Resepi Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum

Entri kali ni nak kongsikan resepi yang simple iaitu Ikan Siakap Masak Stim. Menu ni dibuat untuk support yang sedang berdiet. Protein kena cukup juga. Minggu ni En bos saya sedang tukar menu dietnya dari ayam ke ikan. Inilah hasilnya


Bahan-bahannya :-

1 ekor ikan siakap
1/2 biji bawang
4 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi
1 batang serai
1/2 biji lemon untuk perahan
Sedikit garam
Air


Cara-cara membuatnya:

1. Ikan dibasuh bersih dan dikelar supaya bahan-bahan diserap ketika dikukus. Letakkan ikan di dalan bekas yang akan digunakan semasa mengukus.
2. Sapukan garam pada ikan.
3. Hiris semua bahan-bahan lain


4. Taburkan bawang, bawang putih, halia, cili padi dan serai di dalam dan di atas ikan.
5. Perahkan air lemon ke atas ikan
6. Tambahkan sedikit air untuk mendapatkan kuah untuk dihirup-hirup nanti.

Saya gunakan aluminium foil untuk elakkan ikan melekat pada bekas. Kebetulan kukus saya kecil, kena ikan dalam loyang bulat. Kukus dalam tempoh 20 - 30 minit.


Rasanya memang sedap. Walaupun resepi simple tapi ini dah kali kedua buat dalam 1 hari. Hehe selamat mencuba.

Dari saya,
Chef Shidah Abdullah

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram