31 Disember 2015 lepas, saya baru dikurniakan anak ke 4. Bersalin secara normal dan rezeki sakit nak bersalin tak lama. Baby year end closing bak kata kawan-kawan sebab ibu kerja buat akaun. Masih mendapat baby girl. Alhamdulillah, Allah kurniakan ramai assistant di dapur.
Bersyukur juga dah selesai berpantang. Berpantang kali ini lebih mudah sebab banyak pengalaman-pengalaman anak-anak sebelum ni. Banyak sangat belajar dan yang paling penting, Pantang Kena Sungguh-Sungguh. Kalau tak, kita yang akan rasa sakitnya. Walauapapun, masih suka berpantang di rumah mak ayah. Bukan apa untuk pastikan kita dapat pantang dengan baik. Sementara kita buat aktiviti berpantang, mak tolong tengokkan baby. Terima kasih mak dan abah!
Ibu Berpantang Mesti Berpantang Bersungguh-Sungguh Untuk Kekal Sihat
1. Mandi Awal Pagi dan Petang
Mak selalu pesan suruh bangun awal walaupun tidak boleh bersolat. Bukan apa, bangun awal supaya saya cepat pergi mandi supaya segar. Mandi pulak dengan air suam. Jangan mandi dengan air sejuk. Karang sejuk urat-urat. Lagi satu, kena mandi cepat sebab kena selesaikan bertungku awal sebelum anak bangun nak menyusu dan mandi.
Untuk mengelakkan badan berangin dan urat-urat kita sejuk buat badan sakit-sakit.
Bila bersalin normal, saya selalu buat bancuhan air garam dan air suam dalam besen untuk rendam bahagian jahitan bersalin. Rendam bahagian punggung dalam tempoh masa 15 minit supaya jahitan mudah baik dan mengelakkan infeksi. Ini yang pihak hospital syorkan untuk buat.
2. Berstokin
Bila dah siap mandi semua, pakai stokin jangan lupa sebab kita akan selalu berjalan atas lantai. Masa pantang ni, jalan atas lantai pun rasa sejuk sangat urat-urat kaki. Bila berpantang ni, kena kurangkan berjalan dan jangan jalan laju-laju untuk jaga jahitan dan cepat luka baik. Untuk yang bersalin secara Ceasarion juga kena pakai stokin ye, bukan option.
Pakai stokin bagi elakkan sejuk di kaki ketika berjalan di simen rumah
Teringat ketika pantang anak pertama, saya memang kurang menjaga pantang terutama pemakaian stokin. Lip Lap Lip Lap pakai. Masa pantang anak pertama memang tidak rasa apa-apa. Kesannya terasa semasa bersalin anak kedua, urat-urat sakit Allah sahaja yang tahu. Sejak tu, dari pantang kedua sehingga kali ini memang saya tak tinggal berstokin. Taubat!
3. Bertungku
Saya gunakan batu sungai sebagai batu tungku. Sebelum mandi batu tungku saya dah letak atas dapur dan panaskan. Nak jimatkan masa dari menunggu nanti. Selesai sahaja mandi dan bersiap, terus bungkus tungku di atas kain beralaskan daun mengkudu. Ini nak elakkan kain dari mudah terbakar dan memberi bau yang syok dari daun mengkudu.
Kalau tidak ada daun mengkudu, mungkin boleh gunakan daun-daun lain. Kalau di rumah mak saya, daun lengkuas atau sireh saya guna sebab merimbun banyaknya. Last option bila semua daun-daun tu dah habis ditogelkan, terpaksalah saya alaskan dengan surat khabar.
Kenapa perlu bertungku?
- Memastikan semua darah beku di dalam rahim keluar bagi elakkan pendarahan
- Dapat membantu mengempiskan perut dengan membakar lemak perlahan-lahan.
Bertungku sebaiknya buat 4 kali sehari. 2 kali di waktu pagi dan 2 kali di waktu petang. Saya memang rasa perbezaannya.
Masa dalam wad bersalin, Dr Noor Aini datang check perut dan dia bagitau walaupun darah dah keluar tapi perut saya masih keras. Doktor cakap rahim saya malas berkerja sendiri untuk keluarkan darah. Tu sebab rahim asyik-asyik mengeras. Patut la saya asyik rasa sakit perut sangat. Akhirnya, saya kena ambil drip untuk beri contraction pada rahim. Bila dah ambik drip tu baru rasa lega sebab darah keluar lagi. Ni nak elak saya dari "bleeding". Masa ni sakit pinggang sampai ke rumah. Bila balik rumah, terus bertungku. Bila darah-darah beku tu keluar, baru sakit pinggang beransur hilang dan lega. Tu sebab penting bertungku.
4. Berurut
Lepas dah keluar hospital, terus call makcik untuk berurut 3 hari. Saya panggil dia Cik Ipah 016-6254804. Macam biasa, urut 3 hari berturut-turut memang saya aturkan. Huih leganya tak terkata. Ye la 9 bulan mengandung dan bersalin memang la badan sakit-sakit.
Antara sebab-sebab kena berurut diawal berpantang:-
- Mengelakkan bengkak susu. Kebiasaannya, banyak urat-urat susu masih tersumbat dan menyebabkan susu tidak dapat keluar dan hanya bergantung pada beberapa laluan sahaja walaupun dipam. Memang sakit sehingga berbiji-biji di bawah ketiak. Dah diurut, memang lagi banyak susu keluar.
- Selain tu, Cik Ipah akan membetulkan semula kedudukan peranakan. Selalunya dipanggil "Sengkak" iaitu menaikan semula kedudukan rahim ke tempat asal. Selalunya Cik Ipah akan buat pada hari ketiga berurut sebab kita dah bertungku dan rahim lebih lembut berbanding kita tidak bertungku.
Berurut pada 3 hari awal pantang dan 3 hari lagi sebagai penutup berpantang. Pastinya selesa.
5. Berbengkung
Hai la perut! Kembangnya! Bukan senang nak kempiskan. Dah settle yang 4 kat atas tu, saya terus berbengkung. Ini bertujuan mengempiskan perut yang dah mengembang. Ikat bengkung tarik kuat-kuat dan kena pastikan selesa untuk kita bernafas dan bergerak. Saya guna bengkung seperti digambar sebab mudah dan selesa dipakai. Bengkung ni boleh dibeli di PKNS, kedai baby di tingkat atas. Lupa nama kedai tu.
Untuk lebih rasa selesa, sapukan param ke seluruh badan agar rasa berangin dan panas. Saya beli jenama SariAyu yang dah siap dibancuh. Tidak macam sebelum-sebelum ni, beli yang jenis ketul dan bancuh snediri. Memang comot dan lama-lama saya tak pakai sebab bengkung asyik kotor. Dengan yang siap bancuh ni, lebih mudah dan bengkung pun tak comot.
Saya beli juga Pilis untuk letak di dahi untuk meredakan pening-pening dan membantu aliran darah di kepala.
6. Bertangas
Bertangas ni macam sauna la. Bezanya sauna wap tepi tapi bertangas wapnya dari bawah. Bertangas ni elok bantu cepat keringkan darah nifas dan membantu membakar lemak-lemak terutama di peha dan perut. Kalau ada yang pergi spa, memang kedai sediakan sesi untuk bertangas ni bagi yang berpantang.
7. Makan Supplemen6. Bertangas
Bertangas ni macam sauna la. Bezanya sauna wap tepi tapi bertangas wapnya dari bawah. Bertangas ni elok bantu cepat keringkan darah nifas dan membantu membakar lemak-lemak terutama di peha dan perut. Kalau ada yang pergi spa, memang kedai sediakan sesi untuk bertangas ni bagi yang berpantang.
Alhamdulillah, kali ini berpantang saya makan supplemen shaklee. Saya ambil 4 vitamin iaitu Vitamin C, OmegaGuard, Alfalfa dan Zinc. Nyesal pun ada tak beli set berpantang. Memang terasa perbezaannya.
- OmegaGuard - Badan lebih bertenaga. Kurang rasa letih dan rasa lebih cergas
- Alfalfa - Susu lebih banyak dan pekat. Stok susu pun bertambah.
- Vitamin C - Kulit lebih cerah dan segar. Baby pun kulit cerah dan gebu
- Zinc - Menyembuhkan luka dengan lebih baik.
Selamat Berpantang kepada bakal ibu-ibu yang lain ye.
Berminat Vitamin Shaklee? Hubungi saya SHIDAH ABDULLAH 012-6240197
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.