Semalam ada rezeki bersembang dengan seorang kawan. Dia mengadu ada masalah migrain
Ok selamat mencuba. Sayang uols!
"Sakitnya kalau kena migrain. Rasa macam nak hentuk sahaja kepala. Urat mata pula rasa ditarik-tarik."
"Ko ada masalah mata ke?. Tapi aku tengok ko tak pakai spec pun. Ko stress ek?"
Tu la soalan bertalu-talu saya dia. Ye la risau la. Jangan main-main kalau kena memang sakit.
"Entah aku tak pernah pulak check mata. Kat mana nak check ek. Klinik ke kedai spec?"
"Biasa kalau sakit-sakit kepala ni antaranya sebab silau cahaya. Better ko pergi kedai spec sebab boleh check silau ko berapa"
Tu la perbualan saya semalam dengan dia. Dia kata dia nak pergi check sebab nak tahu juga puncanya.
Apa punca migrain?
Migrain boleh disebabkan oleh banyak faktor. Tapi punca sebenarnya tidak diketahui punca sebenarnya. Namun begitu senarai di bawah antaranya yang biasa menyebabkan migrain.
1. Perubahan hormon yang biasanya terjadi dikalangan wanita bila datangnya "bendera jepun" atau haid.
2. Berat badan berlebihan juga boleh menyebabkan serangan migrain.
3. Genetik keluarga yang dibawa mungkin juga mendedahkan kita kepada migrain. Cuba lihat sejarah kesihatan keluarga terdekat. Ada tak yang pernah kena migrain?
4. Perubahan kimia terutama pada tisu saraf, otak dan saluran
5. Pencetus penyakit. Bukan pencetus ummah ye.. iaitu tekanan dan keletihan juga mencetuskan rasa migrain
6. Lebihan cahaya atau haba
6. Lebihan cahaya atau haba
7. Pengambilan makanan dan minuman yang tidak sesuai dengan badan.
Tahu tak ada makanan dan minuman yang tidak boleh diambil oleh pesakit migrain?
1. Kafein. Hah pagi-pagi minum apa tadi?
2. Coklat. Nyum-nyum sedapnya
3. Keju
4. Perasa makanan seperti MSG
5. Alkohol
6. Telur
7. Kekacang
8. Makanan yang masam-masam
Ha! Dah banyak ni. Nak lagi ke? Yang mana boleh berhenti, hentikan terus pengambilan. Jika tak, mulakan dengan mengurangkan kuantiti.
Apa perbezaan migrain dan sakit kepala?
Migrain dan sakit kepala sangat berbeza rasanya.
Pertama sekali, migrain kita hanya sakit sebelah kepala sahaja. Berbanding sakit kepala, rasa sakitnya dikeseluruhan kepala.
Kedua, migrain akan buat kita rasa berdenyut-denyut sehingga tak mampu nak buat aktiviti apa-apa. Sakit kepala pula hanya rasa tertekan di kepala.
Ketiga, migrain yang teruk akan menyebabkan seseorang rasa mual dan lebih teruk lagi sehingga termuntah.
Jelaskan perbezaannya! Lebih baik kita buat sesuatu untuk elakkan atau kurangkan rasanya. Macamana?
Cara mengurangkan rasa sakit migrain
Kebiasaannya jika berjumpa doktor antara ubat yang disarankan paracetamol atau painkiller. Kadang-kadang tak kurang pun.
Cuba tips dibawah dengan mulakan bertenang ye dan relaks.
1. Ciub ais. Ambil ais dan bunjutkan di dalam kain. Ala macam kalau lebam kita guna untuk tuam. Tuamkan di kepala bagi mengurangkan tegangan. Letak di kepala dalam 15 minit. Pasti lega.
2. Penutup mata. Bagi mengelakkan cahaya yang terlalu terang, gunakan penutup mata dan teruskan baring dan rehat. Ini dapat merehatkan minda kita dan juga mata.
3. Ambil makanan bervitamin B yang dapat memberi ketenangan
4. Minum susu bagi mendapat kalsium yang dapat meredakan ketegangan pada urat-urat.
Ada suplemen semulajadi yang sesuai tak?
Pengambilan supplemen semulajadi shaklee dapat membantu menghilangkan masalah migrain. Baca kata mereka yang dah rasa lega selepas dah tak kena migrain lagi.
Bagaimana nak dapatkan vitamin B complex dan Ostematrix ni?
Saya kan ada nak bantu anda. Jangan risau ye. Boleh hubungi saya terus:
Shidah Abdullah
Pengedar Shaklee Nilai
012-6240197
Ok selamat mencuba. Sayang uols!
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.