10 Cara Detoks Badan Secara Semulajadi

Salam hujung minggu..

Pastinya anda sedang bersantai dengan keluargakan. Entry kali ni nak kita buka sikit minda tentang detoks yang kita boleh buat setiap hari untuk pastikan badan kita kekal sihat.

Percaya tak? Kita kumpul toksin setiap hari. Dari racun pesticid dari sayuran atau buah-buahan d1.an udara tercemar dengan asap rokok dan kenderaan.

Badan kita perlu menggunakan sistem imun untuk melawan toksin ini. Proses ini dipanggil proses hemeostasis dan badan kita akan mengeluarkan toksin-toksin melalui air liur, najis, haid, tahi telinga. Kalau sistem imun tak kuat, badan akan mula membuat ruang menyimpan toksin supaya ia tidak disimpan dalam sel. Tapi lama kelamaan ia akan membengkak dan berjaya tembus sel DNA kita juga.

Ini 10 tips detok semulajadi yang kita boleh lakukan setiap hari.


1. Minuman Sihat

Kita memang digalakkan minum air kosong mencukupi. Tapi jemu juga bila dah selalu. Variasikan air minuman. Minum air teh hijau, air kelapa, air perahan limau atau pun susu. Boleh juga buat air buah. 

2. Makanan berserat tinggi

Makanan berserat seperti oat, beras perang sesuai untuk gantikan nasi putih, mee atau pasta. Boleh juga beli bijirin seperti granola di pasaran. Saya paling suka granola campuran bijiran yang sangat sedap. Satu pek dalam harga RM15- RM20.
Kredit sahabat saya Nadiah 


3. Hadkan pengambilan kafein

Antara makanan yang mengandungi kafein adalah seperti kopi, coklat dan teh perlu dielakkan. Memang semuanya sedap tapi menyebabkan kita ketagih kepada makanan manis. Hadkan hanya 250mg sahaja sehari.

4. Hindari makanan bergula

Gula sebenarnya melambatkan proses detoks dan menyebabkan kita sukar nak tolak makanan dalam diet harian. Tapi kebanyakkan menu melayu ada gula. Elakkan ye. Gantikan gula putih kepada pemanis semulajadi seperti stevia dan madu.


5. Bersenam

Bersenamlah 30 minit sehari seperti jogging, aerobik atau berjalan laju mencukupi jika dibuat secara konsisten. Ini dapat mengeluarkan toksin melalui peluh. Joinlah macam-macam program larian disediakan. 



6. Elakkan makanan berproses

Cabaran kita sekarang semua datang dengan segera dari tin. Makanan-makanan sebegini mengandungi pengawet, perasa dan pewarna. Ia mengganggu proses penyahtoksin badan kita. Ini termasuk biskut, burger, kek yang mesti kita elakkan.

7. Hadkan pengambilan bahan kimia

Dalam tempoh detoks, elakkan ambil bahan kimia seperti ubat-ubatan. Ubat seperti ubat penahan sakit yang mengandungi bahan kimia yang memberi kesan negatif pada hati dan buah pinggang. 

8. Minum air dengan jumlah yang bersesuaian

Air kosong adalah penyembuh terbaik kepada banyak penyakit. Jumlah yang disarankan untuk membuang toksin adalah 2 liter sehari. Air akan membantu mengalirkan toksin melalui darah dan mengeluarkan melalui air kencing.

9. Banyakkan sayuran

Sayuran seperti brokoli, tauge dan kubis elok diamalkan semasa detoks. Buatlah kerabu untuk rasa yang lebih menyelerakan. Tambahkan sayuran berwarna lain seperti terung, tomato dan kentang untuk menambah lagi nikmat sayur

10. Banyakkan buah-buahan dan kekacang

Gantikan snack kerepek-kerepek kepada buah-buahan. Pastinya lebih berkhasiat. Nak lebih sedap jadikan jus tapi elakkan menambah gula. Tambah madu atau stevia ye.


Mudahkan detoks badan semulajadi. Perkara biasa je hari-hari. Cuma cabaran untuk kekalkan menu-menu seimbang ini lebih mencabar. Insyaallah buat sampai jadi tau.

Dari saya,
Shidah Abdullah
012-6240197

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram