Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Monday, June 20, 2016

10 Cara Menangani Anak Tidak Mahu Makan dan Bagaimana MealShakes Membantu

Anak kita kalau tak mahu makan memang merisaukan. Pergantungan pada susu sahaja tanpa khasiat dari pemakanan lain juga menyebabkan masalah lain seperti sembelit. Anak-anak kita akan sukar hendak membuang air besar kerana kekurangan fiber.

Bila saya perhatikan anak-anak yang tidak mahu makan, kebiasaannya ibu dan ayah akan tukarkan dengan memberi "junk food" supaya anak tidak lapar. Oh! ini kesilapan yang besar kita sebagai ibu dan ayah. Kita lebih rela memberikan mereka "junk food" supaya mereka berhenti merengek. Hentikan semua ini. Kesian pada anak-anak kita sebab membesar dengan pemakanan yang tidak sihat.

Apa kata kita sama-sama tukar.

1. Kenalpasti makanan apa yang anak sukakan

Sebenarnya anak-anak kita ni istimewa dengan cara tersendiri. Cuba masak beberapa jenis makanan dan tengok yang mana betul-betul dia suka. Selain itu, kalau anak yang dah besar, tanya mereka hendak makan apa. Jangan la masak ikut apa yang ibu dan ayah sahaja yang suka, memang la anak tak nak makan.

Contohnya anak saudara saya, suka masakan western seperti pizza, macarony. Mahal? Tinggi la sikit kosnya tapi tukar la ke versi melayu. Murah la sikit. Anak-anak akan beralih rasa. Sekurang-kurangnya ada makanan berkhasiat masakan ibu.

2. Pastikan anak makan semasa dia betul-betul lapar

Apabila anak-anak ini betul-betul lapar, dia akan kurang memilih makanan. Mereka akan makan apa yang dihidangkan. Mungkin masih ada yang memilih tapi masih boleh dipujuk kerana dia betul-betul lapar.


3. Hanya simpan makanan yang ibu ayah mahu anak makan
Bila pergi membeli belah, pilih la stok makanan yang baik-baik untuk anak-anak makan sebagai snek. Jangan dibelinya cikedis (betul ke spelling) atau jajan yang banyak colouring tu. Sediakan buah-buahan yang siap dipotong supaya anak-anak rasa macam pergi kedai buah boleh pilih-pilih. Buat colourful sikit baru menarik perhatian.

Sediakan juga bijirin-bijirin dengan susu segar untuk diselang seli dengan buah. Koko crunch, honey star atau cornflake memang sedap di makan dengan susu segar.

4. Ajak mereka menyediakan makanan bersama
Sekarangkan trend berbento bagai dengan macam-macam alatan yang cute miut. Ajak la anak-anak sediakan makanan. Susun pattern-pattern menarik bentuk rumah, happy faces, hello kitty. Sambil tu sebenarnya kita memperkenalkan makanan kepada anak kita. Selitkan sayur-sayuran berwarna.
5. Suap la mereka makan kalau itu dapat meningkatkan selera, luangkan masa
Perasan tak bila anak-anak disuap makannya lebih banyak berbanding makan sendiri. Tapi tak dinafikan nak menyuruh anak-anak ini duduk static makan memang mencabar. Sabar la menunggu wahai ibu ayah. Masa ini kesabaran memang teruji dan bawak-bawak la istighfar. Hehe 

6. Jangan paksa anak makan mereka tidak suka
Anak pun berperasaan macam kita. Tak suka dipaksa-paksa. Cakap la baik-baik dan bagi freedom untuk dia memilih apa yang dia suka. Bila hati anak gembira, insyaallah dia akan makan dengan lebih gembira. Fahami apa dia rasa dan fikirkan dengan melihat gerak geri anak dan teruskan bertanya apa yang dia sukakan.

7. Teruskan masak masakan yang sama supaya mereka mencubanya sekurang-kurangnya sehingga 15 kali untuk menggemari
Ibu yang hebat akan sentiasa berusaha memberi minat dan memupuk pemakanan sihat. Tidak ada apa yang mustahil selama mana ibu ayah yakin usaha kita akan berjaya. Konsisten memasak makanan yang anak kurang gemari. Sehingga lama-lama dia sendiri teringin nak mencuba dan menikmatinya.

8. Berikan makanan yang sama kita
Anak-anak ni macam klon ibu ayah. Apa kita buat dia buat. So apa kita makan dia makan. Pernah tengok iklan Beras Faiza tak? Yang anak dia ikut semua yang ayah dia makan sehingga la ayah menghidap kencing manis. Hahaha.. tapi tu la hakikatnya. Ibu ayah makan dengan penuh nikmat anak sure follow punya.

9. Jangan mempermainkan mereka. Mereka bijak!
Jangan permainkan anak-anak dengan mengacah-acah mereka makan. Mereka akan terasa dipermainkan. Apalah salahnya guna segala teknik hikmat kucak-kucak ke.. lumba makan siapa habis dulu..

Dan elakkan ugutan "kalau tak makan...." hahaha yang ni memang mencabar. tapi memang kena hentikan ye.

10. Terus memberi semangat
Teringat Hannah anak saudara saya yang memang susah nak makan. Hari tu pergi makan di kedai, tiba-tiba dia nak makan nasi goreng. Ajaib. Tapi macam biasa makannya memang bersopan. Kebetulan Hannah duduk depan Kak Idah. Apa lagi kita kasi support sama dia. Bersungguh nampak dia makan bila orang support dia. Walaupun 2-3 sudu tetap satu kejayaan besar.

Apa itu Mealshakes dan Bagaimana ia membantu ibu ayah?
Apa kata kita cuba berikan mealshakes untuk anak-anak. Rasa vanilla yang sedap memang buat anak-anak seronok untuk minum mealshakes ni. Kandungan mealshakes membantu anak-anak kita membesar dengan sihat dan kuat. Setiap hidangan membekalkan 240 kalori.
  • Membekalkan tenaga untuk memulakan hari anak-anak kita
  • Menyokong perkembangan tumbesaran yang sihat
  • Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dan sistem percernaan.


KLIK GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN MEALSHAKES
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=bc8cfbf74da8fdd0156a05eaf7edfa82
Mealshakes juga membekalkan 19 vitamin dan mineral utama untuk tubuh badan anak-anak kekal sihat dan kuat. Bukan itu sahaja formulanya yang rendah lemah dan mempunyai indeks glisemik yang rendah akan mengekalkan berat badan ideal anak-anak kita.
Jom kita tengok secara bagaimana vitamin dan mineral membantu anak-anak membesar sihat!
1. Kalsium dan Vitamin D - Membantu mengekalkan kesihatan tulang
2. Vitamin B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folik - Membantu sistem saraf
3. Vitamin A - Membantu penglihatan yang bain
4. Vitamin C, E dan Bs - Membantu melawan jangkitan dan memperbaiki tisu rosak
5. Vitamin C - Membantu mengekalkan kesihatan gusi, gigi dan kulit
6. Sodium - Memberi keseimbangan bendalir
7. Vitamin B - Membantu menghasilkan tenaga dan membuatkan anak-anak lebih fokus dan mempunyai daya tumpuan yang tinggi
8. Serat Pemakanan - Membantu sistem percernaan dan mengatasi sembelit
9. Vitamin A,C, E - Antioksisa untuk mengekalkan kulit yang cantik dan memperbaiki tisu
10. Protein, Lemak dan Karbohidrat - Membantu perkembangan tumbesaran yang sihat, pemuihan dan tenaga kepada anak-anak.
Hah! lengkap sungguhkan. Memang la Meal Shakes minuman enak yang kaya dengan nutrisi dan sangat mudah dibancuh. Sesuai untuk sarapan, bersahur, bersukan dan sesuai untuk bila-bila masa.
Cara Membancuh MealShakes
Kalau saya kebiasaannya saya combine dengan ESP. Tapi untuk anak-anak boleh cuba resepi dibawah:-
Resepi 1# 1/4 cawan Mealshakes + Susu Rendah Lemak (Low Fat)/ 237 ml air biasa
Resepi 2# 1/4 cawan Mealshakes + Susu Rendah Lemak (Low Fat) + Ais (blendkan) ==> Ice blended.. NyumNyum
Selamat mencuba!
Master Norashidah Abdullah dan Helmy Irwan 2018

Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka

Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB Page : Shidotdotcom
FB : Shidah Abdullah
Read More

Saturday, June 18, 2016

10 Sebab Kena Join National Conference Shaklee SetiapTahun

Assalamualaikum
Alhamdulillah 28 Mei 2017 dapat join Shaklee National Conference 2016. Kak Idah saje nak pergi nak lapangkan fikiran jap. Feeling2 sikit dan nak tengok orang-orang hebat-hebat dapat anugerah. Nak mencari semangat dan rasa aura yang hebat. Mana tau Kak Idah tahun depan naik pentas pulak uols. 

1# Conference Bersama Keluarga 
Suami Kak Idah pergi kelas. Tak dapat dia nak hantar ke Sunway Convention Centre. Nasib baik ada adik manis Kak Idah, Iqah yang boleh tolong hantarkan. Se"batalion" tolong hantar. Opah dan 5 cucunya pun ikut menghantar sekali. Diorang lepas tu terus nak ke padang permainan. Yang follow Kak Idah ke conference cuma si kenit Alya. Berangkut la segala trolley baby dan beg. Memang rasa seronok pergi event boleh BAWA ANAK.
2# Tempat penjagaan kanak-kanak dan taman permainan
Iqah drop Kak Idah dan Alya diparking. Kami terus naik lif ke CP3 tempat convention. Wah dah ramai orang dan multi racial event. I like!! Masuk je tempat tengok keadaan. Wah! Ada tempat main khas untuk anak-anak yang sangat besar uols dan PERCUMA. Ada aktiviti mewarna dan anak-anak diberi minum Mealshakes PERCUMA.



3# Door Gift
Terus ke tempat pendaftaran dihujung sekali. Masa ni pemandangan lebih menarik. Penuh dengan anak-anak. Conference apa sebenarnya diorang buat ni? Kak Idah bawa sorang diorang bawa berbondong-bondong. Haha.. Sukanya kita. Kak Idah dah whatsapp Iqah siap suruh datang balik bawak diorang main. Terus ke kaunter pendaftaran dan ambil dapat wristband, tote bag berisi Caratomax PERCUMA dan pillbox Shaklee yang special.

4# Pemeriksaan Kesihatan
Sementara Master-master tengah queue nak masuk dewan, Kak Idah sempat pergi check kesihatan. Alhamdulillah berat memang turun 3 kg hasil dari menyusukan Alya dan detoks keluarkan cacing selama 5 hari. Tapi frust bila tengok umur dalaman tak change. Ok ini la masanya untuk ubah kesihatan. Nutritionist suggest untuk bulan puasa ni ambil set ramadhan supaya dapat membekalkan dan kekalkan produksi untuk penyusuan Alya bila Kak Idah berpuasa. Kurang la rasa lapar bila cukup protein selain makan sahur.
KLIK UNTUK MENDAPATKAN SET RAMADHAN ANDA!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a8edf505b8c0d810010b3573c9316929

5# HADIAH
Alya buat apa? Alya sentiasa tergelak-gelak dan seronok tengok lampu-lampu dan orang keliling yang suka agah dia. Tiba-tiba dengar MC tanya soalan pasal Shaklee. Hehe berbekalkan ilmu di dada, tunggu je soalan diajukan. Berebut-berebut semua orang menjawab. Kak Idah pun sama. Berjaya la dapatkan hadiah 1 sachet collagen powder dengan pilbox shaklee. Siap mintak tukar kat MC nak tukar hadiah lain. Minta hadiah yang memang Kak Idah tak ada. Sape nak bagi free kome oi. Soalan dia berulang-ulang setiap sesi. Kalau rajin ngadap aje MC tu tiap-tiap sesi sure penuh hadiah bawak balik.





Sementara menunggu nak masuk dewan conference, Kak idah check keadaan Alya yang dah buat projek. Bersihkan dulu supaya Alya selesa. Kak Idah whatsapp Kak Umi yang masa tu baru je sampai dan register. Kami duduk sama-sama dihujung dewan. Mudah nak keluar kalau Alya tak selesa.
6# MC YANG BEST
Event dah mula dengan Master-Master berarak masuk ke dalam dewan macam konvokesyen. Gahnya semua masuk berpasangan. Yang buat isteri tapi suami juga diraikan bersama. Lepas tu Master Ceremony masuk dengan suara yang sedap. Adibah Noooooooooor. Comelnya dia. Kak Idah suka sangat dan dia jadi MC memang best sangat dan kelakar. Ucapan pembukaan Ms Helen dan Mr Gaylen bersemangat cerita halatuju Shaklee. Ms Helen dengan speech yang bersahaja memang seronok tengok environment "balance" dalam Shaklee. Balance dengan membawa keluarga bersama-sama. 


7# KELUARGA TURUT DIRAIKAN
Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah achiever Shaklee. Semua naik pentas dengan keluarga. Tidak ada yang ditinggalkan dibawah stage. Kemudian perkongsian Master Alice dan anaknya yang berjaya dengan Shaklee dan bermula dengan semangat seorang ibu yang nakkan Master Daniel kembali sihat seperti biasa. Daniel menghadapi SLE dimana sistem badan jadi tunggak terbalik dan memberi signal yang tidak sepatutnya sehingga buang air kecil keluar darah. Daniel rasa masa hadapannya dah gelap. Nak bekerja tak boleh berat-berat. Master Alice kena hantar makanan pada Daniel setiap kali dia waktu rehat bekerja. Macam tu la perjuangan ibu untuk anak. Sehingga mereka diperkenalkan dengan Shaklee dan Daniel sihat sehingga sekarang. Lebih mencabar selepas berkahwin Daniel disahkan doktor sukar untuk dapat anak. Tapi selama mana kita berusaha Insyaallah dimakbulkan cuma tidak tahu bila. Daniel dikurniakan juga seorang baby yang comel. Siapa sangka. Jangan berhenti berharap.

8# CABUTAN BERTUAH
Lepas dah berair mata tu. Adibah Noor menceriakan keadaan dengan lucky draw product.. ada collagen ada iphone ada vivix ada Get Clean.. mengharap ni dapat yang best2.. oh tak ada rezeki rupanya di sesi pertama ni.. lepas tu rehat untuk lunch. Lunch tanggung sendiri tau.. bayar RM40 jangan harap ada makan ye.. tu kena faham sendiri. 

Lepas lunch, majlis penyampaian anugerah disambung untuk new start achiever. Kak Idah target next NC naik atas untuk terima bawa seluruh keluarga ke atas. Satu-satunya platform yang kita diraikan bersama. Selalunya semuanya kita naik sorang-sorang sedangkan kita berjaya kerana orang-orang yang support kita dari semua arah.

9# PERKONGSIAN PENGALAMAN
Sesi pukul 3 Shaklee Effect Dialogue pulak menyusul. Ms Sue jadi moderator bersama 4 Master terpilih untuk berkongsi. Masyaallah. Betapa hebatnya orang-orang hebat ini berkorban untuk mencapai kejayaan yang mereka ada sekarang. Ada yang. Ada yang hampir putus harapan bila isteri sakit dan macam tak ada harapan sembuh. Ada yang meninggal kerjaya impian yang dipupuk dari kecil disebabkan kesusahan yang dirasai dari kecil. Ada yang meninggalkan kerjaya untuk freedom bersama keluarga. Ada yang hanya seorang suri rumah ingin mengubah keluarga dan membantu suami dan berjaya menghadiahkan sebuah kereta idaman kepada suami tercinta. Ada yang gaji besar tapi bagi mak ayah masih amaun yang sama. Huhu betul. Tiap tahun naik gaji sama je yang mampu bagi. Masih nak duduk ditakuk yang sama? Berair mata positif lagi .

Adibah Noor cakap 


Dulu saya tak percaya dgn MLM sbb masa join dulu asyik cerita duit duit duit. Tapi lepas dengar sendiri cerita-cerita Shaklee, saya sangat kagum sebab duit tu sekadar nak happykan orang-orang yg kita sayang saja (nak buat mak/ayah happy, nak bawa anak jalan2, etc), bukan matlamat utama.
 
Terima kasih Kak Adibah Noor. Tu la perasaan yang Kak Idah rasa.

10# MOTIVASI
Sesi perkongsian Master Farihah  lebih terkesan. Seorang yang berprofessional guru cakap kat depan pun macam cikgu. Mesti tanya dan suruh angkat tangan. Tapi apa yang master kongsikan buat apa-apa pun kena fokus. Bukan susah sangat. Guna lepas tu share je. Senang ke mudah? Orang marah ke kita share dekat fb tu. Tak kan? Senang ke mudah?. Master pesan lagi buat advance diari apa kita nak achieve. Tulis target timeline nak jadi master dari sekarang.



Lebih terkesan bila master kongsikan mengenai ayahnya sakit 500km jauhnya dia dari kampung. Dia hanya berair mata dan berdoa. Allah permudahkan dengan tiba-tiba suaminya yang seorang berkerja kerajaan mengajak balik kampung dan meninggalkan kerjaya dan berkhidmat kepada ayah dan ibu. Kita boleh buat ke? Mak ayah sakit nak cuti pun susah. Huhu moga Allah lapangkan laluan Kak Idah. Lebih banyam air mata positif

Kita semua diberi pilihan. Kak Idah sekarang berkerjaya, jual takaful kenderaan dan roadtax, jual brownies dan macam-macam lagi. Dah jumpa juga macam-macam company join. MLM jangan cerita la.. tapi ada kelainan pada Shaklee.

Kak Idah belajar banyak benda dari leader dan family shaklee. Semua berkongsi. Tak ada yang kedekut ilmu. Ikhlas jadi matlamat. Nak berjaya Allah jangan lupa. Checklist dengan Allah jangan lupa buat. Konsisten.. konsisten dan konsisten.. 

Betul memang lebih tenang. Perjalanan Kak Idah baru bermula dan akan berakhir bersama-sama korang semua. Jom join Kak Idah untuk ubah keluarga. Like dan Share ilmu yang kita ada.. Allah tambah rezeki ilmu yang lain insyaallah.

Setiap sesuatu mesti kena "Upgrade". Ini suggestion Kak Idah untuk Shaklee perbaiki iaitu meja pembelian promosi atau premium item
1. Semua promo item buat semua online. So participant semua datang boleh concentrate conference
2. Premium item boleh bukak kaunter khas
3. Premium item juga dijual di kaunter Hq dan cawangan Shaklee. Dapat bagi pada customer. 

Yang lain memang Shaklee Hebat

Master Norashidah Abdullah dan Helmy Irwan 2018

Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka

Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB Page : Shidotdotcom
FB : Shidah Abdullah


Read More

Saturday, May 21, 2016

10 Cara Terbaik Set Pemikiran Positif Untuk Berjaya dalam Hidup

Assalamualaikum
Macamana mood hari ni? Weng? Meh-meh baca ni kasi relaks sikit.

Kalau sesiapa selalu tengok rancangan Dr Muhaya.com di tv dan dengar sesi motivasinya di radio ikim.fm, yang Kak Idah selalu ingat Dr selalu pesan

"Kita kalau nak berjaya, minda kena selalu positif. Baru kita dikelilingi orang-orang positif dan berjaya".

Bila dipraktikkan, memang betul pun. Dulu Kak Idah juga jenis cepat stres. Dah la ada "itu baran satu kapla" tapi alhamdulillah sekarang dah berjaya dikawal. Tugasan Kak Idah sekarang lebih banyak mendidik agar Kak Idah lebih bersabar, redha dan sentiasa positif. Insyallah yang nak dibimbing juga lebih positif dan lebih berdaya saing.
Ini nak share apa yang Kak Idah buat untuk kekal positif sejak akhir-akhir ni and yang penting kurang marah-marah. Memang "feel" dia best gilerrrrr.



 
1# Set target hidup "Vision Board".
Vision Board ni ialah merekod apa yang kita nak dalam tempoh masa tertentu contohnya dalam masa 5 tahun. Kena tulis spesifik yang boleh. Just nak share apa yang Kak Idah nak capai;

  • 30/9/2016 Capai pangkat Supervisor dalam Shaklee dengan 3000UV.
  • 2016 Menamatkan pelajaran dalam CIMA dan Master dengan jayanya.
  • 2017 menunaikan umrah bersama-sama Mak, Ayah, Syafiqah, En Hubby dan 4 Nur'ain, anak dara Kak Idah.
  • 2018 menunaikan Haji bersama-sama ibu dan ayah mertua, dan En Hubby
  • 2020 Membeli rumah semi-D dua tingkat, ada halaman luas ditepi.
  • 2020 Jadi keluarga Hafiz dan Hafizah
  • 2024 Menjadi surirumah berkerjaya dan ada perniagaan sendiri. Punyai lebih banyak masa dengan anak-anak


Kemudian Kak Idah translate dalam bentuk visual macam kat bawah ni. Letak la gambar-gambar untuk dibayangkan. Nak lagi canggih, korang buat benda ni dengan kawan-kawan atau family, lagi best.

Kak Idah apply kepada team member di pejabat. Baru Kak Idah tahu semua ada cita-cita hebat dan masa diorang menulis setiap perkara di template "Vision Board" masing-masing Nampak muka tu penuh dengan cita-cita.  Alhamdulillah aura positif tu dah mula menyerlah.
2# Doa berterusan.



Tiap kali doa Kak Idah sebut semua yang ada dalam senarai no 1 tadi. Memang mudah nak sebut dan terbayang-bayang setiap gambar-gambar.

 
Jangan tak percaya, dulu Kak Idah susah nak menyimpan dari duit gaji untuk capai semua senarai kat atas. Tapi sekarang selain berusaha dengan sumber Shaklee, Allah turunkan pula sumber yang tidak disangka-sangka dengan menjual "Homemade Brownies".
Subhanallah. 
 
Allah berfirman, maksudnya :

“Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepadaKu di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hatiKu. Dan jika ia ingat kepadaKu di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepadaKu sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekatiKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepadaKu berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil belari.”

Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra

3. Fahami tanggungjawab
Setiap orang semua ada tanggungjawab yang berbeza dan banyak. Macam Kak Idah, seorang isteri, anak, ibu, sahabat, kakak, adik, menantu, ipar, majikan dan kakitangan. Banyakkan!. Kak Idah pasti semua macam ni. Tu yang buat kita cepat marah-marah. Tapi selama mana kita faham setiap tanggungjawab yang diamanahkan, kita akan buat dengan terbaik. Tak perlu stress sangat pun. Kongsi bersama-sama orang disekeliling,
Baca doa di bawah selalu semoga dipermudahkan segala urusan. Mulakan semua perkara dengan Bismillah. Insyaallah kita lebih tenang. Bila nak baca?
  • baca dalam kereta
  • tengah berjalan dari kereta ke pejabat
  • dari pejabat nak pergi mesyuarat
  • bila-bila boleh
4. Cakap baik-baik walaupun dalam keadaan marah
Hehe ni perkara paling mencabar nak buat. Bila dah buat bestnye usah cerita la. Rasa hebat sangat dan tenang betul.
Contohnya bila kita tengah drive, beratur nak masuk simpang waktu pagi nak pergi kerja. Tak lama lepas tu. ada kereta nak potong terus kehadapan dan menghimpit dari kanan. Dalam hati sure kita dah maki-maki dah kan! Tapi pastikan yang terkeluar dari mulut tu yang positif sikit bunyinya walaupun nadanya marah.
Bang! Agak-agak la. Cuba la sabra sikit semua orang beratur kot
Ha! Macam tu la nak cakap secara positif tapi dalam keadaan marah. Hehe bukan apa kita tak nak mood marah tu duduk di minda separa sedar kita dan lama-lama jadi kebiasaan. So buang perkara ni awal-awal supaya kita positif je.
5. Dengar motivasi setiap hari
Sekarang ni setiap pagi, Kak Idah dengar radio ikim.fm dengar celoteh DJ Pian dan DJ Luq. Selalu setiap pagi macam-macam topic menarik diorang berdua bincangkan dengan tetamu-tetamu jemputan. Memang best. Antara tu ada motivasi pagi diselitkan. Ada pulak doa dhuha dibacakan.
Oh! indah sungguh mood dipagi hari. Baru la kita bersemangat nak pergi kerja. Ada kata-kata positif dah masyukkk.
6. Berkawan dengan yang positif

Mak abah kita selalu pesan supaya pilih kawan yang elok-elok. "Elok-elok" tu memang banyak sangat makna. Kawan-kawan kita semua macam-macam jenis contohnya
  • Cantik menarik ko memang "the boom" tapi tak nak menolong
  • Rajin menolong tapi suka mengungkit
  • Mulut laser tapi hati baik
Macam-macam lagi la, sebenarnya tak kisah apa kita nak kategorikan kawan kita tu. Tapi yang penting ambil yang baik dari dia. Yang negatif kita tegur supaya sama-sama perbaiki. Cari kawan yang boleh berkongsi susah senang dan yang selalu dapat menegur kita. Tu la kawan yang terbaik.
7. Ambil ikhtibar dari orang lain
Kadang-kadang perasan tak Allah hantar pada kita orang yang dasyat-dasyat untuk kita handle. Adoi! memang fenin dibuatnya. Contohnya Allah hantar orang yang kerjanya asyik nak marah kita. Semua benda dia nak marah. Asyik kita je salah. Masa tu muka kita jangan cerita la merah padam macam makan cili. Meluap-luap aje. Ambil masa untuk bertenang.
Hehe Kak Idah ada kes macam ni. Kak Idah study sikit latar belakang orang ni dari kawan-kawan sekeliling nak tau pasal family dia, mak ayah, adik beradik. Oh! masa tu rasa bersyukurnya Kak Idah punyai family yang memahami berbanding kawan yang suka cari pasal ni.
Rupanya kita kena kesian dekat orang lain yang mungkin tak sama macam keadaan kita yang lebih baik keadaannya. Dia mungkin kurang disayangi atau kurang perhatian, tak ada tempat nak luah perasaan.
Allah hantar dia mungkin untuk kita membantu dia dan dalam masa yang sama mengajar kita untuk lebih bersyukur atas nikmat yang ada.
8. Bersyukur setiap hari
Dari cerita no. 7 tadi, sebenarnya semua perkara kita kena bersyukur. Tak kiralah yang datang tu perkara baik atau pun perkara buruk atau malang. Kita kena bersyukur banyak-banyak sebab Allah uji dan ajar kita dengan cara yang terbaik. Lebih banyak kita bersyukur, kita akan lebih tenang menghadapi kehidupan setiap hari tau!
Cara yang lebih hebat. Ambil buku atau dairi sendiri. Tulis setiap perkara yang kita lalui setiap hari. Tulis sebanyak-banyaknya tau. Contohnya macam ni..
21/5/2016 (Sabtu)
  • Bersyukur masih ada nyawa hari ini
  • Dapat bawa anak-anak pergi swimming dan main di taman dengan suami dan ikah
  • Hari ini berjaya detox hari ke-4
  • Kak Idah dah pandai memilih makanan dan kawal pengambilan gula. Hebatlah Kak Idah!

Sambung sepanjang-panjangnya senarai. Tulis setiap hari




9. Beri kata-kata semangat pada orang lain
Macamana dah mula rasa best tak bila kita dah mula fikir secara positif. Kongsikan kegembiraan, ilmu dan pengalaman yang kita ada dengan orang sekeliling. Sharing is Caring kan!.



Tengok kawan-kawan atau family ada masalah, duduk sebelah dan "slow talk". Jadi pendengar yang baik. Sambil mendengar tu, cari idea untuk berkongsi. Mungkin kita sendiri tak pernah lalui, tapi kita pernah dengan pengalaman orang lain. Beri pendapat agar yang ada masalah terbuka sikit mindanya untuk memilih jalan keluar mereka sendiri. Hah dah macam motivator kan!
10. Kongsi kegembiraan

Hari ini tiba-tiba bos bagi bonus. Wah! Kita sure happy kan. Dalam otak dah terfikir-fikir dah apa nak shopping atau pun bayar hutang. Masa ni memang excited betul la kalau keluar jalan-jalan, makan-makan, shopping-shopping. Betulkan.


Cuba "extend"kan "happiness" tu dengan orang-orang sekeliling. Bila pergi berjalan bawa mak ayah, anak-anak, suami dan adik beradik pergi makan besar. Masa tu baru BONUS tu lebih nampak bermakna sebab kita akan dapat tengok muka-muka seronok semua orang menikmati makanan yang kita sendiri belanja.

11. Luahkan perasaan
Adakalanya, bila kita terduduk juga dengan ujian datang. Lagi-lagi kalau ujian datang bertubi-tubi. Jangan pendam perasaan sorang-sorang. Cari sahabat atau keluarga untuk luahkan perasaan supaya beban yang tadi rasa berseorangan dapat dilepaskan. Mungkin tak dapat menyelesaikan masalah keseluruhan tapi dapat melegakan perasaan.
Kak Idah memang beberapa sahabat setia yang selalu mendengar luahan perasaan Kak Idah. Hehe pedih le telinga diorang dengar Kak Idah bercerita. Selalunya En Hubby atau seorang kakak di pejabat. Lepas dah cerita, leganya tak tahu la nak cakap. Kadang-kadang diorang akan bagi nasihat apa nak buat seterusnya. At least ada la idea kan.

12. Set Pemikiran Positif (SMP)

Last sekali, korang tahu tak ada Set Pemikiran Positif ni. Barangsiapa nak ubah diri jd lebih positif, pastikan konsisten amik set ni:-
  • LECITHIN
  • OMEGA GUARD
  • B COMPLEX
  • PERFORMANCE DRINK

Bagaimana set ni berperanan utk jana pemikiran positif
Dalam otak kita ada neurotransmitter, yakni bahan kimia dalam otak yang berfungsi menghantar infomasi ke dalam sel saraf kita. Neurotransmitter ni macam posmen. Apa jadi kalau posmen tak bekerja? Surat/parcel tak sampai...
Ada tiga (3) jenis orang. So kita pilih yang mana?
Orang positif  mempunyai neurotransmitter (posmen) bagus. Posmen kerja dengan efisen dan akan pastikan semua surat (informasi) sampai tempat yang betul
Orang negatif mempunyai neurotransmitter (posmen) tak bagus. Posmennya malas dan asyik mengelat saja. Surat tak sampai lah, salah alamat lah... Sebab tu kadang-kadang orang cakap lain tapi org negatif terus fikir lain.
Orang gila mempunyai neurotransmitter (posmen) tak balance. Ni posmen blur. waze rosak agaknya. Dia tak tau apa yang betul apa yang salah. Surat pun tak kenal agaknya


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84a4b37779ee88caf98a810ddc375033
KLIK GAMBAR UNTUK PEMBELIAN TERUS
SMP ni akan bertugas untuk membantu;-
  • Lecithin - membina neurotransmitter (tempat kelahiran posmen)
  • BComplex - mencantikkan neurotransmitter (tempat latihan posmen)
  • PD - memastikn kelancaran perjalanan neurotransmitter (motor, waze)
  • Omega - mengawal selia fungsi otak, 2/3 dr otak terdiri drp lemak.(penghulu kampung)
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?


Hubungi Kak Idah untuk
Konsultansi Percuma
Harga yang berpatutan
Peluang menjana pendapatan sehingga 6 angka
Shidah Abdullah (Kak Idah)
ID Shaklee :922949
012-6240197 (Call, Sms, Whatsapp)
FB Page : Rak Vitamin Sihat
FB : Shidah Abdullah





Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com