Khasiat Susu Ibu Yang Perlu Anda Tahu

Susu ibu memang banyak sangat khasiat. Memang tak ada tandingannya tau. Di sini saya kongsikan 8 Khasiat


1. Susu ibu yang dihasilkan pada awal kelahiran adalah berbeza dengan susu ibu yang dihasilkan selepas seminggu (tempoh ini berbeza-beza bagi setiap orang) melahirkan. Ini kerana susu ibu pada awal kelahiran adalah kolestrum dan susu ibu selepas seminggu tidak mengandungi kolestrum dan ianyalebih pekat dan berlemak.

2. Pengambilan susu ibu boleh mengelakkan penyakit diabetes untuk kedua-dua bayi dan ibu. Penyusuan sangat membantu memberi kesihatan terutama ibu di mana ia dapat menyempiskan perut dan membakarkan lemak.


3. Susu ibu yang baik mengandungi jumlah yang cukup bagi vitamin, mineral, enzim pencernaan, dan homon. Susu ibu mengandungi antibodi dan lympocytes yang membolehkan bayi melawan jangkitan.  Ini tidak dapat dihasilkan oleh mana-mana susu formula kerana ia adalah purely dari badan seorang ibu.Susu ibu mengandungi 0.8% protein, 4.5% lemak, 7.1% karbohidrat, 0.2% mineral.

4. Susu ibu mengandungi jenis gula yang unik yang di panggil oligosaccharides. Iaitu sejenis rantaian panjang gula kompleks. Gula ini tidak dapat diperoleh pada mana-mana sumber semula jadi. Gula ini tidak dihadam oleh bayi. Tetapi dimakan oleh bakteria baik yang hidup dalam perut bayi yang bekerja untuk melawan segala jangkitan.

5. Susu ibu digunakan secara tradisional untuk merawat sakit mata, gigitan nyamuk, luka-luka kecil dan lecetan.

6. Susu ibu yang diperah atau EBM tidak boleh disimpan dalam plastik storage yang digunakan semula atau plastik yang digunakan untuk kegunaan rumah. Kerana ianya sangat mudah dicemari oleh bakteria.

7. Penghasilan susu adalah mengikut  keperluan. Semakin banyak kita menyusukan bayi semakin banyak penghasilan susu ibu. Memang susah untuk kita menyusukan bayi kita seoanjang hari. Tapi itu la yang terbaik untuk bayi kita.

8. Adakah semua drug yang ada dalam ubat-ubatan akan masuk ke dalam darah ibu dan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu? Secara umumnya, memang kebanyakan drug yang ada dalam ubat-ubatan akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Sebab itu ibu-ibu tak digalakkan untuk ambil ubat-ubatan yang mengandungi drug. 





  Shidah Abdullah 
Whatsapp/sms : www.wasap.my/601262407
 Lawati juga dan tinggalkan jejak tau 

Like di Fb page: 
shidotdotcom Add Friend di Fb : Shidah Abdullah 
Follow Instagram : shidotdotcom

0 Comments

Komen anda amat saya hargai.

Follow Me On Instagram