Semangat Selalu

Read More

Slide 1 Title Here

Slide 1 Description Here
Read More

Slide 2 Title Here

Slide 2 Description Here
Read More

Slide 3 Title Here

Slide 3 Description Here
Read More

Slide 4 Title Here

Slide 4 Description Here
Read More

Slide 5 Title Here

Slide 5 Description Here

Wednesday, October 13, 2021

TADABUR TAZZAKUR : SURAH AL-FATIHAH AYAT 1 HINGGA 7





Assalamualaikum. Hari ni nak tadabbur Surah Al Fatihah. Surah pertama dalam Al Quran. Apa pesanan Allah pada aku dalam surah ini. Rindu kelas Tuan Fazrul pada tahun 2018. Belajar tentang 
  • Tadabbur (IQ) bijak intellek dan 
  • Tazakkur (EQ) bijak emosi


Quran itu untuk dibaca untuk mencapai 4 perkara iaitu
  • peringatan untuk memperbaiki kehidupan
  • penawar kalau hati gundah gelana
  • petunjuk dalam membuat keputusan dan 
  • rahmat ketika kita rasa dalam keadaan kritikal dan memerlukan kekayaan spiritual

Ayat 1 (Basmallah) 


Tadabburku : 
Dengan nama Allah yang Maha Penyasih Maha Penyayang


Tazakkurku : 
Ya Allah baiknya Engkau Allah. menceritakan pada aku bahawa kau sentiasa menyasihi aku tidak kira siapa aku. betapa kurangnya aku. Kau sayang aku tidak ada belah-bahagi Ya Allah. Terima kasih Allah atas setiap rahmatmu Allah


Ayat 2 

Tadabburku :  

Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam

Tazakkurku : 
  • Aku wajib mengingatimu dan memuji kehebatanmu Allah. Tiada yang lain. Engkau yang memiliki segalanya di alam ini. 
  • Aku hanya meminjam segalanya kepadamu. Aku meminjam nyawa, harta, anak-anak, ibubapa, suami, adik-beradik dan segala-gala yang aku ada Ya Allah
  • Semua Bila aku rasa ada manusia hebat, aku perlu ingat Engkau lebih hebat. Allahuakbar


Ayat 3 

Tadabburku : 
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Tazakkurku :
  • Aku masih tertanya-tanya ketika Allah mengulangi perkataan yang sama dari ayat pertama. kini diulang ke ayat ketiga
  • Ya Allah sesungguhnya kau bagitau aku lagi untuk mencarimu yang sentiasa mengasih aku dan sentiasa menyayangi aku tanpa alasan tanpa melihat apa kurangnya aku sebagai hambamu Allah.

Ayat 4 

Tadabburku : 

Pemilik hari pembalasan

Tazakkurku :
  • Kalau di dunia, nak dapat kenaikan pangkat tentunya ada evaluation sessionkan
  • Ya Allah kau cerita pada aku betapa aku akan bertemu denganmu untuk melihat setiap amalanku sama ada baik atau buruk
  • Ya Allah ini matlamat hidupku, pulang kepadamu Husnul Khotimah. 
  • Untuk aku mencapai matlamat ni, pasti aku perlu mencapai segala KPI-KPI menuju akhirat. Aku terfikir aku dah meet expectation ke? Ke masih below expectation. Kalau ikut evaluation dunia. Aku masih belum layak
  • Tapi aku yakin Ya Allah kau Maha Penyasih dan Penyayang. tugasku sebagai hambamu berusaha dan bersusah payah untuk mendapat kemudahan di hari pembalasan dan memilih pintu Syurgaku. Membawa seluruh ahli keluargaku dan sahabat-sahabatku bersenang-senang di sana. 

Ayat 5 

Tadabburku : 
  • Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan
  • hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
Tazakkurku :
  • Ya Allah, awal-awal lagi dalam Al Quran kau menegaskan untuk hanya menyembahmu. Membuat segala suruhanmu.
  • Kalau aku rasa susah, aku perlu memohon pertolongan padamu. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Penyayang. 


Ayat 6 

Tadabburku : 
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Tazakkurku :
  • Kami wajib memohon pertolonganmu. Sesungguhnya Engkaulah yang memberi kami
  • Aku pasti yang memberi setiap kemudahan di setiap kepayahan
  • Jika kau beri ujian, pastinya Ya Allah tujuannya untuk mendidik aku menjadi lebih baik
  • Sesungguhnya telah banyak kau membantu aku dalam kehidupankan Ya Allah


Ayat 7 

Tadabburku : 
  • Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya
  • bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan
  • bukan pula jalan orang-orang yang sesat

Tazakkurku :
  • Ya Allah kau dah berikan aku 3 pilihan jalan mana perlu aku ikut.
  • Ya Allah aku nak pilih jalan orang-orang yang kau berikan nikmat; nikmat hidup, nikmat iman, nikmat islam, nikmat berkeluarga dan bermasyarakat, nikmat keamanan dan pelbagai lagi nikmat yang tak terhitung banyaknya dari aku kecil lagi
  • Ya Allah aku tidak mahu jadi orang yang kau murkai iaitu tidak mengingatimu selepas Engkau berikan nikmat-nikmat kepadaku
  • Ya Allah aku juga tidak mahu menjadi termasuk orang-orang yang sesat. Lindungi aku terutamanya dari fitnah Dajjal Ya Allah

Terima kasih Allah sebab ingatkan aku semula untuk bertadabbur
Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : 012-6240197 
Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 
Like di Fb page: Rak Vitamin Sihat 
Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom & Rak Vitamin Sihat
Read More

Monday, September 27, 2021

Wajib tulis 100 Impian pertama dan tulis lagi dan lagi

Hari ni 27 September 2021. Shidah nak tulis semula 100 impian yang Tuan Fahdi minta peserta tulis masa kelas Funnel Evo bulan Ogos. Banyak kali rasanya kita dah dengar tentang menulis impian ni kan. Tapi berapa ramai yang menulisnya dan rekod di atas kertas.

Ini senarai panjang saya. Anda baca dan aminkan ye. Moga hajat saya dan hajat anda yang bakal ditulis berjaga. Untuk lebih memudahkan saya fokus dan menambah check list saya akan buat mengikut kategori.

Fizikal (4)

  1. Berat ideal 50 - 55 kg
  2. Kulit flawless gitew🀭
  3. Skipping jadi rutin harian
  4. Naik gunung kinabalu. Kena start training la kan


Kerohanian (16)

  1. Mati pada hari Jumaat
  2. Mati Husnul Khotimah dan masuk syurga
  3. Khatam Quran 4x setahun = 3 bulan sekali
  4. Istiqamah solat awal waktu setiap hari sehingga akhir hayat
  5. Amal sunnah nabi dalam kehidupan harian
  6. Menunaikan haji pada tahun 2023 dengan kak ngah dan kak long
  7. Menunaikan umrah pada tahun 2022 dengan mak abah, kak long, kak ngah, kak chik, alya dan aisyah. Nak sponsor satu family.
  8. Khatam Talaqqi dengan sheikhah 2021
  9. Menutup aurat sentiasa sempurna
  10. Wakaf telaga setiap tahun
  11. Buka yayasan untuk pengajian al quran
  12. Ziarah masjid nabawi
  13. Istiqamah solat tahajud setiap hari hingga akhir hayat
  14. Istiqamah solat dhuha setiap hari hingga akhir hayat
  15. Istighfar harian 1000x setiap hari minimum hingga akhir hayat
  16. Selawat Tafrijiah 100x setiap hari minimum hingga akhir hayat
  17. Istiqamah tadabbur Al-Quran


Bisnes (15)

  1. Capai 1 juta sales pada tahun 2023
  2. Naik Master Coordinator Nov 2022
  3. Income bisnes sama dengan gaji pada Jan 2021
  4. 100 Team Leader bisnes yang aktif pada Mar 2023
  5. Daily sharing di media sosial. saham akhiratkan
  6. Buka syarikat sendiri berhad pada tahun 2021
  7. Capai insentif tahunan shaklee setiap tahun
  8. Pusat Kecantikan Muslimah
  9. Full time business sebelum umur 40
  10. Sekolah bisnes.com
  11. Pejabat sendiri
  12. Efektif setiap bulan
  13. Qualify regional dan international convention dengan team 
  14. Qualify business leader national conference setiap tahun
  15. Pendapatan bulanan 5 angka

Mak Abah (3)

  1. Bawa mak abah sendiri dan mertua umrah dengan insentif Shaklee
  2. Nak abah batu gajah sihat macam selalu boleh berjalan
  3. Belanja bulanan 4 angka
  4. Sentiasa berkhidmat untuk mak abah setiap hari


Kewangan (10)

  1. Zakat tahunan RM100K
  2. Selesai hutang rumah
  3. Selesai hutang kredit kad
  4. Simpanan RM1 juta sebelum umur 45 tahun
  5. Perlindungan takaful yang cukup
  6. Beli 5 buah rumah asset investment
  7. Beli tanah untuk buat rumah
  8. Beli tanah untuk buat homestay islamic
  9. Beli tanah untuk wakaf
  10. Sponsor orang lain buat haji dan umrah


Keluarga (6)

  1. Anak-anak masuk ke universiti dalam atau luar negara
  2. Kami sekeluarga hafizah al-quran
  3. Beli rumah baru yang ada bilik sorang satu untuk anak-anak dan untuk mak abah 
  4. Beli kereta Vellfire untuk bawa mak abah dan family travel dengan selesa
  5. Anak-anak boleh berbahasa inggeris dengan lancar
  6. Kelas berenang untuk anak-anak

Travel (7)

  1. Travel seluruh dunia
  2. Travel saya ni semua saya nak plan pergi beramai-ramai.
  3. Travel ke Korea (impian Kak Long)
  4. Travel ke Terengganu (impian Kak Ngah)
  5. Travel ke Jepun (impian ibu)
  6. Melawat ke Masjid di seluruh dunia
  7. Travel ke Turki
  8. Ziarah ke Palestin dan Masjid Al Aqsa


Self Accomplishment (7)

  1. Speaker National Conference
  2. Jumpa Tun Dr Mahathir
  3. Upgrade skill memasak
  4. Upgrade skill phop
  5. Belajar berenang sampai pakar
  6. Belajar berkuda sampai pakar
  7. Belajar memanah sampai pakar


Ok senarai ni akan terus ditambah lagi dan akan direkodkan di sini juga bersama link yang dah
Shidah Abdullah Whatsapp/sms : 012-6240197 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau Like di Fb page: shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah Follow Instagram : shidotdotcom
Read More

Monday, September 20, 2021

6 Tips Pengurusan Masa Berbisnes

Alhamdulillah hari ni sesi inspirasi bakal master kita Kak Jiha atau Dr Najihah. Kak jiha seorang penyarah. Seorang anak didik Master Mai dari OMS Group. Bermula dari pengguna menjadi bisnes leader. Tak ada niat nak berbisnes dengan kerjaya dan sedang menyambung phd. Anak pun 5 masa tu. 

Bagaimana bermula?  
Kak jiha bermula dengan join group bisnes. Mula dengan tengok-tengok yang share-share tu dan sharing di facebook. dapat feedback yang baik.




Best point kak jiha. 

1. Ikut keutamaan @ priority
Tanggungjawab kita semua memang banyak. Kalau ikut semua tak sempat nak buat. So kena prioritykan. Contohnya post di media sosial di waktu bekerja memang dielakkan.Buat diluar waktu bekerja. Tapi masih buat share pada group team contohnya ayat motivasi. 

2. Tak perlu malu berbisnes. 
Tak malu untuk menjual walau kak jiha seorang pensyarah. Kak jiha memang suka berniaga. Kak jiha pesan kita bukan buat perkara yang tak elok, teruskan share dengan orang lain.

3. Kena Multitasking 
Alasan tak dapat bagi tumpuan dengan macam-macam sebab kena stop. Jangan jadikan anak sebagai alasan. Sambil-sambil buat juga approach customer. Ramai bagi alasan anak dan tak ada masa. Alasan macam "Tunggu la masa yang sesuai" menunjukkan kita belum ada BIG WHY untuk kita betul-betul kuat untuk buat sesuatu perkara.

4. Tanggungjawab 
Tanggungjawab kita semua memang banyak. Tanggungjawab pada pencipta, agama, kerjaya, rumahtangga, bisnes kita. Kena jaga keberkatan masa sama macam dalam Surah Al-Asr πŸ˜₯. Kita sendiri tak menjaga masa waktu solat.Settlekan kerja kita sambil-sambil tu pos atau jawab juga ke group whatsapp kita. 

5. Push factor
Kadang-kadang kita tahu kita ada kenaikan gaji tapi cukup untuk harian sahaja. Bukan tak bersyukur tapi nak lebih untuk diri dan impian memang tak cukup. Bila anak ramai ni memang, mak ayah cakap tak payah la bagi, korang anak ramai. Tapi bila berbisnes Shaklee, kak jiha dapat bagi 4 angka pada mak ayah. Ini pilihan kita.

6. Kena bertindak. Kalau macam-macam kelas pergi tapi tak bertindak. Impian semua tak akan tercapai.





Masyaallah best sangat bisnes Shaklee ni. Inspriring sangat. Sentiasa ada sharing inspirasi.

Jom berjuang dengan berbisnes!
Jom buat sampai jadi!

Contact Shidah Abdullah terus ye 
Read More

Tuesday, May 18, 2021

MASALAH SEMBELIT DAN SUKAR NAK HADAM?

Rasa sebu perut. Bila last korang membuang?. Huish kalau ada masalah ni memang terganggu segala urusan. Tambah pula angin naik ke kepala. 

Macam-macam dah cuba tapi tak jalan. Apa kata korang try Herblax.

Wa cakap sama lu! Memang jalan laju.

Masa mula-mula try dulu terkejut sangat weih. Dia punya mencuci dasyat.
Tapi korang jangan la risau sangat. Tak la sampai mengganggu sangat.
Rasa macam nak membuang biasa je tapi dia cuci betul-betul clear.

Memang payah nak explain tau! Korang ke rasa sendiri. Telan 4 biji sebelum tidur. Esok dia jalan baik punya.

Botol dia kecil je. Sebotol ada 120 biji. Tak perlu makan hari-hari pun.
Siap korang boleh ajak kawan-kawan cuci usus sama-sama. 
Ambil dalam seminggu untuk bersihkan semua.

Lepas tu korang ambil seminggu Herb-lax sambung terus ambil kalsium Ostematrix untuk bantu perjalanan pembuangan seperti biasa. Herblax tak boleh ambil selalu nanti usus kita malas sebab ada yang buat kerja untuk dia. Kita tak mahu macam tu. Kita nak bersihkan usus supaya kerja usus berjalan lancar baru la penyerapan zat-zat tip top.

Bawah ni Shidah detailkan pasal Herblax



Fungsi Herb-lax

1. Menyokong sistem penghadaman yang sihat
2. Membantu mengembalikan keseimbangan pencernaan semulajadi 
3. Melindungi daripada masalah sembelit)

Antara bahan yang terdapat dalam herb-lax ialah:

1. Daun senna
2. Kulit pokok buckthorn
3. Likuoris
4. Daun alfalfa
5. Akar culver
6. Jintan hitam
7. Jintan manis
8. Akar rhubarb
9. Bunga mallow biru

Apa yang istimewanya ♥ 

Campuran daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Ia merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh korang


Amacam nak try! 
Roger terus KLIK SINI

Salam sayang untuk semua!
Shidah Abdullah 
Read More

Tuesday, May 11, 2021

Best dapat beli almari "make up" baru

Assalamualaikum

Raya dah dekat tapi Shidah masih belum habis mengemas. PKP 1.0 dulu duduk rumah mak. Lepas balik dari balik PKP 1.0 sampai nak masuk PKP 3.0 dah tak habis kemasnya. 

Ye la, Dah 10 tahun duduk rumah sekarang. Banyak gila barang dan tak pernah dibuang. Memang jenuh nak kena buat 5S. Memang kena "sorting" dan asingkan betul-betul yang kita pakai dengan yang tak pakai. Dah kenapa la simpan kan. 

Kadang-kadang tu rasa sayang. Dulu nak beli susah. Bila nak buang tu berfikir-fikir. Simpan la. Tu la dulu suka sangat cakap 'opah suka simpan barang' πŸ˜….

Bukan tu je la kan. Antara cabaran mengemas, bila kita kemas anak kita pun tolong mengemas. Dah disusun-susun, tengok diusiknya dan dimain anak-anak. 

Tarik nafas panjang je la wahai mak-mak.

Eh! panjang pula melalut. Nak cerita Shidah beli almari make up. Tujuannya sebenarnya nak cari almari letak tudung.  So rugi la beli untuk 1 tujuan je. Kali ni Shidah pilh mengikut keperluan dan penggunaan 2 in 1.

Beli bila betul-betul ada keperluan

Cabaran orang perempuan ni, tudung dia banyak sangat-sangat. Walaupun kadang-kadang dia jawab tak ada tudung πŸ˜‚. Lagi Shidah anak dara ramai. Boleh bayangkan tak tudungnya. Untuk level kongsi-kongsi tu. 

Kali ni tujuan utama beli almari, nak susun tudung yang berselerak. Best almari "make up" ni sebab ada laci ("drawer"). Tak nak yang beli besar sangat. Nanti almari tu makan space dalam bilik shidah. Bilik tak la besar sangat. So beli la almari ni.

2 in 1

Bila tujuan nak simpan tudung tercapai happy dah. Sambil tu ada cermin dan tempat simpan barang-barang macam bedak, sikat, getah rambut, minyak wangi. Mudah la anak-anak dara bersolek nak ke sekolah. 


Pilihan Warna


Sebab bila beri asing dengan almari lain, kena la pilih yang matching dengan almari sedia ada. Soft brown. Matching gitu.


πŸ˜„Beli almari pun nak cite kan. Enjoy aje la korang!


Shidah Abdullah


Read More

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

About Me

About Me
Terima kasih singgah ke blog Shidah. Tinggalkan mesej anda di mana-mana posting blog ye ♥.

Enjoy My Tiktok

Search This Blog

Followers

Rak Vitamin Sihat By Shidah

Copyright © Shidah Abdullah | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com