Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Sunday, June 3, 2018

Tips Bijak Berbelanja Di Musim Raya

Berbelanja bila nak beraya memang  rambang mata. Masa ni bersusun kedai di semua pasaraya dengan promosi hebat masing-masing. Memang melambai memanggil-manggil.

Dengan itu, kita kena rancang perbelanjaan kita dengan bijak. Lebih lagi nak membuat persiapan anak-anak. Apa kata sebelum hendak keluar membeli belah, gunakan tips berikut sebagai panduan berbelanja.

 1. Buat Senarai

Sebelum kita keluar membeli belah pastikan kita tulis senarai barangan yang hendak dibeli seperti baju yang hendak dicari untuk keluarga dan barangan dapur.

Jika hendak membuat kuih Raya,  tetapkan kuih yang hendak dibuat dan berapa bancuhan hendak dibuat. Kemudian, buat kiraan bahan-bahan yang perlu dibeli. Hehe pernah satu tahun semangat nak buat kuih dan beli bahan berlebihan, sampai raya tahun depan ada lebihan bahan dan sudah expired. Kan rugi.

Dengan merancang kita akan membeli dengan lebih fokus dan tanpa pembaziran. Kemudian,  kira anggaran bajet. Jika lebih dari yang ditetapkan bolehlah kita potong yang mana rasa boleh dibeli kemudian.

2. Elakkan bawa kad kredit

Hah kalau time membeli belah waktu raya anda menggunakan kredit kad, sudah pastinya anda akan membeli melebihi had. Sebab mindset kata tak apa la lebih sikit. Hentikan!

Sebaiknya gunakan debitkan untuk lebih selamat dengan jumlah baget yang ditetapkan di dalamnya. Maklumkan jumlah ini pada yang mengikut bersama. Pasti mereka juga mula mengira-ngira ketika memilih. Mau tak risau, nanti kena reject barang dikaunter kan malu tu. 

Untuk membeli baju di booth2, asingkan bajet mengikut individu. Limitkan setiap seorang mungkin RM150. kalau nak dapat baju yang banyak kena la pandai mix and match baju. Huhu baju budak pun mahal juga tau. 

3. Beli Semasa Jualan Murah

Musim perayaan jualan murah memang merata-rata. Bayangkan dapat membeli barang berkualiti dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Tapi berhati-hati juga ada juga yang mengambil kesempatan. Kata jualan murah tapi harga sama seperti biasa. Hanya sekadar tampal tag harga baru seperti harga potongan baru. Membeli pakaian anak-anak masa jualan memang berbaloi.

4. Bawa penasihat dan pakar tawar menawar

Pergi bershopping ni berteman lebih seronok. Ada penasihat yang akan bantu mengingatkan kita dan expert tempat yang boleh bagi harga lebih murah. Lagi bagus yang terror tawar menawar. Jangan bawa ramai sangat pula. Nanti pening pula nanti.  Penasihat juga dapat membantu kita memilih dengan lebih bijak.

5. Elakkan membawa anak kecil 

Membawa anak-anak memang seronok dapat tengok gelagat yang comel. Tapi proses membeli belah dan memilih akan ambil masa yang sangat lama dan perlu bergerak pantas. Membawa anak-anak adakalanya menyukarkan memilih. Ditambah pula anak-anak akan mula merengek bila mereka dah mula kepenatan. So lebih baik elakkan.

Semoga persiapan beraya lebih bijak dan beraya tanpa perlu memikirkan bebanan hutang atau kekurangan perbelanjaan di masa akan datang ye.

Shidah Abdullah
Dhuha Founder


Read More

Saturday, June 2, 2018

Cara Atasi Badan Dan Nafas Berbau

Ada satu masalah besar ni.. 

Macamana nak buat bila ada kawan-kawan atau ahli keluarga yang mempunyai masalah bau badan dan bau mulut?. Nak ditegur nanti kecil hati. Tak kan asyik nak mengelak dari bertembung dan mungkin juga mustahil sebab memang rapatkan. 


Dari larikan diri lebih baik kita bantu. Kena tahu punca nafas dan badan berbau. Baik kita cuba bantu dengan menyemak punca dan mencadangkan apa yang boleh dilakukan.



Punca Badan Berbau

a. Makanan - pemilihan diet yang berempah, suka makan bawang putih yang banyak antara punca badan lebih berbau kuat dari biasa. Bukan tu sahaja, bagi yang gemar makan daging juga mudah alami badan berbau. Berhenti mengambil seketika atau kurangkan pengambilan.

b. Penjagaan kebersihan - bagi yang menghadapi masalah ini perlu menjaga kebersihan lebih berbanding dari orang lain disebabkan pengeluaran peluhnya lebih. Mandi perlu lebih kerap dan pilih sabun yang bersesuaian seperti dettol.

c. Pemilihan pakaian yang bersesuaian - pilih pakaian yang serap peluh kerana ia lebih selesa. Bila memakai pakaian dari material seperti jersey yang lebih panas dan tidak serap peluh, ia akan lebih memburukkan keadaan. Pilih warna yang tidak terlalu gelap atau terlalu cerah ye.

d. Pakai Deodarant - Pemakaian deodarant dapat membantu menghilang dan mengawal bau badan. Tapi kena try and error juga sebab bukan semua yang sesuai dengan si pemakainya.


Punca Nafas Berbau

Ini pula checklist untuk membantu mereka yang mempunyai masalah nafas berbau. Galakkan mereka periksa ada tak masalah berikut.

a. Masalah gigi atau gusi yang tidak sihat atau rosak

b. Tidak menggosok lidah semasa memberus gigi 

c. Masalah penghadaman yang tidak sempurna menghasilkan perut yang tidak selesa dan bakteria menyebabkan mulut berbau.

d. Mempunyai penyakit seperti demam, selsema atau penyakit lain seperti diabetes. 

e. Pengambilan ubat-ubatan juga boleh menyebabkan nafas berbau.


Kena sentiasa beri semangat pada mereka ye. Jangan pandang serong pada mereka ye! Ada mereka yang dah buat semua di atas tapi disebabkan kelenjar mereka yang sangat aktif masalah ini tetap berpanjangan.

Boleh cadangkan juga pada mereka untuk buat detox keseluruhan badan dan juga sistem penghadaman di mana tempat banyak bakteria membiak. Sangat dicadangkan untuk mengambil ;-

1. Alfalfa akan membantu menyegarkan nafas dan membantu detox seluruh badan dan menghilangkan bau. Akan meneutralkan badan yang berasid.

2. Vitamin C akan menyembuhkan gusi yang bermasalah yang menyebabkan bau mulut

3. Garlic pula antibiotik semulajadi yang akan musnahkan bakteria 

4. Peppermint akan memberi kesegaran dan membunuh bakteria penyebab bau mulut

5. Herblax pula akan menyelesaikan masalah usus dengan melakukan pembersihan terutama kerak-kerak tegar di dalamnya.  


Kata mereka yang amalkan Set Detox ni





Hubungi Shidah Abdullah 012-6240197 untuk dapatkan vitamin bagi mengatasi masalah badan dan nafas berbau dengan segera! 
Read More

Friday, June 1, 2018

Promosi Cantik Raya 2018

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?  Bagaimana dengan Ramadhan and semua. Didoakan moga momentum ibadah berterusan sehingga ke akhir dan dibawa ke dalam bulan-bulan seterusnya.

Sekarang musim ramai membuat persiapan raya. Raya pun dah dekatkan. Nak cantik bergayakan! Sampul duit raya pun tak dilupa.

Sempena nak cantik ni promosi bulan ni memang sesuai sangat untuk semua. Memastikan semua glowing di pagi raya.

 1. Rangkaian Penjagaan Kulit YOUTH

YOUTH direka khas untuk digunakan dalam tempoh 60 hari. Diformulasi untuk semua jenis kulit termasuk yang mempunyai masalah kulit. 
  • 100% Vegan dengan bahan semulajadi
  • Tidak menyumbatkan liang pori
  • Beans lebih dari 1,500 bahan kimia berbahaya
  • Diuji oleh ahli dermatologi dan oftalmologi
  • 2/3 yang menggunakan YOUTH menjadikan kulit sedekat lebih muda dari usia sebenar
Harga RM1,010.00
Free Membership
Dapat Cash Bonus
Jimat RM252.50

2. Kolagen 

Beli 2 Diskaun 5%
Beli 7 @ 6
Seterusnya kulit kena juga dijaga dari dalamkan. Terutama kolagen yang membantu kekalkan keanjalan kulit.

  • Selepas melepasi umur 20an, kajian menunjukkan badan kita menghasilkan 1% kurang kolagen dari tahun sebelumnya. 
  • Kalau umur 34 tahun, day kurang 14%. So promosi kolagen.

Harga RM566.20
Sekotak RM283.10
Jimat RM29.80

Lagi jimat bila beli ramai-ramai
Harga RM1,788.0
Sekotak RM255.43
Jimat RM298.00

Standby nak berhari raya sakan. Makan terhidang pasti kita tak dapat nak tolakkan. Mesti berat tak terkawal. Jom bersedia untuk maintain dengan vitamin yang membantu kekal cergas dan kesihatan terjaga dengan pilihan set-set terbaik.

 3. Cleanse and Burn Set

Harga RM477.50

4. Revitalise Set

Harga RM755.00

5. Cinch Shake Mix 10% Diskaun
Pilihan antara 3 set Di bawah. Nak sambar semua pun boleh. Ini harga setiap set

Harga RM326.25
1 canistee RM163.15
Jimat RM36.25

2 x Coklat



2 x Café Latte



1 Coklat + 1 Cafe'Latte

Takkan mak ayah je nak tomeikan. Anak pun. Hadiahkan ketenangan dengan Shaklee Baby 👶 Set

6. Shaklee Baby Set Beli 3 @ 2

Harga RM720.00
Satu Set RM240
Jimat RM360


Banyak gilakan promosi bulan ni. Tu pun anda boleh jimat 10% - 15% lagi tau.
Macamana? Hubungi saya 
Shidah Abdullah (No. Ahli : 922949)
COD Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas 
 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/
Read More

Thursday, May 31, 2018

Pengalaman D&C Untuk Keguguran

Bila Doktor Dah Kata...  Follow je..

Pagi-pagi setia menanti kaunter admission ke wad buka pukul 8.30 pagi. Hehe tapi risaunya nak buat prosidur D&C dari semalam. Terjaga pulak pukul 3 dan tak boleh tidur. Bleeding dah ada sikit dan tak boleh nak solat. Zikir je la ye.


Berdebar dari sebab semalam sebab nurse kirim ubat Misoprostol untuk insert di bahagian bawah. Pesan nurse "Pukul 6 pagi nanti puan guna glove ni masukkan tiga-tiga sekali ye. Puan akan rasa macam period pain sikit"


Waduh! Period pain. Lupa dah rasa. Yang ingat rasa contractions bersalin ye. Ni yang buat lagi berdebar tak leh tidur. Hehe. Bertenang je la.

Ngadap akaun Niagawan sebab target nak settlekan sebelum admitted. Siap juga ngam2 pukul 6. Mandi, settlekan pesanan nurse dan terus bersiap nak ke hospital.

Bila kaunter registration dah buka terus ambil no 3002. Orang kedua. Ting "3002 kaunter 9". "Admission ye puan? Bilik belum ada. Bila ada saya panggil puan". Dalam setengah jam nurse call bilik ready dan terus dapat tag nama.


Masa ni ubat tu dah bertindak balas duduk dah tak tentu arah. Period pain plus mild contraction la rasanya. Heavy period. Ubat tu bantu clearkan rahim dari pukul 8 sampai pukul 9 lebih keluar ketulan daging.


Terus kurang rasa sakit dan masih perlu dicuci sebab ketulan tu tak sempurna. Maknanya ada yang masih tertinggal. Tu sebab kena buat d&c. Sempat tengok sekeliling bilik ada signage kena puasa nak buat prosidur. Dari pukul  12 malam puasa tau!


Dalam pukul 10 nurse datang nak bawa ke OT. Lagi la berdebar Ditolak terus ke ruangan menunggu PRE OP/ POST OP HOLDING WAY. Tu la signage ada di situ. Tudung dah diganti dengan topi ala2 cap mandi tu. Diruangan ni ada 3 katil berpenghuni dan saya giliran last nampaknya dalam pukul 11 pagi.

Doktor berbaju hijau lalu lalang. Dibaju tulis SJ OT. Salah sorang datang perkenalkan diri Dr Ngun explain tentang bius yang akan diberikan iaitu General Anesthesia. Yang saya tahu saya tak kan sedar sepanjang prosidur.

Dr Ngun pasangkan jarum ditangan untuk masukkan bius. Disebabkan giliran belum sampai ubat belum dimasukkan. Mata mengelewor tengok kakitangan hospital. Kemudian orang kanan masuk OT. Dengar nurse sebut pasal "lung" bila berbincang dengan kawannya.  Berdebar dengar.

Saya yang masuk untuk d&c pun risau. Kalau sakit lain tak tahu la. Dr Ngun datang tanya dan tunjuk satu kertas risiko-risiko prosidur untuk di baca. Saya faham dan sign. Dr Ngun cucuk dan masukkan pain killer. Dah rasa dizzy dan terawang-awang. Belum bius lagi. Baring dan terlelap sekejap.

Bila bangun turn saya dah sampai. Disorong masuk ke OT. Nampak la lampu macam dalam drama. Ada sorang doktor suruh bernafas guna oksigen. Sementara tu dah mula rasa sesuatu masuk di tangan dan sakit. Tapi sebab leka sedut oksigen memang terus terlelap semula. Tak sedar apa berlaku.

Bila terjaga, saya dah berada di bahagian Pre op/ post op holding way.  Oh dah selesai rupanya dan ada rasa sakit sedikit. Tapi rasa diperut sangat lega berbanding tadi masih ada sakit period pain. Syukur sangat selesai prosidur dengan baik.

Masa untuk recovery dan sesi berpantang bermula. Macam biasa ambil set berpantang la kan. Moga ada rezeki anak seterusnya. Yang penting sekarang masa build up semula tenaga dan pulihkan luka dalaman.

Kongsi Pengalaman,
Shidah Abdullah


Read More

Wednesday, May 30, 2018

Bahagian 1 : Bila Doktor Dah Kata...

Mengadap doktor selepas tempoh seminggu habis selepas datang minta second opinion doktor pakar.

Doktor pun on mesin scan. "Saya nak check dari bawah ye. So puasa awak batal". Angguknya sambil mulut jawab "Ok doktor".

Doktor masukkan satu stik dari bawah. "Jangan risau ye tak sakit. So relaks je ye". "tu embrionya. Kalau kita tengok aliran darah yang warna merah hijau tu, hanya pada ibu. Tak ada yang berwarna pada anak". "Biasanya saiz baby 👶 7 minggu dah boleh nampak heart beat dan akan ada pergerakan". Saya hanya mendengar dan melihat kali terakhir sebab keadaan ni memang dah sedia maklum dalam 2 minggu lepas tapi masih mengharapkan miracle Allah.

Allah atur lebih baikkan. Kali ni merasa pula D&C. Selalu dengar cerita kawan-kawan je. Ewah! Happy lak dia ye. Orang patut sedih baby tak ada. Hehe sedihnya dah berlalu masa dapat tahu pemeriksaan pertama dan masih terus berdoa. So untuk terus positif kena pandang sudut hikmah Allah bagi.

So hari ni makan puas-puas dulu sebab kena berpantang sakan. Ajak family berbuka dekat secret recipe hehe.



Sebab malam ni dah bermula...
"Esok datang puasa ye dari pukul 12 malam"
"Prosidur puan pukul 11 pagi"
"Masukkan ubat 6 pagi"

Sambung bahagian 2 hehe


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com