Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Tuesday, January 19, 2016

Kolestrol tinggi dan orang kurus : 3 perkara penting

Sejak akhir-akhir ni banyak sahabat-sahabat meninggal disebabkan jantung. Orangnya nampak sihat dan tak gemuk pun. Selalu kita beranggapan orang gemuk sahaja yang banyak kolestrol. Bermakna banyak pemakanan harian kita menyebabkan kolestrol tinggi terutama 'fast food'.



1. Apa sebenarnya kolestrol?
  • Kolesterol adalah metabolit yang mengandung lemak sterol yang ditemukan pada membran sel dan disirkulasikan dalam plasma darah.
  • Merupakan sejenis lipid yang merupakan molekul lemak atau yang menyerupainya.
  • Kolesterol ialah jenis khusus lipid yang disebut steroid.
  • Steroids ialah lipid yang memiliki struktur kimia khusus.

Pernah satu masa dulu buat ujian kesihatan di 'booth'. Seperti biasa kena beratur panjang dan beratur belakang seorang kakak yang kurus dan tinggi. Dalam fikiran dia ni mesti sihat sebab nampak slim je. Bila sampai giliran dia periksa, doktor tu cakap kolestrol awak ni tinggi sangat. Ish! biar betul. Memang tak percaya. Maknanya orang kurus tak semestinya dia sihat.

Masa pemeriksaan tu, doktor tunjuk bawah mikroskop tu yang mana kita boleh tengok darah berjalan. Boleh nampak saluran darah kita penuh dengan kolestrol tak di dinding saluran. Dalam laluan darah tu nampak ada macam biji-biji iaitu kolestrol macam gambar kat bawah ni.

Kolestrol tinggi dan orang kurus : 3 perkara penting


2. Apa kesan kolestrol pada badan kita?
  • Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.
  • Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya.
  • Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein.
  • Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah.
  • Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
    Kolestrol tinggi dan orang kurus : 3 perkara penting
    Kolestrol Tinggi
  • Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit.
  • Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.



3. Apa yang perlu kita buat?

  • Yang paling penting, kita perlu kawal pemakanan dengan mengawal pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak terutamanya.
  • Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.

  • Pengambilan 'supplement' yang dapat menurunkan kadar kolestrol supaya dapat membantu badan kita berfungsi dengan baik. Banyak produk di pasaran yang boleh kita perolehi. Saya sekeluarga sekarang ambil OmegaGuard. Mungkin dengan usaha dan modal sedikit dapat mengurangkan risiko kesihatan terutamanya sakit jantung yang memerlukan kos rawatan berpuluh ribu.

Read More

Monday, January 18, 2016

7 Tips Berpantang Buat Orang Tegur Macam Anak Dara

Berpantang
31 Disember 2015 lepas, saya baru dikurniakan anak ke 4. Bersalin secara normal dan rezeki sakit nak bersalin tak lama. Baby year end closing bak kata kawan-kawan sebab ibu kerja buat akaun. Masih mendapat baby girl. Alhamdulillah, Allah kurniakan ramai assistant di dapur.
Bersyukur juga dah selesai berpantang. Berpantang kali ini lebih mudah sebab banyak pengalaman-pengalaman anak-anak sebelum ni. Banyak sangat belajar dan yang paling penting, Pantang Kena Sungguh-Sungguh. Kalau tak, kita yang akan rasa sakitnya. Walauapapun, masih suka berpantang di rumah mak ayah. Bukan apa untuk pastikan kita dapat pantang dengan baik. Sementara kita buat aktiviti berpantang, mak tolong tengokkan baby. Terima kasih mak dan abah!
Ibu Berpantang Mesti Berpantang Bersungguh-Sungguh Untuk Kekal Sihat

1. Mandi Awal Pagi dan Petang
Mak selalu pesan suruh bangun awal walaupun tidak boleh bersolat. Bukan apa, bangun awal supaya saya cepat pergi mandi supaya segar. Mandi pulak dengan air suam. Jangan mandi dengan air sejuk. Karang sejuk urat-urat. Lagi satu, kena mandi cepat sebab kena selesaikan bertungku awal sebelum anak bangun nak menyusu dan mandi.
Untuk mengelakkan badan berangin dan urat-urat kita sejuk buat badan sakit-sakit.
Bila bersalin normal, saya selalu buat bancuhan air garam dan air suam dalam besen untuk rendam bahagian jahitan bersalin. Rendam bahagian punggung dalam tempoh masa 15 minit supaya jahitan mudah baik dan mengelakkan infeksi. Ini yang pihak hospital syorkan untuk buat.
2. Berstokin
Berstokin
Bila dah siap mandi semua, pakai stokin jangan lupa sebab kita akan selalu berjalan atas lantai. Masa pantang ni, jalan atas lantai pun rasa sejuk sangat urat-urat kaki. Bila berpantang ni, kena kurangkan berjalan dan jangan jalan laju-laju untuk jaga jahitan dan cepat luka baik. Untuk yang bersalin secara Ceasarion juga kena pakai stokin ye, bukan option.


Pakai stokin bagi elakkan sejuk di kaki ketika berjalan di simen rumah
Teringat ketika pantang anak pertama, saya memang kurang menjaga pantang terutama pemakaian stokin. Lip Lap Lip Lap pakai. Masa pantang anak pertama memang tidak rasa apa-apa. Kesannya terasa semasa bersalin anak kedua, urat-urat sakit Allah sahaja yang tahu. Sejak tu, dari pantang kedua sehingga kali ini memang saya tak tinggal berstokin. Taubat!
3. Bertungku
Bertungku
Saya gunakan batu sungai sebagai batu tungku. Sebelum mandi batu tungku saya dah letak atas dapur dan panaskan. Nak jimatkan masa dari menunggu nanti. Selesai sahaja mandi dan bersiap, terus bungkus tungku di atas kain beralaskan daun mengkudu. Ini nak elakkan kain dari mudah terbakar dan memberi bau yang syok dari daun mengkudu.
Kalau tidak ada daun mengkudu, mungkin boleh gunakan daun-daun lain. Kalau di rumah mak saya, daun lengkuas atau sireh saya guna sebab merimbun banyaknya. Last option bila semua daun-daun tu dah habis ditogelkan, terpaksalah saya alaskan dengan surat khabar.
Kenapa perlu bertungku?
  • Memastikan semua darah beku di dalam rahim keluar bagi elakkan pendarahan
  • Dapat membantu mengempiskan perut dengan membakar lemak perlahan-lahan.
Bertungku sebaiknya buat 4 kali sehari. 2 kali di waktu pagi dan 2 kali di waktu petang. Saya memang rasa perbezaannya.
Masa dalam wad bersalin, Dr Noor Aini datang check perut dan dia bagitau walaupun darah dah keluar tapi perut saya masih keras. Doktor cakap rahim saya malas berkerja sendiri untuk keluarkan darah. Tu sebab rahim asyik-asyik mengeras. Patut la saya asyik rasa sakit perut sangat. Akhirnya, saya kena ambil drip untuk beri contraction pada rahim. Bila dah ambik drip tu baru rasa lega sebab darah keluar lagi. Ni nak elak saya dari "bleeding". Masa ni sakit pinggang sampai ke rumah. Bila balik rumah, terus bertungku. Bila darah-darah beku tu keluar, baru sakit pinggang beransur hilang dan lega. Tu sebab penting bertungku.
4. Berurut

Lepas dah keluar hospital, terus call makcik untuk berurut 3 hari. Saya panggil dia Cik Ipah 016-6254804. Macam biasa, urut 3 hari berturut-turut memang saya aturkan. Huih leganya tak terkata. Ye la 9 bulan mengandung dan bersalin memang la badan sakit-sakit.
Antara sebab-sebab kena berurut diawal berpantang:-
  • Mengelakkan bengkak susu. Kebiasaannya, banyak urat-urat susu masih tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dan hanya bergantung pada beberapa laluan sahaja walaupun dipam. Memang sakit sehingga berbiji-biji di bawah ketiak. Dah diurut, memang lagi banyak susu keluar.
  • Selain tu, Cik Ipah akan membetulkan semula kedudukan peranakan. Selalunya dipanggil "Sengkak" iaitu menaikan semula kedudukan rahim ke tempat asal. Selalunya Cik Ipah akan buat pada hari ketiga berurut sebab kita dah bertungku dan rahim lebih lembut berbanding kita tidak bertungku.
Berurut pada 3 hari awal pantang dan 3 hari lagi sebagai penutup berpantang. Pastinya selesa.
5. Berbengkung
Berbengkung
Hai la perut! Kembangnya! Bukan senang nak kempiskan. Dah settle yang 4 kat atas tu, saya terus berbengkung. Ini bertujuan mengempiskan perut yang dah mengembang. Ikat bengkung tarik kuat-kuat dan kena pastikan selesa untuk kita bernafas dan bergerak. Saya guna bengkung seperti digambar sebab mudah dan selesa dipakai. Bengkung ni boleh dibeli di PKNS, kedai baby di tingkat atas. Lupa nama kedai tu.
Untuk lebih rasa selesa, sapukan param ke seluruh badan agar rasa berangin dan panas. Saya beli jenama SariAyu yang dah siap dibancuh. Tidak macam sebelum-sebelum ni, beli yang jenis ketul dan bancuh snediri. Memang comot dan lama-lama saya tak pakai sebab bengkung asyik kotor. Dengan yang siap bancuh ni, lebih mudah dan bengkung pun tak comot.
Saya beli juga Pilis untuk letak di dahi untuk meredakan pening-pening dan membantu aliran darah di kepala.

6. Bertangas

Bertangas
Bertangas ni macam sauna la. Bezanya sauna wap tepi tapi bertangas wapnya dari bawah. Bertangas ni elok bantu cepat keringkan darah nifas dan membantu membakar lemak-lemak terutama di peha dan perut. Kalau ada yang pergi spa, memang kedai sediakan sesi untuk bertangas ni bagi yang berpantang.
7. Makan Supplemen
Vitamin Shaklee
Alhamdulillah, kali ini berpantang saya makan supplemen shaklee. Saya ambil 4 vitamin iaitu Vitamin C, OmegaGuard, Alfalfa dan Zinc. Nyesal pun ada tak beli set berpantang. Memang terasa perbezaannya.
  • OmegaGuard - Badan lebih bertenaga. Kurang rasa letih dan rasa lebih cergas
  • Alfalfa - Susu lebih banyak dan pekat. Stok susu pun bertambah.
  • Vitamin C - Kulit lebih cerah dan segar. Baby pun kulit cerah dan gebu
  • Zinc - Menyembuhkan luka dengan lebih baik.
Selamat Berpantang kepada bakal ibu-ibu yang lain ye.
Berminat Vitamin Shaklee? Hubungi saya SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
Read More

Sunday, April 19, 2015

Family Day Naila di Warisan Alam Kuala Pilah

Alhamdulillah anak-anak bersemangat betul bangun pagi-pagi dan bersiap nak berjalan. Memang ajaib juga sebab selalunya susah betul nak bangun apatah lagi mandi pagi. Tapi sebab ibu semalam dah pesan pada 3 dara cakap nak bawak diorang berkuda  dan memanah. Siapa lambat bangun nanti ibu tinggal. Tu yang bangun awal semua tu.





Shidah dan 3 Dara
Cabaran

Dap Dup Dap Dup jantung. Nervous sangat sebab hari ini sebab hari ni kena drive sendiri  ke Kuala  Pilah. Dah la tak pernah travel ke sana. Hanya mengharapkan Waze je nanti. Selalu "Big Boss" yang drive tapi hari ini "Big Boss" adalah kelas di Uitm. Makanya kena la berdikari.

"You have reach your destination!". Alhamdulillah baru pukul 8.15 pagi. Hmm tapi kat mana pulak ni.. mana tempat kudanya.. So parking kereta ke tepi dulu.. dah risau gila takut tak sampai tepat pada masa dijanjikan dengan Aini, koordinator porgram.. kuih muih breakfast semua ada pada saya..

Ok tenang shidah! Positive Shidah!..

Tempat ni familiar pulak rasanya.. Godek-godek whatsapp oh terjumpa! rupa-rupanya salah copy koordinat untuk set dalam Waze.. Ada ke pergi set koordinat AM Homestay.. patut la familiar.. Rupanya rezeki nak tengok persekitaran homestay yang diduduki oleh geng-geng Naila.

Dalam pukul 8.25 pagi, akhirnya kami sekeluarga sampai ke Warisan Alam. Pagar pun masih belum dibuka. Kami tunggu hampir 10 minit sebab masih awal. Sementara tunggu tu, apa lagi ibunya macam tour guide zoo negara tunjuk angsa, rusa, itik.

Bila pagar dah buka, kami anak beranak berjimba dulu la kat situ. Anak-anak nampak buaian. Saya mencari-cari tempat family daynya. So seorang staff tu tunjuk arah atas (macam Balairong). Bila naik atas, nampak la banner Family Day Naila macam yang Aini tanya.. Huish tak da orang! Cepat anak-anak! Jom kita Wefie!!. "Terpaksa" la kitorang rasmikan dulu.. Jangan marah korang.. Lepas tu siap-siapkan untuk meja pendaftaran, letak kuih di tempat makan.




Pendaftaran
9.00  pagi - Ramai yang mula datang register. Aini, Ainul dan Mr.Q, Aniey, Masliani, Kak Am, Riza, Kak Su, Zarith. Yang paling terkejut dapat jumpa Lyna Noh. Waaaa! terkejut seketika. Selalu hanya membaca statusnya di facebook dengan kata-kata positif. Sekarang jumpa live!. Alhamdulillah dalam hati. Saya sebenarnya hanya kenal Aini sebab dia junior di SERATA dulu. Ainul pun selalu di alam maya sahaja. Sekarang semuanya LIVE depan mata. Hebatnya cara membina ukhwah sekarang. Tak kisah siapa kita, dari mana asal kita.. Yang penting semuanya ikhlas. Semua yang hadir menjamu selera dulu. Karang lapar susah pulak terutama anak-anak masing-masing.


Geng-Geng Naila
Family Day Bermula
9.30 pagi - Majlis diteruskan oleh Aini "orang kuat Family Day" ni. Bermula dengan kata-kata aluan dan ucapan Ainul Malik selalu penganjur terhebat. Tanpa usaha dan semangat Ainul dan Mr Q mungkin perjumpaan ini tidak akan berlaku. Huish sedih pulak bunyinya!

Majlis cabutan bertuah dan tukar-tukar hadiah diteruskan. Aktiviti ini kena buat laju-laju sebab kuda-kuda dah warm-up lama sangat takut diorang fed up pulak. So Aini telah pecut selaju-lajunya. Sesi tukar hadiah la, ada yang tersilap-silap hadiah. Yang lagi nak tergelaknya, saya ngan Aini yang jadi ajk ni tukar hadiah pun berdua. Majlis sempoi ini ditutup dengan kata-kata perangsang Master Lyna Noh dan Master Zainol.





Aktiviti Riadah

Acara yang ditunggu-tunggu dah tiba.. wajah mak-mak dan ayah-ayah yang lebih terserlah "excited"nya.. Anak-anak lebih banyak mengundur ke belakang sebab ramai yang takut dengan kuda.. Dimulakan dengan taklimat keselamatan risau offer "excited" kita tak jaga keselamatan antaranya jangan duduk belakang kuda, nanti kena tendang. Tu je ingat.

Dan bermulalah..... Aktiviti yang mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W..
Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim)
Sesungguhnya sangat menenangkan, menguji ketajaman minda dan ketangkasan.. Semuanya menyeronokkan. Walaupun hakikatnya seorang yang penakut dengan haiwan, cuba juga menunggang kuda. Bukan senang wei.. Hehe bawa sekali si kecik Umairah yang sepanjang perjalanan dua (2) round tu menangis sebut ayah je.

Aktiviti Memanah





Hari semakin terik.. Semua dah merasa nikmatnya berkuda.. Nak ulang banyak kali jenuh juga tu.. Berganjak ke aktiviti seterusnya iaitu memanah. Yang ni anak-anak lebih nampak "excited". Mungkin sebab tengok banyak ayam lalu-lalang kat depan. Boleh juga dipanah buat barbeque. Hehe bukan sebab tu mungkin aktiviti ni kurang menakutkan dan tidak melibatkan haiwan. Semuanya ada 3x je percubaan sebab anak panah (arrow) tu diberi 3 batang je sorang. Bergilir-gilir diorang memanah. Ye la ramai tu anak-anak yang ada. Satu round lima. Nak mengabiskan turn diorg, mak ayah masing-masing sabar je kat belakang.



Bila trainer kata tukar je kepada orang dewasa, ayah-ayah terus beratur dengan busur masing-masing. Masing-masing nak test power. Boleh tahan hebatnya bak pejuang-pejuang di zaman Rasullullah. 
Giliran mak-mak pulak.. Ayah-ayah kena takeover jaga anak-anak.. Lebih hebat lagi mak-mak punya "excited", masing-masing lebih dari 3x memanah. Dah letak busur, ambik balik punya seronoknya. Ayah-ayah jaga anak-anak lama sikit.


-----------------------------------------------
Semua dah mula rasa dahaga. Semua berkumpul  untuk minum dan makanan tengahari pun dah tersedia. Mengamcam! Makanan tengahari power! ikan salai, daging salai masak lomak dengan sambal belacan antara penaik selera. Nak pulak masakan macam yang dimasak di rumah. Masing-masing makan banyak sikit dan hilangkan mood diet untuk kali ini je. Lepas ni ada yang terus balik dan ada yang sambung aktiviti memberi makan.
Sesi memberi makanan kepada rusa diteruskan. Terjelir-jelir lidah rusa di lubang tempat pengunjung beri makanan. Yang ni memang tak mampu nak cuba. Basah je bila dijilat dek rusa. Tengok aje la anak-anak yang berani beri makan pada rusa-rusa tu.


 -----------------------------------------------
Memang inspiring diorang ni semua. Saya hanya mahu bersama semua orang-orang yang positif dan berjaya. Saya juga bercita-cita untuk menjadi WAHM.

Terima kasih untuk sebuah majlis yang hebat dan kenangan yang indah! Jumpa lagi Insyaallah. Naila Super Power!

Sayang korang semua!
Shidah Abdullah

TERUS CLICK"ORDER ONLINE" DI BAWAH UNTUK DAPATKAN VITAMIN.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=aae09b34cb6484fb8ead6e5aaacfde0b



FULL CONSULTATION BOLEH CONTACT SAYA TERUS;
Shidah Abdullah
SID No : 922949
Sms/ Whatsapp/ Call : 012-6240197
Fb : Shidah Abdullah
Blog : shidotdotcom.blogspot.com
fb page/ig : shidotdotcom





Read More

Wednesday, February 4, 2015

Tekanan @ Stress Buat Berat Badan Tidak Ideal dan Gemuk

Akhir-akhir ni semua pastinya sangat sibuk dengan perbagai tugas terutamanya anak-anak dah mula ke sekolah. Saya pun begitu. Kak long dah darjah satu dan Kak ngah dah tadika untuk 5 tahun. Banyak betul perubahan jadual sebagai ibu yang perlu dibuat. Mencabar rupanya. Stress juga nak mengubah jadual untuk memastikan anak-anak sampai ke sekolah tepat pada masanya. Memang banyak mengabaikan diri sendiri. Berat badan menjadi jangan cerita melambungnya. Hehe macam la deal sangat sebelum ni.
Apa itu Berat Badan Ideal?
Ni semua gara-gara terbaca Majalah Keluarga keluaran 2001 berkaitan Tubuh Ideal ada di Klinik Mediveron semasa bawa anak check-up sebab demam. Sementara menunggu tu selak-selak ternampak jadual Tubuh Ideal tu. Tengok ketinggian dan saiz rangka, memang dah banyak terkeluar landasan. Penting rupanya untuk tahu berat badan ideal untuk setiap ketinggian. Ini untuk memastikan kita tidak "overweight" di mana badan tidak lagi mampu menampung berat. Rasanya tak pernah peduli pun. Sibuk-sibuk ni lagi la banyak terabai.



Ini cara nak kira Berat Badan Ideal = Berat Badan Ideal  = (Tinggi Badan – 100) X 90%

Contohnya :
Jika Anda mempunyai tinggai badan 150 cm, maka berat badan ideal Anda adalah (150 – 100) X 90% = 45 kg.

Dari nilai di atas, dapat membandingkan hasilnya seperti dibawah ini:

* Hasilnya 10% atau 20% lebih besar dari 45kg -=Kelebihan Berat Badan / Overweight
* Hasil lebih dari 20% dari yang seharusnya = Kegemukan / Obes/ Obesity
* Hasil 10% kurang dari yang seharusnya = Kurus

Kalau nak lagi senang, boleh la pergi mana-mana mesin timbang di shopping mall yang boleh bercakap tu. Sure lantang dia bagi jawapan "ANDA GEMUK!".. Memang sentap
Tanda-tandanya "Overweight"
Ini mungkin antara tanda-tanda yang saya rasakan. Mungking korang boleh kongsikan apa yang korang rasa.
  • Kaki kita telah mula merasakan sakit akibat berat berlebihan ketika berjalan dan sangat terasa bila kita sedang berehat.
  • Lipatan berlebihan di bahagian perut, peha, ketiak, leher, dagu.
  • Gatal-gatal di bahagian berlipat di mana selulit sudah mula menunjukkan diri.
  • Mudah terasa lapar disebabkan saiz ruang perut yang telah mengembang
  • Mudah rasa letih, mengantuk dan malas

Apa orang akan mula kata?
  • Baju tu nampak dah kecil la. Kena beli baru tu.
  • Wah asyik makan je. Tak kenyang-kenyang ke?
  • Ko ni nampak etih je
  • Dagu dah berlapis-lapis dah aku tengok
Semua ni memang akan buat kita makan dalam tapi sebenarnya peringatan buat kita untuk jaga kesihatan.
Apa kita nak buat?
a. Pengambilan Vitamin
Untuk permulaan ni, saya memang nak kawal pemakanan dulu dengan cara mengambil semula secara teratur Vitamin-vitamin. Memang saya suggest untuk korang tolong diri sendiri. Bagi masa dan ruang untuk perbaiki yang mana terabai.

Fungsi Utama Vitamin ialah membantu fungsi badan kembali berkerja dengan sepatutnya.



b. Exercise
Pastinya semua orang suruh exercise. Antara cabaran besar untuk dibuat untuk orang yang sentiasa balik rumah lewat macam saya. Memang kena usaha bahagikan masa. Tengok kawan-kawan ada yang ke gim untuk kekal sihat. Jeles rasanya.

Fokus saya hanya exercise dengan cara membuat kerja-kerja rumah. Banyak sebenarnya terutamanya mencuci 2 bilik air. Memang berpeluh-peluh.


Yang penting kengkawan.. ISTIQAMAH


Lawati FB page Rak Vitamin Sihat ♡ Shidah Abdullah 012-6240197 ♡
Read More

Saturday, September 27, 2014

Guna Tangan Untuk Saiz Hidangan Ideal

Hidangan ideal memang penting sangat - sangat.  Saya nak share apa yang telah di baca dari majalah iSihat Ogos. Memang penting untuk kita semua jaga saiz hidangan.

Yang paling utama adalah kawalan pengambilan karbohidrat seperti nasi dan roti. Kedua - duanya makanan utama kita. Kalau tak makan mau menggeletar lutut.


  • Mulakan dengan hidangan buah-buahan supaya lebih lancar penghadaman kita.
  • Ambil nasi sebesar penumbuk. 


  • Tak lengkap pula kalau tidak ada lauk. Tambah lauk hanya sebesar telapak tangan



  • Untuk melengkapkan lagi, sayur-sayuran jangan dilupa. Sama seperti saiz nasi. Tapi berbeza jika ambil yang mentah seperti ulam-ulaman dan sayuran yang telah ditumis.


Mudahkan.. Tetapi adakah mudah untuk aplikasikan kepada anak-anak. Sayur-sayuran pasti hidangan yang sentiasa terkeluar carta. 

Pengalaman Saya
Apa saya buat. 

  • Saya cari sayur-sayuran yang mereka suka seperti Kentang, lobak merah.
  • Permintaan anak-anak selalu potong kecil-kecil. Termasuk daun sup pun kena kecil-kecil sangat
  • Jika makan di kedai, memang order yang tiada sayur-sayuran untuk elak ppembakaran dan pengasingan
  • Selain saya itu,   juga ada topup dengan mealshake dalam susu supaya ada khasiat tambahan.

Nota sambil duduk membaca
Shidah Abdullah
Tokei Rak Vitamin Sihat
012-6240197
>
>
>
>
>
>
>

Ketahui apa itu MealShake 
mealshake
Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com