Cara Meningkatkan Prestasi Pembelajaran Anak-anak
Jumaat lepas saya terima result anak-anak melalui whatsapp dari suami. Result sekarang kan boleh tengok secara online. Mudah sangat. Sebenarnya result ni boleh dapat lebih awal masa sesi bertemu ibubapa tetapi terpaksa memohon maaf pada cikgu kerana tidak dapat hadie kali ni atas kekangan masa.
Bila tengok result pertama tengok huruf apa yang ada. Ada juga huruf selain A dan B. Teliti subjek apa yang perlu diperbaiki. Berbincang la saya dengan husband tentang prestasi kak long dan kak ngah.
Keseluruhan ada subjek yang lemah sebelum ni seperti bahasa inggeris, matematik dan karangan bahasa melayu menunjukkan peningkatan.
Apa expectation kami ada anak-anak? Pastinya nak mereka dapat top 3 at least. Tapi kami sedar keadaan sekarang dan effort yang diletakkan agak sukar untuk ke situ.
Antara perkara yang kami rancang untuk membantu anak-anak
Selain itu, tempoh 1 jam 15 minit dari pukul 8 malam hingga 9.15 malam melatih mereka untuk menyiapkan latihan dalam tempoh masa tersebut.
Kasihan juga mereka. Saya mengambil inisiatif untuk tuisyen tambahan. Membeli buku kerja kerja yang sama supaya mereka boleh buat bersama-sama. Nampaknya mereka sangat bersemangat.
Moga keputusan mereka lebih baik untuk peperiksaan seterusnya.
Bukan markah sahaja yang kita perlu lihat. Usaha mereka juga.
Salam sayang dari saya,
Shidah Abdullah, Ibu Nurains
Bila tengok result pertama tengok huruf apa yang ada. Ada juga huruf selain A dan B. Teliti subjek apa yang perlu diperbaiki. Berbincang la saya dengan husband tentang prestasi kak long dan kak ngah.
Keseluruhan ada subjek yang lemah sebelum ni seperti bahasa inggeris, matematik dan karangan bahasa melayu menunjukkan peningkatan.
Apa expectation kami ada anak-anak? Pastinya nak mereka dapat top 3 at least. Tapi kami sedar keadaan sekarang dan effort yang diletakkan agak sukar untuk ke situ.
Antara perkara yang kami rancang untuk membantu anak-anak
1. Selesaikan Kerja Rumah (homework)
Fokus pada perkara utama seperti menyiapkan kerja rumah memang penting. Ia menguji pemahaman anak selepas sesi pembelajaran bersama cikgu di sekolah. Ia juga membantu cikgu untuk mengenal pasti masalah setiap murid. Jangan biarkan anak abaikan sahaja homework mereka.2. Menghantar Tuisyen
Menghantar tuisyen pada umur kak long 10 tahun ni mengulangi trend tuisyen saya dulu. Tuisyen menggalakkan mereka membuat latihan berulang-ulang kali dan sangat bagus.Selain itu, tempoh 1 jam 15 minit dari pukul 8 malam hingga 9.15 malam melatih mereka untuk menyiapkan latihan dalam tempoh masa tersebut.
3. Memberi galakan dan semangat
Ucapkan tahniah pada mereka atas peningkatan. Dengan cara ini, kita memberi semangat lebih untuk mereka terus belajar bersungguh-sungguh. Bila mereka rasa dihargai mereka akan lebih seronok.
4. Raikan perubahan
Kami bawa mereka ke kedai buku Popular untuk meraikan peningkatan. Masing-masing diberi pilihan untuk memilih sebuah buku bacaan. Ini juga nak menggalakkan mereka membaca.
5. Membuat latihan bersama ibubapa di rumah
Kasihan juga mereka. Saya mengambil inisiatif untuk tuisyen tambahan. Membeli buku kerja kerja yang sama supaya mereka boleh buat bersama-sama. Nampaknya mereka sangat bersemangat.
Moga keputusan mereka lebih baik untuk peperiksaan seterusnya.
Bukan markah sahaja yang kita perlu lihat. Usaha mereka juga.
Salam sayang dari saya,
Shidah Abdullah, Ibu Nurains
0 Comments
Komen anda amat saya hargai.