Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Monday, June 16, 2014

Kursus di Mahkota Hotel, Melaka

Alhamdulillah dalam sibuk ber"business", kerja hakiki perlu dijalankan seperti biasa. Hari ni berkursus di Mahkota Hotel, Melaka. Rezeki dapat join Bengkel Penyertaraan NOSS dan Pemantapan Bahan Pembelajaran SLDN. Terima kasih kepada Jabatan Sumber Manusia menaja penginapan dan makanan selama 3 hari di sini. Bilik sorang satu lagi.Perjalanan 2 jam dari KLIA naik bas yang beralun-alun sampai juga di sini.




Anak-anak terpaksa tinggal dengan ayah, atuk dan opah di rumah atuk dan opah. Harap-harap semua ok. Sian juga kak long sebab esok dia exam. Ibu doakan kak long boleh jawab.

Macam biasa bila ibu pergi berkursus, beg pam a.k.a  beg camera untuk adik kecik. Penuh juga la vitamin-vitamin menyusu dan vitamin tenaga bagi segar bugar duduk dalam dewan Jasmine 1 ni.


Read More

Saturday, June 14, 2014

Bangi Gateway Kami Nak Datang Lagi

Assalamualaikum semua yang singgah ke Sihat Sihat Aje.. Kome sihat ke? :)

Ape aktiviti hari ni? Ini hari-hari terakhir cuti sekolah. Hari ini kami buat aktiviti melenguhkan kaki. Mula-mula pergi servis kereta di Toyota Bangi. Kena servis sebab rancangnya minggu depan nak balik kampung pulak. Memang tak duduk rumah kami ni.

Lepas settle servis, sempat bawa anak-anak ronda port shopping baru. BANGI GATEWAY. Niat nak survey-survey baju raya. 




Bila masuk Parking bawah dah rasa macam masuk Empire Subang Jaya pun ada. Bila naik ke atas, memang seronok tengok kedai banyak walaupun banyak belum dibuka. Ada dua bahagian di mana satu kawasan lapang di bahagian ground floor dan satu bahagian lagi tempat beraircond.

Sempat la pusing kedai-kedai. Antara yang ada disinggah ;P
1. MPH - Kedai Buku
2. Mamayayazone - Kedai Baby dan kanak-kanak
3. Syazzmin - Kedai Tudung
4. Toy To Gift - Kedai Mainan. Sempat la anak-anak request beli karakter-karakter FROZEN "Let It Go". Mujur tak mahal sangat. Memang cantik sangat.
5. Kids Amusement Park - Siap guna Piccabooth tangkap gambar satu family. Tapi sekali bahasa Jepun da, memang kantoi masa nak edit-edit gambar.

Selepas dah penat-penat, kami singgah minum di Bangi Gateway Food Court. Tempat makan yang sememang sangat selesa. Meja yang disediakan banyak. Banyak pilihan makanan yang best-best. Tapi disebabkan kesuntukan masa, tak sempat nak makan sebab nak meneruskan program ke rumah adik di Sg Tengi.

En. hubby dah kata kena datang lagi untuk try yang lain. Seronok le kita bila ada orang offer nak datang lagi. Banyak tempat yang belum sempat kami singggah dan membuatkan kami nak datang lagi ke Bangi Gateway. 

Antara kedai-kedai yang ada untuk cuci mata dan makan-makan macam kat bawah ni :)
1.  Bangi Street
2.  Tulip
3.  Cool Blog
4.  Homst Recipe
5.  Junita Collection
6.  Rona Rona
7.  The Body Shop
8.  Burger King
9.  Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

10. King's Confectionery
11. Jaya Grocer
12. Secret Recipe Malaysia

13. Kebab Turki
14. Booth Fashionista
15. Dakwah Corner
16. Watson
17. Gooptic







Jangan lupa pergi Bangi Gateway ye.. Memang Superb

Credit to : FB Bangi Gateway. Share pictures dari fb diorg. Yang gambar tak clear dari handphone saya sendiri ye
Read More

Wednesday, June 11, 2014

7 Sebab Kenapa Perlu Ambil Vitamin

Terdapat 7 Sebab Kenapa Perlu Vitamin penting untuk kita tahu.. 


  • Pemakanan yang tak seimbang. ;P Ini sudah tentu yang teratas. Antaranya kurangnya makan sayur dan buahan punca utama kenapa perlu ambil vitamin. Ditambah pula dengan segala-gala yang fast seperti fast food tidak kira la McD, KFC termasuk segala-gala yang dalam tin



  • Peningkatan pelbagai penyakit. Statistik pesakit kronik seperti jantung, kanser semakin meningkat. Ini semua adalah akibat pemakanan dan aktiviti tidak sihat yang sentiasa. Termasuk juga jika pembedahan dilakukan, banyak vitamin diperlukan untuk membantu pembentukan sel akibat kehilangan kehilangan protein, vitamin dan mineral. 



  • Tabiat Minum - Minuman berkafein seperti Kopi, Teh Panas & Nescafe setiap pagi dan petang menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ia menyebabkan badan kurang rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang. Termasuk juga yang mengambil alkohol, lebih teruk kesannya



  • Merokok - Antara amalan yang boleh menyebabkan saluran penghadapan menyalami iritasi.



  • Tekanan atau stress - Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C. 

  • Wanita antara yang memerlukan banyak vitamin. Antaranya adalah disebabkan oleh PMS atau Sindrom pra haid yang sering dihadapi setiap bulan. Tak lupa juga untuk ibu-ibu hamil, ibu yang menyusukan anak, yang menjaga kecantikan semua memerlukan vitamin dan mineral secukupnya.

Ada sebab lain lagi... Tulis komen agar saya dapat tambahkan pendapat anda untuk dikongsi bersama :)

Shidah Abdullah
012-6240197






Read More

Tuesday, June 10, 2014

Imam Besar Masjid Shah Alam Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga arwah. Bermula dari tempoh ustaz masuk ke hospital banyak update diterima dari sahabat-sahabat whatsapp. Ada juga yang berkongsi gambar ustaz sekeluarga bersama anak kecil yang baru 3 bulan. Sayu hati menatap gambar keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan di golongan kanan seperti yang dikhabarkan di dalam surah Al-Waqiah.


Dengan ini, ingin dikongsikan update Ustaz Dasuki di dalam fb bagi sesiapa ingin membuat sumbangan kepada keluarga arwah. 

Kompleks Darul Thibbunnabawi
No.2, Jalan Jejala 8/11
40000 Shah Alam, Selangor
03-55237378

Akaun Maybank 
Darul Thibbunnabawi
562106623665

Akaun Bank Islam 
Darul Thibbun Nabawi12038010118203





Shidah Abdullah
012-6240197
Ad
Read More

Saturday, June 7, 2014

Resepi Capati Untuk Orang Diet

Dihujung minggu, masak sendiri adalah yang terbaik. Pagi ini resepi capati lauk sardin jadi pilihan. Memang sedap. Sesuai untuk meneruskan diet. Capati pun sedap.


Resepi Capati

2 cawan tepung
1 cawan air panas
Sedikit garam
1sudu butter jika mahu

1. Bancuhkan semua di atas dengan sudu sebab guna air panas
2. Biar sejuk sedikit baru uli jadi doh lembut
3. Canaikan. Untuk tidak melekat gunakan tepung macam yang kita selalu tengok di kedai mamak ; p
4. Masak capati dalam kuali leper
5. Capati akan mula menggelembung menunjukkan tepung telah masak

Selamat Mencuba & Beri Komen sedap atau tidak ye.. :)
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com