semasa proses persenyawaan. Pangkal rahim (Cervix) akan mengeluarkan lendir berperanan semasa percantuman benih lelaki (sperm) dan benih wanita (ovum). Lendir ini membekalkan tenaga dan makan pada benih- benih lelaki (sperm) akan hidup beberapa hari di dalam lendir di pangkal rahim yang kebiasaanya hidup 24 hingga 28 jam sahaja.

Pentingkan lendir ini pada wanita.


Jenis - Jenis Keputihan Yang Perlu Dikenali dan Difahami

Terdapat dua jenis keputihan iaitu fisiologis dan patalogis

1. Keputihan fisiologis terjadi pada wanita sihat dan ia adalah gejala yang normal dan pulih secara semulajadi. Lendirnya cair, tidak melekat, berwarna putih atau krim dan tidak berbau. Ia dikeluarkan dalam kuantiti yang sikit, tidak gatal dan tidak memerlukan rawatan. Ia kerap dihasilkan semasa subur dan sebelum haid. Ia juga dikeluarkan mengikut aktiviti yang dijalani seharian. Jika lebih aktif, lebih banyak dikeluarkan.

2. Keputihan patologik adalah penyakit yang rumit dan perlu dirawat dengan segera. Lendirnya lebih kental dan melekat, berwarna kuning, kelabu atau hijau. Baunya busuk dan keluar dengan banyak. Ini terjadi apabila berlaku jangkitan pada bahagian faraj. Sangat gatal dan berlaku keradangan dan kemerah-merahan. Lebih baik berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan

Sumber : www.myhealth.gov.my

Bahaya Keputihan Jika Tidak Dijaga Dengan Baik

Masalah keputihan yang teruk dan lewat ditangani boleh menyebabkan penyakit seperti berikut;-

1. Kemandulan - Jangkitan pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan ke saluran pengeluaran telur (Tiub Fallopio)

2. Kandungan Luar Rahim - Jangkitan yang kronik menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan boleh menyebabkan pendarahan yang mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

3. Mengancam Nyawa - Bagi wanita yang mempunyai daya tahan badan yang rendah (imun), keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawanya.





Jangan main-main! Jika dibiarkan lama, rawatan sukar diberikan kerana kita membuatkan ia kebal dengan menambah sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik ataupun antifungal.



Apakah Punca Keputihan Berlaku?

Jom kita kenali punca kenapa keputihan ini berlaku sebenarnya.



1. Kebersihan di mana wanita mensti menjaga bahagian sulit wanita (faraj) dengan rapi untuk elakkan jangkitan kuman. Pastikan ia dicuci dengan air bersih dan lap dengan kering selepas membuang air kecil atau selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan disebabkan oleh aktiviti seksual. Kena jaga baik-baik Miss V ni tau!

2. Perubahan Hormon pada tubuh boleh menyebabkan keputihan. Hormon berubah disebabkan -

  • Pengeluaran hormon pembiakan semasa wanita hamil memudahkan kulat melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat terutamanya antibiotik yang berlebihan menyebabkan bakteria semulajadi pada bahagian faraj mati dan menyebabkan pertumbuhan bateria dan kulat
  • Tekanan akibat masalah peribadi atau gangguan emosi akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkoordinasi penghasilan hormon
  • Wanita yang mengambil pil perancang keluar atau pencegah kehamilan menyebabkan hormon dalam darah tidak stabil

3. Masalah kesihatan seperti kencing manis menyebabkan rembesan faraj mengandungi gula yang tinggi. Ini menyebabkan kulat tumbuh lebih banyak dan membiak di dalam faraj.



Cara Mencegah Masalah Keputihan

Bila kita dah faham apa sebenarnya keputihan, bahayanya dan apa sebenarnya punca ia berlaku, kita kena tahu bagaimana nak mencegah pula.

1. Sentiasa pastikan bahagian faraj berada dalam keadaan kering dan bersih.
2. Elakkan penggunaan pembersih faraj yang mengganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
3. Bagi yang haid, sentiasa tukar tuala wanita 
4. Gunakan panty liner atau pelapik seluar bila diperlukan seperti waktu beriadah.
5. Elakkan pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat dari kain satin
6. Jangan gunakan sebarang produk wangian sepeti bedak atau semburan pada bahagian faraj.
7. Basuh bahagian farah dengan air bersih selepas buang air kecil atau selepas aktiviti seksual.
8. Jika berlaku kegatalan, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan vagina untuk rawatan segera.
9. Lakukan aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan 



Cadangan Vitamin Bagi Masalah Keputihan

Disebabkan keputihan banyak berpunca dari dalaman seperti hormon dan luaran seperti aktiviti harian, pemakanan yang sihat dan pengambilan vitamin secara konsisten dapat membantu mengatasi masalah keputihan. Berikut adalah vitamin yang dicadangkan;-

1. Garlic Complex


Garlic atau bawang putih merupakan agen yang bersifat antioksidan dan antikulat. 
  • Membantu mengurangkan keputihan dan menghalang alergi
  • Membantu menguatkan sistem imun badan melawan jangkitan kuman dan bakteria
  • Menstabilkan glukos dalam badan terutama pesakit diabete
  • Selain itu, ia menurunkan kolestrol dan membantu menurunkan darah tinggi
  • Mempertingkatkan sistem penghadapan seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman

2. Alfalfa Complex


Alfalfa pula agen antikulat yang membunuh kuman Candida yang menjadi punca masalah keputihan.
  • Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan badan yang berasid kepada normal
  • Ia melawan alahan dan memperbaiki kulit dan bau badan
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut
  • Selain itu, ia menghilangkan toksik dan badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot

3. GLA Complex

Ia membantu tindakan Alfalfa untuk mengekang kulat daripada merebak dan terus membiak
  • Ia mengeluarkan virus dan meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dan mengawal selia estrogen dan progresterone dalam darah
  • Meningkatkan sistem imun
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alahan, kegatalan dan kulit kering
  • Meringankan sakit dan bengkak
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula dalam darah
  • Meringankan kebas dan kesakitan

Apa Kata Mereka Yang Mengamalkan Set Keputihan Ini?






Pertanyaan/ Order

Jadi kalau puan mempunyai sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan konsultansi set ini dari saya, sila hubungi saya;-

Shidah Abdullah 012-6240197
COD : Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas
Pos : Keseluruh Malaysia


Read More

Monday, January 22, 2018

25 Kelebihan dan Rahsia Vitamin E Shaklee

Shidah Abdullah Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949) Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Saturday, January 20, 2018

3 Makanan Sunnah Untuk Masalah Penyakit Strok


Semua orang berdoa terhindar dari sebarang penyakit terutama strok. Tak boleh kita bayangkan bagaimana tubuh badan yang segar selalu tiba-tiba menjadi lumpuh sebelah kiri atau pun kanan, mulut senget, suara nak dilontar keluar dan ada yang menjadi lupa itu dan ini. Mohon dijauhkan dari kita.

3 makanan sunnah yang di amalkan Rasullullah bagi menjauhkan penyakit teruk seperti strok.

Madu




Madu (Al ‘Asal) mengandung air, glukosa, fruktosa, sukrosa, dan asam lemak. Ia juga mengandung berbagai jenis vitamin seperti;-

Vitamin B1 yang berfungsi untuk memulihkan kelumpuhan pada saraf.  
Vitamin E yang berfungsi sebagai antioksidan dan melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen dari rosak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. amat gemar makanan manis-manis dan madu. Rasulullah telah bersabda
“Barang siapa yang menelan (minum sedikit) madu tiga kali (di waktu pagi) setiap bulan, ia tidak akan terkena penyakit teruk”

Telah berkata Imam Ibn Qaiyim. “Dan petunjuk Rasulullah s.a.w. tentang minuman ialah baginda suka meminum madu yang dicampurkan dengan air sejuk.”

Bawang Putih

Bawang putih bersifat panas dan kering. Dapat memberikan kehangatan tingkat tinggi. Mengandung minyak atsiri yang berfungsi untuk menurunkan kadar lemak dalam darah baik kolesterol maupun trigliserida dan mencegah artherosclerosis.


Rasulullah telah bersabda, 
“Barangsiapa hendak makan kedua benda ini (bawang merah dan bawang putih), hendaknya dimasak dengan sempurna.”

Ibnu Qaiyim menyebutkan bawang putih dapat mengganggu otak dan mata, maka perlu ditambah daun rue atau dimasaknya hingga sempurna.

Jintan Hitam
Jintan hitam atau lebih dikenali sebagai Habbatussauda bersifat panas dan kering pada tingkatan ketiga. Jintan hitam dapat menstimulasi seluruh organ dan memperbaiki metabolisme badan. 


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, 
“Makanlah jintan hitam, karena ia mengandung obat dari segala jenis penyakit kecuali kematian.”

Minyak zaitun

Minyak zaitun yang terbaik adalah yang berasal dari perahan dingin (Cold Press Oil) pada perahan pertama (Extra Virgin).
Minyak zaitun kaya dengan kandungan 
Omega 9 yang dikenal mampu menurunkan LDL dan menaikkan kadar HDL
Vitamin E sebagai antioksidan dan melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen dari rosak. 
Vitamin D yang berfungsi untuk mencegah kelumpuhan tulang. 

Ketika manusia telah mencapai umur 63 tahun maka telah sampai pada 10% terakhir dari DNA yang ada dan setelah itu manusia menjadi tua.. Minyak zaitun dapat digunakan untuk menjaga 10% terakhir dari kromosom ini. Minyak zaitun telah terbukti mampu menjaga unsur DNA tidak terkikis dari rantai ujungnya dan menjaga agar tidak terjadi jarak yang menyebabkan loncatan atau perubahan menjadi sel kanser.


Moga bermanfaat
Shidah Abdullah
Read More

Thursday, January 18, 2018

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Betul dan Selamat

Pelbagai cara orang nak kurus. Ada yang mencuba macam-macam produk tanpa fikirkan kesan sampingan. Tapi entry saya lebih menarik.

Bagaimana turunkan berat badan dengan betul dan selamat. Kagum dengan semangat sahabat sorang ni. Hah meh nak perkenalkan cik kak sorang ni. Bulan Jan 2018 promo omega nama dia la paling banyak tersenarai memborong.. hahaha tu la hobi dia kalau promo..


Sebelum ni Yati asyik susah hati je nak turunkan berat badan.. tambah dia jenis "akak bz" pulak.. bukan main suka dia update berat dia turun 4KG.


Apa Yati buat semua basic yang semua orang tahu. Tapi konsisten dia lakukan 6 langkah ni sahaja.

[1] Pagi mesti sarapan. Yati tak missed breakfast. Katanya "Don't ever2 skip". Nanti tengahari jadi dinasour. Kata dia la..

[2] Tengahari makan lagi. Bezanya nasi tu dia control. Cukup la segenggam tangan sendiri. No tambah2 ye.. sebaiknya tukar makan brown rice.. brown rice lambat ditukarkan menjadi gula berbanding beras biasa.

[3] Malam makan sebelum pukul 7. Ini penting. Makan lewat malam buat perut lewat menghadam. Sediakan makanan pagi-pagi di rumah.

[4] Snek malam yang simple2. Ni bila malam2 terasa lapar. Terbaik makan buah atau granola. Roti ambil wholemeal.

[5] Minum air secukupnya. Ikut keperluan badan masing2. Pernah terbaca kalau berat 65kg/25kg bersamaan 2.6 liter air.

[6] Specialnya Yati telan 3 biji minyak ikan OMEGAGUARD sebelum tidur..
- Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi
- Ia membantu menurunkan kolestrol jahat
- Ia membantu mengawal kandungan gula dalam badan.


Kan dah kata.. jaga makan, exercise dan tambah supplement shaklee yang proven safe sebab ada kajian Landmark Study berbanding yang ada dipasaran. Tak yah takut2 makan ada side effect.. 1 je side effect yang menakutkan bila ramai nampak lagi muda dari umurnya 😂.

Cepat pm batch promo omega berderet2 ni.

Shidah Abdullah
No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com