Assalamualaikum..
Impian terbesar jangka masa pendek saya ialah impian untuk menghantar mak abah menunaikan umrah. Semoga Allah permudahkan mencapaikan hajat ini. Orang kata kalau nak buat sesuatu mesti dimulakan dengan niat. Kalau ikutkan sekarang saya memang tak ada baget pun. Tapi insyaallah kalau kita yakin, ada rezekinya.
Bila waktu yang sesuai?
Masa untuk pergi sana kena diambil kira terutama faktor cuaca. Ada masanya terlalu panas mungkin tidak sesuai untuk kesihatan orang tu. Alhamdulillah, setelah disurvey dengan Kak Maria di Marli Travel bulan Mac 2014 adalah mada yang sesuai. Masa tu di Mekah musim sejuk. Mudahlah mak2 dan abah2 menunaikan umrah.
Siapa yang akan saya hantar ke sana?
Tentunya seperti yang saya katakan, 4 orang istimewa dalam hidup saya. Semoga dipanjangkan umur mak-mak dan abah-abah saya untuk ke sana. Seronokkan tengok gambar diorang dah sampai di Mekah :)
Kenapa ini impian saya?
Mereka yang membuatkan saya berjaya. Mak abah la yang berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Tapi bila dah berkerjaya dan berkeluarga, banyak sangat komitmen lain yang ditanggung. Hanya mampu memberi belanja bulanan yang saya rasa sangat sikit dibanding dengan apa yang telah mak abah lakukan.
Berapa Perlu Dibayar?
Bila cakap pasal Umrah, kos pakej adalah yang paling utama orang akan tanya. Dari pelbagai range harga ada. Yang membezakan setiap pakej selalunya adalah jarak hotel ke Masjidilharam.
Untuk booking tempat untuk pergi, perlu booking seorang RM500. Bermakna untuk permulaan booking penuh yang perlu dibayar adalah RM2,000. Jangkaan belanja lebih kurang RM7,500 seorang.
Macamana nak kumpul duit sebanyak tu?
Bumi Allah luas untuk kita berusaha. Selagi mana kita yakin dan terus berdoa, insyaallah dipermudahkan. Untuk deposit, saya dah ada baget istimewa yang Allah bagi ilham untuk saya dahulukan. Hehe festival loan perayaan tanpa faedah. Selalunya nak raya dapat pinjaman ni dan tak tahu habis ke mana. Lebih baik saya sedia untuk impian untuk mak abah menunaikan umrah.
Selebihnya insyaallah akan datang dari
- business Shaklee RM10000 sebulan
- business takaful kenderaan RM10000 sebulan
- business air zam-zam RM5000 sebulan
Tolong doakan sama2 untuk saya ye :) Insyaallah saya akan terus berusaha
Shidah Abdullah
012-6240197
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.