Untuk yang nak jaga turun berat badan, kena monitor berat dan catit penurunan berat sebagai satu motivasi. Kita juga kena set target berapa lama nak turunkan berat contohnya 20kg dalam masa 6 bulan. Bermula bulan Jun 2017 hingga Dis 2017. Jom belajar bagaimana timbang dengan cara yang betul.
1. Guna Penimbang Sendiri
Beli timbang sendiri di rumah adalah cara terbaik. Ini tak.. sekejap-sekejap timbang dekat mydin la giant la. Jenuh! Beli je satu dekat cosway dan boleh ramai-ramai guna. Tak perlu bandingkan dengan timbang kawan di rumah dia pun.
Tapi saya cadangkan beli di Lazada timbang brand Yunmai. Memang canggih weih. Search je Yunmai nanti keluar la semua jenis Yunmai.
Tapi saya cadangkan beli di Lazada timbang brand Yunmai. Memang canggih weih. Search je Yunmai nanti keluar la semua jenis Yunmai.
Ini la rupa timbangnya. Kalau yang jenis sama kawan-kawan geng nak kurus beli dalam RM110 macam tu. Ni sebab warna mahal sikit.
![]() |
Excited timbang baru sampai |
Apa beza timbang ni dengan yang lain? Dia canggih sebab bila timbang terus link ke apps dalam hp. Install je apps dari google store.
Bagusnya timbang Yunmai, ia boleh baca
▪kandungan air (water)
▪body mass index (BMI)
▪umur dalaman badan (fitness age)
▪lemak (body fat)
▪kandungan protin
▪lemak melingkungi organ (visceral fat)
Tingginya bacaan saya.. korang tak tengok mula-mula. Fitness age 52 tahun. Haha..
2. Pakai baju yang ringan dan minimum
Masa nak timbang, pilih baju yang ringan dan nipis. Jangan la pakai baju kerja keMemang jauh bezanya timbangannya. Kalau boleh pakai baju yang sama je setiap kali timbang.
Kalau timbang dari mula dengan kaftan dan pastikan seterusnya nanti guna baju yang sama juga. Mudahkan!
3. Timbang Sebelum Makan dan Minum
Timbang mesti sebelum makan dan minum. Sebab kalau kita timbang selepas makan, memang confirm berat. Minum air je dah seliter.
4. Timbang selepas Membuang
Buang air kecil dan besar pagi-pagi memang terbaik. Maksudnya sistem penghadaman kita lancar. Selesai je membuang memang masa terbaik untuk timbang.
Macam-macam petua orang kata nak pastikan pagi-pagi buang, bangun tidur terus minum air kosong. Selain tu, minum susu sebelum tidur pun bagus. Saya ambil ostematrix bekalkan kalsium.
5. Timbang pada waktu yang sama
Biasanya coach pesan pada kami group Jom Kurus untuk berikan berat kami secara mingguan. Kami timbang biasanya setiap hari isnin pagi sebelum sarapan. Semua akan update berat masing-masing.
Ini untuk elak lari bacaan. Ye la kalau kali pertama ambil waktu pagi, kali kedua timbang sebelum tidur. Memang lari bacaan kita. Nak monitor berat pun lari.
Ini antara pesanan coach setiap hari isnin pada kami. Moga bermanfaat untuk semua yang bermisi untuk turunkan berat badan dan kekal sihat.
Shidah Abdullah
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.