Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Saturday, September 27, 2014

Guna Tangan Untuk Saiz Hidangan Ideal

Hidangan ideal memang penting sangat - sangat.  Saya nak share apa yang telah di baca dari majalah iSihat Ogos. Memang penting untuk kita semua jaga saiz hidangan.

Yang paling utama adalah kawalan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti. Kedua - duanya makanan utama kita. Kalau tak makan mau menggeletar lutut.


  • Mulakan dengan hidangan buah-buahan supaya lebih lancar penghadaman kita.
  • Ambil nasi sebesar penumbuk. 


  • Tak lengkap pula kalau tidak ada lauk. Tambah lauk hanya sebesar telapak tangan



  • Untuk melengkapkan lagi, sayur-sayuran jangan dilupa. Sama seperti saiz nasi. Tapi berbeza jika ambil yang mentah seperti ulam-ulaman dan sayuran yang telah ditumis.


Mudahkan.. Tetapi adakah mudah untuk aplikasikan kepada anak-anak. Sayur-sayuran pasti hidangan yang sentiasa terkeluar carta. 

Pengalaman Saya
Apa saya buat. 

  • Saya cari sayur-sayuran yang mereka suka seperti Kentang, lobak merah.
  • Permintaan anak-anak selalu potong kecil-kecil. Termasuk daun sup pun kena kecil-kecil sangat
  • Jika makan di kedai, memang order yang tiada sayur-sayuran untuk elak ppembakaran dan pengasingan
  • Selain saya itu,   juga ada topup dengan mealshake dalam susu supaya ada khasiat tambahan.

Nota sambil duduk membaca
Shidah Abdullah
Tokei Rak Vitamin Sihat
012-6240197
>
>
>
>
>
>
>

Ketahui apa itu MealShake 
mealshake
Read More

Sunday, September 7, 2014

Cyst Kesan Pengambilan GLA Shaklee?

Cerita panas yang berlegar di FB mengenai seorang wanita yang update status yang mendapat cyst kesan pengambilan GLA Shaklee memang menjadi viral sekarang ini. Beliau
membuat laporan ke Shaklee International untuk menuntut haknya sebagai pengguna.

Sebagai pengguna kita sendiri perlu tahu dan kenali badan sendiri. Teringat situasi di sebuah klinik yang pernah saya pergi. Masa tu demam. Tapi ada tumbuh biji merah merah. Reaksi kita biasanya "Eh kena demam campak ke?".  Apa yang doktor pesan kita kena banyak membaca dan faham sakit apa yang kita alami dan simptom-simpton sebenar setiap penyakit.

Begitu juga dengan kes puan ini. Memahami apa sebenarnya terjadi lebih baik dari menjadikan sesuatu perkara itu viral. Jom kita faham apa sebenarnya Cyst.


Apa sebenarnya Cyst?


  • Ista atau cyst ialah kantung tidak normal yang terbentuk di mana-mana organ dalam badan manusia.
  • Ia boleh mengandungi udara, cecair atau selaput
  • Nama diberi pada cyst berbeza bergantung kepada jenis dan lokasinya.

Di mana selalunya berlakunya Cyst?

  • Cyst pada kilang telur wanita
  • Ia dikenali sebagai Ovarian Cyst atau sista ovari, antara paling kerap berlaku.
  • Cyst ovari ialah pengumpulan cecair dalam kantung yang berada dalam ovari wanita.


Bila selalunya Cyst berlaku?

  • Ia boleh berlaku pada bila-bila masa hidup seseorang wanita
  • Paling kerap berlaku ketika usia subur iaitu antara usia remaja dan sebelum putus haid.


Bagaimana Cyst terjadi? 

  • Kebanyakan cyst ini adalah jenis tidak berbahaya atau ‘benign’
  • Biasanya cyst yang terbentuk akibat proses fisiologi normal seorang wanita dalam sesuatu kitar haid.
  • Akibat rangsangan hormon wanita, sel telur yang matang akan membentuk cyst bagi menghasilkan telur yang subur ketika ovulasi sebelum berlakunya persenyawaan.
  • Cyst ini akan pecah dan mengeluarkan telur yang subur.
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, cyst ini akan mengecut dan akhirnya lenyap dalam sistem pembiakan wanita.


Cyst menjadi tidak normal apabila...

  • Jika tidak pecah, ia menjadi cyst yang tidak normal tetapi tidak berbahaya.
  • Ada beberapa lagi jenis cyst tidak normal yang boleh terbentuk dalam kilang telur wanita.
  • Antaranya sindrom ovari polisistik (polycystic ovarian syndrome), endometriosis, dermoid cyst dan beberapa jenis cyst lain.


Apalah simptom Cyst?
Simptom cyst ovari adalah berbeza bergantung kepada individu. Ada juga wanita yang mempunyai cyst ini tidak mempunyai simptom.


  • Sakit pada bahagian bawah perut sekitar kawasan ari-ari adalah simptom paling kerap berlaku.
  • Sakit ini sering timbul beberapa hari sebelum atau selepas datang bulan.
  • Ada kalanya kitaran haid menjadi tidak menentu 
  • Berlaku pendarahan tidak normal
  • Kerap membuang air kecil atau masalah membuang air besar seperti sembelit juga boleh berlaku, terutama jika saiz cyst sangat besar.
  • Tiada selera makan
  • Susut berat badan
  • Selalu mengalami keletihan

Apa perlu dilakukan?
Sebanyak 95 peratus daripada kes cyst ovari adalah bukan kanser dan tidak merisaukan.


  • Ujian ultrasound atau CT scan (computed tomography) boleh membantu mengesahkan masalah ini.
  • Ujian darah dan air kencing perlu dilakukan pada peringkat awal untuk membezakan cyst ovari dengan masalah lain seperti appendicitis, terutama jika terasa sakit pada bahagian kanan kilang telur wanita.
  • Pakar juga boleh mencadangkan untuk membuat ujian saringan kanser darah jika ujian awal scan menunjukkan ia bukan cyst biasa.

Yang paling penting sebelum mengambil sebarang supplemen atau ubat-ubat


  • Rawatan untuk cyst ovari bergantung kepada beberapa faktor, antaranya saiz cyst, usia pesakit, kekerapan sakit berlaku dan jenis cyst yang kelihatan ketika ‘scan’ dilakukan.
  • Jika perlu, pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan kantung berkenaan dan tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesahkan sama ada ia mengandungi sel kanser.
  • Untuk cyst biasa dan tidak berbahaya, pembedahan tidak perlu dilakukan
  • Ubat penahan sakit diberi bila perlu, terutama ketika haid


TIP BERGUNA

  • Tuam dengan tungku atau botol mengandungi air suam pada bahagian ari-ari sekerap mungkin untuk mengurangkan rasa sakit pada ba hagian itu.
  • Ada kalanya, pil perancang diberi untuk menjadikan kitaran haid pesakit terkawal dan mengurangkan kebarangkalian terjadinya pembentukan cyst.

Sumber hebat dari myMETRO

Akhir Nota ini

Ambil GLA untuk membantu mengenal pasti masalah dalaman kita sebagai wanita.


  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh dan memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolestrol



Kongsi Nota dengan anda,
Shidah Abdullah
012-6240194

Read More

Monday, September 1, 2014

Kenal Pasti Fungsi Nutrisi Untuk Badan

Setiap nutrisi dari pemakanan yang kita ambil mempunyai fungsi-fungsi tersendiri. Jom kenal pasti fungsi-fungsi nutrisi.



+ Asid Folio,  Biotin,  Kalsium,  Magnesium
:) Dapat menambahkan selera makan
:) Membantu membina tulang dan sel-sel dalam proses tumbesan yang sihat

+ Vitamin A, C, E, Zink dan Selenium
:) Mengekalkan Awet muda

+ Vitamin B Kompleks, Zat Besi, Kuprum
:) Membentuk sel darah merah yang sihat
;) Mencegah kulit kusam

+ Protein
:) Membantu dalam pembentukan kulit, kuku, rambut dan tisu badan

+ Serat
:) Membantu melawaskan pembuangan air besar
:) Menyingkirkan lemak dan toksin berlebihan daripada kolon dan perut bagi proses detoksifikasi

+ Lesitin Soya
:) Bertindak melarutkan lemak
:) Membantu mengekalkan berat badan ideal


-------------------------------------------------------

Percayakah Anda Meal Shakes mengandungi semua Nutrisi di atas?

Memang tepat sekali, Meal Shakes umpama makanan segera yang sihat dan sangat mudah larut di dalam tubuh badan kita.

Meal Shakes amat sesuai untuk Seisi Keluarga terutama bagi
+ membantu menguatkan sistem imun kanak-kanak
+ melindungi daripada penyakit
+ amat sesuai untuk ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak
+ membantu penghasilan susu badan yang berkhasiat
+ membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman
+ membantu mereka yang bermasalah untuk menelan ubat pil
+ atlet yang sentiasa menjaga pemakanan


Apa tunggu lagi.. Hubungi saya 012-6240197 untuk konsultansi percuma dan memahami masalah anda lebih terperinci

Shidah Abdullah
Read More

Tuesday, August 19, 2014

Pesan Ayah

Bacaan menarik di kongsikan sahabat di dalam whatsapp. Memang betul apa yang di pesan kan.

♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡♡

Entahlah apa yang selalu bermain di fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.
”Ada duit? Minta ayah sedikit…”
Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujur, isteri dan anak-anak saya sudah pun faham. Alhamdulillah mereka ’sporting’ dan tidak banyak meragam.
”Emak, ayah asyik minta duit… Bukan tak mahu bagi, tapi memang tak ada duit,” bisik saya kepada emak.
 
Emak seperti biasa, berwajah selamba. Sukar di tebak reaksinya.
”Bagilah beberapa yang ada,” cadang emak pendek.
”5 ringgit?”
Emak mengangguk.
Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 RM…. Tapi kerana tidak mahu hampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada di perut bas dalam perjalanan pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa lagi yang memberi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih ’untung’ 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.
 
Begitulah selalunya tahun demi tahun. Bila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi wang ’permintaan’ ayah. Kekadang terlupa, tetapi ayah selalu mengingatkan. Akhirnya, saya memang sediakan ’peruntukan’ khas untuk diberi kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ’ekonomi’ saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap permintaannya dan tetap senyum bila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ’ketajaman’ rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).
 
Begitu pun, setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setia memasukkan duit yang melebihi jumlah yang saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat di sebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana ’tidak ada’, tetapi ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.
 
Namun, secara bertahap-tahap, buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya sekeluarga mula pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
”Nanti, besarlah kereta kamu ni…” ujar ayah senyum.
Apapun, saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali hendak pulang. Wang saya hulurkan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
 
”Eh, tak payahlah ayah…” Sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga dah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun dengan perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu. Tetapi sengaja dia tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
”Kenapa, dah kaya?” usik ayah. Hendak tak hendak, duit di kocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi ’dikebas’ oleh saya. Dan dalam hati, saya mula merasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkannya ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
 
Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta. Di samping penulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh kerana bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli sebuah MPV untuk kegunaan jarak jauh dan sebuah lagi kereta untuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun bagaimana sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya, ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya… Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana ’kekurangan’ atau ’kelebihan’ kami. Tetapi dia memberi kerana Allah… Mencontohi Allah Al Wahhab itu!
 
Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kita kongsi bersama:
 
”Kini aku benar-benar faham bahawa ibu-ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi untuk kehidupan di akhirat. Mereka bukan ’liabiliti’ tetapi sebenar mereka adalah aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang ataupun tidak tepat, kerana ibu bapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya…”
       
”Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri, walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. Doa mereka mustajab. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w. Keredaan Allah itu terletak kepada keredaan ibu bapa.”
 
Baiklah, anda pembaca bagaimana? Inilah cerita benar yang jarang didengar. Inilah rahsia ’perniagaan’ yang jarang diperkatakan oleh para korporat. Juga tidak ditulis dalam mana-mana buku perniagaan… Masih mempunyai ibu bapa? Memberilah kepada mereka. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja… Kita mesti sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! 
Read More

Monday, August 18, 2014

Kolestrol Punca Perlu Buat Angiogram

Assalamualaikum

Baru-baru ini abah masuk Institut Jantung Negara untuk menjalani angiogram. Kalau ikut pemahaman sendiri, angiogram ini ialah pemeriksaan saluran arteri untuk kesan mana-mana yang tersumbat.  Alhamdulillah memang rezeki kali ini, dapat tunggu abah buat angiogram. Abah masuk wad hari Selasa dan angiogram pula dibuat hari Rabu pagi.


Saluran tiub abah dimasukkan dari celah peha. Lepas buat angiogram tu, abah tak boleh bangun dari katil selama 7 jam. Naik je wad, saya tolong suapkan abah makan. Lapar sangat katanya. Ye la sebelum buat angiogram, abah kena puasa. Lepas suap makan, kami berborak panjang juga. Sembang ngan abah dah macam sembang ngan doktor. Abah memang expert sangat pasal kesihatan. Dia tahu rasa kalau badan dia tak sihat. Buat angiogram ni pun asalnya abah bgtau Dr Azhari yang dia rasa ada tak kena dengan jantung dia. Tu yang doktor bagi date buat angiogram terus.

Macam-macam pesan abah. Siap suruh pesan kat semua anak-anak dia. hehe
+ Jangan makan malam lambat-lambat
+ Jangan minum malam-malam. Stop la lepak kedai-kedai mamak
+ Jaga kolestrol

Tapi abah kata, Alhamdulillah masa sebelum buat angiogram, kolestrol dia dah ok. selalunya tak ok. Abah kata lepas makan Omegaguard tu memang kolestrol dia terkawal. Alhamdulillah Omegaguard yang bagi kat abah bulan lepas banyak bantu abah kawal kolestrol.

Abah kata lepas ni nak kawal kencing manis pulak. Tu lagi satu penyakit bahaya untuk orang sakit jantung. Saya dah supply kat abah supplemen kawal kencing manis pula iaitu VIVIX.

Harap abah terus sihat. Alhamdulillah abah ok je macam sebelum angiogram. Hehe cuma business pau abah kat Subang Jaya tu kena la stop dulu. Kesian geng-geng meja pencen abah. Kurang satu ahli yang kena berehat kat rumah selama 3 minggu.
Yang Kena Belajar Banyak Dari Dr Abdullah
Shidah Abdullah
012-6240197


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com