Awas KAYAP Bukan Gatal Biasa

Assalamualaikum.

Dah lama tidak update blog atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan. Hari ni just nak share apa sesuatu yang dialami oleh kak ngah anak kedua saya iaitu KAYAP. Ini pertama kali saya tengok kayap. Walaupun sendiri selalu kena sakit gatal-gatal di kulit tapi belum sampai tahap sampai kena kayap.




Gambar kat atas adalah kayap yang kak ngah alami. Asalnya dia sentiasa suruh garu dibelakang sebab gatal. Ingat gatal biasa. Selalunya saya akan suruh dia mandi dan tukar baju baru. Saya sapu herbal cream untuk kurangkan kegatalan. Alhamdulillah dia rasa lega. Selalu kalau ikut history kak long, badan memang tak boleh berpeluh. Lepas tu memang siap la ibu kena tolong garu.

Tiba-tiba pagi Sabtu lepas masa mandikan kak ngah, saya tengok gatal-gatal merah tu timbul. Yang lebih merisaukan bila gatal-gatal tu dah macam merayap sehingga ke  depan berdekatan puting kiri kak ngah. Terfikir dalam fikiran "Sah Kayap" walaupun memang tak pernah tengok.

Kebetulan kak long pun mengadu sakit tekak. Mungkin sebab minum ais banyak di bulan puasa ni. Terus dua-dua jumpa doktor. Kak long jumpa dulu dan... tonsilnya bengkak.. haha memang cucu opah.. Ada juga yang mengikut kami kalau demam tonsil bengkak.

Bila turn kak ngah jumpa.. Doktor pun terkejut dan siap cakap kenapa biar macam ni. Adoi bukan saje nak biar.. memang tak ada sebelum ni. Hanya macam ruam je. Babysitter pun tak cakap sebab selalunya dia akan pesan kalau ada apa2 yang luar biasa pada anak-anak. 

Apa yang doktor pesan tentang KAYAP
+ Kayap lebih kurang macam chickenpox.. gatal
+ Makan kena pantang terutama ayam
+ Akan rasa lenguh-lenguh badan. Memang pun sebab saya tengok kak ngah merengek2 tengah malam
+ Sapu Declovair cream dan makan antibiotik dan ubat gatal untuk bunuh virus kayap ni.

Untuk bacaan lebih mendalam, saya cadangkan korang baca di
http://www.myhealth.gov.my/index.php/kayap

Itu je nak share.. mungkin korang ada tip-tip, sudi-sudi la komen

Shidah Abdullah
012-6240197

==================================

Perokok memang mengakui yang MEROKOK membahayakan kesihatan
+ boleh dapat kanser paru-paru
+ boleh dapat kanser kerongkong
+ rokok tu beracun
+ boleh mati cepat

Tapi kebanyakkan perokok gagal bertindak untuk berhenti walaupun difatwakan HARAM

===============================

Beli Vivix 6 percuma 1

1 botol untuk rasa

3 botol untuk tenaga

7 botol untuk stop merokok serta merta

Pm 012-6240197


2 Comments

  1. Assalamualaikum shidah, mas kena kayap ni time maisha umur 5 bulan klu xsilap..sakitnya bukan kepalang, macam ber api- api. Memang tak boleh badan berpeluh. Selagi belum hilang parut tu, rasa berapi tu tetap ada walaupun dah kering. Memang kena on antiviral n kena sapu cream tu selalu. Kita yang dewasa ni klu kena memang tak tahan, apatah lagi anak- anak kita..huh..mudahan dijauhkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mas.. tu la shidah tak pernah rasa kayap.. tak tau macamana anak rasa.. tapi alhamdulillah dah ok dah.. tinggal parut2 je

      Delete

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram