Assalamualaikum,
Hari
ni saya terbaca artikel berkaitan rahsia sihat di bulan Ramadhan. Best gak
kalau kongsi kat sini. Ye la puasakan tinggal 3 - 4 hari je lagi. Mental dan
fizikal kita semua kena ready. Bukannye mak kita je yang kena ready bila nak
puasa. Selalunya yang kita tau bila bulan ramadhan, mak le orang yang
paling sibuk buat persediaan terutama nak sahur dan berbuka ;). Moh kita pulak
sibuk buat persediaan untuk diri sendiri.
Tip
#1 Bersahur
Bila
kita berpuasa, perut akan kosong sepanjang hari. Dengan bersahur, ia akan
membantu menguatkan orang berpuasa. Bila bersahur dapat keberkatan.
“Bersahurlah
kamu kerana sesungguhnya sahur itu ada keberkatan”.
(Hadis riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Selain
itu, dapatlah kita elakkan gastrik perut. Bila kita tak bersahur, badan akan
sedikit terjejas akibat kurang tenaga. Kalau tak nak makan yang berat-berat,
kita boleh juga bersahur dengan Oat dan Bijirin.
Tips
#2. Banyakkan minum air
Bila
satu hari dah berpuasa, pastikan kita minum dengan banyak sekurang-kurangnya
1/2 liter selepas berbuka. Sambung lagi minum pulak selepas solat terawih
sampai sebelum tidur. Bukan apa, kita kena selaraskan cecair dalam badan untuk
puasa esoknya pulak. Lagi-lagi dalam keadaan panas sekarang ni. Nak tunggu
sahur baru nak minum, memang jenuh. Kalau boleh elakkan minum terlalu banyak
air manis dan bergas. Memang terkejut perut kita.
Tips
#3. Kunyah Makanan Perlahan-lahan
Bulan
ramadhan ni memang kaya dengan makanan sedap-sedap. Walaupun banyak
makanannya, jangan la amalkan makan banyak-banyak sekali harung dalam satu
masa. Bila makan perlahan-lahan, dapat membantu proses penghadaman lebih
teratur. Tak la terkezut kejap perut kita nanti nak proses banyak-banyak sekali.
Bukan tu je, kita dapat elakkan tercekik makanan :P
Tips
4. Jangan makan secara berlebihan
Bila
kita berbuka, jangan la makanan berlebih-lebihan. Tu yang elok berbuka
dimasjid. Waktu berbuka makan kurma je dulu dan terus solat maghrib. Lepas
maghrib baru berbuka dengan nasi. Kalau dah ramai-ramai makan, insyaallah kita
pun tak akan makan berlebih-lebihan. Makan sedang-sedang aje. Bila makan
berlebihan ni, buatkan badan kita jadi letih selepas berbuka. Memang kantoi
le aktiviti selepas berbuka seperti solat tarawih. Insyaallah kita tak
macam tu kan :)
Tips
#5. Kurangkan mengambil makanan berminyak, berlemak dan terlalu pedas
Bila
pergi bazar ramadhan tu pastikan pilih makanan yang kurang berminyak, berlemak
dan pedas. Tu sebab masak sendiri lebih baik, paling kurang kita dapat kawal
kuantiti minyak digunakan, kurangkan lemak-lemak dan kawal kepedasan. Kita
dapat elakkan pedih ulu hati dan masalah penghadaman selepas berbuka. Bukan tu
je, berat badan pun akan bertambah.
Tips
#6. Amalkan senaman ringan
Memang
bulan puasa kita akan berasa keletihan tapi tak bermakna kita tak boleh
bersenam. Sebelum berbuka tu, buatlah senaman ringan seperti berbasikal, jalan
pusing taman. Ia dapat meningkatkan metabolisme badan yang akan
membantu membakar lemak-lemak yang tersimpan di dalam badan. Dapat
juga membantu kita mengurangkan berat badan secara sihat
Persediaan
Puasa Dengan Shaklee
Berpuasa dengan Shaklee boleh diamalkan sepanjang bulan ramadhan. Set
Might 3 GEMS dapat membantu kita untuk kekal cergas berpuasa. Yang paling
penting kita kekal cergas melakukan ibadah-ibadah di bulan ramadhan ini seperti
solat tarawih, solat tahjud, khatam al-quran.
Ketiga-tiga produk di atas dapat membantu membekalkan nutrien dan
keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas. Sesuai untuk
diambil ketika bersahur.
Bagaimana ketiga-tiganya berfungsi di bulan Ramadhan?
Bagaimana ketiga-tiganya berfungsi di bulan Ramadhan?
ESP
- Membuatkan rasa kenyang untuk
jangka masa yang lama.
- Dapat mengekalkan tenaga
dengan mengamalkan secara berterus
Mealshake
- Membekalkan protein, vitamin
dan mineral untuk kekal cergas.
Performance Drink
- Namanya yang hebat membantu
mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita terutama ketika
berpuasa
- Badan kita akan kekeringan
air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian
yang dilakukan.
- Ia dapat mengawal tahap
hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.
Mighty 3 GEMS sesuai diambil ketika bersahur
dan berbuka. Lagi-lagi kalau yang dah lewat bangun sahur. Memang cepat, mudah
dan pantas. Ia cukup untuk membantu
berpuasa dengan cergas sepanjang hari. Jika kita ambil ketika berbuka,
insyaallah kita sangat bertenaga menunaikan ibadah.
Anda berminat dengan MIGHTY 3 GEMS untuk berpuasa! Whatsapp saya Shidah Abdullah @ 012-6240197 segera untuk pastikan MIGHTY 3 GEMS sampai sebelum hari pertama puasa
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.