6 Tanda Anda Alami Masalah Sembelit

Entry hari ni, nak kongsikan tentang masalah sembelit. Mungkin anda belum pernah mengalami masalah ini tapi anda perlu tahu. Setiap orang ada tabiat membuang yang berbeza. Ada yang akan membuang air besar dua kali atau ada yang akan membuang air besar setiap 3 hari. 

Apa Simptom-Simptom sembelit?

1. Perut Berangin
Apabila kita menghadapi masalah sembelit, angin akan berkumpul. Kita akan rasa seolah-olah udara terlalu banyak dalam perut. Bila dikeluarkan bunyi dan baunya sangat tidak menyenangkan. Ini disebabkan kegagalan kita membuang air besar menyebabkan gasnya tersimpan di dalam badan.

2. Najis Keras atau berketul-ketul
Tak ada sebab spesifik mengapa ia terjadi. Kekurangan cecair dan kekurangan makanan berserat dalam badan boleh menyebabkan ia kering dan keras. Ada juga yang memang mengalami memang mengalami masalah sistem pencernaan. Jangan biarkan! Boleh sampai tahap najis kita berdarah.

3. Hilang Selera Makan
Bila perut tak selesa, kita akan mula hilang selera makan. Adakalanya berlanjutan berhari-hari kurang selera makan. Ini adalah kerengsaan kecil yang akan selalu berlaku kerana sembelit.

4. Tidak Selesa dan Rasa Sakit
Ada yang rasa sakit mencucuk-cucuk mungkin disebabkan angin di dalam perut. Dalam keadaan begini, kita akan lebih suka berehat di rumah dan tidak berjumpa orang lain. 

5. Kembung Perut
Perut akan terasa kembung. Ini berpunca dari isu gastrousus di mana enzim pencernaan terlalu sedikit dalam badan menyebabkan pengumpulan gas. Pergerakan usus kecil yang kurang dan duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan perut kembung. Sapu minyak untuk mengurangkan rasa tidak selesa

6. Kurang Membuang Air Besar Dalam Seminggu dan Jumlah Membuang Terlalu Kecil
Tiada waktu atau kekerapan tertentu yang perlu untuk membuang air besar. Semua bergantung pada setiap individu. Tetapi doktor kebiasaannya menggalakkan pembuangan air besar antara 2 kali sehari dan 3 kali seminggu. Ini adalah lawatan yang normal. Jumlah yang kecil bermakna kita banyak mengambil protein dan jumlah yang besar.


Cara Mencegah Sembelit

Sembelit boleh dicegah jika kita perbaiki gaya hidup kita.

1. Pemakanan 


Kita digalakkan mengambil makanan berserat tinggi setiap hari iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Jika kita kurang mengambil serat, ini akan menyebabkan najis kita keras dan berketul.

2. Minuman

Minum air secukupnya sekurang-sekurangnya 8 gelas sehari akan memberi kesan najis lebih lembut dan mudah dibuang.

3. Bersenam 

Kekerapan kita bersenam akan meningkatkat aktiviti usus. Proses membuang air besar akan lebih mudah.

4. Tabiat yang tetap
Tetapkan waktu membuang air besar. Contohnya selepas sarapan biasakan ke bilik air setiap pagi untuk membuang air besar. Kebiasaan ini akan melatih sistem pencernaan untuk berfungsi lebih teratur.

5. Elakkan Menahan
Kadangkala ketika sibuk, ada yang suka menahan untuk membuang air besar. Elakkan!. Ini menyebabkan najis menjadi keras. Lama kelamaan kita akan rasa sukar merasa rengsaan untuk membuang.

6. Pengambilan Kalsium
Kalsium dapat membantu melembutkan najis. Mengambil makanan seperti susu dan keju dapat membantu mengurangkan masalah sembelit. 

7. Minum air halia
Halia sangat membantu untuk mengurangkan angin dan kembung perut. Bancuh halia bersama air panas dapat membantu melegakan. Atas bawah angin akan keluar.

Cadangan Vitamin Yang Sesuai Yang Sentiasa Alami Masalah Sembelit

Ini antara produk yang saya sendiri amalkan. Saya sendiri mengalami masalah sembelit. Baca kisah saya. Memang serik kena sembelit. 

1. B-complex - 1 biji setiap pagi untuk kurangkan tekanan. Bila perut kita sakit dan sukar membuang, kita akan pressure semua organ lain terutama sistem pencernaan. Lagi susah nak membuang, otot-otot juga menjadi sangat tegang dan takut nak lepaskan najis yang semakin mengeras. Sangat penting untuk bertenang.

2. Peppermint Ginger - 3 biji sekali ambil dan 2 kali sehari. Tengahari dan malam. Memang terasa perut sangat lega. Angin banyak sangat keluar.

3. Meal Shakes - Bancuh meal shakes setiap pagi dan malam untuk bekalkan dan seimbangkan semula vitamin dan mineral dalam badan.

4. Ostematrix - 4 biji sebelum tidur untuk bekalkan kalsium. Ambil secara konsisten dapat tetapkan waktu pembuangan air besar. Setiap pagi akan membuang dulu. Dah tak perlu risau masalah sembelit.

5. Herb-lax - 4 biji sebelum tidur. Tapi tak perlu setiap hari. Seminggu 2 kali mencukupi. Ia membantu membersihkan semua kerak-kerak di dalam usus. Usus kita akan clear dari najis-najis yang tertinggal.

Produk ini bukan untuk merawat atau menghalang sebarang penyakit. 

Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang sangat selamat ini, boleh hubungi saya segera!

Shidah Abdullah

 Pengedar Sah Shaklee (No. Ahli : 922949)

Kawasan Nilai, Sepang, KLIA, Kota Warisan, Kota Seri Emas

 No telefon 012-6240197 atau whatsapp http://shidahabdullah.wasap.my/


0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram