Sejak akhir-akhir ni banyak sahabat-sahabat meninggal disebabkan jantung. Orangnya nampak sihat dan tak gemuk pun. Selalu kita beranggapan orang gemuk sahaja yang banyak kolestrol. Bermakna banyak pemakanan harian kita menyebabkan kolestrol tinggi terutama 'fast food'.
1. Apa sebenarnya kolestrol?
- Kolesterol adalah metabolit yang mengandung lemak sterol yang ditemukan pada membran sel dan disirkulasikan dalam plasma darah.
- Merupakan sejenis lipid yang merupakan molekul lemak atau yang menyerupainya.
- Kolesterol ialah jenis khusus lipid yang disebut steroid.
- Steroids ialah lipid yang memiliki struktur kimia khusus.
Pernah satu masa dulu buat ujian kesihatan di 'booth'. Seperti biasa kena beratur panjang dan beratur belakang seorang kakak yang kurus dan tinggi. Dalam fikiran dia ni mesti sihat sebab nampak slim je. Bila sampai giliran dia periksa, doktor tu cakap kolestrol awak ni tinggi sangat. Ish! biar betul. Memang tak percaya. Maknanya orang kurus tak semestinya dia sihat.
Masa pemeriksaan tu, doktor tunjuk bawah mikroskop tu yang mana kita boleh tengok darah berjalan. Boleh nampak saluran darah kita penuh dengan kolestrol tak di dinding saluran. Dalam laluan darah tu nampak ada macam biji-biji iaitu kolestrol macam gambar kat bawah ni.
![]() |
2. Apa kesan kolestrol pada badan kita?
Jumlah kolesterol yang tinggi dan berlebihan di dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.
Darah di dalam badan akan membawa kolesterol yang terdapat di dalam badan ke pelbagai organ dan kelenjar yang memerlukannya.
Ia dibawa oleh sejenis pembawa yang dikenali sebagai lipoprotein.
Apabila terlalu banyak kolesterol yang melalui saluran darah, kolesterol ini akan mula terbentuk di dinding arteri iaitu pada dinding saluran darah.
Pembentukan kolesterol ini dipanggil plak seterusnya memberi kesan kepada sistem kardiovaskular badan.
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit.
Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian.
3. Apa yang perlu kita buat?
- Yang paling penting, kita perlu kawal pemakanan dengan mengawal pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak terutamanya.
- Mengurangkan pengambilan kalori atau tenaga harian sebanyak 7% dari makanan berasaskan lemak haiwan dan mengurangkan kadar pengambilan kolesterol sebanyak 200mg setiap hari.
- Pengambilan 'supplement' yang dapat menurunkan kadar kolestrol supaya dapat membantu badan kita berfungsi dengan baik. Banyak produk di pasaran yang boleh kita perolehi. Saya sekeluarga sekarang ambil OmegaGuard. Mungkin dengan usaha dan modal sedikit dapat mengurangkan risiko kesihatan terutamanya sakit jantung yang memerlukan kos rawatan berpuluh ribu.
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.