"Akhir-akhir ni bila nak bangun dari tempat duduk kat ofis tu asyik rasa nak pitam je". Ni keluhan sahabat saya. Kalau dah kerap terjadi, maknanya bukan ia perkara biasa. Ini antara tanda seseorang mengalami tekanan darah rendah dan perlu segera membuat pemeriksaan doctor
Pemeriksaan Tekanan Darah
Pemeriksaan tekanan darah biasanya akan mengambil dua ukuran dengan bacaan. Bagi tekanan darah normal dan optimal adalah sekitar 120/80 mmHg.
- Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung mengecut.
- Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung sedang berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Ketika ini jantung mengembang
- Nombor 120 menunjukkan tekanan ke atas arteri akibat denyutan jantung atau sistolik di mana jantung mengecut.
- Nombor 80 pula menunjukkan tekanan semasa jantung sedang berehat di antara pengepaman dipanggil diastolik. Ketika ini jantung mengembang
Apabila salah satu bacaan ini rendah, menandakan tekanan darah kita rendah. Ini bermakna seseorang mengalami tekanan darah rendah sama ada salah satu bacaan bahagian atas (sistolik) kurang daripada 90 dan tekanan bawah (diastolic) kurang daripada 60 mmhg atau kedua-duanya kurang daripada angka tersebut.
Punca Tekanan Darah Rendah
Masalah timbul apabila tekanan darah turun secara mendadak yang biasanya disebabkan
- Penyakit berkaitan dengan pendarahan akut,
- kurang darah (anemia)
- kandungan gula yang rendah
- jangkitan kuman.
- penyakit jantung koronari, lemah jantung, gangguan rentak jantung, masalah injap jantung
- penyakit buah pinggang
- kencing manis yang tidak terkawal, paras gula rendah
- penyakit berkaitan sistem endokrin seperti penyakti adrenal dan tiroid
- kesan sampingan daripada ubat-ubatan yang diambil selain faktor genetik.
- mereka yang mengalami alahan yang teruk seperti ibu hamil
Kenapa begitu?
Darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak dan situasi ini dipanggil hipotensi postural. Seseorang akan terasa pening jika anda berbaring terlalu lama.
Mengikut kata Dr. Ismail dalam artikel di Utusan Malaysia, bacaan tekanan darah boleh berubah-ubah dalam selang masa yang singkat dan kebiasaannya bacaan tekanan darah lebih rendah pada waktu malam.
Tekanan darah juga dipengaruhi oleh beberapa factor lain seperti
- emosi
- tahap tekanan
- aktiviti fizikal
- keadaan semasa (demam atau tidak)
- saiz tubuh badan
- posisi badan
- makanan yang diambil
- suhu persekitaran.
Antara penyebab tekanan darah rendah adalah berlakunya kekurangan volum darah (cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal), dehidrasi (yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit), dan masalah jantung (denyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat dan keadaan otot yang lemah), kehamilan, dan sebagainya.
Bagi wanita-wanita hamil pula hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah dan menyebabkan tekanan darah menurun dan tekanan darah biasanya kembali normal selepas bersalin.
Simptom Tekanan Darah Rendah
Simptom tekanan darah rendah antaranya rasa pening atau loya. Bila seseorang mempunyai simptom begini, segera berjumpa doktor untuk tahu kenapa tekanan darah rendah terjadi dan berapa cepat tekanan darah menurun dalam satu-satu masa. Ini bagi mengelakan perkara yang lebih serius terjadi.
Gejala atau tanda-tanda awal tekanan darah rendah;-
- cepat lelah
- pening kepala ketika posisi badan berubah
- sukar untuk berkonsentrasi
- mata berkunang-kunang
- mual
- kulit berasa dingin
- pucat dan lembap
- pernafasan cepat dan pendek
- berpeluh sejuk, dan cepat haus,
Kesan Tekanan Rendah
Jika tekanan darah turun daripada 120/80 kepada 90/60 secara mendadak atau dikatakan sebagai perubahan akut, menunjukkan sesuatu yang tidak normal. Ini sangat berbahaya kerana ia akan menyebabkan kekurangan oksigen di tempat penting seperti jantung dan otak. Seseorang akan pitam atau lebih teruk, pengsan.
Berjaga-jagalah! Tekanan darah rendah boleh menyebabkan kematian dalam sesetengah keadaan. Ia juga memberi tanda bahawa seseorang mungkin menghidap penyakit-penyakit tertentu yang boleh memudaratkan.
Tekanan darah rendah juga mengakibatkan setiap organ daripada badan tidak mendapat aliran darah yang mencukupi dalam masa yang singkat dan akibat daripada ini timbulnya gejala atau simptom hipotensi.
Sekiranya keadaan ini berlaku pada bahagian otak (tidak dapat bekalan darah yang diperlukan) pesakit boleh pitam atau pengsan.
Perkara Perlu Dilakukan
Tekanan darah rendah boleh dirawat. Namunbegitu, kita perlu mengetahui punca sebenar berlakunya tekanan darah rendah.
Antara ujian yang doktor lakukan kepada pesakit yang mengalami tekanan darah rendah ialah ujian darah melihat kepada paras gula, kolesterol, hemoglobin, fungsi buah pinggang, ujian elektrokardiogram (ECG), echocardiogram iaitu ultrasound jantung, dan ujian tekanan (stress test).
Selain itu jaga pemakanan dengan mengambil makanan yang dapat mengatasi darah rendah
- Kekacang seperti kacang merah, kacang hijau yang mudah membuat tekanan darah naik
- minum air putih yang dapat mengurangkan dehidrasi.
- Daging dan hati ayam mempunyai zat yang membantu meningkatkan tekanan darah
- Roti dan sereal
Vitamin Sesuai bagi yang mengalami masalah tekanan rendah
1. Vitalea
Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap dari ektrak buah-buahan dan sayuran, 12 vitamin dan 7 mineral penting.
Bagi yang mempunyai tekanan darah rendah, sangat memerlukan vitalea untuk meningkatkan metabolism badan dan melengkapkan nutrisi harian. Ia membantu menambahkan tenaga dengan segera dan memberi kecergasan pada tubuh badan kita.
DAPATKAN SET DENGAN KLIK GAMBAR DI BAWAH
2. B-complex
B complex pula berfungsi untuk melawan tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf dan meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
Ia juga membantu menukarkan makanan kepada tenaga bagi membantu penghadaman, menukarkan lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga.
Dengan itu, seseorang yang mengalami tekanan darah rendah akan lebih bertenaga dan kurang merasakan keletihan dan kelesuan
3. Ostematrix
Kalsium sangat penting untuk mengawalselia tekanan darah. Pengambilan kalsium secukupnya membantu mengimbangkan tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf. Kita akan tidur dengan lebih selesa dan memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
Oleh itu, kita perlu peka dan mempunyai kesedaran mengenai tekanan darah rendah kerana risiko yang bakal dihadapi pada masa akan dating.
Dapatkan Nasihat Penuh Dari Saya :
Shidah Abdullah (SID No. 922949)
No Tel : 012-6240197
Pengedar Shaklee Sepang - Nilai
Fb : Shidah Abdullah
Fb : Shidah Abdullah
Fb Page : shidotdotcom
Instagram : shidotdotcom
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.