Cuti Hari Wesak lepas, saya berkesempatan menziarahi sahabat yang diduga dengan sakit tumor. Selalunya hanya mendengar cerita rakan-rakan sepejabat. Hanya kerana menghantar Air Zam Zam yang dipesan telah membawa kami sekeluarga melawat beliau.
Perkenalan
Beliau saya kenali semasa mula bekerja di pejabat yang sama. Kebetulan kami menjalani latihan induksi bersama pada tahun 2007. Beliau seorang yang sangat peramah, cergas dan yang selalu mengajar kami aerobik di pejabat. Walaupun kami bekerja di bahagian yang berbeza, banyak aktiviti di pejabat seperti riadah dilakukan bersama.
Dugaan Bermula
Namun segalanya berubah Allah menduga wanita hebat ini yang juga ibu kepada 3 orang anak ini, apabila disahkan terdapat ketumbuhan di otak. Pada mulanya, rambutnya yang gugur hanya dianggap gugur kerana baru melahir dan menyusukan anak. Tapi kerana keguguran luar biasa, pemeriksaan lanjut dilakukan dan doktor mengesahkan ketumbuhan tersebut.
Apa itu Tumor?
Apakah Kesan Tumor?
Mengikut cerita beliau, selepas pembedahan membuang tumor beliau masih boleh berjalan seperti biasa. Tak lama selepas itu, beliau diduga sekali lagi apabila beliau mengalami strok yang menyebabkan beliau lumpuh.
Itulah bahayanya tumor kerana ketumbuhan tersebut berlaku di otak yang mempunyai berbilion saraf. Kita tidak akan tahu di mana ia akan menyerang seperti sahabat saya ini.
Saya membawa ibu saya untuk melawat beliau disebabkan ibu saya juga rakan sekerja beliau. Saya tidak bercakap banyak kerana risau tersilap tanya. Kalau ikutkan hati macam-macam ingin saya tanyakan. Terutama keadaan anak-anaknya.
Sayu hati melihat keadaan dan perubahan secara total dari segi fizikal beliau. Kini, beliau sentiasa perlu berulang alik untuk fisio dan pemeriksaan lanjutan. Segala aktiviti harian dibantu oleh ibu dan ayah.
Walaupun kesan akibat strok membuatkan tangan kirinya tidak mampu bergerak, namun doktor memaklumkan bahawa organ dalaman disahkan sihat. Dimatanya nampak ada manik-manik jernih.
Sebelum pulang, saya serahkan air zam zam dan memelukkan sambil berdoa agar dikurniakan kekuatan buat wanita tabah ini. Sama-sama kita doakan beliau sihat dan dapat berjalan seperti biasa. Dapat menjaga ketiga-tiga anaknya yang kini dijaga oleh mertua.
Sihat Sebelum Sakit
Buat kita yang masih dikurniakan sihat, gunakan nikmat sebaiknya. Berusahalah mengekalkan kesihatan dengan memastikan pemakanan sihat dan juga pengambilan suplimen.
Usaha Selagi Masih Ada Daya. Urus Sebaiknya
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.