Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Friday, June 1, 2018

Promosi Cantik Raya 2018

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?  Bagaimana dengan Ramadhan and semua. Didoakan moga momentum ibadah berterusan sehingga ke akhir dan dibawa ke dalam bulan-bulan seterusnya.

Sekarang musim ramai membuat persiapan raya. Raya pun dah dekatkan. Nak cantik bergayakan! Sampul duit raya pun tak dilupa.

Sempena nak cantik ni promosi bulan ni memang sesuai sangat untuk semua. Memastikan semua glowing di pagi raya.

 1. Rangkaian Penjagaan Kulit YOUTH

YOUTH direka khas untuk digunakan dalam tempoh 60 hari. Diformulasi untuk semua jenis kulit termasuk yang mempunyai masalah kulit. 
  • 100% Vegan dengan bahan semulajadi
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Beans lebih dari 1,500 bahan kimia berbahaya
  • Diuji oleh ahli dermatologi dan oftalmologi
  • 2/3 yang menggunakan YOUTH menjadikan kulit sedekat lebih muda dari usia sebenar
Harga RM1,010.00
Free Membership
Dapat Cash Bonus
Jimat RM252.50

2. Kolagen 

Beli 2 Diskaun 5%
Beli 7 @ 6
Seterusnya kulit kena juga dijaga dari dalamkan. Terutama kolagen yang membantu kekalkan keanjalan kulit.

  • Selepas melepasi umur 20an, kajian menunjukkan badan kita menghasilkan 1% kurang kolagen dari tahun sebelumnya. 
  • Kalau umur 34 tahun, day kurang 14%. So promosi kolagen.

Harga RM566.20
Sekotak RM283.10
Jimat RM29.80

Lagi jimat bila beli ramai-ramai
Harga RM1,788.0
Sekotak RM255.43
Jimat RM298.00

Standby nak berhari raya sakan. Makan terhidang pasti kita tak dapat nak tolakkan. Mesti berat tak terkawal. Jom bersedia untuk maintain dengan vitamin yang membantu kekal cergas dan kesihatan terjaga dengan pilihan set-set terbaik.

 3. Cleanse and Burn Set

Harga RM477.50

4. Revitalise Set

Harga RM755.00

5. Cinch Shake Mix 10% Diskaun
Pilihan antara 3 set Di bawah. Nak sambar semua pun boleh. Ini harga setiap set

Harga RM326.25
1 canistee RM163.15
Jimat RM36.25

2 x Coklat



2 x Café Latte



1 Coklat + 1 Cafe'Latte

Takkan mak ayah je nak tomeikan. Anak pun. Hadiahkan ketenangan dengan Shaklee Baby 👶 Set

6. Shaklee Baby Set Beli 3 @ 2

Harga RM720.00
Satu Set RM240
Jimat RM360


Banyak gilakan promosi bulan ni. Tu pun anda boleh jimat 10% - 15% lagi tau.
Macamana? Hubungi saya 
Shidah Abdullah (No. Ahli : 922949)
COD Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Thursday, May 31, 2018

Pengalaman D&C Untuk Keguguran

Bila Doktor Dah Kata...  Follow je..

Pagi-pagi setia menanti kaunter admission ke wad buka pukul 8.30 pagi. Hehe tapi risaunya nak buat prosidur D&C dari semalam. Terjaga pulak pukul 3 dan tak boleh tidur. Bleeding dah ada sikit dan tak boleh nak solat. Zikir je la ye.


Berdebar dari sebab semalam sebab nurse kirim ubat Misoprostol untuk insert di bahagian bawah. Pesan nurse "Pukul 6 pagi nanti puan guna glove ni masukkan tiga-tiga sekali ye. Puan akan rasa macam period pain sikit"


Waduh! Period pain. Lupa dah rasa. Yang ingat rasa contractions bersalin ye. Ni yang buat lagi berdebar tak leh tidur. Hehe. Bertenang je la.

Ngadap akaun Niagawan sebab target nak settlekan sebelum admitted. Siap juga ngam2 pukul 6. Mandi, settlekan pesanan nurse dan terus bersiap nak ke hospital.

Bila kaunter registration dah buka terus ambil no 3002. Orang kedua. Ting "3002 kaunter 9". "Admission ye puan? Bilik belum ada. Bila ada saya panggil puan". Dalam setengah jam nurse call bilik ready dan terus dapat tag nama.


Masa ni ubat tu dah bertindak balas duduk dah tak tentu arah. Period pain plus mild contraction la rasanya. Heavy period. Ubat tu bantu clearkan rahim dari pukul 8 sampai pukul 9 lebih keluar ketulan daging.


Terus kurang rasa sakit dan masih perlu dicuci sebab ketulan tu tak sempurna. Maknanya ada yang masih tertinggal. Tu sebab kena buat d&c. Sempat tengok sekeliling bilik ada signage kena puasa nak buat prosidur. Dari pukul  12 malam puasa tau!


Dalam pukul 10 nurse datang nak bawa ke OT. Lagi la berdebar Ditolak terus ke ruangan menunggu PRE OP/ POST OP HOLDING WAY. Tu la signage ada di situ. Tudung dah diganti dengan topi ala2 cap mandi tu. Diruangan ni ada 3 katil berpenghuni dan saya giliran last nampaknya dalam pukul 11 pagi.

Doktor berbaju hijau lalu lalang. Dibaju tulis SJ OT. Salah sorang datang perkenalkan diri Dr Ngun explain tentang bius yang akan diberikan iaitu General Anesthesia. Yang saya tahu saya tak kan sedar sepanjang prosidur.

Dr Ngun pasangkan jarum ditangan untuk masukkan bius. Disebabkan giliran belum sampai ubat belum dimasukkan. Mata mengelewor tengok kakitangan hospital. Kemudian orang kanan masuk OT. Dengar nurse sebut pasal "lung" bila berbincang dengan kawannya.  Berdebar dengar.

Saya yang masuk untuk d&c pun risau. Kalau sakit lain tak tahu la. Dr Ngun datang tanya dan tunjuk satu kertas risiko-risiko prosidur untuk di baca. Saya faham dan sign. Dr Ngun cucuk dan masukkan pain killer. Dah rasa dizzy dan terawang-awang. Belum bius lagi. Baring dan terlelap sekejap.

Bila bangun turn saya dah sampai. Disorong masuk ke OT. Nampak la lampu macam dalam drama. Ada sorang doktor suruh bernafas guna oksigen. Sementara tu dah mula rasa sesuatu masuk di tangan dan sakit. Tapi sebab leka sedut oksigen memang terus terlelap semula. Tak sedar apa berlaku.

Bila terjaga, saya dah berada di bahagian Pre op/ post op holding way.  Oh dah selesai rupanya dan ada rasa sakit sedikit. Tapi rasa diperut sangat lega berbanding tadi masih ada sakit period pain. Syukur sangat selesai prosidur dengan baik.

Masa untuk recovery dan sesi berpantang bermula. Macam biasa ambil set berpantang la kan. Moga ada rezeki anak seterusnya. Yang penting sekarang masa build up semula tenaga dan pulihkan luka dalaman.

Kongsi Pengalaman,
Shidah Abdullah


Read More

Wednesday, May 30, 2018

Bahagian 1 : Bila Doktor Dah Kata...

Mengadap doktor selepas tempoh seminggu habis selepas datang minta second opinion doktor pakar.

Doktor pun on mesin scan. "Saya nak check dari bawah ye. So puasa awak batal". Angguknya sambil mulut jawab "Ok doktor".

Doktor masukkan satu stik dari bawah. "Jangan risau ye tak sakit. So relaks je ye". "tu embrionya. Kalau kita tengok aliran darah yang warna merah hijau tu, hanya pada ibu. Tak ada yang berwarna pada anak". "Biasanya saiz baby 👶 7 minggu dah boleh nampak heart beat dan akan ada pergerakan". Saya hanya mendengar dan melihat kali terakhir sebab keadaan ni memang dah sedia maklum dalam 2 minggu lepas tapi masih mengharapkan miracle Allah.

Allah atur lebih baikkan. Kali ni merasa pula D&C. Selalu dengar cerita kawan-kawan je. Ewah! Happy lak dia ye. Orang patut sedih baby tak ada. Hehe sedihnya dah berlalu masa dapat tahu pemeriksaan pertama dan masih terus berdoa. So untuk terus positif kena pandang sudut hikmah Allah bagi.

So hari ni makan puas-puas dulu sebab kena berpantang sakan. Ajak family berbuka dekat secret recipe hehe.



Sebab malam ni dah bermula...
"Esok datang puasa ye dari pukul 12 malam"
"Prosidur puan pukul 11 pagi"
"Masukkan ubat 6 pagi"

Sambung bahagian 2 hehe


Read More

Friday, April 6, 2018

Vitalea Multivitamin Dipercayai Pengguna Lebih 100 Tahun

Ramai yang masih mencari vitamin yang sesuai untuk diri dan keluarga. Mari saya kongsikan multivitamin yang telah digunakan lebih 100 tahun oleh pengguna-pengguna di seluruh dunia. 




Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu; bermula dari 1915) kepada tablet. Ia telah diupgrade dengan formulasi zat besi. 
Dihasilkan pada 1915 oleh Dr Forrest C. Shaklee. Setiap tablet mengandungi
  • 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah
  • 12 vitamin  dan 7 mineral yang memanf disarankan oleh RDA
  • Ia diformulasi secara komprehensif dan sangat seimbang.
  • Setiap tablet disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina
  • Ia menggunakan kaedah terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks dikenali sebagai Explo-tab
Multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalan air dan juga dalam tubuh kita.
  • Mineral yang terkandung di dalam vitalea mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus 

Antara manfaat vitalea
Penambah tenaga segera agar lebih fokus
Pelengkap nutrisi disebabkan diet tidak seimbang
Keupayaan sistem produktif terutama bagi anak yang hendak membesar 
Meningkatkan metabolisma dan melambatkan proses penuaan
Melindungi organ seperti fungsi buah pinggang, jantung dan hati 

Berapa harga sebotol Vitalea?

Sebotol vitalea mengandungi 120 biji dengan harga RM110 sahaja (termasuk harga pos). 


Siapa yang sangat perlu mengambil Vitalea?

  • Mereka yang hendak kekal sihat selalu
  • Mereka yang kurang bertenaga
  • Mereka yang mengalami masalah tekanan darah rendah (HB rendah)
  • Ibu yang hamil
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Mereka yang mengalami masalah rambut gugur
  • Mereka yang menghidapi penyakit diabetes
  • Mereka yang mengalami masalah kemurungan
  • Mereka yang mengalami masalah prostat
  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan

Bagi anda yang hendak mendapatkan Vitalea ini boleh menghubungi saya:-
Shidah Abdullah (SID No: 922949)
No telefon 012-6240197 atau 
COD : Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
Penghantaran melalui pos keseluruh negara.
Read More

Thursday, April 5, 2018

Mana datang perkataan Vitamin? Ini Asal Usul Vitamin

Tahu tak macamana datangnya perkataan "Vitamin". Ini kisah disebaliknya. 

Dr Forrest C.Shaklee dilahirkan pada November 1894 di Carlisle, Iowa. Beliau disahkan mengidap tuberculosis iaitu penyakit batuk kering. Doktor menganggarkan tempoh jangka hayar beliau hanya dalam anggaran 8 tahun sahaja. 




Disebabkan itu, keluarganya berpindah dari kawasan berjelaga dan berasap disebabkan perlombongan arang batu di Carlisle ke utara Iowa. Kenapa? Mereka percaya bahawa penyakit tuberculosis hanya boleh diubati dengan udara yang segar, makanan yang sihat dan rehat yang cukup. 


Bila di zaman kecil lagi dah menghidap batuk kering, keluarga membawa Dr. Forrest C. Shaklee ke luar bandar di tempat yang bersih dengan alam sekitar yang segar. Keluarga beliau menukar cara hidup bertahun-tahun.

Dalam tempoh itu, beliau tidak bergantung pada hospital atau ubat-ubatan. Selebihnya rawatannya adalah rehat yang cukup, makan makanan berkhasiat dan bersenam dan menghabiskan waktu di luar.

Minat
Dari situ timbul minat Dr. Forrest dalam bidang kesihatan, membawa beliau kelapangan, makmal dan bilik peperiksaan. Beliau yakin dan percaya


Pemakanan yang baik adalah asas untuk kesihatan keseluruhan dan kesejahteraan

Membangunkan teknik baru

Dr. Forrest sentiasa muncuba membangunkan teknik untuk mengekstrak nutrien dari makanan. Terhasilnya "Vitalized Mineral" dan diperkenalkan pada 1915. Kemudian barulah konsep vitamin yang berasal dari singkatan vitamin pertama ini "Vitalized Mineral" lebih difahami.


Beliau juga membina amalan dan klinik kiropraktik yang berjaya. Beliau belajar dari merawat pesakit bahawa kesihatan yang baik diperlukan untuk memupuk kesejahteraan. Bukan hanya merawat penyakit.





Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada tablet. Ia juga diupgrade dengan formulasi zat besi. 


Moga bermanfaat ye!

Salam sayang dari akak bisik-bisik,
Shidah Abdullah

Sumber ; http://www.whyiridehorses.com/content/fascinating-history-dr-forrest-c-shaklee
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com