Salam 1Malaysia.
Alhamdullillah kita masih aman di Malaysia. Walaupun dugaan hidup sekarang mencabar tapi rakyat Malaysia masih cekal usaha.
Ops! Tak nak cakap pasal politik.
Cuti-cuti ni kami berfikir-fikir nak bawa anak-anak pusing-pusing tapi tak tahu ke mana. Akhirnya decide nak untuk tengok movie "ABANG LONG FADIL 2". Tengok komen sangat memberansangkan.
Asal rancangan nak dating berdua je tapi sebab nak cuti pun susah. Bawa anak-anak sekali.
Harga Tiket?
Harga tiket bagi dewasa ialah RM14 dan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas dikenakan RM7.50. Semuanya termasuk GST. Kami pergi menonton di Golden Screen Cinema di Alamanda Putrajaya.
Berapa Rating nak bagi?
Rating untuk movie ni saya bagi 10 bintang dari 10 bintang.
1. Watak
Dengan watak Abang Long Fadil yang kelakar dari mula. Tapi dia semakin lama makin serius untuk membersihkan nama sendiri disebabkan dituduh membunuh Puan Mona. Lakonan Zizan Razak makin mantop dan lebih memberi impak.2. Elemen Lucu dan Serius
Watak polis yang dimainkan oleh Shuib Sepah2 sebagai Inspektor Shuib pula memang lucu sebab dia sangat skema gila. Sampai rakan sekerja iaitu Shamsul Yusuf sebagai Inspektor Wahab dah tak tahan nak layan karenah.
Ditambah oleh lakonan watak jahat A. Galak (Taji Samprit) dan Wak Doyok sebagai geng jahat tapi masing-masing nak pangkah diri masing-masing walaupun mereka anak beranak. Juga ingin menghapuskan KingKong lakonan Dato' AC Mizal
3. Jalan Cerita Tersusun
Cerita lebih hebat bila misi mencari pembunuh sebenar iaitu Tiger dibantu oleh wartawan bernama Yana (Tania Hudson) dan jurukamera (Achey) KLTV.
Jalan ceritanya buat kita berfikir siapa di antara mereka sebenarnya jahat sebab polis juga seakan-akan bersengkongkol tapi sebenarnya ada spy dalaman.
4. Aksi-aksi yang hebat
Aksi stunt yang dilakukan semua hebat dan real. Bayangkan semua pelakon boleh berpusing-pusing setiap kali berlawan. Yang lawak-lawak berlawan pun berdesup-desup.5. Lagu Tema
Lagu tema untuk cerita ini Senorita dan Cobaan memang sangat bersesuai dengan konsep dan jalan cerita movie ni.
Apapun.. Tahniah kepada Skop Produktion terutama pengarahnya Syafiq Yusuf untuk cerita yang A+++ (macam periksa pulak). Moga-moga boleh dapat award.
Tak sia-sia pergi tengok.. korang pergi tengok baru korang akan tahu siapa pembunuh sebenarnya.
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.